Monday, May 9, 2011

my mom is amazing!! ^_^


mak saya di belakang itu!! (err..adakah gambar ini semata-mata untuk tunjuk gambar mak atau sebab penulis ini mahu tunjuk comelnya dia masa kecik?)

Salam~sebenarnya Hari Ibu yang digembar-gemburkan itu tarikhnya semalam namun begitu saya hanya mampu menge ‘post’ entri ini hari ini. Walaupun mak saya tak ada blog, tetapi inilah caranya saya dapat expresskan betapa sayangnya saya pada mak selain berusaha member yang terbaik kepada mak untuk membalas jasa mak yang setambun banyaknya.

Nama mak saya ialah Normadiah binti Abu Kasim. Berasal dari Temerloh, Pahang dan merupakan anak perempuan sulung dalam 7 adik beradiknya. Mak pernah dapat tawaran untuk sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir selepas tamat STPM dulu tapi disebabkan mak anak perempuan sulung dan keluarga mak tak berkemampuan untuk hantar mak ke sana, jadi mak terus kerja selepas STPM. Mak kerja sebagai ustazah kat satu sekolah agama kat Bangi tapi selepas adik bawah saya lahir, mak berhenti kerja.

Mak sangat berbakat dalam memasak. Cakap saja nak makan apa, tentu mak buatkan. Kadang-kadang main-main je cakap dengan mak, “mak, sedap ni kalau dapat makan bla blab la..”. Tengok-tengok esok tu mesti mak dah siap masakkan. Kehandalan mak lebih obvious masa bulan puasa. Kitorang kalau balik asrama tak pernahnya bawak tangan kosong. Mesti mak masakkan sesuatu yang special untuk bagi berbuka dengan kawan-kawan. Mak kata, “tak apa. niat sedekah dekat kawan-kawan”. Lepas tu, mak pandai menjahit. Selama ini kami beraya baju mak la yang jahit. Baju sekolah pun mak yang jahit. Saya kagum sebab masa bulan puasa juga nampak betapa mak mampu bahagikan masa dia dengan seimbang, menjahit, memasak tapi dalam masa sama masih gagah untuk kejutkan kami ajak pergi masjid kalau dah sampai penghujung Ramadhan. ^_^

Lepas tu, mak seorang yang lemah-lembut namun begitu kami adik beradik mewarisi ke’becok’an ayah. Haha~mak bukan jenis yang suka membebel. Oleh itu bila saya dah besar, saya yang ganti tempat mak untuk menjadi ‘pensyarah’ terhormat selepas ayah. Memang padan la mak dengan ayah. Ayah bising dan mak jenis pendiam. Haa..untuk pengetahuan, mak dan ayah bertemu ketika masih sekolah lagi =) sweet,kan? Mak cerita dulu ayah selalu usik-usik mak. Tak sangka lepas tu kahwin. Hehe~sampai sekarang, mak masih simpan ‘surat-surat cintanya’ dengan ayah dalam satu fail special. Kat depan fail tu dia tampal kad kahwin dan gambar kahwin dia dengan ayah. Huhu~agak-agak saya kena buat macam mana nanti?Mungkin print mesej-mesej lepas tu baru simpan dalam fail k0t. Sudah, sila hentikan.

Baiklah. Setakat itu sahaja nampaknya. Banyak lagi sebenarnya istimewa pada mak tapi kalau tulis kat sini mesti tak muat punya. Saya tahu, semua ibu di dunia ini adalah amazing,kan? Mereka istimewa, mereka terbaik dan mereka satu dalam berjuta-juta. Satu hari nanti, kita juga akan jadi ibu. Jadi, mari persiapkan diri kita dengan ilmu yang cukup supaya generasi akan datang menjadi orang yang bermanfaat kepada ummah. Insya Allah =D


Mari dengar nasyid ini!! =)



















Sunday, May 8, 2011

Coret2 C-2-7(1+2+3) =)

Salam. Hari ini mahu bercerita tentang ahli C-2-7 yang telah bersama dengan aku sepanjang tamhidi. Hehe~mungkin tajuk ni boleh jugak buat ‘Special Tribute to My Housmates’. Oh iye..kami ada 5 orang namun begitu semua telah berpunya ya. Eh, amende la aku mengarut ni. Eh,iyalah.Cuba tengok, lawa tak kami semua? (bling_bling)

kami yang lawa-lawa =D

Aku mulakan dari kiri ea. Tak payah. Yang paling kiri itu aku. Haha~sebelah aku ialah Syuhada atau nama penuh dia Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Yunus. Dia ambik Law. Pastu sebelahnya yelah Fayras Shabrina Mohd Adzenam. Yang ni ambik Sains n Teknologi, sama jugak dengan budak sebelahnya Intan Nurfarahin Ahmad. Yang paling hujung pulak Nur Ata’ain Safinaz dan dia jugak ambik Law,sama kelas ngan Syuhada tadi.

Sebenarnya kat sini aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih buat mereka berempat kerana sudi berkawan dengan aku yang banyak karenah serta sabar dengan angin aku yang kadang-kadang ‘weng’ sikit (hehe~bukan sikit,banyak seyh). Kepada Syuhada, aku ni mulut selalu lepas. Mintak maaf banyak2 tau. Terima kasih sebab banyak ajar aku ‘kecek Kelate’ (haha~ada niat tersembunyi ni). Terima kasih sebab sabar dengan aku =D.

Seterusnya kepada Ta’in yang sangat sayang kepada kucing. Aku kalau dengan kucing dewasa yang suka bermanja aku susah sikit. Sebab tu aku suka dekat Baby. Eh, orang nak cakap pasal Ta’in, sibuk jer family Donashi ni. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu makan dengan aku, jugak sebab kau suka dengar nasyid aku pun tumpang sekaki. Terima kasih yang tak terhingga sebab selalu tumpangkan aku masa kau bawak kereta dulu tapi minta maaf banyak-banyak sebab tak pegi Nilai 3 masa lepas habis exam dulu. Huhu~aku harap satu hari nanti kita akan jejak juga ke sana bersama-sama =D .oh ya, terima kasih jugak sebab bagi pinjam laptop, bagi aku online facebook =D

Lepas tu, kepada Intan yang suka ceria-ceria. Terima kasih jua kerana mewarnai hidup aku dengan manja2 kau tu.haha!!takde la.gurau saja. Terima kasih tau kerana begitu sabar dengan aku dan minta maaf jugak sebab selalu tak dapat tolong kau dalam pelajaran. Terima kasih sebab bagi tumpang online facebook kat laptop kau =D laptop dari jepun tuuu..haha~sangat-sangat berterima kasih =D

Terakhir kepada Faas yang juga banyak berjasa kepada aku. Hukhuk..terima kasih jugak sebab sabar dengan aku serta mengizinkan aku tumpang online dan buat beberapa assignment kat laptop kau. Sangat-sangat berterima kasih. Minta maaf tau selalu tak tolong kau dalam pelajaran. Kau jugak telah banyak buat aku gembira dengan keceriaan kau. Hehe~banyak-banyak terima kasih.

Last but not least, words cannot describe how much I looooooovvvveeeee you all my housemates. Eventhough we are from different places and sometimes we fight in opinions, we are still can built a happy and strong friendship. Your smiles brought thousand of happiness in my life and you characters have become the colours that paint on my canvas of experiences. Thank you for this friendship and I hope that we will still in contact each other as time changes and bring us to the new world.

p/s:terima kasih jugak sebab jaga rahsia aku =D kalau aku jadi kahwin dengan orang itu baru korang boleh pecahkan rahsia itu,tau! (tapi kena minta izin aku dulu =P)

Thursday, May 5, 2011

ya~saya orang biasa tapi...

Ya, saya orang biasa pada saat saya terlihat awak, lalu hati saya jatuh pada seorang insan bergelar lelaki ketika itu.

Ya, saya orang biasa dan perasaan suka itu fitrah. Fitrah yang Allah ciptakan dalam setiap makhluknya, namun takkan pernah dapat menandingi rasa cintaNya.

Tapi itu bukan alasan untuk saya terus suka pada awak. Sebab fitrah yang sebenar ialah fitrah memiliki Tuhan. Apabila saya cinta dan sayang kepada Tuhan saya, Allah maka itu adalah fitrah. Dan saya yakin setelah saya benar-benar cinta padanya dan sebahagian cinta itu tumpah kepada awak, maka itu adalah fitrah.

Fitrah bukan alasan untuk saya terus teringatkan awak lebih dari saya mengingati Dia. Fitrah bukan alasan untuk saya tempatkan awak di tempat pertama dalam hati saya dalam senarai ‘The Person I Love Most’ melainkan saat itu memang awak adalah suami saya. Fitrah juga bukan alasan untuk saya habiskan seluruh masa yang saya ada, menangis saat mengerti awak tidak tercipta untuk saya.

Saya tak setanding dengan orang-orang yang petah berbicara tentang agama, yang fokus hidupnya pada dakwah semata. Tapi saya sedang berusaha ke arah itu. Saya ingin jadi seperti mereka. Saya mahu jadikan diri saya sebahagian daripada mereka.

Maka itu, saya pohon seribu kekuatan dan sejuta ketabahan agar saya dapat mengetepikan awak seketika dari hidup ini, sehingga saya yakin saat untuk saya dibimbing oleh awak secara halal tiba.

Saya tak kesal pernah suka pada awak, kerana awak telah buka mata saya, betapa banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam mengawal emosi saya, khususnya pada usia remaja begini.

Let fate fare us better. He knows who is the best to become our guider and who is the one that can complete half of our deen.


Wednesday, May 4, 2011

nk share saje~



nothing to share~just to remind me. i'm not regretting the moment i 'like' him, but i take it as the moment i found the true love, that is when i realized you're not the one who can give me the true love and loyalty that i want.