Saturday, October 1, 2016

The Sweet Two Months

When I learned the fact that I had to extend another two months, I thought it would be long enough for me to cherish every moment left, so that when it has come to an end, I would be able to left the nostalgic place with a smile.

But when the day came, I realized that I was wrong. My heart felt empty all of sudden. It was heavy seeing the cubicles that we used for the past two months empty and seeing the DSC room which we officially called it our office quiet without our laugh and chattering. Sadness and emptiness quickly filled me when I had to left without being able to greet some of us for the last time.

To eleven girls that have been there by my side for the past two months, thank you so much. Words can't describe how much I am thankful to you girls.
Thank you for being there, for lending your ears, opinions and time whenever we had something to spill. 
Thank you for seeing the good in me. Thank you for greeting me with smile every morning because I couldn't stay in hostel due to some reasons. 
Thank you for laughing at my jokes. 
Thank you for assisting me whenever I had trouble doing treatment.
Thank you for saying 'rindu kakpah' and sorry for not confessing that deep inside I miss all of you so much too.


Thank you for everything.


I'm gonna miss all of you after this. I would miss everyone and their unique characters. No one can replace them in my heart because they have a special place in my heart.

That day might be our farewell, but there's no such thing in a true friendship because however it is we're gonna make it until forever.

Friday, September 30, 2016

Wake Me Up When September Ends

Assalamu'alaikum =)

Finally September has come to its end. Its been a hectic month for me, because I was rushing going to faculty back and forth in order to complete the remaining clinical requirement. Then at 2pm I would rush back going home to prepare myself before I started my work as part-timer. Alhamdulillah my requirements has completed and everything left now is folder checking so that my patients will be under good care after I completed my case on them and inventory for the cubicle I used throughout the two months so that the next student can use it in good condition.

Honestly, it was tiring. But I am glad that its just for a month. In fact I am grateful that I managed to secure a job before I complete my study. Hence for the next few months, at least I have something to do and a positive cash flow while waiting for my graduation, interview with SPA and getting placement for compulsory service. In addition, I am happy with my job, though for some people it is not suitable with my qualification but hey, do I care? 

I hope the next phase my life will be eased and I am preparing myself so that I am ready to enter a new phase, where the lesson of life actually begin =)

Insha Allah~

Monday, September 19, 2016

'Afifah dan pengalaman bekerja pertamanya

Assalamu'alaikum =)

ghindu wehh nak blogging. alang-alang tengah ada kat kampus dengan wifi yang laju, ayuhlah kita manfaatkan sepenuhnya ;)

aku dah habis belajar secara rasminya bulan 7 dulu tapi sebabkan ada satu kes belum siap (insha Allah akan habis bulan 9 ni) maka aku masih bergelar pelajar cumanya aku kena settlekan kes tu jelah. bila kena extend gini of course le biasiswa mana dapat dah. so lepas seminggu raya gitu aku pun merayau kat pekan sungai besi tu cari kerja kosong. banyak tempat aku tanya dan tinggalkan nombor telefon tapi sampai bulan 8 aku nak masuk semester balik takde sape pun jawab. maka pasrahlah aku menyambung baki pengajian dengan duit raya. seb baik still dapat duit raya taww

ikutkan aku nak jadi DSA (dental surgeon assistant) atau mudahnya pembantu doktor gigi. tapi klinik gigi yang 6-7 biji kat area rumah aku tu takde vacancy. aku mohon jugak jawatan kat satu klinik ni tapi takde gak dipanggilnya aku untuk interview ke mungkin sebab aku terlalu berterus terang yang aku ni dental graduate kot. akhirnya penghujung bulan 8, mak aku selaku pelanggan setia sebuah farmasi kat rumah aku bagitahu yang farmasi tu cari pekerja part time.

teruja ok. aku saja-saja la pergi tanya memandangkan aku ada sebulan lagi sebab takut dia tak terima aku kalau tak datang kerja atas alasan kena masuk klinik untuk completekan requirement. tapi, tak sangka ok. pharmacist tu dengan senang hati terus bagitahu aku gaji berapa, jadual kerja takyah risau nanti boleh adjust, kalau ada kelas pergi je kelas tu gaji untuk hari tu dia bagi ikut jam. aku cam nak berjoget jam tu jugak punya happynya dapat kerja hahaha maafkan hamba yang naif ni. haruslah first time kerja kot. takde pengalaman tapi alhamdulillah syukur sangat dapat pengalaman ni.

sekarang dah masuk minggu ketiga aku kerja kat farmasi tu. a great experience i must say. pharmacist kat sini baik-baik, tak lokek ilmu, akak-akak staf pun baik gila okay aku silap dia tak marah pun, takpe...katanya lembut. aku suka sangat especially bab ubat-ubat yang biasa orang ambik. satu sebab aku bekerja jugak ialah nak kenalpasti ubat supaya bila patient datang nanti cakap saya makan ubat sekian sekian at least aku tahu. yelah ada orang dia tau jenama ubat je padahal setiap ubat tu ada generic name dia (nama rasmi dia yang satu-satunya) dan brand nama which is jenama, macam yang kita biasalah. selain nama, aku nak jugak korek tips dari pharmacist tu macam mana nak tau ubat sekian bentuk dia biasanya macam mana. sebabnya aku pernah dapat patient yang bila aku nak rekod medication history dia, dia bagi aku sebekas ubat yang dia dah siap-siap kelaskan ikut waktu makan. patient ada hypertension, sakit jantung dan kencing manis so kalau ikut agakan, bolehla  nak agak ubat jenis apa dia makan tapi takkanlah aku nak agak..agaklah weii kena viral kang doktor tak rekod patient's info betul-betul. silap info dah satu hal pastu silap manage naya laa..

anyway, entri ni takde gambar sebab aku takde masa nak berselfie ke apa sebab kerja banyak. customer lak kalau datang menderu tu kadang sampai tak terlayan. letih tapi aku puas hati dengan kerja aku. alhamdulillah, doakan aku terus ikhlas dalam bekerja tau. insha Allah. 

tengoklah kalau ada klinik gigi nak DSA nanti aku trylah apply, dapat pengalaman lain pulak =) yang penting tak duduk rumah terbaring je hehe


Friday, September 9, 2016

Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (Youtube) (?)

