Monday, May 9, 2011

my mom is amazing!! ^_^


mak saya di belakang itu!! (err..adakah gambar ini semata-mata untuk tunjuk gambar mak atau sebab penulis ini mahu tunjuk comelnya dia masa kecik?)

Salam~sebenarnya Hari Ibu yang digembar-gemburkan itu tarikhnya semalam namun begitu saya hanya mampu menge ‘post’ entri ini hari ini. Walaupun mak saya tak ada blog, tetapi inilah caranya saya dapat expresskan betapa sayangnya saya pada mak selain berusaha member yang terbaik kepada mak untuk membalas jasa mak yang setambun banyaknya.

Nama mak saya ialah Normadiah binti Abu Kasim. Berasal dari Temerloh, Pahang dan merupakan anak perempuan sulung dalam 7 adik beradiknya. Mak pernah dapat tawaran untuk sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir selepas tamat STPM dulu tapi disebabkan mak anak perempuan sulung dan keluarga mak tak berkemampuan untuk hantar mak ke sana, jadi mak terus kerja selepas STPM. Mak kerja sebagai ustazah kat satu sekolah agama kat Bangi tapi selepas adik bawah saya lahir, mak berhenti kerja.

Mak sangat berbakat dalam memasak. Cakap saja nak makan apa, tentu mak buatkan. Kadang-kadang main-main je cakap dengan mak, “mak, sedap ni kalau dapat makan bla blab la..”. Tengok-tengok esok tu mesti mak dah siap masakkan. Kehandalan mak lebih obvious masa bulan puasa. Kitorang kalau balik asrama tak pernahnya bawak tangan kosong. Mesti mak masakkan sesuatu yang special untuk bagi berbuka dengan kawan-kawan. Mak kata, “tak apa. niat sedekah dekat kawan-kawan”. Lepas tu, mak pandai menjahit. Selama ini kami beraya baju mak la yang jahit. Baju sekolah pun mak yang jahit. Saya kagum sebab masa bulan puasa juga nampak betapa mak mampu bahagikan masa dia dengan seimbang, menjahit, memasak tapi dalam masa sama masih gagah untuk kejutkan kami ajak pergi masjid kalau dah sampai penghujung Ramadhan. ^_^

Lepas tu, mak seorang yang lemah-lembut namun begitu kami adik beradik mewarisi ke’becok’an ayah. Haha~mak bukan jenis yang suka membebel. Oleh itu bila saya dah besar, saya yang ganti tempat mak untuk menjadi ‘pensyarah’ terhormat selepas ayah. Memang padan la mak dengan ayah. Ayah bising dan mak jenis pendiam. Haa..untuk pengetahuan, mak dan ayah bertemu ketika masih sekolah lagi =) sweet,kan? Mak cerita dulu ayah selalu usik-usik mak. Tak sangka lepas tu kahwin. Hehe~sampai sekarang, mak masih simpan ‘surat-surat cintanya’ dengan ayah dalam satu fail special. Kat depan fail tu dia tampal kad kahwin dan gambar kahwin dia dengan ayah. Huhu~agak-agak saya kena buat macam mana nanti?Mungkin print mesej-mesej lepas tu baru simpan dalam fail k0t. Sudah, sila hentikan.

Baiklah. Setakat itu sahaja nampaknya. Banyak lagi sebenarnya istimewa pada mak tapi kalau tulis kat sini mesti tak muat punya. Saya tahu, semua ibu di dunia ini adalah amazing,kan? Mereka istimewa, mereka terbaik dan mereka satu dalam berjuta-juta. Satu hari nanti, kita juga akan jadi ibu. Jadi, mari persiapkan diri kita dengan ilmu yang cukup supaya generasi akan datang menjadi orang yang bermanfaat kepada ummah. Insya Allah =D


Mari dengar nasyid ini!! =)



















0 respons terhadap bicara saya: