Sunday, January 31, 2016

berhenti membanding

Assalamu'alaikum =)

aku tak tahu kenapa makin hari makin aku sakit tengok media sosial. be it Facebook, Instagram, Twitter etc, aku rasa macam nak delete semua account aku tapi aku ada keperluan dengan semua account tu. macam Facebook, situlah tempat aku nak share nota lecture, dapat info dari group sana sini dan baca benda yang takde kat media elektronik dan cetak. so tak bolehlah aku nak delete dan tak bolehlah jugak aku nak mengelak dari terbaca post-post yang sedikit sebanyak mengusik hati aku.

point kenapa aku kata berhenti membanding ialah terlalu banyak post yang aku baca tentang anak nombor ni baik, orang lahir bulan ni rajin tapi cepat marah, perempuan itu lelaki ini dan sebagainya. ok mungkin sebahagian daripada tu tak boleh dipercayai pun. kita tinggalkan hal itu. yang lebih mengusik aku ialah bila orang dok banding kerja aku lagi susah dari kau, course aku lagi disaster dari course kau.

ya aku faham, kita nak bagitahu orang yang selama ni selalu fikir kita senang. tapi tak perlu up to extent kau bandingkan dengan kerja orang. aku rasa cukuplah sekadar kau bagitahu kesusahan apa yang ada pada bidang kau berbanding kau cakap waktu tidur seorang guru sekian-sekian sedangkan waktu tidur seorang doktor takde. benda berbeza tapi kau bandingkan dari segi yang sama, pada aku tak adil.

aku ada perasaan nak bagitahu semua orang, nak betulkan tanggapan segelintir yang ingat pergigian ni pasal gigi semata padahal kami belajar macam doktor jugak. tapi sekarang aku tak rasa perlu untuk canang setiap masa sebab ada orang tak hairan pun. dan dia tak hairan sebab dia tak duduk bidang kita. mungkin satu masa bila dia ternampak sendiri hakikat sebenar cabaran bidang kita, waktu tu nanti dia akan faham.

semua course susah. semua kerja susah. lahir bulan berapa pun kalau kau tak berusaha jadi seorang yang baik dan bermanfaat, takde beza pun kau dengan orang lahir bulan lain. 

media sosial tak salah. yang salah gunanya kita. orang kata bila kau berhenti membandingkan kau dengan orang lain, kau akan bersyukur dengan apa yang kau ada. tapi kalau kita asyik bandingkan kita dengan orang lain in terms of aku lagi teruk dari kau, kau tu bersyukur sikit, macam mana pulak?

sekadar 2 sen aku. sekarang aku cuma mampu pejam mata jelah, abaikan post-post tu sebab ada benda yang lagi patut aku ambik peduli. 

sekarang tengah gigih memujuk diri sendiri untuk tidak jealous dengan orang lain sebab esok dah start semester akhir so perasaan cemburu tu sangat mengganggu. hati kena tenang nak mengharung last semester ni. anyway, doakan aku ea =D 

Wednesday, January 20, 2016

memilih

" Ita! bawak kopi dengan keropok yang kau goreng tadi! Cik Nah kau datang ni ha!" Emak melaung dari ruang tamu. Ita sangkutkan kuali yang baru selesai dibasuhnya sebelum menyusun cawan, jag kopi, bekas keropok dan piring sos dalam dulang lalu ditatang dengan cermat ke ruang tamu. Dia senyum pada Cik Nah sambil atur cawan dan tuang kopi dalam cawan.

" Engkau buat apa sekarang, Ita?" soal Cik Nah. Dia senyum kelat. 
" Takde buat apa sekarang. Nak kerja takde yang sesuai dengan bidang dia mengaji kat universiti dulu. Mereput jelah kat rumah ni," Suara emak terlebih baik hati menjawabkan dulu. Ita hanya terus senyum kelat.

" La kau ni, kerja jelah apa pun. Sekarang ni cari kerja susah, tak boleh memilih. Asalkan halal, dapat duit, ye dak?" Cik Nah cuit tangan emak yang sedang hirup kopi. Emak angguk setuju.

" Ita, aku dengar Timah si tukang jahit tu cari orang nak tolong dia kat kedai dia tu. Apa kata sambil-sambil tu kau pergi menjahit kat kedai dia? Dapat juga duit sikit. Kau pun bukan tak reti guna mesin jahit," usul Cik Nah. Ita ubah perisa senyum. 

" Boleh jugak. Ita suka je," Ujarnya bersetuju. Dalam minda sudah mula terbayang proses masuk sekoci benang macam mana, nak mula menjahit macam mana. Emak buat muka berkerut.

" Engkau ni Nah, anak aku belajar tinggi pasal buat bangunan kau suruh dia kerja buat baju pulak. Ijazah dia tu nak buat apa? Tak payah, Ita. Kau tu mengaji tinggi. Takkanlah ending jadi tukang jahit je," Sanggah Emak. Perlahan-lahan senyum Ita pudar.

" Takpelah, janji kerja. Tak pun susah-susah kau kahwin je Ita. Perempuan ni belajar tinggi mana tempatnya ke dapur jugak," Cik Nah keluar usul kedua. Emak masih berkerut.

" Dengan siapa pulak aku nak kahwinkan dia ni.. Aku ni kenal pun anak-anak kampung ni jugak. Tak padanlah dengan anak aku yang belajar tinggi," Emak mengomel. Perlahan-lahan Ita minta diri mahu ke dapur, meninggalkan emak terus berborak dengan Cik Nah.

Di balik pintu dapur, Ita pecahkan air mata yang dia tahan dari tadi. Kalaulah orang tahu yang dia terpaksa memilih sedangkan dia tiada pilihan?

Tuesday, January 19, 2016

senyum =)

setiap kali memandang diri sendiri di cermin, aku suka senyum. 

that's the way i tell myself that i am special in my own way and i am strong. much stronger that i thought.

keep going. 

" happiness can be found even in the darkest times, if only someone remembers to turn on the light." 

Dumbledore, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban


Sunday, January 3, 2016

a short escape to PD

Assalamu'alaikum =)

awal-awal tahun begini biasanya aku akan bergelumang dengan buku dan nota-nota setinggi katil aku kat GV ni ha. tapi tahun ni aku telah membuat keputusan drastik dengan mengikut kawan-kawan aku pergi PD untuk melawat anak buah Adlina yang comel gila tahap rasa mahu geget-geget dan berjalan-jalan. asalnya memang dah lama nak pergi tengok anak buah Adlina dan akhirnya terlaksana jugak kali ni.


irsyad sangatlah comel, behave dan sedap dipeluk (haha). tak meragam pun masa kitorang aunties ni pass2 dia dari sorang ke sorang yang lain. dah last2 tu dia pun mengantuk agaknya time tulah dia macam merengek sikit tapi sebelum tu masa main-main dengan kitorang ok je. i wish i can have a baby like him. haha~celah mana nak cari gene putih melepak gitu? Adlina ni nama je Jawa tapi putih melepak2. aku Jawa gak tapi apsal tone tak sama? tetiba marah pahal? semua sebab kawad (kesimpulan).

kitorang sampai agak lambat so makan tengahari pun lambat. berbekalkan mobile data 50MB yang aku subscribe dengan harga RM 1, aku pun google ' tempat makan best di port dickson'. daripada beberapa blog yang aku baca, diorang suggest makan dekat Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place. sedap ayam dia cuma nasi dia sikit haha kitorang tak kenyang lagi makan kat situ. sebenarnya boleh je order nasi tambah tapi tah kenapa tah kitorang tak order.


gambar makanan takde sebab semua lapar so memang taklah nak tunggukan. makanan sampai terus ngap. harga pun okey berpatutan. lepas makan, kitorang cadang nak gi pantai sambil minum coconut shake. sebabnya teringat masa year 2 dulu pernah buat Family Day kat situ dan ada satu gerai tu jual coconut shake yang sangat sedap. so kemainlah google jalan nak ke Pantai Cermin sampai tersesat-sesat masuk lorong tah mana tah. 

tapi bila dah sampai tu kitorang kecewa sebab kedai yang jual coconut shake tu dah takde. hampa aku. bagi mengubat hati yang lara, aku dengan kawan-kawan aku pun belilah makanan kat gerai tepi2 pantai tu. aku beli burger dengan aiskrim. yelah lapar lagi ni mana cukup nasi semangkuk kecik tadi haha. bila dah beli makanan tu, satu masalah lain pulak. tak tahu nak lepak mana. waktu tu dalam pukul 4 lebih so bayangkanlah nak duduk tepi pantai tengah panas terik tu. mula2 duduk satu spot tu pastu pindah spot lain. pastu pindah ke lain pulak. gigihlah kitorang bergambar dengan makan tengah-tengah terik gitu.

tamak betul aku burger dengan aiskrim suap selang-seli haha


dah siap makan tu, kitorang decide nak pergi Galeri Seni 3D. menggoogle jalan ke situ pulak. ambik masa setengah jam jugaklah dari Pantai Cermin tu tapi kalau korang pernah pergi Golden Straits Villa, dekat je dengan galeri tu tak sampai setengah jam pun. kitorang sampai pukul 6 lebih. harga tiket bagi makcik-makcik macam kami ni yelah RM 20. kalau budak yang tingginya bawah 90cm dengan orang tua diorang free of charge. masuk sini takleh pakai kasut tau sebab dia tak nak bagi kotor segala lukisan 3D yang ada dalam tu. ada dalam 50 lukisan jugak kat sini so korang bergambarlah sampai rasa nak muntah.






sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak daya aku nak upload banyak-banyak ditambah dengan kemalasan yang tinggi. tapi memang bestlah dapat pergi sini. nanti aku nak bawak family aku datang sini. 

bila pergi PD ni mesti aku akan mengenang balik kenangan kecik-kecik dulu. dulukan aku duduk Seremban so kalau hujung minggu tu memang selalu je pergi PD. kalau tak bermalam kitorang akan berkelah je. pasang khemah pastu mandilah kau puas-puas sampai tengahari. dah lapar baru naik makan. kalau tidur mana-mana hotel pulak memang tak pernah lagilah duduk satu jenis hotel tu je setiap kali datang. boleh kata tiap kali datang mesti lain-lain hotel kitorang duduk. tapi yang aku recommendkan ialah Golden Straits Villa. sebab bilik dia best selesa dan seberang je dengan hotel tu ada pantai yang sangat cantik dan bersih. so kot2 lepas Subuh nak jenjalan ke boleh la.

insha Allah ada rezeki aku datang lagi PD =D terima kasih athirah, adlina, zahidah dan fafang!! seronok sangat. 

ok,sekarang nak exam dan ada presentation CDP minggu depan so wajib berhenti blogging sekarang.

terima kasih kerana membaca =) semoga 2016 aku bertemu jodoh. eh semoga tahun 2016 menjadi tahun yang baik untuk korang semua~