Monday, June 5, 2017

Barangkali ada doamu yang telah dimakbulkan

Assalamu'alaikum dan Salam Ramadhan =)

Punyalah lama tak update blog tahu2 dah masuk Ramadhan kan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya, insha Allah.

Masuk minggu ni, dah tiga minggu lebih aku bekerja. Ya, aku dah dapat posting yang dinanti sekian lama haha~Alhamdulillah aku dihantar berkhidmat di Damak, nak kata kampung Damak pun boleh kot dan kampung ni dalam daerah Jerantut, Pahang. Koi jadi orang Pahang dah tahun ni (ok tak jadi slang Pahang lol).

Terus terang, masa sesi merebut tempat posting yang sarat dengan emosi, doa dan harapan (seriously), mata aku fixed dekat Temerloh je. Boleh kata tu satu2nya daerah kat Pahang ni yang aku rasa aku boleh hidup sebabnya keluarga besar mak aku di sana, jadi pada hemat aku kalau aku perlukan apa-apa, kurang-kurang mereka ada. Tapi Allah ada perancangan yang lagi baik untuk aku.

Undi yang aku cabut kosong, bererti kekosongan di Temerloh diisi oleh orang lain. Lagi sedih, aku tak terfikir langsung nak pilih at least Mentakab ke Bentong ke sebab time tu tah kenapa yakin sangat dapat Temerloh kot. Akhirnya, aku pilih untuk ke Damak sebab ada seorang lagi officer yang akan bertugas dengan aku di sana. Time ni mata aku dah bergenang air mata, tunggu masa nak meleleh je sebab mereka kata Damak ni jauhhhh ke dalam. Selesai je pemilihan tempat, aku turun dapatkan keluarga aku yang menunggu di lobi (aku belum ada kereta lagi jadi terpaksa mohon jasa baik mereka untuk proses lapor diri ni).

Sebaik je aku nampak kelibat mak ayah aku, terus aku menangis sangat-sangat. Tak ada rasa segan ke apa waktu tu sebab aku rasa sangat hiba dan entahlah, susah nak put in words. Yang pasti masa tu aku rasa risau, cemas, bercelaru, homesick semua ada. Sebab mak ayah aku yang lahir dan membesar di Pahang pun berkerut dahi kejap dengar nama Damak tu. Sampailah selesai urusan lapor diri, sepanjang waktu aku rasa sedih, stress dan takde mood. Ini kejutan pertama.

Kejutan kedua bila aku pergi sendiri ke klinik tu. Memang jauh ke dalam. Lebih kurang setengah jam dari bandar. Jalan masuk takde lampu, adalah sebatang dua tapi kalau nak keluar masuk bagi pemandu baru macam aku, lebih baik selesaikan selagi matahari belum terbenam. Sebaik je kereta kakak aku berlalu untuk balik ke KL, aku nangis puas2 dalam bilik dan hanya keluar masa nak buka puasa.

Hari-hari balik kerja aku nangis. Lagi-lagi lepas mak telefon. Yalah selama ni aku study paling jauh pun kat Rembau, tu pun dua tahun je dan time tu kakak aku sekolah sekali di situ. Selain dari tu, semuanya dekat sangat dengan keluarga. Tapi bukanlah kejutan terbesar bagi aku bab duduk jauh dengan keluarga sebab concern terbesar aku masa ni ialah macam mana aku nak balik KL. Pendek kata bila berada di tempat begini, kenderaan tu satu keperluan, bukan kehendak. Dan aku berani cakap, kereta yang lebih mahal dan tahan lama pun satu keperluan sebab perjalanan jauh. Aku dibesarkan di kawasan yang serba serbi dekat. Takde kereta takpe, public transport ada. Nak beli makanan? Burger pukul 12 malam pun bukak lagi. Kalau tadi pergi supermarket pastu terlupa satu barang, nak pergi sekali lagi jap lagi pun takde hal. So, bila sampai sini, aku kena ambil masa untuk sesuaikan diri.

Sekarang, aku bolehlah kata yang aku dah mula dapat sesuaikan diri. Tapi belum sepenuhnya lagi, cuma sekurangnya hati ni taklah serapuh awal-awal dulu. Juga perlahan-lahan dah dapat terima kenyataan haha~

Sepanjang masa aku merenung nasib ni, banyak sangat soalan dan jawapan dalam fikiran aku. Masih seorang diri dan janggal dengan kawan-kawan baru, jadi takkanlah korang nak expect aku terus luahkan perasaan nangis kat kawan baru pulak kan. Jadi aku banyak bersoal jawab dan pujuk diri sendiri je.

Apa yang buat aku akhirnya tak menangis di sini ialah, barangkali ada doa aku yang dah dimakbulkan. Aku pernah doa nak kerja jauh, aku pernah berhasrat kalau berlaku banjir ke apa aku nak jadi sukarelawan yang berkhidmat sekali yang mana mengikut senior aku di sini, kawasan klinik aku ni memang berisiko tinggi untuk banjir dan biasanya cuti untuk bulan 11 dan 12 dibekukan sebagai persediaan. Aku jugak pernah sebut dengan saudara mara sebelah mak aku yang nanti kerja aku nak minta posting di Pahang. Boleh dikatakan banyak juga benda hatta yang sekadar terlintas pun, Allah dah makbulkan.

Apa yang aku pasti, ini jadi bukti bahawa Allah itu sentiasa mendengar doa hambaNya, cuma bila dimakbulkan tu urusan Dia. Bak kata kawan aku, kita buat je bahagian kita, biar Allah uruskan yang selanjutnya. Aku jugak yakin yang mesti ada hikmah menunggu aku di sini.

Insha Allah, bila doa kita dimakbulkan, ada hikmah besar yang Allah nak tunjukkan. Yang pasti, setiap ujian yang Allah bagi baik dalam bentuk ujian mahupun nikmat, semuanya menuju kepada target yang satu iaitu meningkatkan darjat keimanan kiga di sisi Allah =)

0 respons terhadap bicara saya: