Tuesday, April 30, 2013

rindu~

Assalamu'alaikum~

sekarang tengah hujan rintik2. sejuk. dah sejuk2 ni rindu pulak kat zaman kecik2 dulu. 

oh, sangat rindu. dah jauh sangat dah ditinggalkan. rasa macam sekejap je duduk zaman tu. dulu nak sangat jadi cepat besar. sekarang bila dah besar, teringin nak jadi kecik balik.

jadi kecik macam adik yang dua orang tu. ah, boringlah duduk rumah cuti2 ni ada diorang berdua je. orang lain semua kat tempat belajar masing2. yalah, cuti saya selalu lagi lambat dari diorang jadi setiap kali saya cuti, cuti diorang dah habis pun.

mari balik kepada cerita rindu. masa umur 7 tahun, saya dan keluarga pindah ke Seremban. menetap kat sana sampailah hujung darjah 6 baru pindah Kuala Lumpur semula. tapi saya tetap tinggal kat Negeri Sembilan sampai awal Form 3 sebab masuk sekolah menengah kat sana. jadinya, saya bukanlah orang KL yang pure. bahkan, saya bersyukur sebenarnya sebab dibesarkan kat N9.

masa kat sana, tempat mainan saya ialah bawah pokok belimbing depan rumah. kadang2 main basikal keliling rumah sampai asyik tersenget basikal masuk longkang. pernah jugak ikut mak ambik daun ubi kat belakang rumah pastu daun tu dengan batang dia mak modify jadi pancing. belakang rumah jugak ada pokok pisang. tak tau kenapa masa tu suka betul ambik daun pisang, leraikan satu2 ikut urat dia lepastu anyam sampai jadi tikar. takdelah besar mana pun. tapi 'tikar'nya tak di'seal' tepi2 tu jadi selalunya saya biar je dia atas meja sampai dia kering pastu kena buang. oh, kat belakang tu jugak saya pernah kumpul biji getah walaupun tak banyak mana. kumpul dan simpan dalam botol mayonis.

selain daripada tu main kat longkang besar depan rumah. longkang tu baru buat masa saya darjah 5 camtu. air dalam tu jernih. tapi ada pasir yang tah macam mana boleh sesat. setiap kali ada katak bertelur dalam tu mesti dia gagal mempertahankan keturunan sebab habis telur katak tu kitorang kirai2. dulu kecik2 main ikut sedap hati je dah besar ni tengok pun tak sanggup. geli kot. kalau hujan,memang bersahutanlah katak2 tu. disebabkan duduk sini jugak, merasa pengalaman tengok air naik sampai tangga rumah (dua je pun anak tangganya) sebab hujan lebat.

depan rumah ni jugak ada pokok kelapa. dulu mak buat penyapu lidi dari situlah. saya pun pernah raut lidi tu sampai cukup secekak jadi penyapu. masa tu rasa best je sebab tengok lidi tu warna hijau coklat2. ambik dari pelepah kelapa yang tak tua sangat lagipun. lepastu, kat rumah ni jugak saya belajar parut kelapa guna besi pemarut tu (sekarang tak nampak dah besi tu kat rumah ni). sebelum parut kelapa, mak belah dulu kelapa tu lepastu dalam tu ada benda warna kuning. tak taulah orang panggil apa. umbut kelapa kot. saya tak makan. adik2 yang selalu share makan benda tu. kat sini jugak saya belajar lipat kelim karipap. dulu2 (macamlah jauh sangat masa berlalu ;) mana ada acuan kuih karipap tu. masa tu embah ada kat rumah so embah yang ajar cara buatnya.

oh, rindunya rumah tu. paling tepat sekali, rindunya zaman tu. zaman kecik2 yang riang. masa tu raya kat rumah tu even tak balik kampung pun takde terasa apa. mungkin sebab kecik lagi. tapi sekarang kalau raya kat rumah je (KL), terasa kurang meriahnya. sebab kena raya dengan foreigner. haha~

sekarang saya dah menetap kat KL hampir 7-8 tahun. tapi tak terasa sangat sebab 85% masa saya diperuntukkan di asrama. oh, cakap pasal asrama rindu jugak kat sekolah lama kat N9 dulu. 

dulu reti je cakap nogoghi. sekarang dah balik ke bahasa Melayu biasa punya. dah lama sangat tak praktis, haruslah lupa.

disebabkan saya dibesarkan dalam persekitaran N9, maka saya tak berani nak cakap saya orang KL. tapi dah nak buat macam mana kalau dalam kelas orang tanya asal mana, haruslah saya jawab soalan tu ikut tempat tinggal saya. pening kepala orang kalau nak menerangkan. tapi in simple word,

" i'm from Selangor but currently living in Kuala Lumpur."

atau lagi jelas,

" saya dari Selangor, dibesarkan di Negeri Sembilan, kini menetap di Kuala Lumpur."

mak saya pernah cakap masa apply sekolah berasrama untuk form 1 dulu, "ini kalau orang tu tengok mesti tak tau nak letak ipah kat sekolah mana."

peace =)

p/s: takde langsung gambar rumah lama. sekarang rumah tu dah dirobohkan pun, ganti dengan pusat mualaf cina. kalau tak silaplah. sebab mak dengan ayah pernah lalu situ dulu.


Sunday, April 28, 2013

random rant versi special

Assalamu'alaikum =)


bagus sangat dah lama tak update blog. lepas2 ni update blog 6 kali setahun yakni masa mula sem, cuti midsem pastu dengan lepas habis final exam. haha~



mari kita cerita satu-satu benda yang nak dicerita. alhamdulillah exam dah tiga suku habis. lagi suku lepas cuti nanti sambung. oh, amatlah tidak enak kerana ini memusnahkan mood cuti puas2. apa2 pun, exam kali ni mencatat sejarah bila mana kertas soalan terprint sekali dengan skema jawapan. pastu memang best la bila kena tukar soalan dan blur tak tau nak jawab apa. lagi luar alam bila pertama kalinya dalam sejarah saya belajar, saya jadi orang first yang keluar time exam. harap kawan2 tak anggap saya dapat jawab dengan baik sebab saya sebenarnya masa tu dah blur tahap gajah (?) dan dah tak daya termenung depan paper tak tau nak jawab apa.



cerita kedua: saya beli novel Pudina Cinta =D mesti ada yang pernah baca. comel dan best sangat cerita ni!! satu, saya beli sebab dia cerita pasal student dental yang kahwin dengan doktor gigi (amat manis!!!!). kedua, cerita ni sarat dengan tazkirah2 yang disampaikan secara santai. best kot. tengah2 baca tetiba ada ayat al-Qur'an dengan hadis dia letakkan. tiga: cerita ni bukan macam typical cerita Melayu yang ada orang bercinta pastu ada orang ketiga keempat kelima keenam sambunglah sendiri sampai tertidur ke apa. ada je watak antagonist tu tapi akhirnya watak tu pun jadi baik. so, baguslahkan sebab endingnya happy~banyak jugak info pasal pergigian dalam ni. i guess the writer is someone who involved in dentistry. sebab dia seolahnya tahu pasal dental. mungkin ya, mungkin tak. oh, novel comel ni dibeli dengan harga rm22.90 kat kedai majalah bawah fakulti tu. lebih mantap, novel ni dibeli dan dibaca sebelum exam tempoh hari. hahaha~berani yang amat ya mempertaruhkan masa depan dengan cara sebegitu.


buku sebenar jauh lebih kyeopta~


cerita ketiga: balik disambut oleh adik2 yang dah makin besar dan banyak ragam. putus nafas gelak dengan perangai diorang lagi2 si kenit dengan si gendut dua orang tu. macam2 lawak yang diorang bagi sampaikan rasa tercabar dengan title pelajar universiti yang saya pegang sekarang ni. nak cerita kat sini tak sampai feel so kena simpan dulu cerita tu nanti bukak sem baru cerita kat kawan. 


last but not least, tahniah kepada kawan sekelas masa form 3 dulu, Mursyidah yang dah selamat melahirkan baby girl yang sangat comel (baby memang amat comel ok). tahniah =D teringin nak gi melawat tengok baby tambah lagi masa dia punya kenduri kahwin hari tu tak dapat pergi (padahal dah ada dekat Kajang pun tinggal nak langkah sikit je lagi pergi IPG Bangi.) sebab ada roadshow pada hari yang sama. apa pun, gembira sangat sebab dah ada kawan sebaya yang jadi ibu. saya? hehe~sebabkan dah doa nak kahwin lepas belajar @ atas umur 24, maka selagi tak sampai umur tu kita tunggu sajelah. doa tetap doa n usaha tetap usaha ok. bukannya esok nak kahwin baru belajar nak masuk dapur lipat baju bagai. doakanlah yang terbaik untuk saya =)


thanks for dropping by =) till we meet again. salam~