Sunday, June 12, 2011

part of my life-tamhidi =D (part 3)

salam~hari ini mahu menyambung kisah kenangan manis aku sepanjang di tamhidi (untuk episod sebelumnya sila rujuk sini dan sini). bersambung dengan cerita aku selepas mengharungi setengah semester bersama Dentistry 2. selepas cuti mid sem, seluruh pelajar tamhidi telah bersama-sama mengharungi peperiksaan pertama di USIM. cuak jugak sebenarnya, tambah2 lagi exam lepas cuti, sah2 la duduk rumah tak bukak buku. lagi menyedihkan exam berlangsung pada 5 & 6 Ogos. heh, apa yang sedihnya? sedih la. birthday aku 4 Ogos. selalu camni, sambut birthday dengan exam. tapi mungkin tidak lagi untuk tahun ni sebab aku masih cuti =)

ok, secara keseluruhannya aku bersyukur sebab mid sem aku o.k.l.a.h jugak. ok mungkin sebab walaupun bio aku dapat C-. tapi kawan2 aku dari medic ada je yang sama dengan aku. hak2..tapi yang paling penting, start lepas mid sem ni la baru aku agak mesra dengan budak2 kelas aku. bukan, aku kan penyegan orangnya (perasan). baru la boleh bergelak ketawa sakan dengan satu kelas (kecuali budak lelaki, sekian terima kasih). jugak dah boleh ingat rumah2 diorang kat mana, blok C ke blok D. tingkat atas ke tingkat bawah. jugak dah boleh tunggu bas bersama mereka, tidak lagi mengepit dengan kawan2 satu sekolah semata =D
K.A.M.I D2 <3 (cepat teka aku yang mana)

maka bulan Ramadhan pun memunculkan diri. oh, syahdunya bila turun terawih dengan  housemate dekat khemah besar warna putih depan blok surau (surau kecik, harap maaf). tapi kadang2 skip jugak terawih kat bawah tu. buat jemaah sendiri dengan housmate. tak kurang juga kalau dah malas tahap gaban, aku solat sendiri je (hehe). tapikan, sedih tau sebab bila sahur je mesti tak tau nak makan apa. kafe tak bukak. hari2 boleh kata sahur biskut dengan roti. tapi selalunya sahur minum air kosong je =(

tapi, seronok jugak sebab masa bulan puasa ni, ada 2 kenangan manis bersama Dentistry 2. pertama, kitorang termasuk budak Dentistry 1 telah pergi ke kampus cawangan Pandan Indah (kat sini la Fakulti Pergigian dan Fakulti Perubatan) untuk menghadiri program bersama senior kami di sana. program tu namanya 'Moment with FoD'. serius!!!! best sangat sebab masa ni baru aku kenal dengan budak Dentistry 1 (haha...teruk betul) dengan betul2 dan tentatif program yang menyeronokkan walaupun keletihan. yelah, masa tu kan tengah puasa. pagi2 masa baru sampai ada ucapan dari timbalan dekan FoD (Faculty of Dentistry). best walaupun aku mengantuk. lepas tu, kitorang dibahagikan dalam kumpulan dan main satu game tapi aku tak ingat dah game apa sampailah tengahari.

lepas zuhur dan dah rehat2 semua, kitorang duduk dalam kumpulan masing2. setiap kumpulan dibagi nama mengikut jenis gigi. aku dapat kumpulan Molar (molar bermaksud geraham). petang tu kitorang ada explorace tapi takdelah penat sangat. cuma sangat best sebab aku asyik gelak dengan senior yang sporting dan mengagumkan. hehe~paling best tentulah part kena denda =) tamat explorace, ada tadarus al-Qur'an sambil menunggu Maghrib dan berbuka puasa. lepas solat Isyak dan selesai terawih, ada majlis penutup dan lebih kurang pukul 11.30 macam tu, rombongan Cik Kiah Tamhidi Pergigian bergerak pulang ke kolej kediaman Nilam Court. dalam bas, apa lagi...semua tumbang keletihan..zzzzz......
grup molar~ala..grup yg kena denda tu =)

we are tamhidians of Dentistry 10/11 =) ukhwah fillah

kenangan manis kedua ialah kami pelajar Dentistry 2 telah mengadakan iftar jamaie bersama-sama bertempat di kafe asrama budak lelaki (sokmo kot nama dia). dah la rombongan budak perempuan (kitorang la tu) jalan terkedek-kedek sambil ambil gambar. sampai je tak sempat duduk lama, dah buka puasa. macam lawak la pulak bila ingat semua ni. hehe~ juadah kitorang ialah tomyam dengan ikan keli masak apa entah, tak ingat. haha~lepas semua pinggan dah licin, kitorang pun menapak balik ke asrama tetapi sempat lagi singgah ke Smile =) untuk beli topup (aku la tu). apa-apa pun, esoknya tu merupakan hari terakhir kitorang berjumpa sebelum bercuti selama 2 minggu selepas itu untuk menyambut hari raya di kampung mertua masing2.
muka2 kekenyangan..oik!!xsolat maghrib lagi nih!!

ahhh!!panjang sudah. nanti boring dan juling. baiklah, setakat ini sahaja dulu. nanti sambung lagi =)

p/s:credit to fafang for the nice pics by her nokia =)

2 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

nak teka!! penulis nawwarhanifah ialah yang pakai .... hehe kenapa xde pasal aku, yasmeen, atikah sume?hehehheheheheh

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

haha~berani la kau nk revealed the truth..h0h0..ampun~xperasan pulak. sorry sgt3..