Assalamualaikum =)
tadi dengarnya harga minyak naik. lagi. haish pak menteri. mana la hati dengan perasaan kau umum camtu.
aku belajar pasal determinant of health iaitu faktor2 yang mempengaruhi taraf kesihatan seseorang. salah satu daripadanya ialah status sosioekonomi. yang jugak berkait rapat dengan tahap pendidikan seseorang.
biar aku bawa realiti. ada seorang ni, ada penyakit jantung. tekanan darah pun tinggi. puncanya gaya hidup tak sihat. makan tak tentu sebab kerja banyak. kerja banyak sebab nak dapat duit, nak tanggung keluarga. kalau tal kerja takde duit. kalau gaji bulan takpe, even tak boleh takpe pun. kalau gaji hari?
orang sakit pulak datang klinik jumpa doktor bila tiba2 sakit. contoh sakit kepala melampau2 atau pengsan. bawa klinik baru tau ada penyakit sekian2. bagi ubat, bagi tarikh follow up supaya boleh pantau keadaan dia, bagi nasihat ubah gaya hidup dan sebagainya.
tapi kalau dia kerja gaji hari boleh ke dia dilepaskan untuk pergi follow up? kalau tak kerja takde gaji. boleh ke dia nak hidup dengan sihat jugak kalau tekanan hidup memaksa dia untuk hidup gaya tu jugak? dari satu sudut, yes dia kenalah ubah. dia kena sedar yang dia kena sihat supaya dia boleh bantu keluarga dia. tapi kita faham tak keadaan dia? perkara apa yang terpaksa dia letakkan sebagai prioriti sampai terpaksa ketepikan kesihatan dia.
aku tahu ada pesakit yang macam ni. yang tak compliance disebabkan kesibukan dengan benda2 gini. sebagai orang yang merawat, kita cuma mampu nasihat, educate dan motivate patient untuk improve kesihatan mereka. selain itu, terpulang pada mereka sendiri.
kesimpulan dari bebelan aku yang tah pape ni, janganlah kita bebankan orang lain sampai dia bahayakan diri sendiri. kadang kita ingat benda tu kecik, tak bagi kesan apa2 tapi tu la yang dipandang berat segelintir lain.
last sekali, udah2 la naik harga tu. kesian laa kat kami generasi baru ni nak hidup cemana. nak kahwin pun dah sesak tau? belum masuk makcik2 yang mulut sedap je mengata orang bila hantaran murah atau kenduri tak grand tu. hmmph
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment