Assalamu'alaikum =)
Lamanya ya ampun tak update blog. Gian juga nak menulis sebenarnya tapi sebab selalu balik kerja penat, hanya mampu scroll phone lepastu dah kena siap-siap untuk hari esok dan berehat. Weekend pulak banyak tugas 'pensuri-rumahan' nak kena buat lol maka sampai ke sudahlah tak berupdate.
Anyway, aku bukanlah skincare guru macam kat twitter, ig dan sebagainya tu. Aku hanyalah insan marhaen yang saja nak share skincare routine aku yang alhamdulillah setakat ni ada hasilnya walaupun masih dipanggil akak kalau beli sarapan pagi-pagi -.-
Aku start bereksperimen dengan skincare ni lepas mula kerja, dalam penghujung 2017. Sebelum tu aku memang pakai je cleanser dan moisturiser macam biasa. Sunscreen pulak pakai brand budak-budak punya in which aku tak tahu pun entah betul ke tidak routine aku ni, produk ni sesuai ke tak. Main taram je. Lepastu September 2017 balik dari bercuti kat Cameron Highland, muka aku jadi burn. Pedih wehhh nak ambik wuduk pun rasa menyengat kulit tu.
Puncanya ialah aku tak pakai moisturiser dengan sunscreen. Silap besar ya sebab aku fikir takpe tempat sejuk, matahari tak terik. Sekali balik masuk kerja ramai tegur muka merah mengelupas. Sedih aww
So aku pun start la study pasal skincare. Untuk beberapa bulan awal, concern aku hanyalah untuk rawat muka burn tu je. Lepas-lepas tu baru aku tambah benda selain basic skincare.
Maka, setelah 2 tahun, ni antara skincare yang aku dah cuba dan ada yang sedang guna. Aku nak review sekali so bolehlah korang tengok kot-kot kita share the same concern, boleh korang try. Oh ye skincare yang aku beli mostly affordable dan senang nak dapat sebab kebanyakannya beli kat drugstore je. Ada juga yang beli online tapi jangan risau, tetap mudah nak dapat unless stok habis la yang tu aku pun tak boleh buat apa.
Kulit aku jenis combination, kadang time kering tu bukan main juga keringnya tapi setiap masa ada la minyaknya kat T-zone tu.
1) Micellar water.
- Ni gunanya untuk cuci mekap dan juga sunscreen. Haa pakai sunscreen pun still kena cuci tau kalau tak nanti nak ambik wuduk dibimbangi tak sah sebab sunscreen tu waterproof. Ada 3 jenama micellar water aku pernah try setakat ni iaitu Garnier botol pink, Wardah dan Safi yang botol gambar timun.
Both dah nak habis pun haha. Btw yang Safi tu aku guna masa kerja so tersimpan dalam beg telekung aku kat klinik |
Setakat ni yang paling best bagi aku ialah Safi dan Garnier. Wardah punya kureng sikit sebab even dah yakin cuci mekap bersih pun aku still rasa macam ada residue kat muka. Meanwhile (amboih) Safi best sebab bila dah bersihkan rasa best gila muka, nak ambil wuduk lepastu pun takde rasa macam ada benda kat muka. Safi jugak best sebab murah (haruslah jadi pilihan haha)
2) Oil Cleanser.
- Oil cleanser aku pernah try 4 jenis iaitu Hada Labo, Simple, In2it dengan Nutox. Both best bagi aku tapi in terms of harga, Nutox lagi murah. Kalau beli time sale pulak boleh dapat RM 26++ (termurah aku pernah beli). Semua sama je dari segi pembersihan bagi aku tapi aku lebih prefer Nutox la. Lagipun sebotol tu boleh tahan 6-8 bulan. Eh ke lagi lama sebab yang aku tengah guna sekarang macam bukak bulan 10 tahun lepas, sekarang dah hujung April. Sebab aku guna waktu malam je dan guna satu pump tu pun cukup dah untuk satu muka sebab sebelum cuci dengan cleanser aku akan guna micellar water dulu.
3) Cleanser
- Ni je yang aku guna satu brand je iaitu Simple Moisturising Wash. Dari first aku praktik skincare routine ni memang stick kat yang ni je sebab suka dan malas nak try yang lain. Pernah try sample Hada Labo Deep Cleansing tapi muka jadi kering sangat dan ketat lepas tu. So tak nak la tukar dah. Gambar share dengan yang kat atas, malas nak upload lain XD
4) Toner
- Sebelum ni pernah try Simple punya toner tapi lepas pakai muka berpeluh macam tengah joging. So tukar kepada Hada Labo Lotion (Light). The best sebab cepat serap dan hydrating since dia ada hyaluronic acid (favourite ingredient). Sebotol pun tahan lama. Harga dia paling murah aku pernah beli setakat ni ialah RM46++ so memang berbaloi.
Aku juga ada try Cosrx Two in One Poreless Power Liquid sebab dia ada 0.1% betaine salicylate, sejenis BHA yang boleh mencuci pori kita sampai ke dalam. Tapi since BHA dia rendah je so takdelah obvious sangat effect dia. Aku selalu pakai pun time jerawat mengganas je, waktu biasa aku pakai yang Hada Labo tu je.
5) Essence/Ampoule/Serum
- The best serum bagi aku ialah Kayman Skintella Repairing Serum. Serum ni membantu gila masa aku pergi umrah last year sebab masa kat Madinah tengah sejuk so kulit aku jadi kering sangat. Tapi time kat Mekah aku tak berani pakailah sebab tak ingat dia ada fragrance ke tak, dalam ihram kan haram pakai wangian. Dah habis sebotol tapi tak dan lagi nak beli baru sebab tengah nak habiskan essence lain.
So yang aku pakai sekarang ialah dua ni, Loreal Revitalift Crystal Microessence dengan Madagascar Centella Asiatica Ampoule. Best jugak pakai sebab sesuai dengan combination skin aku, cepat serap dan memang soothing. Kalau pakai sebelum mekap memang insha Allah mekap lagi menjadi la, tak bercapuk dan tahan lama sikit.
6) Moisturiser
- Memandangkan kulit aku jenis combination so moisturiser jenis gel semestinya jadi pilihan aku. Awal-awal dulu aku guna Hada Labo Watery Gel, memang best sebab dia cepat serap tapi kulit aku pulak takleh tolerate dengan alcohol, dia jadi naik merah-merah so aku tukar kepada Bio-essence gel tapi dia lambat serap, aku dah lambat nak gi kerja ni. So sekarang aku beralih kepada Hada Labo perfect gel yang bebas alcohol dan lebih cepat serap. Untuk night routine aku guna Ceradan Hydra sebab dia ada ceramide & sodium hyaluronate so bolehlah tolong lock segala toner essence yang aku guna tu.
7) Sunscreen
- Sebenarnya satu kemujuran bagi aku sebab memandangkan aku tahu kulit aku jenis ok dengan skincare jenis gel so aku terus decide untuk cuba Sunplay Skin Aqua Moisturising Whitening Milk Gel mak oii panjangnya nama kau semput aku nak taip. Ternyata memang besttttt sebab cepat serap dan tak tinggalkan whitecast. Cuma dia finishing dia tak matte so kena la guna loose powder kalau tak nak muka nampak berkilat. Btw aku pergi kerja memang pakai loose powder je, tak mekap pun sebab jenuh nak kena cuci time Zuhur, waktu rehat bukan panjang mana.
Ada lagi satu yang ni aku suka pakai juga tapi harganya maheii tak pasal aku jadi high maintenance pulak. Sunscreen Loreal ni best sebab dia matte finishing dan long coverage tapi tulah sebab nak jimat so aku pakai sunscreen ni time pergi kenduri atau special occasion je. Daily use aku guna yang Sunplay tu.
Ada lagi satu yang ni aku suka pakai juga tapi harganya maheii tak pasal aku jadi high maintenance pulak. Sunscreen Loreal ni best sebab dia matte finishing dan long coverage tapi tulah sebab nak jimat so aku pakai sunscreen ni time pergi kenduri atau special occasion je. Daily use aku guna yang Sunplay tu.
Fuh, banyak jugak aku guna kan. So far nak kata muka aku flawless tu memang tak lagi la tapi alhamdulillah la kalau pakai mekap tu tak la jenuh nak cover itu ini sebab dah prep skin properly, moisturised betul-betul dan parut jerawat pun tak banyak sebab mostly dah pudar. Aku memang lagi suka spend duit untuk skincare rather than make up sebab aku nak confident dengan bareface aku je. Takde la nanti orang kata beza gila muka aku mekap dengan tak mekap haha
Oklah, terima kasih sebab baca. Kalau nak details review google la haha sebab aku banyak baca pun kat blog Iman Abdul Rahim ni. Apa benda kau nak try pun, google dulu review. Aku suka search 'nama-produk-review-malaysia' so aku boleh tahu produk sekian ni ada tak orang kat Malaysia guna dan apa review dia. Yelah skincare ni sesuai tak sesuai dia pun depends pada cuaca seharian tempat kau jugak. Manakan sama cuaca kat Malaysia dengan Arendelle? K fine tak lawak.
Oklah, bye.
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment