Sunday, January 29, 2012

jadual exam saya~

salam~

study week dah nak berakhir. bermakna exam dah nak mula. seriusli, masih banyak yang belum dicover.

orang lain semua tengah cuti. saya n kawan2 still baring, makan, tengok tv dengan buku sambil jeling2 nota lecture yang tak habis baca lagi.

jadual saya:

31/1/2012= Physiology
1/2/2012= Anatomy (serius tak faham kenapa boleh letak dua subjek membunuh ni tanpa sebarang gap)
3/2/2012= Biochemistry
8/2/2012= Oral Biology
10/2/2012= Behavioural Science and Oral Health

semoga berjaya dan dimudahkan =)

p/s: habis je semester ni, saya ada lagi 4 tahun setengah untuk habiskan ijazah ni. amin. target: 4 tahun setengah dari sekarang saya bergelar DR. amin.

Thursday, January 19, 2012

hari menangis sedunia

salam~

patutnya post semalam tapi sebab takde internet. sekarang ada kat kampus, so boleh ambil kesempatan kejap. hehe~

semalam ialah hari menangis sedunia untuk saya. sob..sob...dahlah tengah nak exam, tiba-tiba je hati dikecewakan sebegini rupa *tergamak awak buat saya camni..

poyo je..haha~sebenarnya sebab semalam ada tiga perkara berturut-turut yang buatkan saya rasa nak nangis tapi saya tahankan je sampailah ke perkara yang ketiga, saya dah tak tahan lagi. kena menangis jugak.

first, saya ada lecture tambahan dengan prof anatomy semalam. masa awal2 kelas tiba2 satu handphone kawan saya berbunyi. kelam kabut la dia pergi kejar handphone yang tengah caj kat depan kelas time tu. saya time tu memang buat tak kisah je dengan handphone saya sebab saya fikir time tu, walaupun saya tak silent kan telefon, takkan ada orang nak call saya tengah lecture pulak, kan. so, saya biar je handphone dalam beg dengan tak bersilent.

tiba2 intro lagu Kekasih Halal dari Waliband memecah keheningan lecture hall yang tengah sunyi kecuali dengan suara lecturer. tau tak siapa punya telefon tu? saya punya la! kelam kabut cari handphone nak matikan. cuak sangat time tu sebab lecturer mamang dah bengang sebab dahlah tadi satu telefon berbunyi ni satu lagi berbunyi pulak. sangat cuak masa tu sampai menggeletar badan sebab takut sangat2. kesannya, sepanjang lecture saya tak ngantuk sebab takut sangat.

kedua, masa lab biochem semalam. yang ni la yang paling sedih. semalam punya lab agak lama tau sebenarnyasebab ada tiga part. jadi, saya decide untuk tolong buatkan part B supaya boleh cepat siap. pastu, saya tak perasan langsung ada prosedur lain yang saya kena buat sebelum saya buat langkah kedua. saya terus tanya lab assistant tu macam mana nak buat prosedur kedua. serius tak perasan yang first. lepastu lab assistant tu macam marah. dia kata, ada dia suruh buat camtu? saya terkejut. kata dalam lab manual ada suruh buat camtu. pastu dia tunjuk prosedur first yang saya tak perasan tu dengan perasaan yang..saya pun tak tahu nak cakap camne sebab saya sangat terasa dimarahi masa tu dan rasa nak menangis. malu pun ada. walaupun tak ada orang yang perasan (mungkin) tapi saya tetap rasa malu sangat. sedih..sob3

yang ketiga sebab ada masalah lain. yang ni je tak boleh cerita. bila dah sampai tahap ni, memang tak tahan sangat dah. sampai je bilik terus ambik bantal, nangis kat bawah tu. lepastu nangis dalam bilik air bagai. habis mata bila bangun pagi tadi pun rasa sembap je. camtu la...

tapi saya bersyukur sebab saya tak nangis depan orang. saya tak lepaskan tension saya dengan marah orang. saya tahu saya boleh jadi kuat. tak nak sikit2 nangis tapi bila dah jadi camni, kena la menangis jugak kan.

jap lagi exam ICT. nak gi baca notes. sekian.

p/s: saya suka buat orang ketawa, saya suka jadi ceria tapi di sebalik tu saya terlalu mudah mengalirkan air mata.

Sunday, January 15, 2012

menghancurkan yg sementara~

salam~

mood: tengah susah hati. hati, tetaplah untuk hanya yang terbaik. insya Allah.

minggu ni dah nak mula exam subjek tak core. study tak habis lagi tapi.

sabar jelah. dah nak exam ni macam2 pulak ujian datang. sakitnya!!! (macam sakit time tamhidi dulu tapi yang ni kurang sikit).

sakit yang menyebabkan saya berfikir banyak kali dan buat saya menyedari bahawasanya saya memang masih muda (terima kasih) dan banyak lagi jalan yang mesti saya lalui serta banyak lagi benda yang saya akan jumpa di sepanjang perjalanan nanti.

oh, faham tak maksud tajuk entri ni? haha~pergi google translate.

tapi saya tahu, apa yang saya alami ni sementara je. esok lusa hilanglah dia. as long as takde benda yang membuatkan saya terfikir tentang perkara ni.

hati, tetaplah pada si dia. meski kau tak pernah bagitahu dia, tapi kau selalu doakan yang baik untuk dia.

amin. =)


bittaufiq wannajah exam =D

p/s: walaupun fakulti saya fakulti last exam, still ewadi dan enilai serta goals kadang2 mengarut. susah nak bukak. sabar je la. nasib baik dah print slip exam. 

p/s 2: doktor gigi menang masterchef (haha lambat). ini bererti saya jugak boleh jadi pandai memasak macam beliau (motif: sebab saya student dental, bakal doktor gigi jugak,hehe)

Thursday, January 12, 2012

ukhwah itu manis~

salam~

tiba-tiba malam ni rindu melayang pada kawan2 Dentistry 2.

teringat betapa seronoknya hari2 bersama mereka suatu waktu dulu.

waktu tu, terasa cepat sangat masa berlalu.

hidup pun tak tertekan, walaupun masa sem 2 banyak sangat kerja menanti, di sebalik usaha bertubi-tubi untuk memastikan diri layak masuk FPg dan dalam masa yang sama jadi penolong kelas.

seronoknya dengan mereka. *tiba-tiba rasa nak nangis.

serius, inilah satu-satunya kenangan yang amat saya rindu. sekarang mungkin susah nak berkumpul balik macam dulu.

tapi bagi saya, saya sayang mereka semua kerana Allah. saya ikhlas sayangkan mereka, bersahabat dengan mereka semuanya kerana Allah. sebab tu saya selalu seronok dan dapat rasa manisnya berukhwah dengan mereka.

rindunya sangat2.

saya tak pernah rasa seronok berkawan satu kelas seseronok ni sebelum masuk Tamhidi.

harap2 semua orang dalam keadaan baik, sihat walafiat dan teruskan usaha menuntut ilmu untuk menegakkan ummah.

yang kat Nilai dah nak habis exam. kami kat Pandan Indah lagi dua minggu baru exam. tapi yang kat luar2 tak tahulah. kirim2 la berita ke sini =)

*catatan rindu pada teman. semoga semua di bawah naungan Ilahi.

Saturday, January 7, 2012

wish saya masa 2011 tapi tak semuanya tertunai masa 2011 jugak

salam~

mak aihh..panjang ea tajuk. haha~tak kira. malas nak edit balik.

sebelum ni wishes ni hanya terperuk dalam diari hitam kesayangan je. tapi hari ni boleh la revealkan sikit demi sikit. bukan apa, kalau baca diari tu takut korang terkejut lalu pengsan pulak.

berikut merupakan antara 5 wish saya. sebenarnya target yang mesti dicapai. sebab tu tahunnya berbeza-beza.

1) nak memiliki sebijik Nokia C3 dan sebijik laptop (sekali dapat Nokia C2 je dan sebijik netbook HP mini)<----takpe, ni kita kira settle.
2) nak menamatkan peringkat Tamhidi dengan jayanya dengan pointer 3.50 ke atas dan masuk ke Fakulti Pergigian (alhamdulillah, dua-dua ni dapat tahun 2011 jugak)
3) dalam masa 5 tahun, nak dapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dan seterusnya bergelar Dr. Nur 'Afifah (insya Allah..pray the best for me =)
4) menjelang usia 25 tahun, nak jadi isteri kepada encik (takbolehbagitau) dan menjadi menantu kesayangan Puan (puntakbolebagitaugak) *haha~yang ni kalau tak dapat nanti mesti menangis =D
5) yang ni cam pelik sikit jadi tak boleh bagitau kat sini. haha~

sekian, apa yang saya wishkan masa tahun lepas. insya Allah, kalau tak semua, dapat sebahagian pun boleh. tak kisah yang wish ke 4 tu je. yelah, kalau dah takde jodoh, nak buat cemana. kan?

apa-apa pun, untuk masa terdekat ni saya harapkan supaya saya diberi kesihatan yang baik, semangat yang kuat, kesabaran yang tinggi dan yang paling penting, iman yang mantap. amin. 

kawan2 yang tengah final exam dan akan final, bittaufiq wannajah =) buat elok2 ok. jangan asyik ingat aku je. haha~kitorang exam 31 Januari nanti (kot). lambat, kan? takpe, sebab ada je lecture yang tak habis lagi.

semoga dipermudahkan. amin.

untuk awak jugak =)

Wednesday, January 4, 2012

suamiku seorang blogger

salam~

tadi jenguk2 fanpage facebook blog Dr. Sarah. dia sudah dapat baby. comel sangat =)

suami dia pun ada blog jugak.

lepastu terus terfikir, kan best kalau suami saya nanti seorang blogger cam saya jugak ;)

nanti kalau saya busy dia boleh updatekan kisah kami di blog dia.

itupun kalau dia tak busy. dibuatnya dia seorang doktor, saya pulak kot yang kena update untuk dia nanti. haha!!

*berangan je. final dah nak dekat. kbai (ape ni?) k, salam.

nota untuk awak: agak2 awak tau tak saya ada blog? dan awak tau tak yang saya pernah tulis tentang awak dalam blog ni?

Tuesday, January 3, 2012

antara itu dan ini

salam~

antara radio Era dengan IKIM.

antara Bruno Mars dengan Munif Ahmad (ke Saad Sa'id al-Ghamidy?)

antara Ramlee Awang Murshid dengan novel2 Islamik lain.

antara baju kurung dengan blaus longgar @ t-shirt labuh dengan seluar jeans.

antara balik rumah dengan pelawaan rakan ke program tarbiah.

antara famili dengan diri sendiri.

antara berterus-terang tapi dibauri ketidakpuashatian dengan memendam tapi menambahkan tekanan pada cerebrum.

antara nak jadi baik di kampus sahaja dengan nak jadi baik sepanjang masa.

semua orang nak jadi baik sepanjang masa. saya tak nak jadi baik separuh2. tapi dalam masa sama tak nak jadi orang macam ni,

"ala, ipah tu pakai je tudung labuh, tudung bidang bagai tapi lagu OST the sorcerer's apprentice dia yang paling hafal,"

mungkin saya ada dua watak. tapi saya sedang cuba untuk perbaiki diri saya.

akhir zaman ini yang terselamat hanyalah yang ghuraba' (terasing). tapi saya tak nak terasing sorang2. 

saya tak nak jadi baik sorang2. saya nak keluarga saya pun jadi baik jugak. saya nak saya dan keluarga jadi ghuraba' jugak.

sebab diorang darah daging saya. kalau saya tahu tapi saya tak tegur, dah tentu dosa akan jatuh kepada saya pertama sekali.

ada ketika saya mesti ikut flow diorang supaya saya boleh masuk dengan diorang, rapat dan tahu masalah diorang seterusnya bantu diorang. alamdulillah, diorang bukannya macam kebanyakan remaja yang korang nampak hari ni.

Allah tengok effort, bukan tengok result. dengan itu, saya isytiharkan kat sini bahawa saya pilih famili.

insya Allah, kalau diberi kelapangan, saya akan join program macam tu. sebab fokus utama saya, famili. di samping diri saya sendiri. bukan ke Baitul Muslim tu salah satu daripada peringkat nak mencapai Ustaziatul 'Alam?

Baitul Muslim bukan hanya terbina masa saya kahwin dengan dia, bentuk keluarga kami dengan acuan Muslim, tapi mesti start dengan keluarga yang saya ada sekarang supaya anak2 saya nanti akan ikut apa yang dicontohi oleh embah2 dan paman2 dan tante2 dia.

kalau saya nak start dengan anak2 saya, suami saya nanti, saya takut muncul persoalan lain. persoalan apa, saya tak sanggup nak fikirkan.

so, let's start from now. memang susah nak buang jahiliyah. doakan kita semua kuat. insya Allah. amin.

Sunday, January 1, 2012

dah masuk tahun baru~

salam~

dah masuk tahun baru. tapi umur belum officially masuk 20 lagi. jadi, saya masih 19 tahun. sekian.

eh, tak habis lagilah.

tahun lepas (sebenarnya siang tadi je) buat jamuan dengan kawan2 sekelas Dentistry 5th Batch. sangaaaaaaaaaatttttt best!!!! haha~mestilah. dapat makan2, main2, tukar2 hadiah. cenggitulah. yang bestnya, buat dekat taman permainan kat depan Masjid al-Azim. baru kutahu ada lokasi yang menarik di situ. 

lagi best sebab ada taman mainan. walaupun peralatan di situ hanya untuk kanak2 berumur 12 tahun kebawah sahaja tetapi kakak2 dan abang2 yang dah nak umur 20 tahun ni tetap nak main gak. sampai2 je terus serbu buaian. serbu jongkang-jongkit dan sebagainya. nasib baik buaian ada banyak. kalau tak mesti ada yang nangis sebab tak dapat main.

masa mula2 sampai budak lelaki takde lagi. jadi, memang bisinglah kitorang kat situ. lepastu main kat bawah pondok pulak. main mafia (ala2 main killer jugak la) lepastu main ABC. sangat berdebar sebab takut kena pukul masa huruf Z tu. haha~tapi best sebab dapat share banyak cerita. sambil2 tu, budak2 lelaki dah sampai dengan barang2 nak BBQ. mereka pun mula set-up segala bagai dan menghidupkan api (err, betul ke ayat aku ni?) tapi kesian sebab sekian lama mengipas tak jugak jadi. tapi alhamdulillah last2 jadi jugak.

pastu, mulalah panggang ayam (saya dengan hajar yang perapkan tau.haha) dan sosej. tak lama lepas tu. tetiba budak lelaki cakap, " dah, turn kitorang pulak nak main." kitorang yang perempuan ni pun majulah ke tempat bakar2. sekali bila pusing belakang?

diorang main buaian jugak. haha~pelik mula2 rasa tapi lepastu menyedari balik bahawa sememangnya kami memang ada sense of kebudak2an lagi. eh, release tension apa main boyan segala bagai tu. yang xtahan bila ada sorang naik mainan yang macam kuda ada spring tu. sedang elok je dia muat2 atas tu. haha~ macam2.

ok, makanan dah siap. tapi disebabkan sosej masak awal, sosej jugak yang habis awal. makan2 dan sebagainya pastu bermulalah sesi tukar2 hadiah. saya dapat novel Salju Sakinah dan membagi novel Contengan Jalanan kepada Nisa'. seronok sangat!!! alhamdulillah.

lepastu, berakhirlah sudah sesi jamuan kami. puas hati dapat berseronok dan lupakan seketika kesibukan dah nak final exam. sekarang tengah revise tengkorak, muka, kulit kepala dan leher tetapi rasa mengantuk.tu yang update blog tu.hehe~lagipun petang tadi dah tidur lama. marilah kita gantinya balik.

sekian, update sempena tahun baru. 

babai~