Jumaat. Hujan yang turun renyai-renyai sejak Subuh tadi belum menampakkan tanda mahu berhenti. Paras air dalam parit depan klinik dah mula naik, tapi air belum melimpah atas jalan. Klinik kesihatan di bawah meriah, ramai juga orang datang walaupun hujan begini. Klinik gigi yang atas sikit ni je yang sunyi sejak tadi. Boleh reput kalau duduk sini sebab waktu tak hujan pun orang tak ramai, waktu hujan lagilah. Sampaikan bila ada patient masuk je, semua officer panjangkan leher tengok siapa yang mahu buat patient. Haaa rare kan pemandangan sebegini haha~
Lalu ada seorang remaja lelaki datang mahu buat cabutan dan aku pun masuk ke surgeri untuk mulakan tugasan. Siap pemeriksaan semua, aku suruh patient pergi makan dahulu sebab belum sarapan lagi katanya. Sambil dia pergi makan, aku check dan treat patient lain dahulu.
Sekembalinya patient tadi, aku pun mulakan prosedur cabutan dengan menyuntik bius ke bahagian yang mahu dicabut. Sebaik confirm kebas, aku pun elevate gigi geraham yang sudah reput separuh tu dengan coupland. Sedang aku elevate gigi yang sudah mula goyang sedikit tu, aku terpandang mata pesakit yang terpejam. Spontan aktiviti elevation aku terhenti.
" Eh, dik. Kenapa ni? Ok tak?"
Dia buka matanya namun perlahan. Bola matanya nampak tidak fokus dan dia seakan cuba mengambil nafas. Kelopak matanya seakan mahu jatuh, seperti orang yang mahu terlelap.
" Eh, awak okay tak ni? Dengar tak saya cakap apa?" Aku tinggikan suara, takut patient tak dapat dengar. Dia angguk tapi nampak terlalu lemah. Cepat-cepat aku posisikan dental chair supaya patient dalam keadaan baring. Kawasan gigi yang mahu dicabut aku tekan kuat dengan gauze dan suruh patient gigit. Aku pinta DSA ambilkan tekanan darah patient, ikutkan nak check DXT juga tapi time ni pulaklah strip glucometer tu habis sedih betul rasa. Sebelum prosedur, aku tak rekodkan vital signs patient sebab patient mengaku sihat dan baru berumur 18 tahun.
" 80/34, Dr," kata DSA selepas result tekanan darahnya keluar. Mengucap aku dengar. Tangan patient pucat lesi dan sejuk, seolah tiada darah mengalir. Berulang kali aku soal patient OK tak dan kali ini dia mampu angguk kuat sedikit berbanding tadi walaupun dia nampak masih cuba untuk sedar. Aku baringkan lagi patient ke bawah dan pinta DSA tengokkan supaya patient tak terjatuh. Segera aku keluar bertemu ayah patient di ruang menunggu dan menyoalnya lebih lanjut berkenaan latar belakang kesihatan anaknya.
Menurut ayahnya, anaknya itu mabuk kalau tengok banyak darah dan dia juga dah jangka yang ini pasti berlaku. Namun anaknya memang tiada masalah kesihatan, bermaksud tak pernah disahkan menghidap apa-apa penyakit, tak pernah dimasukkan ke hospital atas apa jua sebab dan tak mengambil sebarang ubat-ubatan. Puas hati dengan jawapannya, aku masuk semula ke surgeri dan lihat patient semakin okay berbanding tadi tapi masih lemah. Aku ambil semula tekanan darah dan sudah naik kepada 110/66mmHg. Lega, aku letakkan patient di posisi duduk. Kemudian aku consult dengan bos aku dan beliau sarankan untuk tidak teruskan cabutan untuk hari ini.
Lalu patient pun aku suruh pulang dahulu dan dibekalkan dengan ubat tahan sakit memandangkan aku dah longgarkan giginya tadi, confirm balik ni sakit gila punya. Dahlah hari ni Jumaat, paling tidak kena datang semula Isnin paling awal pun. Atau kalau tak tahan sangat langsung, kenalah pergi bahagian kecemasan untuk dicabut oleh dental oncaller.
Sementara aku pula masih berdebar mengingatkan apa yang berlaku. Ini kali pertama aku berdepan medical emergency dan mujur, aku bersyukur sebab pernah lihat macam mana senior manage masa posting di JBM, HOSHAS. Juga, mujurlah tak jadi lebih teruk.
Aku biasa je dengar orang mabuk darah tapi tak pernah jangka macam ni rupanya bila patient mabuk darah. Aku tak tahu dia tak boleh tengok atau tak boleh bau darah sebab bila aku tengok gauze yang aku guna untuk wipe darahnya masa elevate tu tidaklah lencun satu gauze pun so aku buat kesimpulan, mungkin dia tak boleh bau darah. Kot.
Oh, baru teringat, masa kelas Biology form 5 dulu ada seorang budak lelaki kelas aku pun katanya mabuk darah juga. Nampaklah mamai gitu masa kami tengah ada sesi dekat lab buat apa aku tak ingat tapi ada kaitan dengan darahlah. Tapi budak tu jadi doktor dah pun sekarang haha~Dia dah berjaya overcome kemabukan dialah tu nampaknya.
Anyway, banyak juga aku belajar dari pengalaman ni. First, jangan panik. Second, revise selalu management of medical emergency sebab dia boleh jadi bila-bila masa. Third, peringatan untuk aku juga untuk educate patient kepentingan makan sebelum buat cabutan. Bos aku kata dia makan tadi pun roti Gardenia seketul je, maybe tak cukup untuk dia so advice dia untuk makan kenyang-kenyang dulu untuk cabutan akan datang.
So, korang kalau nak pergi klinik gigi tu, betterlah makan kenyang-kenyang dulu ea. Bukan apa, bila perut kosong, pastu nervous lagi masa tunggu turn, tak pepasal boleh collapse nanti. Selain tu, senang juga untuk korang lepas cabutan nanti boleh terus makan ubat tahan sakit dan rehat betul-betul supaya cepat sembuh, takdelah stress lepas cabutan nak makan tapi tak boleh kunyah properly sebab gauze dalam mulut atau terasa darah still keluar. Okay?
Sekian, pesanan dari doktor gigi anda yang prihatin =) Semoga bermanfaat~
3 respons terhadap bicara saya:
waahh,, menariknya cerita kak pah. kalu ada story lg mohon share lg,, best! terima kasih :-)
@atiqah jamal
thank you jugak sebab sudi baca hehe insha Allah =)
Kalau blh nak tau camna cara classmate doc overcome mabuk darah dia. Tq.
Post a Comment