salam~
selepas dua kali jari telunjuk kiri tertoreh oleh pisau kecil tapi tajam. *tajam sangat!!
selepas lab coat yang diberi percuma oleh fakulti bertompok-tompok dengan wax merah yang cair dan menitik di atas lab coat tersebut secara tidak sengaja. *tau2 dalam poket pun boleh ada =,="
selepas keluhan demi keluhan kerana bentuk yang diidamkan tak menjadi.
selepas jeritan demi jeritan akibat jari terkena api 'spirit lamp' kerana begitu syok mencairkan wax *sampaikan dengar2nya ada orang rambutnya terbakar terkena spirit lamp tu*.
dan selepas beberapa minggu hidup bersama 8 jenis gigi yang perlu dilengkapkan demi menyediakan kami sebagai salah seorang bakal doktor gigi 5 tahun lagi *amin*.
maka pada hari ini, siaplah sudah gigi2 yang ditugaskan tersebut. inilah hasilnya.
buruk sungguh bila diambil dengan kamera handfon nokia c2..cis..haha |
jangan percaya 100% kat gambar ni. indah khabar dari rupa je. haha~tapi alhamdulillah semalam tanya Dr. Hamid pasal gigi molar, beliau kata ok je. haha~terima kasih doktor. tapi, kita belum tahu lagi entah ye entah tidak ok tu. harap2 ok.
still..indah khabar dari rupa*apa2 pun, alhamdulillah |
nampak tak yang warna silver tu? jari saya terluka kerana itulah. dah tu bila terluka, darahnya tak berhenti mengalir pulak. jenuhlah basuh jari bawah air mengalir tapi tak berhenti jugak. last2 berhenti kerana platelet sudah menjalankan tugas dengan baik =)
apa2 pun, tadi dah hantar gigi2 ni. sayang dan sedih pulak. alhamdulillah sempat adakan sesi bergambar sebelum gigi2 ni berpisah dengan saya. oh gigi2, sila behave apabila sudah berada dengan doktor nanti ya. saya dah ukir awak elok2, bagi awak merasa merendamkan diri dalam air panas dan kesat awak lembut2 dengan stokin hitam *yang dah tak gunalah* dan sebagainya.
maka selepas ni tak tahulah belajar apa pulak. tapi yang penting, semakin masa berlalu, semakin banyak benda baru yang kita akan belajar. doakan saya dan rakan2 dimudahkan pembelajaran serta dapat grad sama2 sebagai doktor gigi 5 tahun akan datang =)
sekian, laporan makmal pra-klinikal fakulti pergigian usim.
disediakan oleh: Dr. Nur 'Afifah Hairulazam (BDS USIM 2016) *amin banyak2 kali*
1 respons terhadap bicara saya:
lamanya awak belajar...
Post a Comment