Thursday, February 21, 2013

masak memasak di waktu cuti

Assalamu'alaikum =)

seperti yang semua orang sedia maklum, student sepenuh masa seperti saya yang kelasnya 8-5 setiap hari kalau dah balik hostel tu tak nampak apa dah melainkan katil kesayangan sahaja. oleh yang demikian, saya lagi suka bersenang lenang tidak memasak sampailah waktu cuti tiba. saya hanya rajin memasak pada waktu cuti je. ye,lagi2 pada waktu cuti yang berduit seperti cuti kali ini. haha~ takde duit macam mana nak memasak wei?

plan asal, nak buat lasagna. kemainlah google resepi bagai siap copy paste letak kat powerpoint lagi. siap dah bajet duit nak guna banyak mana untuk percubaan resepi baru ni. tapi bila pergi Hero, kulit lasagna pulak takde. apekah ertinya lasagna tanpa kulitnya? ==" disebabkan malas nak menapak ke tempat lain lagi2 takde kereta nak gerak jauh2, maka bertukar niat untuk buat macaroni cheese bakar pulak.

sekali lagi kat kedai bawah rumah takde. tapi kat Hero ada. tapi sebab sekarang petang asyik hujan je jadi lupakanlah hasrat nak menapak ke Hero yang sejengkal cuma dari rumah tu. bertukar resepilah kita lagi.

finally, i made caramel pudding =D

kamera hp xlawa. tp pudingnye lawa w/pun potongannya buruk =)
tengoklah betapa pekatnya kuah karamelnya. puding tu pulak dahlah sedia manis dengan susu pekat kat dalam tu. anyway, buat puding karamel ni memang mudah! sangat mudah dengan bantuan mak. haha~sekejap2 terjerit2 dekat mak dari dapur.

" mak! macam mana nak tahu dia dah masak?"
" mak! gula dia hangus!" cepat2 tutup api dapur.
" mak! bila dia nak masak ni? dari tadi tunggu tak kering2 pun atas tu."

dan begitulah seterusnya sampailah puding siap masak. rasanya amat lazat! pujian berbaur masuk bakul angkat sendiri di situ ya. tapi manis yang amat juga sampai boleh kena hyperglycemia. baiklah lepas ni kita muhasabah diri dan ambik pengajaran dengan mengurangkan kuantiti gula sebaliknya meningkatkan kuantiti air dalam kuah karamel tu.

dah sedap makan baru teringat nak snap gmbr
si budak dua orang tu makan bertambah juge tapi sikit je. manis kot! ni pun dah tak terasa nak makan sebab muak. malam karang kot lapar boleh la kais peti ais tu cari puding.

oh, cuti dah nak habis. tak sanggupnya nak masuk sem baru! tolonglah tambah cuti kitorang lagi seminggu. seminggu je please. 

p/s: lesen memandu sudah hidup semula selepas mati tak berkubur selama setahun! alhamdulillah~tapi apelah erti lesen kalau takde kereta nak dipandu. huhu~


Sunday, February 17, 2013

tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah

Awan gelap berarak menutup sinar matahari yang garang memancar sejak pagi tadi. Lelaki itu masih berdiri di situ dengan kotak besar di tangannya. Seraut wajah tua itu tidak menampakkan lelah meskipun sudah lama dia tegak berdiri di situ, mengharapkan perhatian barang secebis dua dari orang ramai yang lalu-lalang di sekelilingnya. Juga tak nampak risau walaupun tahu bila-bila masa sahaja tubuhnya akan basah ditimpa hujan yang sudah mula menurunkan titisannya.

Lelaki itu masih berdiri di situ.

* * *

" Terima kasih, kak." Bungkusan nugget, bebola dan sosej goreng dicucuk pada lidi bertukar tangan dengan not hijau. Usai menerima baki, dia berpaling pada si kecil dua orang yang tak sabar mahu menikmati nugget dan sosej.

" Nah, lidi jangan buang merata-rata." Bersama si kecil yang dua orang, kaki terus dihayun menelusuri deretan gerai yang masih meriah dengan jualan. Sambil mata menjamu selera dengan hidangan yang pelbagai dan lazat pada pandangan, sambil itu juga tubuhnya menyelit di celah orang ramai mengelak dari dilanggar. Kelibat ibu dan kakak ditemui. 

Matanya terhenti pada susuk yang berdiri tidak jauh dari kelibat ibu dan kakak yang ditemui tadi.

Teringat pada rezeki yang baru diterima dan dikongsi bersama keluarga sebentar tadi. Kata orang, dalam rezeki yang kita terima, ada bahagiannya itu rezeki milik orang lain. Kita hanya wasilah dalam menyampaikan rezeki yang datang dari Yang Maha Memberi Rezeki. Sejenak teringat kisah ibu yang diseksa dalam neraka dan pelindungnya ketika itu hanyalah secebis kain dan sepotong lemak. Di celah orang ramai itu, dia tercegat sebentar.

Lantas akalnya menginterpretasikan stimulus yang datang dari hati dan menyampaikan maklumat pada tangan untuk melakukan pergerakan yang dikehendaki. Beg duit dibuka. Tak banyak yang tinggal, desis hati kecilnya. Tak apalah kalau sikit pun, mana tahu yang sikit tu bermanfaat, balas hatinya kembali memujuk. Beberapa helaian dikeluarkan. Tangan terus dipanjangkan masuk ke kotak yang dipegang lelaki itu tadi.

" Terima kasih. Semoga hidup dirahmati Allah."

Senyum. Hatinya tersentuh mendengarkan doa dari orang yang menerima pemberiannya. Terasa indah bila ada orang mendoakan hidupnya dalam rahmat Allah. Gembira rasa menyelinap di hatinya. Kaki dihayun bertukar arah pada keluarga yang menanti sejak tadi.

Dalam hatinya ada rasa suka. Ada rasa bersyukur dan seronok.

Benarlah seperti yang dikata, tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah.

kebaikan untuk tangan yang di atas *dari gugel imej*

Friday, February 15, 2013

kisah di waktu cuti

Assalamu'alaikum =)

sehingga hari ni, hasrat untuk bercuti bersungguh-sungguh sangat tercapai 100% nampaknya. melampau betul. haha~orang miskin cuti memang kedekut dan malas sikit nak sedekah masa kat jenguk2 buku *double haha~*..ya...secara rasminya saya balik laju2 dari glenview hari tu tanpa sebarang buku ilmiah apatah lagi pencil case sebaliknya hanya membawa bersama laptop berserta hard disk yang makin penuh selepas menyedut cerita dari roommate sendiri. hai adila ^^

so, seminggu ni memang habis dengan tengok cerita je. tapi baru satu cerita habis. drama One Litre of Tears. mesti korang semua pernah dengarkan? cerita pasal seorang student umur 15 tahun yang disahkan menghidap penyakit Spinocerebellar Degeneration. penyakit ni disebabkan oleh sel2 kat cerebellum dia atrophy (shrink @ mengecut) dan menyebabkan dia makin kurang kawalan untuk aktiviti2 yang melibatkan pergerakan macam berjalan, even nak menelan pun susah, percakapan jadi makin tak jelas dan susah nak bajet distance benda yang dia nak capai. sedih sangat3 =( sedih sebab melihatkan kesungguhan dia nak meneruskan hidup walaupun tahu dia ada penyakit dan penyakit tu memang akan bawak maut.
ini cover dvdnye~
ini Aya yang sebenar
terima kasih kepada Google atas tajaan gambar. wahaha~kisah ni berdasarkan kisah benar dan Aya ni meninggal dunia masa tahun 1988. nak tahu lebih lanjut? sila google. cerita ni lama dah saya je yang baru tengok. hehe~

selain menonton cerita, saya masih berpijak di bumi nyata dengan tidak menonton semata-mata. oh, tadi cakap tak bawak buku kan? sebenarnya ada bawak dua. di hamparan Shamrock kuseru namaMu dengan novel Patricia Cornwell yang beli masa pesta Serigala-Besar-Jahat hari tu. alhamdulillah dah habis Di Hamparan Shamrock. harap dapat habis Point of Origin gak sebelum cuti habis nanti.
patrick itu ialah bookmark yg ain buat dan bagi kat saya
sekarang mari cerita pasal result yang dah keluar. alhamdulillah lulus semua =) walaupun agak sedih sebab subjek yang disukai grednya tak bagus. takpelah, sebab saya pun sedar yang saya tak usaha sungguh2 untuk dua paper tu. tapi sangat bersyukur sebab paper yang fail hari tu dapat gred yang menggembirakan =D sila lebih bersemangat ye 'afifah untuk meneruskan semester akan datang. insha Allah. harap2 dapat buat professional exam yang akan datang dengan lebih baik. aamiin.

selamat menghabiskan cuti yang tinggal lagi seminggu!! cuti puas2 sebelum sibuk sesibuk2nya bila semester dah bukak nanti. semoga Allah mudahkan semester akan datang nanti. aamiin.





Friday, February 8, 2013

selamat bercuti FPg!!

Assalamu'alaikum =)

exam sudah habis. doakan result kami ok dan lulus dengan warna yang terbang (flying colours). aamiin~

sebagai permulaan untuk cuti ini, saya tengok movie Kung Fu Panda 2 dengan budak2 kecik kat rumah ni yang beria sangat nak tengok Po comel masa kecik. dan jumpa quote yang menarik ini.

bersumberkan google image
kisah silam tak menentukan kita siapa. kita ialah siapa kita sekarang. sekian, terima kasih.

selamat bercuti warga FPg =D spend our holiday wisely~

p/s: banyak buku yang dibeli yang perlu dikhatam. sila cuti puas2 dua minggu ini sebelum kembali semula ke semester baru yang bakal menyibukkan. oh, semester dua saya selalu sibuk. doakan semua urusan dipermudahkan =)

Sunday, February 3, 2013

dikejar mr. J

dia menyeka dahi yang berkeringat. lelah serasa mencengkam dada di saat begini. dia terduduk keletihan.

* * *

" yang kau pergi layan dia lagi tu buat apa?" si kawan bertanya. ada simpati dan rasa ingin tahu di situ.
" aku tak nak. tapi..aku tak kuat nak bantah dia. aku..."
" kau tau kan dia tak baik. dahlah tu. tinggalkanlah dia."
" aku dah cuba.." galau jiwanya. bercampur aduk rasa kesungguhan dengan prasangka kemungkinan putus asa.

" cubalah. sikit2, bagitau dia yang kau tak nak kat dia. takpun, biar aku yang cakapkan, nak?"
" eh, tak payah. aku cuba."
" aku tahu dia tu bukan boleh dengar cakap orang. kalau orang tak nak kat dia, lagilah dia nak kat orang tu. bukan kau sorang je dah pernah kena. ramai dah. aku bukan nak biarkan kau terus macam ni dengan dia tapi dalam masa sama aku tak nak jugak kau merana dengan dia." panjang si kawan berbicara. 

tunduk. dia faham. dan dia sedang mengalaminya kini.

" doakan aku kuat. tolonglah."

* * *

hari ini dia senyum. berjauhan dengan dia buat hatinya tenang, biarpun ketenangan itu seketika cuma. ah, asalkan aku tak nampak muka dia hari ni. hatinya sarat berdoa moga-moga ketenangan seperti itu dikekalkan dalam hatinya, dengan kasih sayang Yang Maha Pengasih.

yang penting, hatinya bulat kini mahu tinggalkan dia yang masih tak penat mengejar. biarlah dia nak kata apa pun. yang penting, dia amat merindui hidupnya suatu masa dahulu yang bebas tanpa kongkongan dia yang tak lelah menuntut perhatian. dia amat rindu pada masa silamnya yang tampaknya lebih damai dan tenang berbanding masa kini yang serabut dengan dia yang sering datang mengganggu.

* * *

dia mengeluh. jiwa perempuannya kacau. kenapa orang bermulut manis macam dia mesti wujud dalam dunia ni? hatinya membentak. kalau ikutkan hati, memang mahu dibelasah sahaja orang macam tu tapi kudrat wanitanya membatasi. 

dalam hatinya memendam rasa amarah melihatkan si dia yang ligat bermain dengan mangsa-mangsanya. sedih pun ada. hatinya berkecamuk dengan dua benda, ketenangan yang diimpikan dengan keperitan mahu meninggalkan dia yang jika masih di sisi, bakal membuat ketenangan itu pahit.

ya, dia rasa pahit. dia cinta ketenangan itu. tapi dia tak dapat nak luahkan yang dia benci pada pengganggu itu. lantas si pengganggu masih datang meragut tenang yang dia rasa.

dia rasa malu juga. malu pada diri sendiri dan orang sekelilingnya. malu kerana membiarkan dirinya dipermainkan terang-terangan dengan bersaksikan orang yang berada di sekelilingnya. lebih malu lagi pada Yang Maha Melihat kerana Dia lebih mengetahui apa yang dia rasa dan lakukan. depan orang bolehlah nak jadi talam dua muka, depan Dia? mampukah?

dia nekad. dia akan tetap berhadapan dengan dia yang akan terus mengejar. biarlah dia mengejar sampai penat. dia akan terus berusaha berhubung dengan Dia yang akan terus memberi kekuatan untuk berdiri di hadapannya dan katakan 'tidak'. dia akan terus juga berlari dari dia yang tak penat mengejar sampai satu saat dia sendiri berhenti dan berlalu setelah melihatkan tegarnya kebenciannya terhadap si dia.

may Allah ease~