Friday, April 24, 2015

lagi tentang fake braces

*mood nak marah kejap*

siapa yang kenal sesiapa yg dok buat fake braces tu, hah meh sini nak cakap.

kitorang marah dekat korang ni bukan pasal kami dengki korang dapat untung banyak dgn modal sikit. itu sikit pun kami tak hairan. kami marah pasal kamu tak tahu pentingnya ada ilmu pasal pasang braces ni. kalau reti sangat meh jawab,  nak gerakkan gigi guna tipping movement berapa force dia? meh laa. pasang cam pandai sangatkan.

sebab tu yg memasang ni namanya doktor gigi. yang ada tauliah, ada ilmu. ingat kitorang sengaja suruh patient ambik xray bagai? heyy geramlah dengan orang yg bodoh sombong ni.

kamu sedar tak bahaya yang kamu dah pasang pada patient kamu tu? orang ramai pun, harap tolonglah jangan buat braces kat diorang yg tak bertauliah ni. bahaya tau tak. kami punyaaaaa la usaha nak selamatkan gigi awak.

ya memang braces mahal. tapi awak yg nak pakai fake braces tu jongang sangat ke? apa nak berfesyen? bukan best pun pakai braces ni.  makan nasi sesuap lima enam butir sangkut kat besi nak? makin comot lagi ada.

Thursday, April 23, 2015

penat jadi baik

Assalamu'alaikum =)
suatu hari, seseorang meluahkan penatnya menjadi baik. rasa mahu jadi jahat kerana walaupun dia berbuat baik, tak ada orang yang akan buat baik semula pada dia.

memang letih. sakitnya tu aku pasti semua orang faham. bila kebaikan kita dibalas kejahatan, dunia ni memang nampak tak adil sungguh. satu masa sakit tu terlalu sangat sampai tak mampu nak bertahan lagi.

tapi adakah pilihan berhenti baik tu baik?

dalam hal ni, satu benda yang kita kena fikir ialah betul ke aku baik atau aku perasan baik? boleh jadi kita tak berniat dengan ikhlas bila buat kebaikan lalu bila kita dibalas dengan sesuatu yang bukan kita harapkan, automatik balasannya kita anggap jahat.

boleh jadi juga kita hidup dengan tidak berpijak pada realiti. hakikatnya berapa orang sahaja di dunia ni yang memang menghargai kebaikan? sedangkan kita sendiri pun belum tentu menghargai kebaikan orang lain, apatah lagi layak diberi balasan kebaikan kalau kita tak baik dengan orang.

aku teringat ayat ustaz Hasrizal dalam buku beliau Di Hamparan Shamrock kuseru namaMu. ayat tu berbunyi begini, jika kita buat kebaikan dan berharap orang hargai, lupakanlah. kita telah hidup di salah planet bila ada detik begitu di dalam hati. macam mana kita berharap sekalipun, sedikit sekali orang yang tahu menghargai.

tak ada dosanya menjadi wira yang tak didendang. letih memang letih, sakit memang sakit. tapi jangan sekali-kali pernah lupa yang Allah sentiasa baik dengan hambaNya. dan Allah dah sedia banyak sangat balasan yang setimpal dengan kebaikan yang kita buat.

jangan berharap pada manusia sebab tak ada siapa yang akan mampu kabulkan permintaan kita. serahlah sepenuh harapan pada Allah. andai letih terduduk sekalipun, duduklah, sandar pada yang Maha Esa. kekuatan itu dari Dia.

be strong and never give up in doing good things okay ? =]

Wednesday, April 8, 2015

jam

" sekarang pukul berapa dah weh?"
" sorry, aku tak pakai jam. jap aku tengok henset," laju-laju dia swipe skrin telefon untuk tengok jam digital yang tertera. tangan kirinya disorok ke belakang.

" ah takpelah. aku dah tengok kat desktop ni haa. lagi 5 minit pukul 4," dia diam sahaja. nak dibalas panjang pula ceritanya nanti.

***
pashmina dililit ke kepala. selesai seimbangkan letak selendang kanan, kiri, depan dan belakang, dia sangkut beg ke bahu, sedia untuk bergerak ke tempat kerja. jam tangan hitam di tepi botol bedak dicapai lalu dikenakan pada tangan kirinya dengan muka jam terletak bertentangan dengan cara kebanyakan orang pakai jam. ada orang pelik dia pakai gaya begitu tapi bagi dia, gaya itu buat dia nampak lembut. lembut bahagian mananya dia pun tak pasti. yang penting dia suka dengan gaya itu.

dia tersentak bila bahunya ditepuk kuat dari belakang. kepalanya ditoleh lalu terlihat rakannya sedang sengih sambil pegang telefon bimbit dan dompet.

" kau tak nak pergi makan ke? dah 12.30 ni," tegurnya. dia cari jam di skrin laptop. apakah...patut laa dengar lagu dari tadi ada background music tambahan. dia balas senyuman rakannya. dia tarik laci untuk ambil dompet dan telefon bimbit. tiba-tiba tangannya dirampas si teman.

" hei, jam kau mati ea? apasal dia tunjuk pukul 5.45 ni? petang ke pagi?" rakannya gelak kecil. dia telan air liur yang rasa berpasir. muscle of expressionnya terasa ketat tak mahu ditarik jadi senyuman.

" pagi. dahlah jom makan kang ramai orang kena tapau makan kat pantri. malas aku nak makan sini," dia rangkul lengan kawannya sambil berlalu pergi.

***
telefon bimbit berbunyi. mula-mula alunan piano intro lagu 100th Day Anniversary hanya beralun perlahan. tapi lama-lama makin kuat. dia gagau tangan mencari letaknya telefon bimbit. lagu berhenti tanda panggilan tamat. dia masih gagau tangannya hingga terhentak bucu meja kecil tepi katil.

" ouchh...ah, lupa bukak jam malam tadi," dia duduk atas katil sambil tangan kanan cuba membuka jam yang masih terikat di tangan kiri. lantas baru dia tersedar. hari ni!!!

dia bingkas bangun menuju bilik air untuk membersihkan jemarinya yang disalut inai. warna merah pekat gelap mula kelihatan apabila inai yang sudah kering tertanggal dari jemarinya. bibirnya mengukir senyum riang. tiba-tiba telinganya menangkap alunan lagu dari telefon bimbit di atas katil. pantas dia keringkan tangan dan mendapatkan telefonnya. senyum lebar dia melihat nama yang tertera.

" assalamu'alaikum, abang.."
" naurah..." suara ibu bersulam esakan di hujung talian buat dia tak senang hati. setiap tutur kata yang disampaikan makin lama makin hilang dari pendengaran. yang dia tahu alam sekelilingnya sudah gelap.

***
jam di skrin telefon menunjukkan pukul 5.45 petang. dia kerling jam tangan sekilas. retak pada permukaan jam buat hatinya sayu. dia mengeluh. kesesakan trafik buat dia banyak mengelamun tambah lagi bila ada kenangan sedih sebegini. dia matikan paparan telefon. dia toleh kiri. jejaka Myvi hitam dengan lengan baju dilipat ke siku sedang senyum. pada dia. dia alihkan pandangan ke hadapan. lampu merah bertukar hijau. brek tangan dilepaskan dan kereta meluncur pergi.

nanti bila dia dah mampu buang jam itu, dia akan ada kekuatan untuk balas senyuman itu.

Monday, March 9, 2015

ohana means family

" Ohana means family. Family means nobody cant stay behind or forgotten."

my beloved family


i'm proud being a member of #theonlybatch

terima kasih atas setiap saat yang kita kongsi bersama. pedulilah sedih, manis, pahit atau perit, selagi kita masih bersama dan tersenyum antara satu sama lain, selagi itu kekuatan itu akan terbina semula. be strong and have faith =)




Saturday, March 7, 2015

A Lesson from 'Like A Garment'

Assalamu'alaikum =)

tau tak beberapa hari ni waktu Subuh mesti nampak bulan penuh dan terang. Subhanallah cantik sangat (mata bercahaya excited). sebenarnya bukanlah waktu Subuh je tapi waktu malam aku tak perasan yang perasannya masa nak solat Subuh haha~

aku sebenarnya dah lama tak baca buku. buku dental tolak tepi please. sangat lama jujur cakap. otak dah tepu dengan novel fixi haha. jadi hari tu seorang blogger terkenal telah berkongsi satu ebook yang bertajuk ' Like A Garment'. beliau kata buku ni sesuai untuk mereka yang dah berkahwin dan bakal berkahwin. bakal berkahwin? aku la tu (angkat tangan tinggi-tinggi). lalu cepat-cepat emel beliau mintak share dan esoknya aku dah dapat ebook yang dikehendaki.

aku tak reti buat review buku bahkan nak cerita sinopsis pun aku tak reti sebab end up aku akan cerita dengan detail disebabkan oleh prinsip aku yang kalau ringkaskan cerita nanti point penting tertinggal. semua pun point pentingkan? heh. tapi apa yang aku boleh cakap buku ni cerita pasal macam mana kau nak jadi seorang isteri atau suami yang memahami. yes ini ialah satu persediaan yang sangat penting ya. 

ada orang mungkin dah bercinta bertahun-tahun dan sepanjang bercinta tu sendiri mesti ada je benda yang tak kenakan. contoh bila bergaduh, masing-masing mesti akan point salah satu samalain yang menyebabkan pergaduhan tu takde penyelesaian. perempuan mesti bengangkan bila kita mintaklelaki explain dia diam je tak bagi explanation. bila aku tengok drama yang ada scene macam nipun aku jadi geram tengok lelaki tu tak nak explain padahal dia tak buat salah pun. dan benda ni la yang aku temui kebenarannya dalam buku Like A Garment ni. dalam buku pasal lelaki-perempuan pun ada jugak aku rasa cuma ni pendapat aku yang baca buku ni la.

screenshot dari ebook
see? bukanlah salah dua belah pihak bila dah fitrah masing-masing untuk mengendalikan masalah tu berbeza. kena faham tau fitrah tu. in fact both nak selesaikan masalah cuma cara masing-masing perceive respon dari pihak yang berlawanan tu yang salah. jadi, bila kita dah faham kenapa respon ni berlaku, maka insha Allah masalah yang dihadapi tu boleh diselesaikan dengan baik.

daripada ni aku mendapati bahawa prinsip yang aku tanam untuk dilaksanakan bila dah kahwin nanti betul. prinsip aku ialah apa-apa masalah, apa-apa benda, kena komunikasi dengan suami (eceh macam dah ada satu kan). dan wajib bagi aku (hukum ni aku bagi kat diri sendiri) untuk bagi ruang dia berfikir. bermakna bila aku tanya pasal masalah, bila tengok dia diam je aku kena faham yang dia tengah fikir pasal tu dan bersabarlah bahawa nanti dia dah habis fikir nanti, dia sendiri akan jelaskan kat kita. haha~bab sabar ni orang perempuan memang susah sikit sebab kami ni memang secara tak sengaja emosi melebihi segalanya. lepastu bila dah 'sedar diri' terus rasa bersalah sangat2. tapi, belajarlah untuk jadi sabar.takde rugi pun,kan?

ini satu bahagian yang aku baca. ada banyak lagi yang telah membuka mata aku dan sekarang aku belajar sesuatu yang baru tentang lelaki. macam ayah aku kadang dia tak ingat birthday kitorang (sedih gila woii) lalu aku rasa sensitif dan menangis depan kek hari jadi. tapi bila dah tahu yang tu kelemahan dia, rasa bersalah pula kerana emosi sebab itu kelemahan dia, nak buat macam mana. jugak macam ada sorang budak lelaki kat kelas aku tu, dia boleh tak ingat susunan tempat duduk dalam kelas yakni situ siapa duduk, sini siapa duduk. tapi bila dikenang balik, haih tu bukan salah dia. tu kelemahan dia. salah ke untuk dia ada kelemahan tu? kita pun ada kelemahan masing-masing kan?

apa-apa pun, ni satu yang aku belajar secara teori. sebab secara amalinya aku tak tahu apa yang akan aku buat bila berhadapan dengan situasi yang memeningkan dengan orang berlawanan gender. aku harap melalui pengalaman aku boleh belajar lagi banyak.

kepada sesiapa yang dah nak kahwin, yang tengah bersedia pun aku galakkan baca buku ni. aku jugak menyimpan hasrat untuk baca banyak lagi buku bergenre macam ni sebab best kot dapat faham psikologi manusia. sebab aku percaya bila kita faham sesuatu kita takkan berhujah dengan emosi tapi dengan rasional. hidup ni terlalu singkat untuk dipenuhi dengan kerut dahi masam muka dan bertelagah semata-mata,kan?