Tuesday, June 19, 2012

strategi menjelang exam~

salam~

exam yang amat ditakuti bakal tiba sebulan lagi. cuak sangat!! tapi takde yang mustahil dengan izin Allah dan tak senang kalau saya tak usaha sungguh2. sangat2 berharap dapat lulus Professional Exam ni dengan jayanya. amin. doakan saya. doakan kakak saya jugak yang akan habis exam dia esok. dia kata subjek esok ialah subjek killer. insya Allah dia akan buat yang terbaek!!

kembali ke tajuk asal. exam ada lagi sebulan lebih. tapi saya tak habis revise lagi. sebab dalam otak saya cuma fikir, aku nak settlekan hal2 seperti dinner, roadshow n assignment BI dengan jayanya dulu supaya saya boleh terus tumpu kat study tanpa perlu penat2 terfikir itu dan ini semasa mengulang kaji. penat rupanya sem 2 ni. haha~lepas ni memang tak nak dah kalau orang suruh pegang jawatan lagi. haha~takpe2, banyak benda yang saya dapat belajar sebenarnya sem 2 ni =) alhamdulillah~

oleh itu, di sini saya telah menyenaraipendekkan strategi penting yang harus dilakukan sebelum exam menjelang tiba.

1) hard disk WAJIB dibawa pulang ke rumah. tak boleh biarkan beliau stay di hostel di sisi tuannya sebab hard disk tu merupakan cabaran terbesar saya dalam usaha nak mengulangkaji pelajaran. parah betul kalau hard disk tu ada kat gv ni tau. yelah, mana taknya. dalam tu ada semua episod Running Man dengan filems dan dramas yang best2. haruslah tertekan bila tengah study tetiba teringat scene lawak Running Man lalu tanpa dapat ditahan, tangan segera mengambil hard disk dalam almari dan akhirnya proses pengulangkajian gagal kerana tumpuan 100% beralih kepada running man. see? sebab tu kena bawak balik hard disk ni. biarlah terpisah sebulan. sekejap je tu.

2) nak habiskan study Oral Biology dan Histology dulu. saya ada lebih kurang 3 minggu untuk study week. ok tak. sebenarnya dua minggu something je. tapi cadangnya, dalam minggu depan mesti nak habiskan cover Histo dan OB sebab dua subjek ni insya Allah senang. haha~taklah. ok la. taklah sedahsyat Physiology =,="

3) nak mintak mama tukarkan tarikh roadshow. kalau boleh tunda terus ke tahun 2 nanti. sebab tetiba semalam dapat tahu tarikh roadshow ke sekolah terchenta dah bertukar ke 14/7. waaa!!!! dahlah tengah study week. memang semua orang rajinlah kan nak pergi kampus untuk settlekan hal roadshow ni. harap2lah dapat tukar. amin.

apa lagi ek? kalau semester lepas saya berjaya menyebabkan broadband diterminate sebab saja bayar lambat2. dan disebabkan diterminate itu, saya tak dapat online dan akhirnya dapat study dengan tenang sikit.  tapi sem ni taktahu nak buat camner. takpelah. kita study kat bawah. biarkan laptop sensorang kat atas. haha~

sekian. doakan saya dan kawan2 satu batch lulus dengan jayanya dalam Professional Exam kami yang first ni. salah silap kami mintak ampun banyak2. juga, doakan senior first batch kami dapat grad dengan jayanya. insya Allah, tahun depan dah ada doktor gigi keluaran USIM =D

klik untuk lihat dengan lebih jelas~doakan yang terbaik buat kami =D

2 respons terhadap bicara saya: