Assalamu'alaikum =)
lama sungguh tak bersiaran di blog. sekarang laptop dah tak boleh bukak dengan ebooks yang berlambak kat dalam tu serta assignment Dato' tak mula satu apa lagi semua benda tak boleh buat. mungkin kena stay kat kampus camni untuk buat assignment kat desktop depan kelas.
anyway, saya balik rumah semalam. sebab rindu dengan adik kecik yang boleh hilangkan stress tu juga nak makan bakso yang mak masak. dalam kereta masa tunggu mak beli barang kat dalam kedai kat stesen minyak, cerita dekat ayah pasal update apa yang saya belajar setakat ni.
saya: sekarang kena belajar buat wire bending untuk ortho. kalau braces semua tu pakar je yang buat tapi yang kecik2 macam ni student buat. macam URA, southend apa benda tah, Z apa benda tah.
ni bukan saya punya. ni Google punya |
ayah: wire tu pakai wire apa? besi ke?
saya: taklah. stainless steel.
ayah: uish..tebal tu. tak susah ke nak bengkok tu?
saya: susah =( ada sekali tu rasa nak menangis je sebab dah banyak kali bengkok tapi tak jadi. dia sekali dah bengkok tu kalau terlajak bukan senang nak balik ke asal. doktor kata selagi tangan tak berdarah maknanya tak jadi lagilah tu.
ayah: bacalah doa lembutkan besi Nabi Daud tu. baca dan setkan dalam minda kita yang besi tu pun sama2 makhluk macam kita cuma kita manusia, kita khalifah. jadi kita mintak Allah lembutkan besi tu untuk kita. jangan jadi macam Firaun, dia anggap diri dia Tuhan. itu dah salah.
saya: ooh..
jadinya, inilah doanya. sebenarnya ni doa melembutkan hati dan ada kaedah2nya macam mana nak baca doa ni. tapi kita jugak sebagai manusia nak buat kerja apa-apa, doalah dengan Allah mintak dipermudahkan dan betulkan niat buat kerja bukan sebab yang tak baik tapi sebab nak jadi manusia yang bermanfaat.
doa tu: " Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadiid."
teringat jugak sebelum ni buat kerja terlupa nak baca basmalah. pakai taram je buat kerja. bila tak jadi tu yang Allah nak bagi ingat tu.
selamat beramal!!
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment