Saturday, January 29, 2011

susahnya nak jadi kuat***

huhu~tajuk ini bukanlah bermakna saya sudah menyerah kalah dengan ujian yang diterima. Juga bukan bermakna saya terlalu kuat sehingga apa yang saya rasa bagaikan angin berlalu sahaja. Tetapi hendak menyatakan bahawa saya manusia biasa, kekuatan itu bagaikan biskut Chipsmore kadangkala dia main hide and seek jongkang-jongkit dan galah panjang pula dengan kita. Serius, rasa macam satu ketika dalam hidup ni nak baring aje sambil menangis sepuas-puasnya, tanda kita kalah dengan mainan hidup ni.

Tahu tak apa cabaran terbesar saya sepanjang tamhidi semester 2 ini? Emosi. Tak tahu kenapa tapi saya terperasan saya banyak berangan kot semester ini. Bukan sekadar berangan. Kadang-kadang emo tak tentu pasal la, tension la..Huhu~Bukan itu sahaja, masalah seterusnya ialah saya tiada semangat nak belajar sungguh-sungguh macam semester lepas. wuwuwuwuwu =( sedih la…takmo la macam ni..mana perginya semangat yang hilang?

Oleh itu saya telah buat kajian tentang ini. Hipotesis: semakin banyak masa yang diluangkan untuk berangan @ teringatkan ‘sidia’, semakin lemah semangat ini kerana hati ini makin kotor dengan maksiat. Astaghfirullahalazim….tapi janji, memang sungguh sukar untuk hadapi semua ini. Hari turasa macam dah berjaya tapi sungguh, memang taklama lepas tu saya kalah dengan bisikan syaitan.jahat oh!!! Orang nak study pun kacau jer….kalau nak kacau, kacaula masa tengah basuh pinggan ker, baca surat khabar ker, jemur kain ker, tunggu air dari sukida ker….ini tak..masa tengah menghadap nota Fizik dengan biskut mayat la nak datang ganggu. Huu…sedih sangat tau.

Jadi, apa yang saya kena buat? Saya perlu lakukan macam-macam supaya saya dapat pulihkan semula hati yang tengah sakit..ni dah melarat sangat ni. Mahu kena sorong masuk dalam ICU sebab dah ktitikal stage 4 (aii..macam sakit ape pulak)..ape lagi..sahabat2 doktorku sekalian!! Dr. Yasmeen, Dr. Atikah dan Dr. Fariza….cik ‘Afifah dah nak koma nih. Mahu kena masuk inkubator sekali sebab perlukan pergantungan yang kuat untuk teruskan hidup (ey, kau ingat kau bayi?) Hmm, akhirnya teringat lagu Opick, Ubat hati. Best juge buat inspirasi untuk jadi lebih baik.

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Baiklah, mahu setop dulu. Mahu jadi lebih baik. Doakan saya yea!

Notakaki: habis sahaja cuti mid-sem ini, kedengarannya pelajar lelaki tamhidi akan berpindah masuk ke nilam court. Alahai,tak boleh la buat tabiat turun ambil air sukida pakai kain batik lagi =((

2 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

haha!sgt kelakar di sini...kekuatan cm biskut chipsmore?apakah??buatlah cm biskut gula kat rumah yasmeen time belajar bio ari tu...hoho betul3..sgt susah nk jd kuat...da 2 bila semalam last exam,lg berganda syaitan dtg mengganggu nafsu..oh Tuhan.kuatkan iman kami...inkubator,icu penuh...wad bersalin dgn wad sakit jiwa kosong...nak book x?haha gurau2 di situ..^^ eh jap!kata bdk laki xjadi masuk!apakah ini???AAAAAAA~~~~~~~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!>>_<<

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

haha..itu la yg aku dgr smlm..dah tmpl notis penghalauan utk dorg ke nilam court...adoiyai...tension oh...huhu..ko bg wad bersalin, aku kawin pun x lg..cmner nk msuk??hihi....doa untuk kita bersama= ya allah, besarkan iman kami agar kekuatan kami besar utk menghadapi sekecil mana pun ujian.. =D