salam~
tiba-tiba malam ni rindu melayang pada kawan2 Dentistry 2.
teringat betapa seronoknya hari2 bersama mereka suatu waktu dulu.
waktu tu, terasa cepat sangat masa berlalu.
hidup pun tak tertekan, walaupun masa sem 2 banyak sangat kerja menanti, di sebalik usaha bertubi-tubi untuk memastikan diri layak masuk FPg dan dalam masa yang sama jadi penolong kelas.
seronoknya dengan mereka. *tiba-tiba rasa nak nangis.
serius, inilah satu-satunya kenangan yang amat saya rindu. sekarang mungkin susah nak berkumpul balik macam dulu.
tapi bagi saya, saya sayang mereka semua kerana Allah. saya ikhlas sayangkan mereka, bersahabat dengan mereka semuanya kerana Allah. sebab tu saya selalu seronok dan dapat rasa manisnya berukhwah dengan mereka.
rindunya sangat2.
saya tak pernah rasa seronok berkawan satu kelas seseronok ni sebelum masuk Tamhidi.
harap2 semua orang dalam keadaan baik, sihat walafiat dan teruskan usaha menuntut ilmu untuk menegakkan ummah.
yang kat Nilai dah nak habis exam. kami kat Pandan Indah lagi dua minggu baru exam. tapi yang kat luar2 tak tahulah. kirim2 la berita ke sini =)
*catatan rindu pada teman. semoga semua di bawah naungan Ilahi.
1 respons terhadap bicara saya:
kawan2 dentistry 2 je ke? kawan nanges kat asrama mana? TT-TT mwahahaha
Post a Comment