Tuesday, August 23, 2016

Conditionally Passed

Pada suatu hari di poliklinik tingkat 17,

" Dr, saya nak present. Patient presented with pain on lower left back tooth since..."
" eh awak bukan year 5 lama ke? LBS kan?"
" aah tapi patient saya FTA hari ni jadi saya mintak OP,"
" laa buat apa nak mintak OP takyah laa.."
" tapi sementara waktu ni saya nak buat lagi restoration banyak-banyak. nak tingkatkan confidence,"
" eeeiiiii mengadanya nak confident confident pulak...gi present dengan doktor lain,"
" hahahaha ok dr ok dr saya gi present kat doktor lain,"

Sepantas kilat aku berlari mencari doktor lain untuk supervise aku sambil ketawa mengenangkan dialog doktor tadi XD

I'm glad my students day is not over yet, because part of me cant let go the joy of being a student despite I'm eager to graduate this November. Nevertheless, please pray the best for us.

Intan datang shooting kat klinik, pastu semua teruja dan rasa bernasib baik kena datang lagi sem ni sebab dapat bergambar dengan artis haha =P



Monday, August 8, 2016

biawak

Dia berlari meninggalkan mee yang sedang digoreng tatkala tangisan nyaring kedengaran dari bilik utama. Sebaik tiba, dia dukung bayi yang sedang menangis kelaparan lantas susu yang sudah siap dibancuh disua menamatkan tangisan serta-merta. Tersenyum dia melihat si anak berselera menyusu hingga botol tersebut kosong isinya. Usai si anak melepaskan puting botol susu, terus dia terlena kembali lalu perlahan-lahan diletakkan semula ke tempat tidurnya. Selesai ‘mengepung’ si bayi yang kekenyangan dengan bantal peluk dan selimut, dia kembali ke dapur mendapatkan mee separuh masaknya.

“ Tak siap masak lagi ke?” Suara sinis menyapa telinganya bila dia melintasi ruang tamu. Dia pandang pemilik suara yang sedang membelakanginya, menghadap telefon pintar di tangan.

“ Belum, bang. Naurah terjaga tadi,” Perlahan dia membalas. Tiada suara balasan lantas dia menyambung haluannya ke dapur.

“ Abang, sarapan dah siap.” Dia melaung dari dapur. Setelah makanan siap dihidang dan suaminya mengambil tempat di meja makan, dia terus masuk ke bilik untuk bersiap. Barang-barang keperluan anak untuk dihantar ke rumah pengasuh dibimbit masuk ke dalam kereta. Anak yang sedang lena diangkat dengan cermat dan diletakkan dalam tempat duduk bayi. Tali pinggang keselamatan dipasang. Dia kembali semula ke dalam rumah mendapatkan barangannya pula.

“ Sayang, jangan lupa bayar bil. Astro dah kena potong, awak lupa bayar ya? Internet pun dah start lembab ni. Gaji dah masuk,kan?” Suara itu kedengaran lagi, mencucuk telinganya, menghiris hatinya. Dia tidak pandang empunya suara sambil berpura-pura sibuk mengemas beg tangannya.

“ Dengar tak ni? Jangan lupa bayar bil-bil tu nanti. Hari ni ambik half day je, biar settle semua urusan tu senanglah nanti,” Darahnya mendidih mendengar suara itu lagi. Luka hentakan pada dahi yang diterimanya semalam terasa berdenyut kuat. Dia terpandang meja makan yang bersepah saat dia selesai mengemas diri pada cermin. Dia hanya mengeluh dalam hati.

“ Saya pergi dulu,” Dia ucap sambil mengatur langkah keluar dari rumah. Si dia buat tidak tahu sahaja, gayanya sudah bersiap sedia mahu menyambung mimpi setelah kekenyangan menelan dua pinggan mee goreng.

Dia masuk ke dalam kereta lantas menghidupkan enjin. Beg tangannya dibuka. Borang tuntutan fasakh yang berlipat diambil dan ditatap. Dia pandang cermin. Biasan wajahnya buat air mata mahu mengalir. Lebam pada dahi dan bibir disentuh perlahan. Lantas air mata diseka. Pedal minyak dipijak lalu kereta bergerak meninggalkan rumah.


Sesungguhnya dia sudah letih menanggung biawak hidup.