Friday, February 26, 2016

cinta dan novel

cinta sentiasa menjadi tema utama apa jua cerita. cinta sesama manusia, tak kira apa pangkat sekalipun, cinta pada alam sekitar, pada Allah, pada Rasul dan pada negara. apa jua benda yang kita cinta, kisahnya jadi manis di jiwa.

tapi terlalu banyak cerita cinta hari ini yang tercemar. lebih ekstrem lagi bila penceritaan tentang cinta dipandang seolah suatu yang tidak suci, sedangkan cinta itu hakikatnya sejati. mencintai tak bermakna kau berbuat dosa.

tapi aku suka bagaimana karya lama melukiskan babak cinta. novel-novel  sasterawan negara, novel Prof Hamka, semuanya 'evergreen'. sebab mereka melakarkan cinta dalam kisah yang menunjukkan cinta itu suci, bukan macam novel picisan hari ini.

dan aku tetap berpegang pada pendapat bahawa sebuah novel yang berjaya tak perlukan sebarang babak yang boleh membuat pembacanya berimaginasi 'luar fikiran' daripada yang sepatutnya. sasterawan negara dah buktikan perkara sedemikian, kenapa perlu karyawan hari ini berusaha berbuat sebaliknya?

0 respons terhadap bicara saya: