Saturday, September 10, 2011

saya tiada beza dengan anda~

salam~

alhamdulillah, rabu lepas saya dah selamat mendaftar kat usim sebagai pelajar degree pergigian. seronok sebab dapat course yang kita mohon dengan pilihan pertama tapi dalam masa yang sama sedih sebab ada sebahagian kawan2 tak ada rezeki untuk sambung belajar dalam bidang ni.

walaupun mereka tak ambil dental surgery, mereka masih dapat belajar di usim dan dalam bidang sains dan teknologi. tapi point yang saya nak cakap kat sini ialah tentang apa yang kita ambil dan persepsi kita terhadap diri kita dan orang lain.

masyarakat majoriti meletakkan pandangan bahawa sesiapa yang ambil bidang medic/dental itu sebagai pelajar yang bijak, baik dan sebagainya la. tambah2 lagi bila ramai student sekarang ni bila habis SPM tanya nak apply apa (bagi yang ambil science stream) majoriti menjawab "medic," belum lagi masuk kisah majoriti budak straight A semestinya akan dicampakkan masuk ke bidang medic/dental.

tapi sebenarnya kita semua serupa. apa yang kita ambil, itu berdasarkan tahap kemampuan kita sebab Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya. itu juga menunjukkan kelebihan kita dalam menguasai bidang ilmu yang berbeza.

ada orang memang minat medic/dental jadi mereka sambung belajar dalam bidang tu. ada orang lain minat sungguh kat undang2 jadi dia belajar undang2. ada orang lain suka bidang masak memasak, menjahit, engineering dan sebagainya dan mereka belajar dalam bidang yang mereka minat. hakikatnya, kita semua menuntut ilmu supaya kita dapat sumbang sesuatu yang bermanfaat pada ummah.

ya, saya akan belajar pergigian dan saya akan jadi doktor gigi (insya Allah). tapi saya mungkin hanya akan mahir dalam bidang pergigian sahaja. jika saya perlukan tunjuk ajar tentang agama, saya mesti cari seorang yang pakar dalam bidang agama. jika saya ingin melabur misalnya, tentu saya akan consult pakar dalam bidang ekonomi untuk membantu saya. sebenarnya kita nampak orang itu lebih dalam sesuatu perkara sehingga kita rasa rendah diri dengan mereka, padahal kita tak sedar langsung yang kita sebenarnya ada sesuatu yang mereka tak ada pun.

jadi, saya harap kepada kawan2 semua, jangan sesekali rasa rendah diri. apa jua yang ilmu yang kita pelajari, kita akan kongsi bersama. kita akan manfaatkan jugak pada ummah, insya Allah. semua orang ada kelebihan masing2 dan sebalik kelebihan itu ada juga kekurangan supaya kita sentiasa tunduk dan hormat pada orang lain.

anyway, good luck to all my friends out there. we are studying different courses but that doesn't mean our friendship should be end. we are still friends and always will be. may Allah grant us with His mercy and bless.

p/s: ayook...dah lama tak cakap BI. tunggang terbalik jadinya =P

0 respons terhadap bicara saya: