Assalamu'alaikum =)
ni merupakan salah satu pengisian yang aku dapat waktu pergi kem beberapa bulan lepas. ahah baru sekarang teringatkan (huhu maaf).
anyway, nak share satu hadis ni,
“Perumpamaan seorang Mukmin seperti lebah, apabila ia makan maka ia akan memakan suatu yang baik. Dan jika ia mengeluarkan sesuatu, ia pun akan mengeluarkan sesuatu yang baik. Dan jika ia hinggap pada sebuah dahan untuk menghisap madu ia tidak mematahkannya.” (HR. Al-Baihaqi]
tajuk pengisian hari tu ialah Apa yang Anda Mahu Capai dalam Hidup. semua orang mesti nak capai macam-macam benda tapi pengakhirannya satu, iaitu kita rasa bahagia dengan apa yang kita capai. jadi kaya dan bahagia, jadi orang berilmu yang bahagia dan apa jugak yang kita impikan. dan secara tak sedar, kita akan jadi bahagia bila apa yang kita buat tu ialah benda yang baik.
siapa yang tak seronok bila dapat buat baik, ye dak? lagi seronok bila orang buat baik dengan kita, bertambah-tambahlah rasa seronok kita.
so, kenapa Mukmin (orang yang beriman) ni diumpamakan macam lebah?
macam yang dah disebut dalam hadis tulah. kita semua tahu, lebah hisap madu dari bunga, dan bahagian bunga yang dihisap tu bahagian yang bersih. dan dari perut dia dikeluarkan pulak madu yang Allah dah sebut dalam al-Qur'an boleh jadi penawar dan ini dah terbukti oleh banyak kajian saintifik yang mengkaji sifat-sifat yang ada pada madu yang membuatkan ia jadi penawar. ada anti-inflammatory effect, antimicrobial effect, antiproliferative effect dan banyak lagi. akhir sekali lepas je dia dah selesai hisap madu kat bunga, dia akan terbang elok2 je takde dia tinggalkan bunga yang dihisap tadi tu jadi patah riuk ke atau layu dan sebagainya. so, macam tulah jugak Mukmin yang baik. Mukmin yang baik ni orangnya memberi kebaikan kepada orang dan kebaikannya tu ikhlas dari hati yang baik.
jugak kalau kita dapat tengok, seekor lebah tu badan dia kecik je kalau nak dapat sebotol madu agaknya tah berapa juta kali kena ulang alik hisap madu. tapi pernah tak lebah rasa putus asa untuk hisap madu dari bunga dan angkut ke sarang dia hari-hari? macam tulah jugak kita. walaupun ada ketika kita terdetik rasa macam kebaikan yang kita buat ni kecik sangat, contoh kutip sampah atau sentiasa pastikan suis lampu aircond semua diswitch off sebelum balik dan takde orang tau pun yang kita buat benda tu. waktu tu jangan lupa, orang tak tahu tapi Allah tahu. insha Allah tak sia-sia benda yang kita buat sebab kalau kita buat dengan ikhlas dan istiqamah, ada ganjaran yang menanti kita.
akhir sekali, ingatlah untuk sentiasa berbuat baik sebab dalam banyak-banyak benda baik yang kita buat, Allah akan lihat yang terbaik.
terima kasih kerana membaca! semoga bermanfaat =)
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment