Sunday, April 28, 2013

random rant versi special

Assalamu'alaikum =)


bagus sangat dah lama tak update blog. lepas2 ni update blog 6 kali setahun yakni masa mula sem, cuti midsem pastu dengan lepas habis final exam. haha~



mari kita cerita satu-satu benda yang nak dicerita. alhamdulillah exam dah tiga suku habis. lagi suku lepas cuti nanti sambung. oh, amatlah tidak enak kerana ini memusnahkan mood cuti puas2. apa2 pun, exam kali ni mencatat sejarah bila mana kertas soalan terprint sekali dengan skema jawapan. pastu memang best la bila kena tukar soalan dan blur tak tau nak jawab apa. lagi luar alam bila pertama kalinya dalam sejarah saya belajar, saya jadi orang first yang keluar time exam. harap kawan2 tak anggap saya dapat jawab dengan baik sebab saya sebenarnya masa tu dah blur tahap gajah (?) dan dah tak daya termenung depan paper tak tau nak jawab apa.



cerita kedua: saya beli novel Pudina Cinta =D mesti ada yang pernah baca. comel dan best sangat cerita ni!! satu, saya beli sebab dia cerita pasal student dental yang kahwin dengan doktor gigi (amat manis!!!!). kedua, cerita ni sarat dengan tazkirah2 yang disampaikan secara santai. best kot. tengah2 baca tetiba ada ayat al-Qur'an dengan hadis dia letakkan. tiga: cerita ni bukan macam typical cerita Melayu yang ada orang bercinta pastu ada orang ketiga keempat kelima keenam sambunglah sendiri sampai tertidur ke apa. ada je watak antagonist tu tapi akhirnya watak tu pun jadi baik. so, baguslahkan sebab endingnya happy~banyak jugak info pasal pergigian dalam ni. i guess the writer is someone who involved in dentistry. sebab dia seolahnya tahu pasal dental. mungkin ya, mungkin tak. oh, novel comel ni dibeli dengan harga rm22.90 kat kedai majalah bawah fakulti tu. lebih mantap, novel ni dibeli dan dibaca sebelum exam tempoh hari. hahaha~berani yang amat ya mempertaruhkan masa depan dengan cara sebegitu.


buku sebenar jauh lebih kyeopta~


cerita ketiga: balik disambut oleh adik2 yang dah makin besar dan banyak ragam. putus nafas gelak dengan perangai diorang lagi2 si kenit dengan si gendut dua orang tu. macam2 lawak yang diorang bagi sampaikan rasa tercabar dengan title pelajar universiti yang saya pegang sekarang ni. nak cerita kat sini tak sampai feel so kena simpan dulu cerita tu nanti bukak sem baru cerita kat kawan. 


last but not least, tahniah kepada kawan sekelas masa form 3 dulu, Mursyidah yang dah selamat melahirkan baby girl yang sangat comel (baby memang amat comel ok). tahniah =D teringin nak gi melawat tengok baby tambah lagi masa dia punya kenduri kahwin hari tu tak dapat pergi (padahal dah ada dekat Kajang pun tinggal nak langkah sikit je lagi pergi IPG Bangi.) sebab ada roadshow pada hari yang sama. apa pun, gembira sangat sebab dah ada kawan sebaya yang jadi ibu. saya? hehe~sebabkan dah doa nak kahwin lepas belajar @ atas umur 24, maka selagi tak sampai umur tu kita tunggu sajelah. doa tetap doa n usaha tetap usaha ok. bukannya esok nak kahwin baru belajar nak masuk dapur lipat baju bagai. doakanlah yang terbaik untuk saya =)


thanks for dropping by =) till we meet again. salam~



2 respons terhadap bicara saya:

kNoWRuLE_sUN said... [balas komen ini~]

cuba bc tentang cinta dr PMJ... sentap hati beb! nti jgn lupa nk huluq2 ckit novel 2 kt aku... nk brasa bchenta ngn DR2 kt u kta...DR dzul myb? *pengsannnnnn

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@kNoWRuLE_sUN

ko ade buku tu?kalo ade aku NAK!! =D
haha~bole2.btw, dentist dlm citer tu name die dzul jugak. hahaha~