Thursday, December 24, 2015

Terusir oleh Prof Dr Hamka

Assalamu'alaikum =)

aku rasa sangat bersyukur dan gembira sebab ada adik beradik yang minat membaca. plus genre bacaan kitorang selalunya sama walaupun bermusim. contoh ada musim masa aku sekolah menengah dulu kitorang suka kumpul dan baca komik Jepun yang alih bahasa ke Melayu yang banyak Gempakstarz jual tu. waktu tu komik camtu memang sangat banyak kat rumah aku dan semuanya dibeli sikit demi sikit oleh setiap orang tapi yang paling banyaknya kakak akulah. 

pastu beralih ke novel Melayu bila novel2 Penulisan2U tengah in. sebelum tu kalau yang dari Alaf 21 pun ada je tapi waktu tu tak berduit sangat so tak banyak novel camtu kat rumah. again kakak aku jugaklah yang paling rajin beli so segala novel Suamiku-Suamiku tu ada je kat rumah. tapi genre ni aku kurang sikit sebab bila dah asyik baca, tau sangat cerita dia cliche dan selalunya aku menyampah dengan watak heroin yang sangatlah tipikal Melayu tidak matang. 

sekarang tengah syok baca Fixi dan bersusun jugaklah novel fixi pelbagai warna kat rumah tu. cerita dia semua best dan isinya dekat dengan realiti dalam masyarakat. cuma bahasa jelah yang tak patut dicontohi tapi pesanan awal, bacalah dengan tapisan seorang Muslim (tiru ayat ustaz Hasrizal haha) iaitu baca sebab kau nak tahu realiti masyarakat. aku boleh kata aku masih lagi dalam zon selesa aku, tak tahu konflik yang ada dalam masyarakat. bila baca certain novel, aku berani cakap benda-benda yang aku baca tu memang ada.

selalu aku suka novel thriller so kalau nampak buku Ramlee Awang Mursyid tu semuanya buku aku. tapi aku tak sempat nak kumpul banyak-banyak sebab sikit2 nak beli buku tulah, kena beli buku nilah. selain tu aku suka travelog tapi yang ni ponn tak terkumpul-kumpul lagi.

start tahun ni ke tahun lepas tah, kitorang adik beradik mula kumpul novel Hamka. start dari adik akulah dia beli novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. aku pun bertahun jugak nak baca novel tu tapi tak terjumpa-jumpa. pernah sekali aku ikut kakak aku pergi library UM aku sempat search kejap buku tu kat library tu ada ke tak. pernah jugak cari kat library kampus aku (kampus cawangan je) tapi memang taklah dia nak ada kat celah-celah buku medic dental tu. sampailah PTS dapat privilege untuk terbitkan novel Hamka merasalah jugak aku baca novel tu akhirnya.


hari tu masa posting kat Kelantan aku sempat beli buku Di Bawah Lindungan Ka'bah tu. nipis je buku dia. aku baca start lepas beli dan habis sebelum kapal terbang berlepas meninggalkan Kelantan lagi. tapi cerita dia weh, terkesan di hati aku. kisahnya dua orang yang memendam rasa cinta antara satu sama lain dan bila sampai waktunya diorang dapat tau yang diorang ada perasaan yang sama, tak lama pastu dua-dua meninggal dunia. dahsyat jugak penangan pendam perasaan ni sampai jatuh-jatuh sakit. oleh itu aku nak confesslah tapi sebab requirement menghantui terus aku batalkan niat murni aku ni.

novel Terusir tu pulak adik aku punya, aku pinjam bawak balik hostel. sedih wooo cerita dia. seriously. sesiapa yang terasa nak nangis tu bolehlah baca. buku dia pun tebal sikit je dari Di Bawah Lindungan Ka'bah tu so aku berjaya habis dalam masa beberapa jam. menangis sungguh jugaklah aku dibuatnya baca novel ni. 

cerita dia pendek je tapi pengajarannya terkesan kat hati aku sangat-sangat. dalam kata mudah, kau tak  boleh judge seseorang sampailah kau tahu dia siapa. aku harap aku dapat ingat benda ni sampai bila-bila. tapi dalam masa yang sama buat aku rasa tak suka pada lelaki sebab dalam cerita ni, bekas suami perempuan tu jahat dan keluarga dia pun sama jahat (aku harap aku dapat keluarga mertua yang baik aamiin) sampaikan dia terpaksa jadi jahat. eh faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

ni salah satu ayat dari novel ni,

" dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis.."

jujur aku ada sedikit curiga pada lelaki. maaf sebab berlaku anti-lelaki sikit kat sini. sebab aku pernah tengok realiti. tapi jangan fikir bukan-bukan aku suka lelaki tau. cuma berdoa sangat-sangat supaya dapat suami yang baik. kami perempuan tak mintak dapat pangkat tinggi-tinggi ke apa, tak mintak diberi hadiah mahal-mahal (well some maybe tapi exclude aku please). kami cuma mintak dihormati. dan insha Allah orang yang hormat ni akan dihormati jugak oleh orang lain.

anyway sesiapa yang nak baca novel ni, boleh beli kat mana-mana kedai buku. adik aku beli kat MPH. murah je harganya rm13.50. 

aku syorkan kepada gadis-gadis seusia aku yang suka membaca tu untuk baca novel-novel macam ni. dah patut sangat kita ubah senarai top 10 best seller dekat kedai-kedai buku tu dengan novel-novel macam ni. sebab novelnya mengisahkan benda realiti, bukan macam lambakan novel cinta sekarang. serius aku hairan masih ada lagi ea orang yang baca novel picisan macam tu? maaf cakap tapi realiti. dan kita kena berpijak pada dunia nyata. tak adanya kat Malaysia ni mak bapak yang kaya raya nak paksa anak lelaki diorang kahwin dengan budak mentah macam kau. haha~kasar sikit sorry *insert emoji berpeluh kat dahi*

kepada yang belum membaca, selamat membaca! sila ucapkan selamat membaca pada aku jugak sebab exam dah dekat tapi masih lagi menghadap laptop dan novel huhu~

0 respons terhadap bicara saya: