salam~
tadi dah sapu2 sikit blog ni. buang sawang2 dan sembur spray lipas. sekarang dah sembur dengan ambi pur balik jadi blog ni dah wangi semula =)
minggu ni minggu pertama saya sebagai pelajar tahun 1 fakulti pergigian USIM. jadi 2 malam berturut-turut kami ada program dengan senior. dia macam explorace jugak tapi best la task2 yang dia bagi.
program pertama, program dengan senior first batch. jangan tak tahu okey, USIM masih belum menggraduasikan pelajar pergigian sebab first batch akan grad tahun depan. amin =) untuk malam ni, kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. satu kumpulan 7/8 orang. task pertama yang group saya dapat ialah kena masuk lorong gelap dan cari barang2 yang dikehendaki lepastu kena main satu game. barang2 tu ialah lab coat, bola dan bear nemo. saya dengan munirah masuk bersama, jadi kami cari barang2 tu bersama. tapi disebabkan keadaan sangatlah gelap dan memang agak menakutkan sebab sunyi, saya pun sibuk buat2 sibuk bercakap sebab nak bagi hilang rasa cuak.
barang pertama yang kami dapat ialah nemo. itupun ada orang campak dari dalam bilik rawatan. lepastu untuk labcoat, agak teraba-raba jugaklah sampai terlanggar dinding. yang bola, pun ada orang campak kepada kami. terima kasih banyak2 ye. lepastu kami memang lupa langsung kena main game tau. jadi kami menonong la keluar, jumpa seorang kakak, kakak tu ingatkan kami yang pasal game tu. kami pun masuk balik dan rupanya dalam satu bilik rawatan tu, ada sebijik laptop tengah menyala dengan satu game terpapar kat situ. kami pun mainlah game tu.
game dia macam ni, kena lalukan cursor tu sampai ke pintu keluar, jangan bagi kena wall tepi2 tu.mula2 asyik salah tapi lepastu berjaya la proceed ke level seterusnya. sambil2 main tu ada jugak dengar bunyi orang ketuk2 kabinet tepi tu dan kami memang tau, mesti ada senior dalam bilik gelap ni. sampai level 3, kami pun dah dekat nak menang. sekali bila siap je level tu, keluar gambar hantu, siap dengan jeritan dia sekali. apa lagi, saya pun automatik jerit sekali dengan suara dari laptop tu. ceh, kena prank. sabar je lah. bila dah keluar ke lobi dan jumpa kawan2, baru terasa macam nak meleleh air mata. haha!!! takut jugak saya rupanya. tapi memang menggeletar jugak la lepastu.
lepastu pergi ke task kedua. yang ni kitorang macam kena interview la. best sebab dapat kenal dengan senior first batch. oh ya. bila masuk sini baru tau yang saya ada senior sama sekolah kat sini. tapi saya tak kenal diorang pun sebab saya masuk maahad masa form 3. lepas interview ada personality test. ini pun best jugak sebab bagi reflection pada kitorang.
task ketiga kitorang kena pecah pada 3 group kecil dan setiap group kena bincang peranan masing2. ada arkitek, guru dan saintis. sebenarnya, ini nak menunjukkan bahawa dentist can be both at the same time. dentist can be a teacher by teaching people what they know about oral, they also can be a scientist by always studying what is the suitable material can be used for treatment as time goes by and finally, dentist as an architect by planning something in order to repair the structure of teeth and others more.
last task, kitorang berkenalan dengan senior2. sebenarnya masa dah tak cukup jadi terpaksa cepatkan. yang penting sangat seronok sebab senior2 ramah2 dan saya rasa bertuah berada dalam kalangan warga fakulti pergigian ni. mereka memang tak lokek nak kongsi pengalaman dan saya tahu, semua yang mereka dah lalui sangat berharga dan semestinya berguna untuk kami yang baru nak bertatih kat fakulti yang baru ni.
mengantuklah..tapi nak jugak online. haha~tadi belajar teknik menggosok gigi dengan betul. saya cadang nak pakai gigi besi la nanti. haha~dentist should have their teeth beautiful and clean first before they advice patient to do so. hehe~apa2 pun, doakan saya supaya dapat jadi dentist 5 tahun akan datang. doakan saya lulus semua professional exam dan tak extend tahun. huk3...yang penting, doakan saya belajar bersungguh2 supaya saya dapat manfaatkan ilmu pada ummah. =)
p/s: ramai kata nanti kalau saya jadi dentist diorang nak free of charge. haha~no hal.tapi tahan je la sakit sebab bila murah, tak ada suntik bius. hah, nak murah ke nak mahal?
3 respons terhadap bicara saya:
weh aku tergelak kot part yg ko main game last skali keluar hantu tu. hahaha. nways, good luck weh pakai braces. :)
separuh harga dapat bius tak ? hehe
@adysuR
hehe~xtau la...dapat separuh jugak la kot =)
@_aLiaHwaFa_
haha!! kuat sgt aku jerit weh..tekejut kot..gelap gelita camtu tetibe kena prank...haha~pengalaman2..
Post a Comment