salam~
dah masuk tahun baru. tapi umur belum officially masuk 20 lagi. jadi, saya masih 19 tahun. sekian.
eh, tak habis lagilah.
tahun lepas (sebenarnya siang tadi je) buat jamuan dengan kawan2 sekelas Dentistry 5th Batch. sangaaaaaaaaaatttttt best!!!! haha~mestilah. dapat makan2, main2, tukar2 hadiah. cenggitulah. yang bestnya, buat dekat taman permainan kat depan Masjid al-Azim. baru kutahu ada lokasi yang menarik di situ.
lagi best sebab ada taman mainan. walaupun peralatan di situ hanya untuk kanak2 berumur 12 tahun kebawah sahaja tetapi kakak2 dan abang2 yang dah nak umur 20 tahun ni tetap nak main gak. sampai2 je terus serbu buaian. serbu jongkang-jongkit dan sebagainya. nasib baik buaian ada banyak. kalau tak mesti ada yang nangis sebab tak dapat main.
masa mula2 sampai budak lelaki takde lagi. jadi, memang bisinglah kitorang kat situ. lepastu main kat bawah pondok pulak. main mafia (ala2 main killer jugak la) lepastu main ABC. sangat berdebar sebab takut kena pukul masa huruf Z tu. haha~tapi best sebab dapat share banyak cerita. sambil2 tu, budak2 lelaki dah sampai dengan barang2 nak BBQ. mereka pun mula set-up segala bagai dan menghidupkan api (err, betul ke ayat aku ni?) tapi kesian sebab sekian lama mengipas tak jugak jadi. tapi alhamdulillah last2 jadi jugak.
pastu, mulalah panggang ayam (saya dengan hajar yang perapkan tau.haha) dan sosej. tak lama lepas tu. tetiba budak lelaki cakap, " dah, turn kitorang pulak nak main." kitorang yang perempuan ni pun majulah ke tempat bakar2. sekali bila pusing belakang?
diorang main buaian jugak. haha~pelik mula2 rasa tapi lepastu menyedari balik bahawa sememangnya kami memang ada sense of kebudak2an lagi. eh, release tension apa main boyan segala bagai tu. yang xtahan bila ada sorang naik mainan yang macam kuda ada spring tu. sedang elok je dia muat2 atas tu. haha~ macam2.
ok, makanan dah siap. tapi disebabkan sosej masak awal, sosej jugak yang habis awal. makan2 dan sebagainya pastu bermulalah sesi tukar2 hadiah. saya dapat novel Salju Sakinah dan membagi novel Contengan Jalanan kepada Nisa'. seronok sangat!!! alhamdulillah.
lepastu, berakhirlah sudah sesi jamuan kami. puas hati dapat berseronok dan lupakan seketika kesibukan dah nak final exam. sekarang tengah revise tengkorak, muka, kulit kepala dan leher tetapi rasa mengantuk.tu yang update blog tu.hehe~lagipun petang tadi dah tidur lama. marilah kita gantinya balik.
sekian, update sempena tahun baru.
babai~
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment