Assalamu'alaikum =)
adalah menjadi satu kewajipan bagi kami mengamalkan pertanyaan berkenaan ubat-ubatan yang patient ambil semasa history taking. hari ni turn aku sebagai assistant dan aku telah ditugaskan untuk menyalin dan memfotostat senarai ubat-ubat yang patient ambil untuk simpanan dalam folder dia. patient seorang penghidap penyakit jantung dan kencing manis jadi bayangkanlah betapa panjang berjelanya senarai ubat dia.
sambil aku fotostat tu aku tengoklah senarai ubat-ubat tu. ada dekat 9 jenis jugaklah. sambil tengok tu sambil aku ingat ubat ni class apa, untuk masalah apa, hypertension ke cholesterol lowering drug ke. benda-benda camni memang kena ada kat hujung jari je tau adik-adik dan kawan-kawan bakal doktor gigi sekalian. dan kat setiap jenis ubat tu dia ada tulis bekalan untuk berapa lama dan harga ubat tu.
dan, cuba teka harga Clopidogrel (ubat cair darah) tu berapa?
RM 972 tau tak? aku terkejut gila. murah lagi handphone aku kot!!
aku tak sure itu harga semasa ke tak tapi seriously sangatlah tak terjangkau dek akal aku. tapi sebabkan patient dapat privilege so semua ubat-ubat beliau yang dekat 9 jenis tu harganya PERCUMA.
which reminds me of my dad and some people that i know, whom taking various types of medication because of their systemic problem.
ada beberapa pesakit yang aku jumpa dengan selambanya mengaku tak makan ubat yang doktor bagi.ada juga yang bagi testimoni tanpa memakan ubat yang doktor bagi sebaliknya dengan hanya menelan jus cap-agama tekanan darahnya sudah normal dan buah pinggang kembali berfungsi seperti sedia kala setelah disahkan menghidap kencing manis dan tidak terkawal sejak belas hingga puluh tahun dahulu.
dan kebanyakan pesakit ni jatuh dalam kategori, berhak dapat ubat yang pelbagai jenis tu pada harga yang rendah, bahkan percuma. seandainyalah diorang tahu berapa juta agaknya diorang dah bazirkan dengan cara tak compliant pada ubat dan biarkan ia expired *geleng kepala*
aku tahu negara kita tak aman, dah kucar kacir jugak sekarang ni. tapi dalam aspek kesihatan, aku tabik hormat kat kerajaan kita. maksud aku, polisi yang kerajaan amalkan. ubat-ubatan ada subsidi, kalau warganegara tu alahai bayar seringgit je dah dapat rawatan. even kalau bukan warganegara pun takdenye kau dihalau kalau sakit kat emergency tu just kena bayar lebih sikit je dari warganegara pasti ditolak masuk juga ke dalam wad untuk rawatan. senang kata nikmat kesihatan kat negara kita ni cukup luas. luas sangat sampaikan...
ada antara kita tak reti bersyukur.
kita sibuk post tentang education kat Malaysia patut tiru negara itu, doktor lelaki kat hospital kerajaan Malaysia patut diharamkan dari menyambut bayi macam hospital kat satu negara tu dan macam-macam lagi. cuba kalau Malaysia tiru negara-negara yang korang dok bangga tu untuk aspek kewangan kesihatan. mampu korang?
dalam subjek Community Dentistry aku ada belajar topik Financing Oral Healthcare. sumber kewangan untuk bidang kesihatan datang dari pelbagai sumber, contohnya insurans, out-of-pocket dan sebagainyalah. ada negara amalkan polisi semua rakyat kena ada insurans untuk dapatkan rawatan, ada jugak yang half kerajaan cover dan ada jugak yang kerajaan cover sampai certain limit. bagi negara kita, aku boleh kata yang kita ni terlalu beruntung sebab duit yang kita perlu keluarkan sikit sangat. kita sangat manja in terms of kesihatan tapi kita sangat malas menjaga kesihatan yang harganya jauh lebih mahal dari ubat-ubatan.
aku sangat sedih bila ada post kat Fb pasal ubat yang patient tak makan, expired dan akhirnya terbuang begitu sahaja. just sebab kau tak bayar tak bermakna kau boleh sesuka hati nak makan tak nak makan. ada orang sanggup bayar berapa je untuk ubat penyakit diorang tapi ada jugak orang yang berpenyakit tapi tak bersyukur dan tak nak makan ubat dan sembuh. sungguh aku tak faham.
jadi, manusia sekalian, silalah compliant pada ubat yang doktor suruh makan. harga sebuah kehidupan bila korang ikut nasihat doktor tu jauh lagi mahal dari harga ubat yang korang bayar tu. dalam hal ni kita kena bersyukur, walaupun harga barang naik bagai tapi at least untuk ubat yang korang perlukan untuk survive tu harganya masih lagi 'murah'.
sekian mekasih.
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment