salam~tadi pergi pasar malam dengan mak dan 3 adik kecilku yang tinggal. belinya macam-macam tapi sebab tak ramai orang kat rumah,jadi macam tak berapa laku makanan tu. huhu~sebenarnya, sangat-sangat-sangat-sangat rindu pada adik beradik lain. entah, masuk hari ni sebenarnya dah berapa kali air mata aku meleleh bila tiba-tiba teringat adik-beradik. semalam menangis sampai bengkak-bengkak mata. lepas tu hidung pun tersumbat, makan scotts emulsion banyak-banyak pun tak reda lagi. tapi hari ni dah ok la.
selalu beli murtabak sampai 3 keping mesti licin sebab semua berebut-rebut nak makan. kalau ada yang tak habis makan, mesti ada yang tolong habiskan. tapi, malam ni saya sayu sebab murtabak beli 2 dan saiznya yang kecik pun kami tak mampu habiskan. wuwuwu~sekarang, adik beradikku tinggal separuh.ek?haha~yelah. kakak Awatifku tengah praktikal kat Bangsar sekarang ni. adik aku Atikah n Adilah sekolah asrama kat jalan ipoh, jumaat ni baru balik tapi atikah balik lambat sebab ada program untuk budak spm. Afifi pulak malam ni ada tuisyen, jadi habis pukul 10.30. sebenarnya dia dah boleh balik sekarang ni tapi dia suka lepak kat gerai ayah kawan dia dulu, pukul 11 lebih nanti sebelum 11.30 baru nampak muka depan rumah. budak kecik 3 orang tu, azizi,amin dan ainul, dah semestinya sedang tidur sekarang ni. esok sekolah. see?betapa boringnya bila tak ada kawan nak dikacau sekarang ni.
serius rindu kat adik-beradikku. sememangnya inilah anugerah Allah terindah dalam hidup aku. memiliki adik-beradik yang ramai dengan pelbagai keletah. walaupun rumah yang kitorang duduk kecik, dan kitorang selalu merungut sempit,lagi-lagi masa naik kereta yang tak sebesar mana tu, tapi kitorang tak pernah sekalipun rasa rugi ada famili besar camni. mereka semua la yang jadi sumber inspirasi aku saat berjauhan dengan keluarga, menuntut ilmu untuk membela nasib mereka.
baiklah,tamat sudah coretan kali ini. cukuplah dulu. apa-apa pun , ingin ucapkan Selamat Berjaya kepada adik-adikku yang sedang menempuhi peperiksaan pertengahan tahun, walaupun sebenarnya dah lepas sebab diorang habis periksa hari ini kecuali azizi yang habis esok. semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.amin.
p/s: ipah rindu bangat sama korang semua!!!sayang semua orang!!
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment