Wednesday, May 18, 2011

eii..encik xmalu ea?

setelah sekian lama tak update blog "pembetulan,tak la lama sangat". hari tu blogger tak boleh bukak. tapi hari ni nak cerita sesuatu yang dah lama simpan. tak puas hati oohhh!!!

semalam pergi sekolah sekejap, ada mesyuarat pasal nak organise kem soleh untuk budak-budak junior (form 2) tahun ni. pergi tumpang kereta Fariza (terima kasih banyak-banyak, jasamu kuhargai) dan pulang semula ke desa tercinta tasik dengan menaiki fariza juga (terima kasih lagi sekali =D) dan berhenti di KTM serdang dengan yasmeen. lepas dah habis makan burger sebiji, aku pun pergi beli tiket. alhamdulillah, tren xramai orang dan tren pun xlambat sampai. jadi, untuk ketika ini, aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan KTMB. macam biasa, aku akan terus tunggu dekat waiting area for ladies only. ala, yang ada banner macam kat bawah ni, tapi sekarang dah xada. ditiup angin mungkin.


sambil menunggu, dapat call dari ayah yang dah ready nk gerak dari rumah untuk jemput kat ktm tasik selatan. tapi, sambil tunggu jugak ada nampak beberapa jejaka idaman malaya menunggu sekali dekat waiting area ladies ni. macam selalu, buat jugak muka xpuas hati. bukan apa, kalau dah state kat situ tempat perempuan, perempuan je la yang boleh duduk,kan?lainlah kalau mereka-mereka itu memang tidak berkemampuan, sedara mara perempuan yang terpaksa papahkan, itu bolehlah dimaafkan kalau tunggu sekali kat sini. 

maka tren pun tiba. tatkala sedang melangkahkan kaki, eh, ada pulak yang termasuk sekali ke koc perempuan ni. ini memang mengada namanya. ada sekali hari tu masa naik untuk balik cuti raya lepas, lagi takde sivik punya orang. mentang-mentang orang ramai, pastu ada jejaka ini pura-pura konon orang perempuan yang ramai-ramai nak masuk tren 'tertolak' dia masuk sekali dalam koc perempuan ni. hello...yang awak gi tunggu kat tempat perempuan tu apahal?macamlah orang tak boleh baca muka dia yang nak tersengih bila termasuk koc perempuan. lagi tak puas hati ada sekali tu satu tempat kosong sebab seorang akak ini turun ketika tiba di destinasinya. dengan tidak malunya seorang jejaka gagah lagi muda belia telah cepat-cepat   duduk kat tempat kosong tadi. bukan buruk sangka ye,memang remaja ala-ala aku pun lagi. padahal ini koc perempuan, dah tentu priority wajib diberi kepada perempuan. bukan tak ada perempuan yang tengah berdiri dalam panas-panas camtu. hmm~

macam ni la lebih kurang~credit: google images

serius nak pesan sangat-sangat kat semua kaum lelaki di Malaysia yang sejahtera ni, sila la hormat kemudahan yang disediakan untuk kaum hawa. bukan susah pun. tapi kadang-kadang bukan rakyat Malaysia yang budiman yang buat camni,ada saja  nampak foreigner yang terlibat sekali dalam perilaku kurang sopan ini. oleh itu, diharapkan KTMB boleh sediakan banner tadi dalam pelbagai bahasa. kalau tandas perempuan tu reti pulak tak masuk, kenapa koc yang special untuk perempuan ni nak masuk jugak?

kadang2 simbol sahaja xcukup kot. ke nk letak pegawai kat koc2 ni? sertakan sekali dgn m16, tembak lelaki2 yg gedik itu


sekian sahaja luahan ketidakpuashatian saya selaku rakyat yang prihatin. orang takkan perikai hak kalau hak mereka benar-benar dipenuhi. 

credit: google images

p/s: ada sesiapa berani jamin tak yang mereka takkan sesat di koc perempuan lagi kalau letak sign ni? ^^








6 respons terhadap bicara saya:

_aliahwafa_ said... [balas komen ini~]

serious sakit hati kalau ada lelaki masuk koc wanita. paling tak tahan tu, bangla masuk ramai2, kot ye pon tak tahu membaca,takkan la tak nampak signboard kot. wangi takpe gak -.- eh tak, wangi pon tak boleh masuk.

fatma ayuni said... [balas komen ini~]

a'a kakpa.memang gram tol la ngan mamat2 yg xtau malu ni. penah hri tu naik ngn kakbi nk pegi kl sentral,time org kuar pjbat. dah la ramai org. mase tu bhenti kat satu phentian,ada mamat cina tu bley bwat xtau jer bila sorg akak ni kata cmni kt dia
"excuse me! that guy kat sana boley kluar x? this is ladies coach!!!!"
ada ke bley buat2 xtau..pergh! panas kot hati pompuan2 kat dlm ktm tu. nasib baik kitorg xbalun je mamat xreti malu ni..huh! xmacho langsung la wey..
*oops.sorry emosi sikit.he2

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

chepah: haha~aku rase sume laki yg msuk koc p'puan tu, wangi caner pun akn trus jd busuk ble msuk koc p'puan...busuk hati. dengki tgk org ade koc snirik..hehe~

fatma:ha'ah..bkn xde org tegur.kdg tu da pakat jeling rmai2 lg...suke la tu duduk dkt ngan p'puan..haha~aku emo gak nih..panas2....

farizaat said... [balas komen ini~]

sama-sama.nanti kita pegi same2 lg eh. (namaku disebut2 nampaknya)

nmpkny semua emo tentang ladies coach yg diceroboh iguana bersisik. xpe. mereka xsekolah agkny. buta warna ke. xphm bahasa ke. hehe

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

haha~insya Allah.snanye aku igt nk letak link skali kt name ko tu tp da t'publish plak..hehe..

hmm..btul la 2 agknye..psni mmg kne ltk pengawal kt set koc.hehe

farizaat said... [balas komen ini~]

pengawal kat ladies coach?laki ke perempuan?haha *tu pun nk tny*