Thursday, April 28, 2011

part of my life-tamhidi =D (part 1)

23 Mei 2010-Pagi-pagi lagi aku dan keluarga sudah bertolak dari rumah dengan 2 buah kereta ke Nilai untuk pendaftaran aku sebagai pelajar Tamhidi di Universiti Sains Islam Malaysia. Aku tak sangka, dalam 7 pilihan yang aku isi dalam UPU tempoh hari, pilihan ketujuh iaitu Tamhidi Sains dan Teknologi yang ditawarkan kepada aku. tapi, apa-apa pun, alhamdulillah. Yang penting, ramai juga budak Maahad yang masuk sekali dengan aku. hehe~yang penting juga, Yasmeen ada sekali. Dia pun dapat tawaran sama macam aku. Wan Athirah pun ada. Diorang berdua satu asrama dengan aku kat sekolah dulu. Boleh la buat kawan sehidup semati. hehe~lagi, budak kelas aku dulu pun ramai juga yang masuk sini. Fariza, Atikah Rahman dan Fatin Umirah. Budak lelaki aku tak tahu sangat.Tak kisahlah. Hmm,nampaknya lepas ni aku dah bertukar status. Dah jadi student asasi. Ayah aku banyak kali pesan, belajar kat universiti berbeza dengan kat sekolah. Kakak aku pula cakap, peringkat asasi ni belajar tough sikit, kena sabar. Dan mak, macam biasa, banyak2 berdoa minta dipermudahkan urusan belajar kat tamhidi nanti. Insya Allah..







stadium tertutup~


nilam court ku~
Ok, dah sampai Stadium Tertutup Nilai. Kat sini la aku mendaftar. Lepas dah siap semua proses, aku dan keluarga aku bergerak pula ke Nilai Impian sebab kat situ la asrama aku. Nama dia, Kolej Kediaman Camellia Court. Mangai sedapnya nama. Memang pun. Sini semua cukup (kecuali bas dan makanan la) dan juga dikatakan sebagai asrama ter'best' dalam kalangan asrama2 lain kat USIM ni (tapi jangan compare dengan Glennview, yang tu tahap apa aku pun tak tahu..best o0oo). Ok, kat sini aku ditempatkan kat unit C-2-7-1. Waaaa...baru ingat nak cop bilik sama-sama dengan Yasmeen, Wan dan sebagainya. Rupanya USIM dah tentukan awal2 kitorang punya asrama. Tapi, kat sini kitorang tak panggil dorm. Kitorang panggil rumah. Serius, memang macam apartment. Sangat selesa bagi aku sebab dah la rumah besar, orang dalam rumah aku sikit, paling penting, yuran KPTM tanggung.hehe~oklah, dah siap angkut barang, aku kena pergi stadium balik, ada orientasi. memang mengantuk tahap nak merampus sebab banyak ceramah je. rupanya orientasi kat sini takdela macam orientasi yang aku bayangkan. ok, dah mengantuk dan penat. mahu tidur.
Esoknya, ada pendaftaran kursus. Tapi lepas tu nama aku, Yasmeen dan Fariza tersenarai kat satu list tu. Aku pun tak tahu kenapa. Rupanya, kitorang ditawarkan untuk tukar course yang sedia diterima kepada course Medic @ Dentistry, based on pilihan pertama kitorang masa kat UPU dulu. Jadi, aku setuju la nak tukar course. Aku dapat tukar dari Sains Teknologi kepada Pergigian manakala Yasmeen pulak dapat Perubatan. Fariza dari Pergigian tukar Perubatan. Hmm.. aku sorang je la nampaknya yang ambil Dentistry dalam kalangan kawan2 ini. Xpe, nanti jumpa orang baru, boleh tambah kenalan lagi. Hehe..Sepanjang minggu pertama ni, kit0rang ada briefing pasal subjek2 yang akan diambil semester ni sahaja. Tapi core subject dulu. Pasal subjek English. Arab dan Qur’an Hadith akan diterangkan masa sesi kelas minggu depan. Wahh.. takutnya dah nak mask kelas. Masa briefing Fizik, cikgu ARHO yang sangat kelakar telah menyuruh kitorang perkenalkan diri dengan sebut nama serta sekolah dulu. Takut jugak aku, ramai yang dari SBPI, KISAS, sekolah2 yang femes la senang kata. Aku pun dalam hati, ‘orang tahu tak sekolah Maahad Hamidiah agak2?’.Yang xtahan, aku duduk sebelah Yasmeen dan Yasmeen telah melakukan sesuatu yang sangat kelakar. Aku tak tahan nak gelak XD. Dah la sebelum turn kitorang tu kitorang sibuk praktis nak cakap apa masa turn dah sampai. Sekali, jadi macam ni pulak. Huhu~yasmeen, yasmeen.
Pastu, masa Bio kitorang (aku dan Yasmeen) masuk lambat. Dah la ikut pintu depan!!Malu tahap apa aku pun tak tahu. Tapi kitorang berjaya control keayuan, nasib baik jugak ramai tak kenal lagi masa tu. Adoi laa…baru masuk tamhidi dah macam2 benda jadi. Tapi, sesuatu juga telah berlaku ketika ini. Aku terperasan muka sorang budak lelaki ni. Sekali pandangkan, macam budak junior sekolah aku. Hensem la jugak. Tapi aku tak kenal siapa budak tu. Tapi,ah..lantak la. Minggu pertama memang tak ada apa sangat. Minggu ni jugak baru dapat tahu aku masuk kelas Dentistry 2, tapi still kuliah sama dengan Yasmeen, Fariza dan Atikah. Oklah tu, ada jugak kawan masa kat kuliah nanti.
Hmm..panjang dah ni, tapi aku tak habis lagi. Nantikan ye, sambungan dalam part akan datang!!=D

10 respons terhadap bicara saya:

Fariza said... [balas komen ini~]

taaruf cikgu Arho..
Yasmeen : Yasmeen! Maahad Hamidiah.
Cikgu Arho : Erk...
Orang lain : hahahaha
Kita2 : Yasmeen...kelakar giler (cover muka)

pape pun...*like hehe

'afifah azam said... [balas komen ini~]

cikgu Arho:xpela~dia ada niat untuk mempercepatkan proses tu~

selepas beberapa lama di tamhidi,
hanisah: aku duduk kt bawah masa tu,aku nak pandang tp segan ..

serius rindu kt mse dulu2 =D

Anonymous said... [balas komen ini~]

akak.,saya lepasan spm 2010 dan alhamdulillah saya dapat tmhd sc & tech di usim.w/bagaimanapun saya lebih cenderung kepada p/ggian.,berdasakan ap y akak post kan.,bolehkah saye tukar kos kepada p/ggian?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

frst of all.congrats sbb dpt USIM..best~hehe
boleh,awak boleh tuka course kpd dental dri tamhidi or degree nnt..
kalo dr tamhidi,awk kne bwt surat permohonan kt pengarah,mintak tuka kpd tamhidi dental..
kalo stay tamhidi sc tech,bole mohon degree dentistry..tp kne compete..
akak dpt tuka sbb student yg dftr utk dentist n medic dulu sgt sikit..
smpai usim kne tarik budk sc tech masuk 2 course ni..
kesimpulan:bole tuka =D
berdoalah,mane tau mse dftr nnt boleh tukar.gud luck!

A humble girl that love to make money said... [balas komen ini~]

salam akk, saye dpt scn tech dkt tamhidi. sye nak tukar ke medic. skrg still bole lg ke buat surat permohonanan dkt pengarah utk tukar kos? kalau boleh, surat tu kena buat sendiri ke?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@A humble girl that love to make money

wslm,boleh ke x akk xtau, kne buat sendiri ke x pun akk xsure sbb mcm yg akk sebut, akk dpt tuka sbb stdnt tamhidi medic dental time akk sikit sbb tu kitorg dpt tuka. akk syorkn awk call pusat tamhidi, tnye cmne prosedur dia. diorang lg berautoriti utk jwb soalan tu. sorry x membantu.

Siti Hajar said... [balas komen ini~]

Maaf ye kak. Assalamualaikum. Sy dapat usim jugak. Sy spm 2015. Sy dapat tamhidi syariah dan undang undang. To sy nak tukar tamhidi sains perubatan. Akk rasa boleh ke?

Siti Hajar said... [balas komen ini~]

Maaf ye kak. Assalamualaikum. Sy dapat usim jugak. Sy spm 2015. Sy dapat tamhidi syariah dan undang undang. To sy nak tukar tamhidi sains perubatan. Akk rasa boleh ke?

Siti Hajar said... [balas komen ini~]

Maaf ye kak. Assalamualaikum. Sy dapat usim jugak. Sy spm 2015. Sy dapat tamhidi syariah dan undang undang. To sy nak tukar tamhidi sains perubatan. Akk rasa boleh ke?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Siti Hajar

waalaikumsalam, boleh rujuk post akak yang paling latest ni ya. http://nawwarhanifah.blogspot.my/2016/03/soalan-soalan-yang-selalu-ditanya.html

kalau boleh sila share dengan kawan2 yang dapat usim jugak, mana tahu membantu =)