Assalamu'alaikum =)
suatu hari, seseorang meluahkan penatnya menjadi baik. rasa mahu jadi jahat kerana walaupun dia berbuat baik, tak ada orang yang akan buat baik semula pada dia.
memang letih. sakitnya tu aku pasti semua orang faham. bila kebaikan kita dibalas kejahatan, dunia ni memang nampak tak adil sungguh. satu masa sakit tu terlalu sangat sampai tak mampu nak bertahan lagi.
tapi adakah pilihan berhenti baik tu baik?
dalam hal ni, satu benda yang kita kena fikir ialah betul ke aku baik atau aku perasan baik? boleh jadi kita tak berniat dengan ikhlas bila buat kebaikan lalu bila kita dibalas dengan sesuatu yang bukan kita harapkan, automatik balasannya kita anggap jahat.
boleh jadi juga kita hidup dengan tidak berpijak pada realiti. hakikatnya berapa orang sahaja di dunia ni yang memang menghargai kebaikan? sedangkan kita sendiri pun belum tentu menghargai kebaikan orang lain, apatah lagi layak diberi balasan kebaikan kalau kita tak baik dengan orang.
aku teringat ayat ustaz Hasrizal dalam buku beliau Di Hamparan Shamrock kuseru namaMu. ayat tu berbunyi begini, jika kita buat kebaikan dan berharap orang hargai, lupakanlah. kita telah hidup di salah planet bila ada detik begitu di dalam hati. macam mana kita berharap sekalipun, sedikit sekali orang yang tahu menghargai.
tak ada dosanya menjadi wira yang tak didendang. letih memang letih, sakit memang sakit. tapi jangan sekali-kali pernah lupa yang Allah sentiasa baik dengan hambaNya. dan Allah dah sedia banyak sangat balasan yang setimpal dengan kebaikan yang kita buat.
jangan berharap pada manusia sebab tak ada siapa yang akan mampu kabulkan permintaan kita. serahlah sepenuh harapan pada Allah. andai letih terduduk sekalipun, duduklah, sandar pada yang Maha Esa. kekuatan itu dari Dia.
be strong and never give up in doing good things okay ? =]
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment