Sunday, October 27, 2013

random rant #7

Assalamu'alaikum =)

lamanya lah kan tak post cerita menarik. semuanya disebabkan kekangan masa yang semakin mencemburui ditambah dengan kemalasan menaip.

malas menaip dan malas memindah gambar dari handphone ke laptop. juga zaman sekarang seolahnya orang dah tak pakai bluetooth dah. macam ada sekali tu, nak transfer gambar dari handphone kawan.

" nanti bluetooth ea~"

tapi ada sorang lagi cakap,

" nanti whatsapp tau gambar tu."

oh, terasalah kunonya diri ini bila masih tidak bertukar kepada android yang sudah jadi keperluan di zaman ini. keperluan untuk golongan tertentu. bukan semua ye. tapi takpelah, nak buat macam manakan sebab saya ada banyak lagi priority lain selain bendalah itu. insha Allah, ada rezeki nanti saya akan dapatkan jugak. 

anyway, random rant ni sebab takde specific tajuk. nak luahkan je apa yang terlintas plus takde gambar pun. semuanya sebab seperti yang dinyatakan di atas.

1) braces
- dah masuk minggu kedua bergigi besi =) finally dream comes true. syukur sangat2. tapi bukanlah kecantikan fizikal yang dikejar melainkan tujuan nak betulkan fizikal (cantik tu bonus) dan yang paling penting akhlak cantik. that's the true beauty. setakat ni masih tak boleh nak kunyah ayam + daging sebab kunyahan itu suatu penyeksaan di saat2 adaptasi sebegini. bila makan nafsu besar tapi bila mengunyah sangat menyeksakan ditambah dengan makanan senang lekat celah bracket dan transpalatal arch. benci jugak sebab daripada sesuap makanan yang masuk dalam mulut, suku daripadanya terbazir bila terbuang masa kumur lepas makan. tapi as time goes by, insha Allah akan jadi lagi baik. tak sabar nak tunggu hasilnya =D

2) fear of something
-sejak masuk third year, setiap pagi bangun ada perasaan berdebar. berdebar sebab tak tahu apa akan jadi hari tu. hari semalam mungkin gembira tapi hari seterusnya tak menjamin bahagia. ecewah, dah macam lagu la pulakkan. ditambah dengan competency test, rasa macam tak tahu masa depan saya macam mana sebenarnya. adakalanya semangat tu tinggi dan yakin yang insha Allah saya akan masuk jugak klinik tapi dalam satu ketika lain boleh nangis2 sebab risaukan diri sendiri yang tak memiliki skill hebat macam orang lain. macam tahun ni baru pandai carve amalgam elok2 (taklah elok mana tapi much better than last year), baru nampak macam2lah. semua orang, tolonglah doakan saya tak terperangkap dalam ketakutan ni sebab saya tahu ni semua mainan syaitan je. doakan urusan pembelajaran saya dipermudahkan, doakan saya kuat semangat dan diberi kefahaman dalam menuntut ilmu yang memberi saya peluang untuk berbakti kepada manusia ni. 

eh, dua point je? tadi rasanya banyak sangat benda nak cakap. terasa post2 kini makin hari makin pendek pula. dahlah takde gambar =P 

last but not least, diharapkan semua orang akan sentiasa bersemangat menempuh hari2 yang akan datang (tetiba je). bak kata encik Chansung, " so we don't stop, we can't stop, until we reach the top!!".

dengan ini saya sudahi entri saya dengan pantun " pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas."*apakah?*


1 respons terhadap bicara saya:

kNoWRuLE_sUN said... [balas komen ini~]

moga kita smua leh harungi ari2 mndtg