Sunday, April 26, 2026

untitled

Perlahan aku buka mata bila sekelilingku terasa aneh. Bunyi kipas berputar menyapa pendengaran, siling bilik menyapa penglihatan. Terkebil seketika menghadam suasana. Ada sesuatu yang hilang. Aku tarik nafas dalam.

Aku toleh kiri dan kanan. Ruang ini terasa besar, aku terpaksa bergolek untuk menganalisis situasi. Jantungku mula berdegup laju seiring pantasnya akalku mentafsir, apa langkah seterusnya yang perlu aku ambil. 

Aku bingkas bangun. Alamak, tingginya...lalu duduk semula. Perlahan aku bawa tubuhku ke pinggir katil, menurunkan kaki terlebih dahulu seperti yang ayah ajar. Aku sambung mencari. Hatiku mula gelisah, ruang yg sunyi mula menyeksa jiwa dan mendebarkan dada.

Ibu tak ada.

Aku atur langkah ke bilik sebelah. Gelap dan sunyi. Akalku menyuruh aku masuk dan meneroka, tapi kakiku terasa berat. Aku takut. Macam mana kalau ada benda yang menakutkan? Aku sendirian, tak berdaya dan tak berteman. 

Ketakutan mula menguasai. Aku menangis sekuat hati. Mana ibu! Aku jerit, tapi yang kedengaran cuma suara tangisan. Aku cemas, tempat yang selama ini aman, kini terasa begitu asing. Jelas, ibu tak ada! Aku harap ada yang sudi dengar jeritanku, selamatkan aku dari tempat asing ini. 

Tiba-tiba pintu rumah terbuka, wajah ibu muncul. Aku menangis hiba tapi gembira. Ibu ada! Dengan cekap ibu bawa aku ke dalam pelukannya. Bau ibu menusuk masuk ke kalbu, mendaftar perasaan lega dan gembira. Tangisanku beransur reda. Suara ibu yang lembut memujuk buat aku tenang semula. Sekarang baru ruang ini dirasakan lebih selesa. Aku paut erat leher ibuku, mudah-mudahan ibu tak hilang lagi.

Saturday, November 30, 2024

Benda Berguna untuk Ibu kali pertama


Alhamdulillah aku dah selamat bersalin 25/10 yang lalu. Czer yang paling aku nak elak tulah yang terpaksa aku lalui juga. Tapi semua ada hikmahnya insha Allah, yang penting sekarang aku dah balik rumah & syukur setakat ni tak ada komplikasi apa-apa. Semoga terus sembuh dengan baik, doakan ya.

Aku ni first time mom so memang buat preparation bersalin tu tak tau betul ke tidak, cukup ke tidak. Memang learn the hard way la senang kata. Tapi bagus zaman aku mengandung & bersalin ni dah ada banyak benda yang membantu ibu yang clueless macam aku. So kat sini just nak share apa benda yang aku rasa berguna kalau korang first time mom macam aku. By the way aku bersalin kat hospital Ampang jadi benda ni juga boleh la nak bawak sekali in case korang bakal bersalin di sini juga.

1. Milk collector & silicone breast pump


Aku ialah ibu yang tak dapat nak direct feeding baby lepas bersalin. Plus dengan sakit czer, kena cucuk ubat cair darah 2 kali sehari, baby pulak tengah kuning so struggle gila nak bagi susu badan kat baby. Susu topup kat wad pulak terhad & kena berebut dengan mak-mak lain. Susu badan sendiri ada je tapi terbazir camtu je meleleh kat baju so milk collector ni memang boleh jadi penyelamat. Lagipun dia tak sakitkan npple & boleh pam secara manual cuma tak serancak suction baby & yang jenis pam elektrik la. So benda ni berguna untuk collect susu yang extra tu, sebenarnya bila tadah tu banyak je boleh dapat tau, maybe cukup untuk sekali feeding pun ya, ikut rezeki.

2. Pad jenis sarung

Aku beli brand ni sebab aku kan tinggi dan lebar haha so aku memang buat research gitu mana yang paling sesuai. Harga dia berpatutan je and kalau nak murah belilah di shopee tolak coin bebanyak hehe. Teramat mudah sebab tak payah nak kena bawak panty asing pastu nak lekat pad lagi, especially jika korang ialah ibu yang bersalin czer macam aku. Rajin ke nak bergerak banyak time sakit camtu haha so investlah kat pad jenis ini. Even kalau terkucil dalam ni pun dia tak bocor, just kau kena terus tukarlah sebab tak selesa.

3. Ted stocking


Untuk makluman ibu-ibu sekalian, kita ni berisiko tinggi untuk dapat darah beku masa pregnant & sepanjang 3 bulan lepas bersalin tau. Kalau ikut adat pantang zaman dulu, kena pakai stokin sebab tak nak angin masuk tapi kita haruslah akui bahawa sekarang dunia dah makin moden, angin tak boleh masuk ikut mana-mana pun sebenarnya. Tambah pulak kita ni duduk Malaysia iklim khatulistiwa, kalau time tu panas terik, tak ke stokin tebal tu buat badan dehydrated? Dah la nak kena menyusu baby, kena pulak dapat orang kolot tak bagi minum air suruh bercatu, makin kontang la badan nanti. 

So marilah kita ubah kepada cara pantang yang betul: pakai ted stocking semasa mengandung & berpantang untuk mengelakkan kaki bengkak & terjadi darah beku. Bahaya tau sebab kalau darah beku biasa (deep vein thrombosis DVT) ni dia terapung kat salur darah & tersangkut kat paru-paru, dia akan jadi Pulmonary Embolism dan boleh membawa maut. Trust me, I'm a Pulmonary Embolism survivor. Sila la baca pengalaman aku kat post sebelum ni. 

Stokin ni membantu sangat tau sebab dia ketat yang selesa jadi dia buat pengaliran darah kat kaki tu lancar. Sepanjang pregnant aku pakai, tak pernah sekali pun kaki bengkak atau jadi cramp sebab aku pakai stokin ni almost 24 hours atas nasihat doktor pakar. Plus dia tak panas so selesa pakai, harga dia memang mahal sikit berbanding stokin biasa tapi untuk orang yang tahu peritnya kena darah beku, harga dapat hidup tu jauh lebih mahal tak ternilai. 

4. Collostrum collector



Ini sebenarnya membantu tapi untuk aku yang terkial-kial nak marmet dan uruskan baby, benda ni tak dapat digunakan sepenuhnya huhu tapi ok la dapat jugak kumpul sikit & suap kat baby setakat yang dapat. Terpulanglah nak prepare atau tak, benda ni pun murah je hiks

5. Manual breast pump



Sebenarnya untuk awal-awal lepas bersalin ni kalau nak pam susu elok pakai yang ni instead of yang elektrik tu. Aku baru tahu sebenarnya haha. So kalau nak bawak pam pun better bawak yang ni. Selesa pun ye, tak payah nak kena caj bagai pun ye. Plus, untuk ibu yang plus size macam aku maybe better pakai jenis corong macamni.

So itulah semua benda yang aku rasa perlu & berguna & learned the hard way haha. Semoga dapat membantu ibu-ibu baru macam aku. Bye~



Wednesday, December 13, 2023

Pulmonary Embolism: Satu Mimpi Ngeri

 
I always wonder how does it feel to have branula inserted. Here in ICU i have 3 branulas, 2 intravenous & 1 in my artery. 

Hujung Oktober, aku terpeleot kaki masa tengah turun dari tilam. Aku pakai tilam 10 inci tu je sebab memikirkan akan berpindah jadi malaslah nak ada banyak perabot. Few days lepastu, kaki aku mula sakit. Especially masa memandu. Tapi untuk seminggu aku masih mampu berjalan, memandu, bekerja macam biasa. Sampailah Sabtu 28/10, keadaan kaki aku mendadak merosot, sampai jalan jadi sangat sakit & mula kena solat secara duduk atas kerusi. Malam tu ialah kali terakhir aku memandu.

Pergi ke 1 klinik swasta, Dr buat ultrasound & suspects ligament lutut aku sprained. Ada bengkak tapi tak nampak sama ada koyak atau tak. Since sakit makin teruk, pagi Isnin aku terpaksa ke ED Selayang untuk dapatkan rujukan ke pakar ortho sebab risau makin melarat. Plus sakit tu dah mula affect rutin harian aku & aku jadi banyak terlantar berbanding bergerak.

Syukur urusan kat hospital cepat. Hari yang sama dapat jumpa dr pakar perubatan sukan, Dr pun sebut ligament MCL aku terseliuh. Dapat MC 1 minggu dan mula kena pakai crutches. Terlalu seksa sakitnya, sampai salah gerak sikit sakit, nak gerak kaki sakit, terpaksa bergantung kepada Hadi sepenuhnya. Beberapa kali aku menangis kesakitan, seumur hidup memang inilah kali pertama sakit yang teramat aku rasa. Dah cuba buat rawatan macam yang Dr syorkan tapi dalam masa beberapa hari tu bagi aku leganya sekejap je. Dalam 24 jam, boleh dikatakan tempoh aku bangun dan bergerak tu mungkin dalam 1 jam je. Selebihnya terpaksa di atas katil sebab setiap pergerakan kaki memang menyeksakan.

Pagi Khamis 2/11, aku terjaga dalam jam 6.20 pagi. Macam sebelumnya bila aku tersedar, suami aku pun akan terjaga sama. Dia akan cuba bantu aku, dia perhatikan aku dan cuba tolong bila aku tak daya nak bangun. Tapi pagi tu memang aku mudah dapat berdiri. Terdetik kejap rasa happy sebab macam ada harapan dah sembuh sikit. Aku menapak ke tandas, nak ambil wuduk & solat Subuh. 

Hadi ikut aku keluar bilik. Tengah aku cuba nak sarung selipar, terasa rentak jantung lain macam....

Aku macam terasa ada benda berdesing dalam kepala sebelum aku berjaya buka mata. Dengan susah payah, akhirnya dapat & masa ni baru aku dengar Hadi tengah jerit panggil nama aku sambil dia tampar pipi aku berkali. Kenapa aku dah terduduk....kenapa Hadi ada kat belakang aku...peluh mencurah-curah, rasa berat nak ambil nafas. Rasa penat sangat, mengantuk. Hadi berkali jerit nama aku, dia tak bagi aku pejam mata. Aku cuba bangun tapi badan rasa berat sangat. Aku dengar dia buka pintu, jiran datang tolong, makcik tu suapkan air zamzam untuk aku & suruh aku mengucap. Aku dengar Hadi call ambulance & bila aku dah makin regain consciousness, aku tanya dia bila ambulance nak sampai. Aku dengar dia call mama, call mak, call bos aku informkan yang aku jatuh pengsan.

Alhamdulillah 20 minit macamtu ambulance sampai. Terima kasih pada MA yang datang menilai keadaan aku & jiran-jirang yang tolong angkat aku turun ke bawah sampai naik ambulance. MA terus check dxt & pasang branula untuk run normal saline. Syukur sangat-sangat, rumah aku dekat dengan Hospital Selayang jadi 5 minit je dah sampai ED. Kat sini aku nampak semua bertindak pantas betul, dalam masa 1 jam aku dah dapat distabilkan. Syukur juga xray dada & CT scan pada otak takde apa-apa yang abnormal. Tapi disebabkan inilah diorang makin curious apa punca aku jatuh pengsan sedangkan aku takde masalah kesihatan apa-apa.

Aku betul-betul berterima kasih kat Dr MO yellow zone ni. MO aku rasa sebab lepastu dia ada present case aku kat Dr yang lagi senior. Upon hearing that aku ada ambil pil perancang, terus diorang suspect Pulmonary Embolism. So dia uptriage aku balik ke zon merah & suruh pasang oxygen face mask, juga minta consent aku untuk buat CT scan paru-paru untuk confirmkan diagnosis. 

Lepas 6 jam puasa, aku ditolak untuk buat CT scan. Mula-mula Dr yang explain kata nanti pasang jarum lain. Sekali diorang guna je branula kat tangan aku haha sakit gila weii masa contrast tu masuk *nangis* Aku jerit je sekuat hati aku sebab sakit sangat. Sampai tercabut tiub CBD aku sobs. Masa ni memang takde malu ke apa sebab kat ED mostly MA lelaki yang bertugas. Aku fikir dapat bernyawa lagi je masa ni. Kesan masuk contrast tu memang sampai 24 jam seterusnya masih terasa, sampaikan masa nurse kat ICU terpegang kuat sikit tangan aku pun aku aduhh

Thank you husband temankan kita breakfast, walaupun sorang kat ICU sorang kat kafe hospital

Tak lama lepastu, result CT scan keluar. Sah, massive pulmonary embolism. Dr bahagian perubatan am datang explain pada aku & Hadi berkenaan tu dan terus mulakan ubat cair darah streptokinase. Syukurlah takde side effect ubat tu. Petang Jumaat, alhamdulillah aku dipindahkan ke ICU untuk pantauan lanjut. Syukur, petang Ahad lepastu aku dapat pindah ke wad biasa.

Senaman paru-paru. Tak mudah ye nak tiup benda ni bila kau ialah seorang pesakit.

Yang bestnya kat wad Hadi boleh temankan aku sebab ni wad multidisciplinary so waris lain jantina pun dibenarkan tunggu. And finally Rabu 8/11 aku dibenarkan pulang. Itupun aku belum pulih sepenuhnya lagi so aku dapat MC seminggu dan decided untuk ambil unpaid leave sampai hujung November lepas memikirkan keadaan kaki aku yang belum baik, ditambah dengan bengkak pada banyak tempat cucuk kat tangan aku yang buatkan tangan aku tak kuat untuk 2 minggu pertama lepas discharge. Yes, ini memang tak main-main. Bayangkanlah macam mana aku nak kerja kalau tangan lemah..

Seingat aku, satu tanda yang alarming hanyalah aku perasan denyut jantung aku tak normal sejak seminggu sebelum kejadian. Aku ada mengadu pada Hadi, kenapa aku terlalu penat sangat nak naik tangga ke rumah. Sedangkan aku dah duduk situ 5 bulan, takkan aku masih tak fit untuk naik tangga 4 tingkat? And ada 1 malam aku memang rasa denyut jantung aku lain macam, tapi bila check dengan smartwatch, heartbeat & Spo2 aku normal jadi aku dismissed kehairanan aku.

Dr kata ada 3 faktor risiko aku boleh terkena pulmonary embolism ni: overweight, ambil pil perancang & bed-bound. Pil perancang & overweight indirectly boleh menyebabkan darah aku pekat, being bed-bounded for few days telah menyebabkan ada darah beku terbentuk dan travel ke paru-paru, tersangkut di situ lalu menyumbat aliran darah ke jantung. Inilah yang dinamakan pulmonary embolism. Biasanya kita dengar benda ni jadi kat ibu mengandung atau ibu yang baru lepas bersalin. Thats why lepas bersalin & masa mengandung pun kena banyak bergerak, risiko tinggi untuk jadi benda ni kalau banyak terlantar sahaja.

Banyak sangat benda yang aku bersyukur lepas kejadian ni. Aku bersyukur Allah takdirkan aku pengsan lepas aku jaga dari tidur, bukan masa tidur. Aku bersyukur suami aku ada. Aku syukur bila sampai hospital keadaan tak begitu sibuk, Dr-Dr baru masuk kerja lepas tukar shift & semua semangat nak bantu rawat aku. Aku bersyukur semua Dr, MA, nurses kat Hospital Selayang baik-baik, terutamanya nurse yang jaga aku kat ICU sebab tolong lapkan badan, tukarkan pampers & tukarkan baju aku. Aku bersyukur family dan kawan-kawan semua tak putus bagi kata semangat & doakan kesembuhan aku. Paling aku bersyukur ialah suami & family aku yang sangat banyak tolong aku untuk sembuh balik, bantu aku waktu aku belum dapat keupayaan untuk hidup secara normal. Allah saja yang boleh balas jasa mereka semua.

Syukur alhamdulillah, hari aku tulis ni, genap 6 minggu selepas aku dapat pulmonary embolism. Aku belum 100% sembuh lagi sebab lutut aku pun masih dalam healing process, paru-paru aku pun masih on the way nak cergas semula. Tapi ini pun dah besar nikmatnya selepas setiap kesakitan yang aku harungi for the past 2 months. Syukur alhamdulillah.

Dah boleh jalan-jalan hehe tapi ni pun asyiklah mencari kerusi nak duduk sebab cepat mengah

Back to work :) nampak tak parut kat pipi kanan tu. Kesan tersembam pada pintu masa jatuh pengsan

Aku bercerita kat sini bukan sekadar menukil kenangan, tapi moga dapat educate tentang bahayanya pulmonary embolism ni. Survivor seperti kami ada, dan insha Allah kami boleh hidup normal seperti biasa selagi diizinkan Allah untuk terus bernyawa. Hidup aku dah berubah sebab sekarang kena bergantung dengan ubat cair darah & secara tak langsung kalau aku mengandung nanti akan jadi berisiko sebab dah ada sejarah penyakit ni. Tapi aku percaya dengan ikhtiar yang betul, insha Allah kita dapat teruskan hidup dengan lebih bermakna :)

Saturday, June 17, 2023

Alhamdulillah we swiped right :) *pun intended haha*

Alhamdulillah, segala puji kesyukuran bagi Allah 😊 4/6/2023 yang lalu, selesai majlis pernikahan kami selepas setahun 3 bulan perkenalan. Aku sangat bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Adalah satu dua kekusutan, tapi overall semuanya bermula, berjalan dan berakhir dengan baik, isu yang timbul pun selesai dengan baik maka dapat aku simpulkan majlis kami berlangsung dengan sempurna. Tetamu yang datang pun non stop sampai 3pm, aiskrim yang aku tempah memang habis, maaf banyak-banyak kat siapa yang tak dapat rasa. Kami expect yang datang sekitar 300 orang, turns out almost 500 juga yang datang dan mujurlah pihak keluarga aku sponsor kambing seekor dengan 12 ekor ayam yang digoreng berempah untuk lauk tambahan.


Paling tak terbalas jasa ialah mak, adik beradik dan ipar-ipar aku yang banyak sumbang modal dan tenaga untuk menjayakan majlis aku, sampai aku tak risau langsung masa hari kejadian padahal aku ni seorang yang overthinking. Tapi sampai ke akhir majlis, takde sikit pun terdengar rungutan, bahkan banyak isu kecil yang mereka selesaikan sendiri tanpa pengetahuan aku, sebab tak nak peningkan aku sebagai pengantin. Terharu sangat-sangat dengan betapa functionnya mereka. moga Allah kurniakan berganda kebaikan atas segala jasa mereka. 


Overall majlis kami tak menelan belanja yang begitu banyak sebab kami sekadar nak selesaikan akad nikah dan ada majlis makan je. So, banyak yang kami dapat jimatkan bila takde hantaran, takde pelamin dan takde buat photoshoot outdoor, in which satu kelegaan juga sebab majlis kahwin ni sangat memenatkan tahu...aku sampai berkaki ayam je di akhir majlis sebab kaki aku dah sakit dengan kasut yang ketat 🤣 tapi tu la jimat sangat sekalipun, almost 15k juga habis. Semua vendor untuk majlis aku ni bagi aku very recommmended sebab memberikan kerjasama yang amat baik bermula dari waktu survey, sebelum majlis dan hingga selesai majlis. Takde yang MIA atau ghosting, alhamdulillah and they delivered their job very well. Harga pun semua amat berpatutan so please check out their profile if ada yang interested to hire them for your wedding 😊

Venue: Dewan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan 
Catering: Hazmal Catering 
Photographer: dcpictures.co 
MUA: engkuaizatulmua 
Dessert: Barung Aiskrim 
Baju kurung pahang: Naira Collection 
Set baju melayu: Jakel 

Boleh check their profile on instagram and facebook, memang hasil kerja terbukti bagus pada harga yang betul-betul berpatutan. 

My only regret ialah beli tudung takde brand kat shopee haha sebab brand yang aku nak tu warna tudung dia tak masuk dengan baju. Tau tak 5 tudung aku beli online, kain yang paling tak best pulak yang masuk dengan baju aku sobs and i thought hari kejadian dia akan okey rupanya idokk. Tapi tulah as i said aku sangat happy dan bersyukur semuanya berlangsung dengan baik so soal tudung tu aku tak heran pun, even gambar awning tak jadi tu kekal sampai akhir hayat 🤣


Nampak kan betapa awning tu kelepet sampai berapa kali adik ipar aku tolong betulkan 😂 seolahnya aku ni tak reti pakai tudung bawal pulak 🥲 



Kau tengok gambar aku time honeymoon ni ok jeee tapi ni brand favourite yang best tu cuma tu la warna dia yang aku beli tu tak masuk...sedihss 

Anyway doakan rumahtangga yang dibina ini dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah. Terima kasih lagi sekali untuk semua 🥰

Tuesday, May 10, 2022

One Step Closer =)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah ♥️

Secara rasminya dah bergelar tunangan orang sejak 5/5/2022 😊 syukur semuanya dipermudahkan. Meriah dengan family both side, tapi sis nervous sebab belum jumpa bakal-bakal ipar lagi 🤭 dah la bakal jadi menantu perempuan tunggal ni haha...takde geng biras perempuan lol


Lepasni ada mak & mama~

Kemain menyeringai sangat muka tu 😆

Aku segan nak letak gambar sarung cincin sebab aku tak nampak kurus dalam gambar tu. Memang la aku tak kurus mana pun tau tu 😂

Btw untuk tunang ni both of us decide tak nak spend banyak pun. Takde hantaran pun haha~sebab ada banyak benda lagi penting yang perlukan duit lepasni, especially majlis kahwin & nak mula hidup berdua lepastu.

Tudung beli bawal curve kat syazhijab, baju kurung riau from applecouture (both beli kat shopee), inai celup beli kat kedai sebelah kedai runcit mak aku beli bahan juadah hari tunang lulz. Tu pun aku kalut celup balik jari few hours before tunang sebab warna dia pudar lepas aku basuh pinggan 🤣 mekap sendiri je, nasib baik raya beberapa hari sebelum tu dah practice mekap sendiri cuma aku tak pakai eyeliner sebab tak jadi. Tapi aku puas hati sebab i dont look that bad masa tunang hehe

Doakan step seterusnya dipermudahkan ya 😉

Monday, January 31, 2022

kenangan

Kamu ialah kenangan manis yang aku akan cuba lupa, bila takdir membuktikan bahawa destinasi kita bersama itu bukan yang tertulis untuk kita. Kamu adalah bukti bahawa lelaki baik itu ada, yang baik ilmu dan adabnya itu ada, cuma mungkin bukan kamu yang ditetapkan untuk aku. 

" Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan."


Friday, January 28, 2022

Staycation @ Hilton KL

Last aku pergi staycation ialah masa kursus bridge tahun lepas, itupun aku rasa more kepada reunion dan pergi course sebab tak berjalan sangat pun. Staycation yang betul-betul aku enjoy ialah masa pergi Mandarin Oriental awal Januari tahun lepas. Maka selepas igstories staycation terbabit muncul semula di ig aku, semangat untuk pergi staycation lagi sekali pun membuak-buak.

Kali ni aku pergi Hilton KL Sentral sebab tujuan utama aku ialah nak berendam dalam bath tub sambil marathon Friends. Menurut recommendation dari kawan aku, hotel ni bath tub dia best, so aku pun cepat-cepat check harga kat Agoda. Oklah mampu milik untuk aku pergi staycation di hujung bulan sementara tunggu gaji masuk. Aku book terus sekali free breakfast. Dalam kepala dah tertanya juga mampu ke aku nak pergi breakfast sorang-sorang nanti? Siapa nak jaga meja aku? Macam mana kalau masa aku tengah melayan nafsu makan aku round setiap buffet station tu pastu tetiba waiter angkat pinggan aku sebab ingatkan dah tak nak makan? Begitu sekali tahap insecure aku 😂

Akhirnya hari yang dinantikan pun tiba. Aku saja book weekdays sebab tak nak bersesak plus kebetulan minggu ni off day aku jatuh hari weekdays. Habis je kerja, terus shoot ke hotel. Oklah dari Greenwood ni tak jauh pun dan jalan nak ke sana pun mudah je nak ikut, jem sikit je la. Tapi hati kena kental drive kat KL ni dan yang paling penting jangan lupa bagi signal.


Haruslah selfie, banyak betul cermin kat dalam bilik ni 😂

Prosedur check in smooth je, staf dia peramah dan baik, tak rasa awkward pun despite ini kali pertama aku stay sini. Cuma masa parking je aku jadi ayam kejap sebab ter'parking' kat premium parking. Gila wei RM15/jam. Laju-laju aku validate kat autopay pastu gerak masuk parking biasa. RM3 je parking dia per entry. Cuma sampai sekarang aku still tak tau mana jalan yang straight ke parking biasa tu sebab maps bawak aku ke parking premium huhu

Aku request king bed sebenarnya tapi takde so dapat bilik yang twin single bed. Single pun besar je katil dia. Maaflah takde gambar bilik, kan tujuan aku staycation ialah untuk berendam dalam bath tub sambil tengok Friends 😌 so banyak selfie dalam bilik air je la haha

Best bilik air dia, luas dan tandasnya tersorok kat belakang sana.

Aku punya bilik view city, yang mana depan tu nampak KL Sentral, CVS, jalanraya so bagi aku biasa-biasa je in terms of view. Bilik seberang lagi cantik sebab menghadap tasik (tapi aku tak sure tasik apa). Aku perasan ni pun masa tengah tunggu lif nak turun pergi NU Sentral. By the way ada linkway yang direct hubungkan hotel ni dengan Le Meridien ke KL Sentral so tak perlu gigih menyeberang jalan pun dah boleh sampai. 

Aku suka view KL waktu malam, cantik banyak lampu-lampu.

Alhamdulillah la lena tidur semalaman. Esok paginya excited nak makan breakfast tapi tak nak la nampak kebulur sangat so aku turun dalam 7.30am macam tu. Ada banyak pilihan makanan dan semua nampak sedappp. Boleh dikatakan semua aku rasa, kecuali mee sup dia sebab dah kenyang, plus masa tu dah sejam juga aku makan, bagi la peluang orang lain pulak kan haha.

Roti canai tu dia tebar sendiri kat situ tau, makan panas-panas sedapp

Nasi lemak tu sedap wei sambal dia, menyesal mintak sikit je. Nak tambah lagi segan haha

Kira la berapa pinggan mangkuk ada kat situ, bukti aku makan selagi boleh haha~kemain aku risau meja kena kemas kan, padahal kat meja tu dia letak kad sebagai tanda meja tu ada orang haha. Tapi tu la buffet ni kalau nak enjoy nak tak nak kena makan sikit setiap satu, kalau makan banyak sangat nanti takde ruang untuk makan benda lain 😆

Pastu 11.30am macam tu aku check out. Standardlah kan check in 3pm, check out 12pm. Parking ticket semalam tu jangan buang, simpan, nanti boleh validate kat concierge, baru boleh dapat harga RM3/entry tu. Staf kat receptionist tanya aku bagi berapa markah, aku cakap 9.5. Kurang 0.5 sebab tandas dia guna bidet haha yeaa the melayu in me want getah paip 😂 staf tu pun gelak dengar aku cakap macam tu. Jujur sangat aku ni pun haha

On the way balik aku singgah Pantai Dalam, saja melawat kawasan orang itu. Aku rasa simple je jalan dia dan aku dah tau jalan untuk ke Gombak tanpa tol, so aku rasa la kalau ada jodoh ni aku ok je nak berulang dari sana ke Greenwood. Aku sungguh tak nak PJJ (jadah nak PJJ dah kalau both kerja senegeri haha) so saya ok je awak kalau berulang dari sana. Lagipun tempat seorang isteri kan di sisi suami.

Macam la dia baca kan apa aku tulis ni haha

Oklah kbai. Next month nak pergi mana pulak ea















Sunday, September 19, 2021

Memanjakan Diri

Hari ni aku off day, so aku pergi spa. Since KL Selangor dah fasa 1 dan spa dah dibuka, laju-laju aku search pakej best & spa yang banyak review bagus, dalam masa yang sama comparekan harga dengan pakejnya juga. Akhirnya dapat satu, dekat je dengan rumah sewa aku ni so oklah lets give it a try 😉

Gambar courtesy Google. Tak dan nak snap gambar sendiri 😆

Aku ambik pakej Bidadari, walaupun aku bukanlah bidadari kepada sesiapa lagi. Dalam tu ada full body massage, sauna, foot salt, milk bath, hair spa dan herbal eye pillow. Tapi yang last tu tak sure macam mana sebab dia macam sambil aku scrub sambil buat hair spa, sambil buat eye. Camtulah.

Actually aku ni yang perlunya berurut tu je sebab belakang aku ni dah serupa udang, bahana suka direct vision bila buat tampalan gigi belakang. Nah rasain lho. Sedap gila rasa bila dia urut belakang aku, last time masa aku pergi satu spa tu tahun 2019 (bukan yang ni), balik spa makin sakit pulak 😂 tapi tulah sebenarnya punca sakit dia tu benda lain rupanya, sebab tu urutan yang aku dapat tu tak merawat apa-apa haha.

So pakej aku ambik tu adalah dalam 3 jam camtu. Tak terasa pun 3 jam tu berlalu, even duduk sauna pun tak terasa eh dah 15 minit ke. Sambil berurut dengan scrub tu pun aku boleh bantai lelap. Suasana dia tenang, background music dia sedap pastu bau diffuser dia pun buat kita rasa tenang & santai je. Tapi aku ni penggeli sikit, so time dia urut kat area macam perut tu aku jenuh tahan gelak sebab geli haha~

Aku bukanlah pelanggan tegar spa pun sebenarnya. Ni pun baru kali kedua pergi, itupun sebab asalnya aku nak staycation kat hotel bila kerajaan dah bagi bukak sektor pelancongan tapi lepastu bila teringat hotel-hotel ni dah lama ditinggalkan makanya aku takut, terus aku rasa, takpelah baik pergi spa dulu. Boleh berendam dalam susu. Kalau duduk hotel kau nak kena prepare sendiri susu tu dalam bath tub kan, pastu kena tido sesorang ha tak seram ke.

Tapi bagi aku bagus pergi spa ni. Dapat buat pakej asas macam berurut ke scrub ke pun dah memadai. Yelah memang kat rumah pun boleh je kau scrub whole body sendiri tapi kalau hari yang penat bekerja tu, balik fikir mandi pun nak settlekan yang basic je ye dak, sabun badan, syampu, gosok gigi dengan cuci muka. So bila pergi spa ni, scrub yang dia guna pun lagi better dari yang kita ada kat rumah. 

Self-care is a must ye ladies. Takyah pergi tiap bulan pun. Aku ni pun setahun sekali je baru dapat pergi. Tapi oklah janji ada buat something kat diri kita kan. Lagipun ramai kata kat aku, perempuan bujang ni takyah risau sangat pasal jodoh, enjoy je dulu hidup. Ha ni aku enjoy la ni haha~apa salahnya reward diri sendiri lepas penat bekerja kan? Ah kau Pah semua benda self reward 😂

By the way sesiapa yang duduk area Gombak ke yang dekat-dekat dengan Melawati boleh la datang spa ni kalau nak manjakan diri sendiri. Lokasi dia senang je nak cari & parking pun senang dapat. Depan dia tu pulak Melawati Mall, so isteri yang nak me time, bolehlah husband drop wife kat spa, then sambil tunggu wife siap, korang bawaklah anak-anak jalan-jalan kat Melawati Mall tu.

Aku tak ambik gambar pun lepas settle tadi haha sebab dah lapar. Bila dah turun bawah baru teringat tapi maleh la nak naik balik. Kalau nak tengok gambar spa tu korang google la ye~


Wednesday, September 8, 2021

Makin Lama Makin Banyak Belajar

Dulu kan masa study, aku risau sangat aku tak dapat jadi doktor yang baik. Salah rawatan la, buat kerja lambat la, tu semua benda yang aku takut sangat terbuat.

Tapi sebenarnya jadi dentist ni bukan bermakna kau kena excellent gila dari zaman study lagi. Yang penting kau excellent. Haha~maksud aku ialah kau kena jadi doktor yang selamat, tapi skill tu akan makin develop sewaktu bekerja. Yelah time study jumpa patient banyak mana sangat pun kan.

Apa yang sangat penting, faham dan kuasai basic theory. Practical memang bila dah kerja baru kita akan tahu macam mana nak carve tampalan lawa-lawa, macam mana nak longgarkan gigi yang dah reput before cabut, macam mana nak ambil ukuran gigi palsu dalam kes sekian-sekian. Basic theory wajib tahu sebab kita memang kena tahu diagnosis. Time kerja memang boleh consult senior, tapi idea differential diagnosis kita sendiri kena ada, bukan mengharapkan orang lain diagnose untuk kita.

In fact bila aku dah masuk private ni, lagi banyak aku belajar, walaupun aku baru setahun kerja kat sini. Tapi every week mesti ada kes menarik yang buat aku rasa ya Allah seronoknya dapat belajar dan tolong patient dapatkan rawatan. Aku pernah dapat patient with odontome, dental trauma (complicated crown fracture & subluxation), gingival abscess yang surprisingly very common rupanya (tulang ikan tersangkut celah gusi ada, tulang siput sedut sangkut kat gusi pun ada, juga tak dilupakan cebisan popcorn sangkut celah gusi). Seolahnya inilah yang aku nak buat selama ni. Kerja-kerja pentadbiran memang bukan minat aku (if you know what i mean haha) so aku rasa nilah hikmah terbesar aku tak diserap tetap.

Kadang aku terkenang juga zaman study, kalaulah aku usaha lebih lagi, banyak lagi benda aku dapat belajar. Boleh grad dengan CGPA yang lebih cantik, entah kenapa makin naik tahun makin turun angkanya lol alhamdulillah la grad juga. Tapi itulah, bila aku learn the hard way, lebih mudah untuk aku retain knowledge tu.

So, if anyone who read this is still doing your diploma/degree whatever level it is, do not give up. Belajar mana ada yang mudah. Korang memang akan belajar lebih banyak waktu bekerja nanti. Teruskan usaha sedaya upaya menghadam segala teori, supaya bila bekerja korang tahu apa dan bagaimana nak apply. Banyak pahala kita berjuang mencari ilmu ni tau. Makin banyak ilmu kita dapat, makin banyak kita dapat bagi manfaat kepada masyarakat, insha Allah akan makin murah rezeki kita nanti.


Tuesday, September 7, 2021

Kisah Umrah

Aku saja nak share sebab aku rindu gila Mekah dan Madinah 😢 entah bila nak ada rezeki lagi dapat ke sana. Boleh tak nak keluarkan kwsp untuk pergi umrah once border dah bukak nanti 👉👈 

By the way aku pergi umrah ni dengan 2 orang adik perempuan & sorang adik lelaki. Patut pergi beramai-ramai dengan makcik aku & nenek aku tapi sebab kitorang berempat ada jadual kerja & kuliah masing-masing, maka kitorang berempat pergi masa November 2019.

Best weii! Kitorang pergi Madinah dulu baru Mekah. Hotel kat Madinah sangat dekat dengan Masjid Nabawi dan sepanjang kat sana, of courselah setiap waktu kitorang usahakan berjemaah kat bahagian dalam. Actually kan, rasa nak nangis bila teringat ni sebab beberapa bulan lepastu Covid, langsung dah takde berjemaah kat masjid dah sampai hari ni 😢 yelah memang aku dah fully vaccinated tapi sekarang still terhad kan so dah lama gila tak merasa solat jemaah kat masjid.

Anyway aku share gambar je, malas nak cerita banyak-banyak haha~tips-tips ke apa nanti kalau rajin baru aku buat post lagi. Sekarang nak meraikan kerinduan kat Haramain je dulu huu

Ni masa baru mendarat kat airport Madinah

Aku salah susun gambar sebenarnya. Pun boleh layan Frozen dalam flight haha~


Masjid Nabawi 💕 sangat tenang, sejuk dan aku tak tau macam mana nak describe seronoknya kat sini
 

Langit kat Madinah macam dalam lukisan, sangat cantik


Ni waktu lepas Subuh, bumbung dia ada yang boleh terbuka, sejuk angin Subuh menyapa. Oh ye time ni tengah tunggu diorang buka pintu Raudhah.


Alhamdulillah dapat masuk Raudhah. 

Ok kat sini aku kena buat notes untuk aku pergi masa akan datang dan untuk sesiapa yang membaca. Waktu yang best tak perlu bersesak ialah waktu Dhuha. Boleh pergi tengah malam, tapi tidur siap-siap dulu. Aku dengan adik-adik memang tersengguk gak menunggu time first tunggu turn nak masuk tu. Alhamdulillah esoknya pergi lagi sekali lepas Subuh dengan lusa time Dhuha, time Dhuha ni tenang, dapat solat dan sujud lama sikit.

Aku niat ihram pakai jubah seluar warna putih ni sebab nak mudah melangkah, idok le kena pijak kain telekung dengan jemaah lain. Bila dah sampai Mekah aku tukar tudung hitam kepada telekung putih sebab kena tutup dagu kan.

Seronok, sayu dan terharu dapat tengok sendiri Kaabah depan mata


Dalam Masjidil Haram tingkat atas


Ustaz yang guide kitorang. Apa entah term dia, aku tak ingat haha. Comel kan dia bawak bunga tu so
kalau kitorang lost, senang nak cari dia.


Tengah bersaie. Depan kitorang ni jemaah Indonesia, aku terhibur tengok sebab diorang sangat kreatif dalam bab pengenalan diri. Yelah orang kat Masjidil Haram ni ramai tau, risiko untuk tersesat dan hilang kawan tu tinggi so diorang guna warna yang terang, ada juga yang team dia guna bunga matahari sekuntum kat telekung. Comel je haha


Ada satu cerita kelakar yang aku ingat sampai sekarang. Hari first sampai tu of course la jetlag kan so lepas Zuhur kitorang balik hotel tidur, even lepas Asar pun sambung lagi tidur (yea i know tak boleh tapi ngantuk dia takleh bawak bincang wei). Tapi dalam setengah jam before Maghrib tu kitorang dah bangun la bersiap. Taapiii kitorang ni kan orang Melayu. Ada ke aku dengan adik-adik aku melenggang je pergi masjid time Maghrib. Ingat pergi Masjid Muqarrabin Bandar Tasik Selatan ke.

On the way nak ke masjid tu dah dengar azan tapi kitorang rilek-rilek je, plus masjid memang seberang 2 jalan je. Taaapiii masjid Nabawi tu besar wei, bukan masuk pagar terus jumpa pintu masuk. Ok takpe kitorang rilek je lagi berjalan, dah masuk masjid dah pun. Then habis azan. 

Ingatkan ada solat rawatib, rupanya terus iqamat. Tapi kitorang still rilek sebab memikirkan, ni kan Masjid Nabawi, sure imam dia baca surah panjang punya.

Sekali imam tu baca,

" Li ila fi quraisy,"

BERLARI KITORANG SAMPAI PINTU MASUK 😂😂😂 kelam kabut la simpan kasut bagai, sarung kain telekung haha tapi tak berjaya pun, masbuk juga akhirnya. Padan muka melenggang lagi. Habis solat mengekek tahan gelak aku dengan adik-adik aku.

So korang yang akan pergi lepasni tolonglah jangan bawak perangai Melayu tu ke sana. Rugi tau haha sebab solat kat sana dah la beribu kali ganda pahala, masa tu la nak kumpul pahala banyak-banyak.

Aku harap kita semua direzekikan lagi untuk sampai ke sini. Insha Allah. Mudah-mudahan wabak ni cepat berakhir, aamiinn.





Habis Ikhtiar

Lagi beberapa bulan nak masuk 2022, dalam erti kata lain tahun depan dah 3 series. Seperti orang seusia aku yang lain, tak tipu la sure ada rasa risau pasal jodoh punya. Lagi pulak parents aku dok tanya pasal benda ni 😅 aku pun tak tau dah nak jawab apa haha selain meminta diorang untuk terus mendoakan aku.

Aku start usaha mencari lepas perkenalan tak menjadi tahun lepas. Banyak gak dating apps yang aku try, Islamik tak Islamik semua aku cuba lol. Ada yang menggatal, ada yang macam biskut, ada gak yang baru dapat nombor dah gelojoh nak call orang, tak dilupakan yang serius bukan main kat whatsapp, tapi tak nak pun jumpa kat alam nyata. Entahlah, makcik pun tak faham.

Sedih tu of course lah ada. Sebab memang niat nak berumahtangga kan. Tapi terjumpa orang yang tak serius pulak. Padahal orang yang aku berkenalan semua umur at least sebaya aku dan ke atas tau. So aku pun tak taulah nak kata diorang ni tak bersedia ke tak matang ke...tapi jawapan paling tepat aku rasa ialah diorang tak nak aku. 

Aku bukan tak enjoy hidup single. Lega pun ada dalam keadaan aku bekerja sampai malam, weekend dengan public holiday pun selalu kena kerja ni, sekurangnya aku tak mengabaikan sesiapa. Kesian jugak kalau dah ada suami ke anak kecik kan. Tapi sebenarnya ramai je orang yang bekerja macam aku, mampu je berkeluarga. Dapat pasangan yang memahami lagi. 

Tapi takpelah, timing Allah tu ialah yang terbaik dan tepat. Cuma kadang aku sebagai manusia, berkeluh kesah juga bila terbanding hidup dengan orang lain. Plus bila terbaca sharing by Aiman Azlan, jodoh tu macam kerja juga, kita kena usaha cari, takkan nak duduk tunggu je kan. By the way time aku start mencari tu umur aku 27, yang mana aku rasa ok dah sebab ada kerja yang stabil, umur pun dah matang, boleh berdikari. Tapi tulah, belum rezeki lagi.

Cuma sekarang aku rasa dah habis ikhtiar. Tak nak putus asa, tak baik huhu. Tapi rasa penat sebab kena tebalkan muka, beranikan diri untuk berkenalan dengan stranger, sekali end up diorang bukan ada aim yang sama dengan aku pun.

Last sekali aku cakap je kat mak aku, 

" Entah-entah jodoh Ipah kat syurga, tapi Ipah kenalah usaha dulu nak masuk syurga,"

This is a good reminder to myself actually. Dah nak masuk umur 30 kan, takkan tak nak improve diri kan. Aku pun tak tahu antara jodoh dengan maut, yang mana datang dulu.

Thank you la siapa yang baca 😉 doakan yang baik-baik untuk aku tau.



Tuesday, March 2, 2021

The Unsuccessful Attempt

I failed for the second time. Didnt expect that I have to go through the same pain for the second time.

I'm taking a break. This is exhausting.


Do include me in your prayer. May Allah ease everything.

Thursday, May 14, 2020

Notes to Myself

Assalamu'alaikum =)

2020 baru nak menjengah separuh tahun tapi terlalu banyak drama yang berlaku dalam hidup aku. yang mana begitu banyak juga pengajaran yang aku dapat kutip, sekaligus insha Allah mematangkan lagi seorang 'Afifah. Lagipun aku dah doa supaya tak jadi cengeng dengan dugaan yang akan datang masa birthday tahun lepas, jadi aku sangat bersyukur doa aku yang satu ni dimakbulkan.

Satu, aku gagal dapat jawatan tetap. Despite my effort and passion serving as a public dental officer, despite I enjoy myself going to schools, doing treatments, giving dental education talks to the students, organising promotional activities for the community, it has been written that my passion is needed elsewhere. So, aku belajar dari sini bahawa sedalam mana kau cinta, sebesar mana kau usaha, kalau belum ditakdirkan sesuatu tu milik kau, maka belajarlah lagi untuk redha. Barangkali kau belum cukup usaha dalam mendapatkan apa yang kau nak. Atau boleh jadi juga belum masanya untuk kau genggam apa yang kau nak. Trust Allah's timing =)

Dua, ada sebilangan yang kenal aku di dunia nyata tahu betapa hebat tekanan aku yang terima untuk menamatkan zaman bujang. Untuk pertama kalinya aku buka hati mengenali dan belajar menyayangi seseorang, tapi untuk pertama kali itu juga aku belajar betapa severenya patah hati itu. Aku diminta untuk berlalu dan cari orang yang lebih baik, bila mana aku sendiri sedang struggle dalam usaha membaikkan diri yang serba kekurangan dan bergelumang dosa. Maka aku belajar, adakala yang datang itu sekadar persinggahan supaya ada yang boleh kau kenang, tak kira manis atau pahit. Garis hidup kita bersilang pada satu titik supaya dari pertemuan ini kau tak jadi lebih rapuh dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Tiga, dari dua peristiwa besar yang berlaku, aku belajar untuk lebih dekat dengan Allah. Aku bukan baik, jauh lagi sempurna. Tapi aku bersyukur dengan asas yang Allah berikan kepada aku, saat aku jatuh aku tak terus hanyut dalam kecewa. Aku bersyukur punya teman yang setia mendengar, memberi semangat dan terus menyayangi tanpa syarat. Aku bersyukur masih punya keluarga yang memahami, yang sentiasa menyokong walau aku di titik terendah sekalipun dan sentiasa mendoakan walau terpisah dek jarak dan wabak. Paling aku bersyukur, Dia beri aku ketenangan bila aku pilih untuk mengadu dan merintih padaNya. Dia buat aku rasa bahagia walau dengan sekecil nikmat yang aku terima, hakikatnya yang kecil itu pun sangat besar rahmatNya.

Aku masih teringat setiap doa dan permintaanku sewaktu di Mekah dan Madinah tahun lepas. Masih terhidu manis harumnya Masjid Nabawi, masih terasa sebaknya bila dapat melihat Kaabah di hadapan mata, masih terasa sayunya bila selesai mengerjakan tawaf wada', dengan harapan dapat menjejakkan lagi kaki ke sini. Aku sudah sampai ke tempat paling mustajab doa dan telah aku adukan semua yang aku pinta. Tapi apa yang Allah rancangkan untuk aku lebih baik dari yang aku minta, maka saat aku menulis ni aku yakin doaku akan Dia makbulkan pada saat yang tepat. Saatnya dimakbulkan, aku harap aku dijauhkan dari kufur nikmat dan berdoa sangat-sangat moga Allah kekalkan aku dalam kesyukuran dan ketaatan.

Ini coretan untuk aku sendiri, barangkali untuk anak-anak aku juga satu hari nanti, atau pada sesiapa yang terbaca, supaya kalian tahu dan ingat bahawa hidup ini takkan pernah sunyi dari diuji. Bahawa setiap senyum yang kita lihat hari ini, pernah ada waktunya tiada senyum menghiasi, sebaliknya hanya air mata yang membasahi. Kenangkan kembali kisah Nabi Zakaria, ambil inspirasi sabar daripadanya. Bukti bahawa Allah itu Maha Mendengar setiap doa hambaNya dan akan dijawabNya tepat pada masanya.

Wednesday, April 22, 2020

random short story

Cawan plastik ditarik dari susunan lalu disua ke bawah ice dispenser. Sebaik sahaja kiub ais memenuhi separuh cawan, posisinya dialih ke bawah mesin pembancuh air. Matanya fokus pada susu suam yang laju menitis sebelum diganti dengan kopi dan coklat panas. Cukup bahan, mesin terhenti tanda minuman siap dibancuh. Segera dia tutup mulut cawan yang hampir melimpah dan menatang penuh cermat ke kaunter bayaran.

Sedutan iced salted caramel mocha terasa penuh nikmat di lidah dan tekak. Rasa manis karamel, masin garam dan pahit kopi berlumba masuk, membangkitkan rasa segar untuk meneruskan pemanduan. Sambil nozel minyak ditekan, sedutan air diteruskan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

" Ingat nak isi kat stesen minyak lain?"

Dia dengar ayat itu menyapa pendengarannya tapi dia rasa destinasi yang wajar bagi pernyataan berbaur persoalan itu bukanlah dia lalu dia biarkan sahaja.

" Tak ingat dah ke?"

Masa ini baru dia berpaling. Seulas senyum menyapa penglihatan, sekaligus membuka kotak ingatan yang tersimpan kemas. Cepat dia tunduk, mahu sembunyikan mata yang mula berkaca. Hati, kenapa terusik sangat ni?

" Mesti dah lupa saya, kan," Empunya senyum masih tak berganjak menanti jawapan. Dia hembus nafas perlahan.

" Mana boleh lupa. Awak yang lupa saya dah kot," Dia telan liur yang rasa berbuku di tekak. 
" Taklah, tak boleh lupa. Boleh ke kita lupa orang kita sayang?" soalnya. 

Diam. Tahu pun, getusnya dalam hati.

Bunyi dari tangki kereta tanda minyak di paras penuh mengalih tumpuannya seketika. Nozel dipulang ke kedudukan asal lalu tangki ditutup kemas. Dia pandang lawan bicaranya seketika.

" Sihat? Tangan dah ok?" Soalannya buat dia tersenyum. Murahnya senyum awak hari ini.
" Dah, alhamdulillah okay je,"
" Baguslah..." Masing-masing hilang bicara. Dia kerling jam di tangan. 

" Mesti awak nak gerak dah kan. Pergilah, takut sampai lambat pulak nanti," Makin dia mahu tumpahkan saja air mata yang ditahan dari tadi lantaran tersentuhnya hati apabila perihal diri sekecil itu masih diingati. Buat pertama kalinya sejak beberapa minit tadi, akhirnya dia beranikan diri angkat muka dan menatap wajah si dia. Langsung tak berubah. Dalam hati dia ucap setinggi syukur kerana hari ini dia tergerak untuk bersiap lebih rapi dari biasa, sekurangnya dalam pertemuan tak tersangka ini tidaklah dia rasa menyesal dengan penampilannya.

" Aah tulah...saya gerak dulu ya," Si dia angguk dan bergerak seiringnya saat mahu masuk kereta. Dia perhati sahaja saat enjin kereta dihidupkan, seolahnya masih ada yang mahu diluahkan. Lalu tingkap kereta diturunkan.

" Saya guna nombor yang sama lagi," Dia tersenyum mendengar pengakuan itu.
" Saya pun. Hati-hati drive, dah sampai nanti bagitahu," balasnya. Tergelak kecil mendengarnya.
" Lawak pulak, dulu tak pernah awak cakap macam tu," 
" Dulu saya silap, tak ambil kisah orang yang sayang saya. Harap masih ada ruang untuk sayang awak balik, walaupun saya tak sebaik mana," ujarnya rendah diri.

" Saya dah kata saya sayang dari hati, kan? Insha Allah, ruang tu masih ada," Leganya rasa saat dia luahkan semua itu. Serentak mereka berbalas senyum. 

" Oklah, bye," Dia lambai tangannya. Tingkap kereta dinaikkan. Brek kereta perlahan dilepaskan lalu kereta bergerak pergi sambil matanya tak lepas menjeling cermin sisi hingga empunya badan hilang dari ruang pandangan. Telefon pintar di sisi tiba-tiba bergetar tanda mesej masuk. Tergelak dia membacanya.

" Hujung tahun ni kita mesti kahwin tau *emoji sengih sambil tutup mulut*"

Insha Allah. Semoga panjang jodoh.

Hatinya tenang sepanjang pemanduan. Insha Allah, mudah-mudahan ini jawapan istikharah yang dia cari selama ini. Insha Allah.