Di sebalik sebuah tampalan,

Ada cavity preparation yang perlu difikir sesuai dengan jenis tampalan.

Ada aspek retention yang perlu diteliti supaya tampalan bertahan lama.

Ada aspek perlindungan pada akar gigi supaya tampalan tak menyebabkan tindak balas dan mengakibatkan sakit di kemudian hari.

Tampalan tak boleh tinggi, nanti gigitan jadi tak selesa, juga boleh sebabkan sisa makanan tersangkut, tak boleh juga terlalu rendah, nanti jadi ruang sisa makanan berkumpul, berus gigi tak efektif.

Contact point dengan gigi sebelah perlu ada, kalau floss lalu pun terasa longgar hatta sikit sekalipun boleh rasa tak selesa sebab sisa makanan boleh terselit.

Oral hygiene pesakit pun perlu diambil kira, kalau pada tahap yang tidak memuaskan, perlu bagi oral hygiene instruction dahulu, supaya tampalan boleh bertahan lama dalam keadaan mulut yang bersih.

Banyak lagi dan aku  belajar banyak benda dari satu kes ke satu kes (pengalaman tak banyak lagi) tapi satu gigi yang perlukan tampalan tak sama dengan gigi yang lain. Sentiasa ada beza dan kami melihat pesakit secara menyeluruh, bukan dari sudut tampalan semata-mata. Kerana kami merawat manusia, bukan gigi sahaja.

Oleh itu wajarlah andai doktor-doktor gigi terkilan dan kesal apabila pesakit memilih untuk mendapatkan rawatan pergigian dari mereka yang tidak bertauliah, jauh sekali yang tidak mendapat pendidikan dalam bidang ini, sebaliknya sekadar hasil tontonan di Youtube. Kerana di sebalik satu tampalan, terlalu banyak yang kami fikirkan dalam masa beberapa minit membuat tampalan itu.

Cabang ilmu ini satu disiplin. Andai niat kau tulus, tempuhlah jalan yang betul, kerana itu akhlak sebenar seorang penuntut ilmu yang mahu ilmunya bermanfaat kepada orang lain.

Tuesday, August 23, 2016

Conditionally Passed

Pada suatu hari di poliklinik tingkat 17,

" Dr, saya nak present. Patient presented with pain on lower left back tooth since..."
" eh awak bukan year 5 lama ke? LBS kan?"
" aah tapi patient saya FTA hari ni jadi saya mintak OP,"
" laa buat apa nak mintak OP takyah laa.."
" tapi sementara waktu ni saya nak buat lagi restoration banyak-banyak. nak tingkatkan confidence,"
" eeeiiiii mengadanya nak confident confident pulak...gi present dengan doktor lain,"
" hahahaha ok dr ok dr saya gi present kat doktor lain,"

Sepantas kilat aku berlari mencari doktor lain untuk supervise aku sambil ketawa mengenangkan dialog doktor tadi XD

I'm glad my students day is not over yet, because part of me cant let go the joy of being a student despite I'm eager to graduate this November. Nevertheless, please pray the best for us.

Intan datang shooting kat klinik, pastu semua teruja dan rasa bernasib baik kena datang lagi sem ni sebab dapat bergambar dengan artis haha =P



Monday, August 8, 2016

biawak

Dia berlari meninggalkan mee yang sedang digoreng tatkala tangisan nyaring kedengaran dari bilik utama. Sebaik tiba, dia dukung bayi yang sedang menangis kelaparan lantas susu yang sudah siap dibancuh disua menamatkan tangisan serta-merta. Tersenyum dia melihat si anak berselera menyusu hingga botol tersebut kosong isinya. Usai si anak melepaskan puting botol susu, terus dia terlena kembali lalu perlahan-lahan diletakkan semula ke tempat tidurnya. Selesai ‘mengepung’ si bayi yang kekenyangan dengan bantal peluk dan selimut, dia kembali ke dapur mendapatkan mee separuh masaknya.

“ Tak siap masak lagi ke?” Suara sinis menyapa telinganya bila dia melintasi ruang tamu. Dia pandang pemilik suara yang sedang membelakanginya, menghadap telefon pintar di tangan.

“ Belum, bang. Naurah terjaga tadi,” Perlahan dia membalas. Tiada suara balasan lantas dia menyambung haluannya ke dapur.

“ Abang, sarapan dah siap.” Dia melaung dari dapur. Setelah makanan siap dihidang dan suaminya mengambil tempat di meja makan, dia terus masuk ke bilik untuk bersiap. Barang-barang keperluan anak untuk dihantar ke rumah pengasuh dibimbit masuk ke dalam kereta. Anak yang sedang lena diangkat dengan cermat dan diletakkan dalam tempat duduk bayi. Tali pinggang keselamatan dipasang. Dia kembali semula ke dalam rumah mendapatkan barangannya pula.

“ Sayang, jangan lupa bayar bil. Astro dah kena potong, awak lupa bayar ya? Internet pun dah start lembab ni. Gaji dah masuk,kan?” Suara itu kedengaran lagi, mencucuk telinganya, menghiris hatinya. Dia tidak pandang empunya suara sambil berpura-pura sibuk mengemas beg tangannya.

“ Dengar tak ni? Jangan lupa bayar bil-bil tu nanti. Hari ni ambik half day je, biar settle semua urusan tu senanglah nanti,” Darahnya mendidih mendengar suara itu lagi. Luka hentakan pada dahi yang diterimanya semalam terasa berdenyut kuat. Dia terpandang meja makan yang bersepah saat dia selesai mengemas diri pada cermin. Dia hanya mengeluh dalam hati.

“ Saya pergi dulu,” Dia ucap sambil mengatur langkah keluar dari rumah. Si dia buat tidak tahu sahaja, gayanya sudah bersiap sedia mahu menyambung mimpi setelah kekenyangan menelan dua pinggan mee goreng.

Dia masuk ke dalam kereta lantas menghidupkan enjin. Beg tangannya dibuka. Borang tuntutan fasakh yang berlipat diambil dan ditatap. Dia pandang cermin. Biasan wajahnya buat air mata mahu mengalir. Lebam pada dahi dan bibir disentuh perlahan. Lantas air mata diseka. Pedal minyak dipijak lalu kereta bergerak meninggalkan rumah.


Sesungguhnya dia sudah letih menanggung biawak hidup.

Monday, July 18, 2016

Gadis Perantau

Saban pagi dia lihat gadis itu, duduk di bangku yang sama, berkongsi dengannya tren sealiran. Dan si gadis akan turun di stesen yang sama. Dunianya saban hari tertumpu pada destinasi itu. Namun dia tahu saban hari si gadis menjejakkan kaki ke destinasi berbeza di seluruh dunia.

Kerana kelmarin dia perhati si gadis tenggelam dalam pembacaannya berkisar watak berlatar tempatkan England, semalam dia lihat si gadis sudah sampai ke Jepun dan hari ini si gadis sudah mendapat 'visa' untuk dia berada di India.

Sesungguhnya dia si gadis perantau, meskipun setiap sen yang diperolehinya saban hari dari destinasi yang satu itu belum cukup untuknya terbang menikmati keindahan budaya yang berbeza di seluruh dunia.

Monday, June 27, 2016

Iftar Batch SPM'09

Assalamu'alaikum =)

agak teruja nak update pasal ni sebenarnya haha. well aku kan akhirnya bebas dari soalan 'bila nak habis belajar' walaupun hakikatnya aku taklah sebebas mana pun. tapi itu bukan pointnya. point yang penting di sini ialah aku seronok gila dapat jumpa kawan2 sekolah lepas dah dekat 7 tahun tak jumpa. adalah jugak sekali dua time raya (sekali jee aku ikut pastu kena balik awal) dengan time kenduri kahwin Atikah. tu pun sebab aku gi dengan kawan usim so takkan aku nak tinggal lak en time diorang dah balik huhu

memula diorang announce kat whatsapp tu aku cam berkira-kira, nak gi ke tak. mujur tarikh tu jatuh time aku betul2 habis exam. ya, aku baru sangat habis exam ni haa barang pon tak habis kemas lagi. pastu last day bagi nama tu si hajar pm aku ajak gi iftar. ramai rupanya yang join hahah. kerisauan terbesar aku ialah ayah aku, takut dia tak bagi aku balik lambat. alhamdulillah ku bersyukur alhamdulillah (geli ok lagu tu asal aku tulis kat sini) segalanya dipermudahkan =) menyambung silaturrahim kan benda yang baik. semoga persahabatan kitorang diredhai Allah, aamiin.

anyway, Maahad dah berubah sangat-sangat. kitorang merasa aneh jugak bila ada benda baru yang tak diketahui fungsinya haha. pastu bila awal-awal jumpa tu semua cam awkward je. cam tetiba bila dah habis gelak suasana jadi sunyi hahaha. tapi itu bertahan sekejap sahaja sebab sebaik sahaja semua dah jumpa diri memasing yang time sekolah dulu, haa ambik kau bercakap tak berhenti. banyak weyh benda nak cerita. serius rindu semua orang. 

ni pun tak semua ada ni 

dulu mana ada pentas ni. cuba cari mana aku haha~
tengoklah ada yang dah bawak baby, bawak husband/wife sendiri, kad kahwin untuk didistributekan, aku je yang datang sorang lagi. eh tak ramai je. tapi ramai2 yang sorang tu pun, ada yang dah tak available. sebabkan ada je yang single mingle macam aku lagi maka tidaklah aku merasa keseorangan. walaupun bak kata jiha, kitorang ni 'loser' hahahaha. tengok ah kalau reunion akan datang aku masih seorang, kena isi borang BM laa kot. ye la tunggu si kardiologis macam tak je haha (berangan ha berangan)

anyway, enjoy la gambar2 ni ea. aku ambik mana yang ada aku je hahaha. courtesy of Asyrafariq Phtography dan kamera budak2 ni (maslina dan yang lelain).

asal aku gelak eh?

budak dua orang ni tak pernah fail buat aku gelak =D 

knowing them is part of the best moment in my life. terima kasih Allah pertemukan aku dengan mereka yang sangat baik.

Tariq sooo cute!! he takes after his mom very well. so tiny and well behave
gambar makanan ke apa takde sebab aku lapar gila so sampai2 kat Port Bangi tu cop tempat pastu terus makan. sedap gak makanan dia dan aku rasa berbaloilah untuk harga yang kitorang bayar. sesiapa nak buat iftar gi la kat situ ea. gi Google dulu jangan tanya aku sebab aku datang makan je tak uruskan pape pon.

ikutkan tak puas borak sebenarnya. banyak sangat benda nak cerita. even aku dengan Yasmeen satu uni sekalipun tapi sebab course lain, still banyak benda nak cerita, apatah lagi dengan diorang yang dah lama tak jumpa. 

bila jumpa ni rasa rindu kat zaman sekolah tu lagi terasa, tambah lagi aku yang belum masuk dunia kerja ni. somehow rasa takut jugak, entah orang macam mana aku jumpa nanti. aku ni dah cukup matang ke nak pegang title Dr tu? dah la clumsy pastu asyik takut2 je. menjadi dewasa memang terasa menakutkan.

apepon, doakanlah ya. doakan aku dengan kawan2 bertemu jodoh yang baik, urusan kerja dipermudahkan dan segalanya yang baik-baik. aamiin.

oklah, nak sambung kemas barang sebenarnya. Salam 10 akhir Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance =) terima kasih kerana sudi membaca post ini =D


Friday, May 27, 2016

" ahhh!! hantu!!"

I just got back from attending a program at Masjid Saadah. I was supposed to be there after Isyak, but because I was in rush, soon after I finished my dinner I went straight away to the venue and decided to perform Isyak prayer there.

After I took my wudhuk, I couldn't wear my tudung properly because there is no mirror available at the wudhuk area, thus I entered the prayer area with my tudung covering half of my face. When I was about to enter, a boy blocked my way and stared at me. I hate to lose, thus I counterattacked him. 

" Ahhh!!! Hantu!!"

That's how he surrendered. 

Adlina said the boy replied correctly when I told her about this hahaha.

Well, should I apply more BB cream after this?

LOL

Monday, May 16, 2016

useless

There are times where I told myself that I am useless. When I have to do certain procedure repeatedly, when I failed to achieve my treatment aim for that day, when I failed to answer simple questions correctly, when all of sudden my logic left at home during the time I need it the most and when people make fun of my mistakes (yes I easily get offended, less sense of humor when I accidentally said or did wrong things).

During those times, I was on the verge of giving up. I considered some course like sewing or baking that I may enroll if I found myself failed to finish the challenging dental school. I also considered pursuing my passion, which is writing and maybe I can enroll myself in any literature course. Unfortunately, I once think that maybe its better to stop living when I was too scared to face the fearful reality.

But then there are people who prove that I am as useless as I thought. There are people who see kindness and positiveness in me. There are people who appreciates my small effort in proving my ability. There are people who directly and indirectly encourages me to move forward, though there are hiccups along the road.

" Its a better place since you came along," Better Place, Rachel Platten

Dear self, and for whoever experiencing their lowest point of life at this moment. You are used to yourself,  to your features that you sometimes failed to see the bright side of yours. Those are the sides that will automatically sparkle when you do things sincerely. For every cloud has a silver lining, hence when you stumbled while on your way to your goals, there must be something that will make you smile. There must be something that will give comfort to your tired soul. 

Give yourself time to lick your battle wound. Don't stop yourself from crying, because sometimes the only way to appreciate joy is to experience sadness (Inside Out).

You have Him. When you cry in your sujood, imagine that you are crying on your mom's lap while telling her things you are disappointed of. Tell Him that you are not strong and you need Him to be strong enough to bear the test you are going through. And ask Him to help you go through it and ease the journey.

So, you are not useless. In fact you are needed by everyone in your life, though they may seems dont need you. But live your life so that your presence is needed and your absence is missed by them.

=)

Wednesday, May 11, 2016

Love Yourself: Kenali Ubat Anda

Assalamu'alaikum =)

Ini entri dengan mesej khidmat masyarakat. tapi bolehlah baca entri ni sambil dengar lagu Bieber 'Love Yourself' tu =P

Menjadi rutin untuk kami yang merawat pesakit untuk merekodkan segala informasi yang wajib diketahui, seperti sejarah kesihatan, sejarah keluarga, tabiat dan kalau dalam konteks pergigian, sejarah pergigian yang pesakit ada. Oleh itu, senarai ubat-ubatan yang pesakit ambik pun kitorang kena tahu jugak. Sebab, rawatan pergigian boleh dipengaruhi oleh ubat yang diambil dan vice versa. Misalnya, pesakit yang ambil aspirin (ubat cair darah yang biasa diambil oleh patient dengan penyakit jantung) perlu cabutan gigi dengan penuh berhati-hati dan tidak traumatic kepada gigi dan tisu di sekitarnya.

Walaupun aku baru tahun ketiga merawat pesakit dan hanyalah sekadar pelajar pergigian yang sedang terkulat-kulat menghabiskan pengajian, tidak bermakna aku dikecualikan dari melakukan prosedur seperti yang dentist2 lain buat. Bahkan kami dilatih untuk membuat setiap prosedur dengan terperinci dan semua prosedur kena ada keizinan pensyarah baru boleh proceed.

Jadi, bukanlah perkara aneh bila ada pesakit yang aku jumpa, bila tanya pasal past medical history, ada yang ingat penyakit tapi tak ingat ubat, ada yang nama penyakit pun tak sure apa dan ada juga yang rupanya menghidap 'undiagnosed' penyakit.

Macam ada sorang patient ni,

" Uncle, untuk darah tinggi uncle makan ubat apa?"
" Errr saya tak tau la nama dia,"

Aku pun tak putus asa, kena tahu jugak ni.

" Okay, uncle makan ubat berapa jenis?"
" Dua,"
" Warna dia?"
" Putih." Okay try recall ubat apa yang warna putih (masalahnya banyak kot)
" Bentuk dia? Bulat-bulat ke macam mana?"
" Tak."
" Okay...bentuk dia macam beras ke?"
" Haaa ya ya macam beras," Ah sudah aku ni bukan ingat sangat jenis ubat dan bentuknya. 


Lalu aku pun google setiap kelas ubat untuk tekanan darah tinggi dan tunjuk satu-satu kat patient. If only someone can invent kamus bergambar ubat-ubatan. Akhirnya aku buat andaian patient is currently on metformin and prazosin (entah ya entah tidak). Tapi aku bagitahu siap2 kat lecturer aku yang 'patient can't recall the name but according to his explanation I assume he's on bla3'.

adakah ubat ini yang uncle maksudkan? *courtesy of Google Image*
So, apakah pengajaran yang kita boleh dapat di sini?

Kenali Ubat Anda.

ya, tepat sekali. 

Anda diberi ubat berdasarkan masalah kesihatan yang anda hadapi, which is masalah itu berlaku ke atas badan anda sendiri dan anda yang makan ubat yang diberi, so, wajiblah anda tahu jenis ubat apa yang anda makan,kan? 

Begitu juga kalau anda dapati anda alergi dengan sejenis ubat, atau mungkin beberapa jenis, tidak salah bahkan sangat bagus kalau anda kenalpasti dan ingat ubat yang anda alergi tu sebab ianya sangat membantu dalam waktu-waktu kecemasan. Membantu dari segi memberi rawatan yang sewajarnya kepada anda. Contoh kalau alergi kat penicillin, tapi dalam masa yang sama pesakit ada jangkitan, nanti tahulah doktor tu yang pesakit ni kena diberi antibiotik dari kumpulan selain penicillin.

Ubat janganlah dibuat main. Maksud dia kat sini, silalah kenal pasti ubat anda sebab ada sesetengah ubat fungsinya secara tak langsung menyebabkan fungsi ubat lain terbantut. Ada juga ubat yang kita tak boleh bagi sebab pesakit ada penyakit tertentu. Contohnya pesakit gastrik. Kalau lepas cabutan tak bolehlah bagi NSAIDS kalau tak kang habis berdawah lak pewut dia. Sebab tulah peeeeennnnnnnting sangat23456 tau kenal ubat-ubatan anda ni.

begitu juga untuk anak-anak yang telah ambil extra effort untuk pastikan ibu bapa mereka mengambil ubat-ubatan seperti yang doktor suruh dengan cara meletakkan siap-siap dalam bekas ikut hari. aku akui itu sangat bagus tapi lebih bagus lagi kalau kalian boleh labelkan kat kotak tu nama ubat-ubat yang diambil. its okay kalau tak tahu, just tulis je sebab aku pernah dapat patient, tanya ambil ubat apa, dihulurnya sebekas kotak berisi ubat-ubatan. bukan sebiji dua hampir tujuh lapan biji jugaklah. tapi sebab aku tak pasti jenis-jenis ubat tu, maka proses dokumentasi ubat-ubatan pesakit jadi terbantut =(

lagi best kalau boleh label sendiri nama ubat. bior le payah nak sebut pun nanti kita sebut sesama =) *courtesy of Google Image*
hari tu Dr Halina ada post pasal ni kat IG dia. ada kat komen kata, takpe boleh suruh pharmacist kenalpastikan. pastu kalau dental student macam kita ni sape nak tolong identifykan *nangis kat bucu klinik*

kesimpulannya, silalah kenalpasti ubat anda. kalau banyak sangat ubat pun, buat satu senarai ubat-ubatan, bawak gi mana-mana. senang kitorang boleh fotostat untuk simpan dalam folder. lagipun, ini berkait rapat dengan kesihatan diri anda, bukan diri kami yang merawat dengan anda apatah lagi gadis penjaga kaunter klinik.

sekian, mesej khidmat masyarakat panjang lebar untuk hari ini. jangan malas baca! aku ketip tangan tu dengan tweezer kang kalau malas baca.

Tuesday, April 26, 2016

my beloved #theonlybatch


we shared the same laugh, tears and smile since five years ago. 
since the first day I met you guys, I knew that this journey is not gonna be easy. 
we laughed the same laugh when we heard jokes together, 
we smiled happily and gratefully when we were told that we passed every pro exam. 
we bear the same feeling of not being able to lift our head when people laughed at our dance and songs we sang. 
we made that pokerface everytime people said none among us is married during our study when some of our juniors are already one step ahead and we are proud of that.
 everyday, we have each other because no one can truly understand us, 
even our parents, because the one that always by us everyday is us. 
because we bear the same pain when we stumbled while carrying ourselves forward to reach our destination. 
this journey gonna be tough without you, #theonlybatch. 

Sunday, April 17, 2016

Redha: A Review

Assalamu'alaikum =)

basically this post's title should not be a review since i am nobody to make a movie review. but there are things that i learned after i watched the movie and perhaps i can include some of my opinions regarding the movie.

courtesy of Google Image
this is a movie telling us a story about an autistic child with his in-denial father and a kind and strong mother. his mother already accept the fact that his son has 'something special' therefore tried her best to cope with her son's special ability. on the other hand her husband can't accept it until something happened (i'm not going to tell what it is) where he finally realizes the truth and being 'redha'. there are scenes that indirectly/directly criticize people's attitude towards autistic kids's behaviour when they are in public.

overall, i give 5 stars for this awesome movie. the shots are beautiful, in fact their shooting sites are correctly picked. all actors gave their all as no 'kayu' acting in this movie. most importantly, this movie brought me tears.

seeing how difficult it is to give instructions to the autistic kids, i wonder how i would be able to treat them in dental clinic if i meet this kind of patient when i'm working soon? even treating a normal child sometimes are quite challenging. thus i learned that this is another part of behavioural management that i need to master. yes i might be only a dental officer and most kids with special disability are referred to paediatric dentists, but who knows if dental officer is the one who first recognises that that child has something different through it's appearance and behaviour? i might at least help a bit even not much.

in conclusion, i love this movie. go watch it and help spread awareness regarding autism. there are many people out there that need to open their minds and stop discriminating those who are blessed with special ability.

hope you guys enjoy watching it =)


Friday, April 15, 2016

Jongang

Dia kesat air mata dengan telekung yang dipakai. Sambil itu dia perhati kiri kanan, bimbang ada yang perasan dengan tingkahnya. Mujur surau tidak ramai orang, kalau tidak jenuh dia mencipta alasan bila ditanya nanti. Sengaja dia pura-pura pejam mata sambil tadah tangan, berdoa dengan khusyuk dalam hati bila ada insan lalu di sebelahnya. Setelah gelora di hatinya rasa tenang, baru kakinya punya kekuatan untuk bangun beredar.

***
" Hai, selamat pagi. Apa khabar?" Wanita muda dengan topeng muka tersangkut pada lehernya menyapa dengan senyum pada dia yang muncul di muka pintu. Dia angguk sahaja sambil membalas senyuman itu.

" Dah ready ke?" Wanita muda menyoal sambil topeng muka ditarik menutupi kawasan hidung dan mulutnya. Dia angguk perlahan-lahan.

" Dah makan kenyang-kenyang tadi?" soalnya lagi.
" Dah. Diorang kata first time pakai tak boleh makan so saya makan puas-puas tadi," Si wanita muda bertopeng muka tergelak kecik mendengar jawapannya. Dia menjadi tenang sedikit melihatkan wanita muda yang ramah itu. Si wanita muda menyarung tangannya dengan sarung tangan getah.

" Ok, kita start pasang ea. Kalau ada apa-apa rasa tak selesa ke bagitahu ya," Selepas ayat itu habis diucapkan, prosedur pun bermula. Dia hanya tabah menganga sepanjang prosedur dijalankan. Seingatnya, hampir sejam juga dia buka mulutnya hingga terasa lenguh pada rahangnya.

" Ok dah siap. Nah cuba tengok," Sekeping cermin muka disua padanya. Dia senyum lebar melihat imej pada cermin. Dia pandang si wanita muda yang turut tersenyum melihat pelanggan yang ceria.

" So lepas ni setiap bulan ke kena jumpa?" soalnya sambil bersiap-siap untuk balik.
" Aah tapi tu nanti kita akan confirmkan. Nanti esok kalau dah ada perubahan bolehlah bagitahu saya ya. Whatsapp gambar ke. Hari ni bolehlah ambik gambar before dulu," balas si wanita muda. Dia angguk faham.

" Oklah terima kasih banyak-banyak. Saya pergi dulu," Dia meminta diri lalu pulang dengan perasaan senang di hati.

Malam itu dia mengerang kesakitan saat mahu makan bubur. Gigi-giginya terasa ketat yang teramat, kesan ikatan dawai. Dia pujuk hatinya, beauty is pain. Sakit lagi dicerca daripada memakai alat ni, getus hatinya menguatkan semangat. Sedikit demi sedikit bubur disuap ke dalam mulut langsung ditelan kerana sedikit sentuhan pada gigi sahaja sudah membuatkan dia menjerit kesakitan, apatah lagi kalau perlu mengunyah. Hingga satu tahap sakitnya tak tertanggung, dia terus melelapkan mata dengan harapan sakit itu hilang seketika.

***
Dia memandang resah skrin telefon pintarnya. Dua tanda kelabu bertindihan itu belum bertukar kepada biru lagi. Dia sentuh sedikit permukaan gigi kapaknya. Dia berdesis kuat, menahan sakit saat jarinya tersentuh permukaan gigi. Dahinya berkerut. Dia cuba baring selepas menelan dua tablet putih penahan sakit. Perlahan-lahan sakitnya memudar bila matanya terpejam dan mindanya berlayar ke alam mimpi.

" kau okay?" tegur si teman. Dia angguk namun pada wajahnya terlukis riak sakit yang teramat.
" tapi macam sakit gila je kau pakai braces ni. Aku pakai jugak dulu tapi taklah sampai berminggu camni. Kau tak call doktor kau ke nak check? appointment kau bila?" soal si teman bertalu-talu.

" tak tahu. Aku whatsapp tanya bila tapi dia tak reply pun," wajah si teman berubah mendengarkan hal itu.

" weh, pergi je lah mana-mana klinik untuk emergency ni," Dia angguk sahaja. Sekarang bukan sekadar sakit yang dia rasa, beberapa batang gigi hadapan juga sudah mula terasa longgar dari soketnya.

***
Dia terkedu bila doktor itu mengucap panjang melihat radiograf giginya yang baru diambil sebentar tadi.

" Minta maaf ya bertanya, tapi awak buat braces ni dengan siapa?" soal doktor dengan nada serius. Dia tertunduk takut. 

" Saya jumpa dia melalui Instagram. Saya whatsapp dia lepastu dia bagi appointment untuk pasang braces," Dengan ketar dia menjawab, sambil takut-takut memandang wajah doktor. Doktor nampak hampa bila mendengar perakuannya itu.

" Hmm kenapa awak pergi dengan dia..Awak tahu tak kesan dia apa buat braces bukan dengan pakar ortodontik yang bertauliah?" soal doktor dengan lembut, dia risau dan kecewa kerana nasi sudah jadi bubur.

" Saya tahu, doktor. Saya baca pasal tu. Tapi saya tak ada duit nak buat dekat klinik. Dan saya dah tak sanggup nak tunggu lama. Saya sakit doktor, pakai braces ni. Tapi saya lagi sakit bila teringat orang panggil saya jongang," Luahnya.

Doktor terdiam mendengar jawapannya. 

Secara fizikal, dia boleh diagnose pesakit itu dengan akar gigi yang mereput akibat pemakaian braces dengan tekanan yang berlebihan, tetapi tak ada yang tahu bahawa tekanan pada hatinya yang berlebihan yang buat dia nekad mengambil keputusan sedrastik itu. 

Tekanan digelar jongang.

p/s: Kepada yang benar-benar memerlukan rawatan braces, silalah dapatkan rawatan dari pakar yang bertauliah. Harga braces memang mahal, tetapi gigi kita lebih mahal kerana sekali hilang tiada ganti. Aku faham perasaan orang yang mengalami masalah susunan gigi yang tak teratur, terutama sekali yang jongang. Kerana aku juga mengalami masalah yang sama.

Sunday, April 10, 2016

one book a month

Assalamu'alaikum =)

I love reading so much, thanks to my dad for bringing us to library since we were small besides buying me and my siblings lots of books, be it story books or books related to our academics. Well I enjoyed reading 'Buku Contoh Karangan' too when I had nothing to read haha.

Last month I received my last BB1M (insha Allah I'm graduating soon, please pray huhu). For the past 4 years, I had to put dental books as my priority thus I faced the problems of buying books from another genre. I have my scholarship but those are for my bags, tudungs and all sorts of baju and jubah as well as my food hunting. So, no portion for books and it was my biggest mistake. Never do that again, kay?

Fortunately, I've bought all dental related books that I think to be essential for me as an undergraduate so this year, I get to spend my BB1M on non dental books. Say hurray! So during Putrajaya International Book Fair, I spent more than half of my vouchers on books that have been in my mind for the past few months. Most books are in Malay, so to avoid feeling guilty for not reading English, I picked a book, with the title 'Anne Frank: The Diary of Young Girl'.

I always have this kind of problem: what book should I buy? Particularly English books. Because I'm not a fast reader and this problem get worse when the book that I read is not in my mother tongue language. I'm not so into romance but I never reject reading those kind of book. I'm more into thriller unfortunately I have problem with time and whenever I pause my reading, my interest towards the book slowly fade away. Hence whenever I came across English books, I would pick a book regarding based on true story. 

So, that's how I own this book.


Courtesy of Google Image because my phone's camera stop working since last year which I have no idea why so I had to search for the image. I learned about the author (Anne Frank) from some blogs that I visited. Because it is based on true story plus the time setting is during the war, I keen to know the story. According to reviews, this story is inspiring. I guess I made a right choice.

Can't wait to finish the book. Anyway, since I bought a lot on last book fair, I have to set my target to read at least a book in a month. My wish is to travel around the world but currently I have many limitations. In order to fulfill that, I can travel to many places at any time without any limit through reading. So, wish me luck and may I get to achieve my goal =)

For those who are interested to know the story, get your copy from your nearby bookstore. I hope you guys enjoy reading it. 

By the way, if you wish to share your favourite book, don't hesitate to drop your comment on the comment section below. Thanks for reading =)

Sunday, April 3, 2016

berinai

sila maafkan tangan hamba yang gemuk dan selalu menyebabkan typo ni
I love to put henna on my nails. Doing so would make me feel like my skin tone appear brighter (self-hypnotise) haha.

Once my friend approached me when others have left for the clinical session and asked me in her deep serious tone,

" kakpah kenapa kau pakai inai sebenarnya?"

I guess she was too curious and she might have imagined that I get married secretly without my friends knowledge.

Relax, girl. We are #theonlybatch right?

Well, I am waiting for the day where I get to apply henna on my nails happily plus feeling nervous. 

Yes, 'that' day.

Anyway, today is the asking friend's birthday =) May your life be blessed.

Saturday, March 19, 2016

kaviti

menggunakan spoon excavator, dia mengorek lubang sedalam ICDAS kod 4 itu sehingga bersih. setelah puas hati dan yakin, dia mula mengisi lubang itu dengan amalgam dan menumpukan sepenuh tenaga supaya lubang tersebut tertampal dengan sempurna. setelah lubang tadi selesai diisi, dia mula mengukir simen mengikut bentuk gigi. setiap urat lekuk yang ada cuba ditiru sebaik mungkin supaya pemilik tampalan boleh mengunyah seperti biasa. selesai, dia tekan punat menaikkan kedudukan kerusi lantas disuruh pesakit berkumur.

" ada rasa tinggi tak?" soalnya. si pesakit melalukan lidahnya ke kawasan tampalan sambil cuba menggigit-gigit. dia pandang si penampal.

" macam tinggi,"
" ok saya check balik ea," kerusi direndahkan semula pada kedudukan baring. berpandukan articulating paper, dia membuang lebihan tampalan yang mengganggu gigitan biasa pemilik tampalan sehinggalah beliau berpuas hati. selesai arahan post-op diberi, dia menanggalkan sarung tangan getah dan topeng muka lalu dibuang ke dalam tong kuning. dia senyum saat berpapasan dengan pembantunya yang datang untuk mengemas segala perkakas dan membersihkan peralatan yang digunakan.

" bye, Dr. jalan elok-elok," ucap pembantu. dia angguk sebelum berlalu pergi.

***
dia memberi salam saat melangkah masuk ke dalam rumah. wajah manis si suami dan senyuman girang anak kecilnya menyapa pandangan. hilang rasa letih seharian menghadap puluhan mulut dengan pelbagai masalah. suis lampu dipetik, menerangi isi rumah yang ditenggelami perubahan waktu senja.

dia tebar pandangan ke seluruh rumah. frame gambar berisi wajah dia dan keluarga kecilnya ditatap. senyuman mereka kaku, walau dituju padanya. air mata mengalir perlahan. dia terduduk sambil mendakap frame gambar itu. tangisan hibanya belum mampu dihentikan.

pemergian mereka membentuk kaviti di hatinya yang entah bila akan terisi semula.


Wednesday, March 9, 2016

Soalan-Soalan yang Selalu Ditanya Berkenaan Tamhidi

Assalamu'alaikum, adik-adik SPM 2015 sekalian =) terutama kepada yang sedang tercari-cari aliran apa yang patut diambil sesuai dengan keputusan yang baru korang terima minggu lepas. apapun tahniah akak ucapkan sebab dah berjaya menempuhi satu lagi ujian dalam hidup korang. semoga perjalanan seterusnya dimudahkan, aamiin.

selalu waktu-waktu camni memang blog ni dibanjiri pengunjung yang selalu tanya pasal Tamhidi. mungkin ada yang tak perasan yang post-post berkenaan Tamhidi yang ada at blog ni semuanya dah outdated sebab semua post tu ditulis sekitar tahun 2011-2012. sedangkan kita sekarang ni berada di tahun 2016 maka sudah tentu banyak perubahan yang berlaku dan post-post semuanya ditulis berdasarkan pengalaman akak sebagai student Tamhidi sesi 2010/2011. dan sekarang saya sudahpun final year (Tahun 5) :')

anyway, saya banyak dapat soalan tentang Tamhidi dan kebanyakannya sudah berulang kali ditanya. dari dulu lagi nak compilekan soalan-soalan ni dalam satu post baru tapi memang taklah sebab blogging pun dah tak selalu sekarang ni. tapi doakanlah malam ni dapat siap post ni ya!

so, berikut merupakan antara soalan yang kerap ditanya berkenaan Tamhidi.

1) masuk Tamhidi kena ada asas Arab ke?

- ya. itu salah satu syarat am untuk masuk Tamhidi. plus masa Tamhidi nanti ada subjek bahasa Arab.

2) Tamhidi ni berapa tahun?

- setahun. dua semester.

3) lepasan Tamhidi boleh sambung luar negara/degree universiti lain tak?

- tak pasti. tapi berat kepada tidak sebab Tamhidi ni pusat asasi bagi USIM. so, sijilnya emm dah tentulah secara logiknya sah di USIM sahaja kan?

4) saya dapat tamhidi Sains Teknologi. boleh mohon medic/dental tak masa degree nanti?

- boleh. kena score dan lulus interview ya dik. best of luck =D

5) saya dapat tamhidi Sains Teknologi. boleh tak kalau nak tukar kepada Tamhidi Medic/Dental?

- waktu saya dulu ( sesi 2010/2011), kekosongan sangat banyak jadi dia bagi peluang untuk tukar. bergantung kepada sesi mungkin.

6) saya ambil Arab masa PMR je masa SPM tak ambik. boleh ke saya mohon Tamhidi?

- kalau ikut logik, permohonan Tamhidi menggunakan keputusan SPM jadi jawapannya berat kepada tidak.

7) ada subjek saya tak memenuhi syarat, contoh Add Math saya C tapi dia nak B. boleh ke saya mohon?

- mohon je. pastu doa banyak-banyak mana tahu ada rezeki =)

8) subjek Arab dia level camne?

- macam Bahasa Arab Tinggi kat sekolah dulu. tapi tinggi sikit lagi kot.

9) saya dapat tamhidi Sains Teknologi. tapi nak mohon medic untuk degree. camne prosedurnya?

- kalau zaman akak dulu, lepas result final keluar (kalau tak silap) kitorang kena isi borang online ala2 UPU tapi yang USIM punya untuk pilih nak sambung course apa degree nanti. masa tu ada tiga pilihan so akak letak dental, medic dengan applied physics.

10) apa syarat-syarat untuk tukar course?

- tak pasti.

11) subjek apa yang belajar masa Tamhidi?

- untuk aliran Sains, ada subjek Bio, Fizik, Kimia, Maths, BI, BA, ICT dengan ada satu subjek pasal Al-Qur'an tapi dah lupa nama subjek tu *bitter*

ni antara soalan-soalan yang secara umum. ada jugak yang tanya straight berkenaan dental.

1) akak, dental susah tak?

- susah. (hahaha psycho sikit)

2) akak, belajar dental stress tak?

- stress *teringat denture patient tak masak lagi*

3) nyatakan sebab kenapa anda memilih dental.

- eh budak ni dah macam nak interview aku pulak haha. sebab utama ialah parents suruh.

4) akak, dah kahwin?

- belum #theonlybatch

obviously soalan last tu tipu  >.<

harapnya kompilasi soalan ni dapat menjawab sedikit sebanyak pertanyaan yang tercetus dalam minda adik-adik. walaupun ada post berkenaan ni, adalah lebih baik kalau adik-adik pergi jenguk sendiri laman web tamhidi yang boleh diakses melalui link ni tamhidi.usim.edu.my sebab kat situ sebenarnya ada lebih banyak jawapan yang pasti berkenaan soalan adik-adik berbanding blog picisan ini *nangis kat bucu bilik*

minta maaf sangat-sangat kalau tak membantu. semoga perjalanan korang dimudahkan =) kepada yang minat dentistry, mehlah mohon masuk dental. best =) haha~gaya macam tak convincing sangatkan =P

anyway, thanks for reading =)

gambar diambik masa practical bitemark untuk subjek Forensic Odontology. *takde kaitan*




Thursday, March 3, 2016

harga sebuah compliance

Assalamu'alaikum =)

adalah menjadi satu kewajipan bagi kami mengamalkan pertanyaan berkenaan ubat-ubatan yang patient ambil semasa history taking. hari ni turn aku sebagai assistant dan aku telah ditugaskan untuk menyalin dan memfotostat senarai ubat-ubat yang patient ambil untuk simpanan dalam folder dia. patient seorang penghidap penyakit jantung dan kencing manis jadi bayangkanlah betapa panjang berjelanya senarai ubat dia.

sambil aku fotostat tu aku tengoklah senarai ubat-ubat tu. ada dekat 9 jenis jugaklah. sambil tengok tu sambil aku ingat ubat ni class apa, untuk masalah apa, hypertension ke cholesterol lowering drug ke. benda-benda camni memang kena ada kat hujung jari je tau adik-adik dan kawan-kawan bakal doktor gigi sekalian. dan kat setiap jenis ubat tu dia ada tulis bekalan untuk berapa lama dan harga ubat tu.

dan, cuba teka harga Clopidogrel (ubat cair darah) tu berapa?

RM 972 tau tak? aku terkejut gila. murah lagi handphone aku kot!!

aku tak sure itu harga semasa ke tak tapi seriously sangatlah tak terjangkau dek akal aku. tapi sebabkan patient dapat privilege so semua ubat-ubat beliau yang dekat 9 jenis tu harganya PERCUMA.

which reminds me of my dad and some people that i know, whom taking various types of medication because of their systemic problem.

ada beberapa pesakit yang aku jumpa dengan selambanya mengaku tak makan ubat yang doktor bagi.ada juga yang bagi testimoni tanpa memakan ubat yang doktor bagi sebaliknya dengan hanya menelan jus cap-agama tekanan darahnya sudah normal dan buah pinggang kembali berfungsi seperti sedia kala setelah disahkan menghidap kencing manis dan tidak terkawal sejak belas hingga puluh tahun dahulu.

dan kebanyakan pesakit ni jatuh dalam kategori, berhak dapat ubat yang pelbagai jenis tu pada harga yang rendah, bahkan percuma. seandainyalah diorang tahu berapa juta agaknya diorang dah bazirkan dengan cara tak compliant pada ubat dan biarkan ia expired *geleng kepala*

aku tahu negara kita tak aman, dah kucar kacir jugak sekarang ni. tapi dalam aspek kesihatan, aku tabik hormat kat kerajaan kita. maksud aku, polisi yang kerajaan amalkan. ubat-ubatan ada subsidi, kalau warganegara tu alahai bayar seringgit je dah dapat rawatan. even kalau bukan warganegara pun takdenye kau dihalau kalau sakit kat emergency tu just kena bayar lebih sikit je dari warganegara pasti ditolak masuk juga ke dalam wad untuk rawatan. senang kata nikmat kesihatan kat negara kita ni cukup luas. luas sangat sampaikan...

ada antara kita tak reti bersyukur.

kita sibuk post tentang education kat Malaysia patut tiru negara itu, doktor lelaki kat hospital kerajaan Malaysia patut diharamkan dari menyambut bayi macam hospital kat satu negara tu dan macam-macam lagi. cuba kalau Malaysia tiru negara-negara yang korang dok bangga tu untuk aspek kewangan kesihatan. mampu korang?

dalam subjek Community Dentistry aku ada belajar topik Financing Oral Healthcare. sumber kewangan untuk bidang kesihatan datang dari pelbagai sumber, contohnya insurans, out-of-pocket dan sebagainyalah. ada negara amalkan polisi semua rakyat kena ada insurans untuk dapatkan rawatan, ada jugak yang half kerajaan cover dan ada jugak yang kerajaan cover sampai certain limit. bagi negara kita, aku boleh kata yang kita ni terlalu beruntung sebab duit yang kita perlu keluarkan sikit sangat. kita sangat manja in terms of kesihatan tapi kita sangat malas menjaga kesihatan yang harganya jauh lebih mahal dari ubat-ubatan.

aku sangat sedih bila ada post kat Fb pasal ubat yang patient tak makan, expired dan akhirnya terbuang begitu sahaja. just sebab kau tak bayar tak bermakna kau boleh sesuka hati nak makan tak nak makan. ada orang sanggup bayar berapa je untuk ubat penyakit diorang tapi ada jugak orang yang berpenyakit tapi tak bersyukur dan tak nak makan ubat dan sembuh. sungguh aku tak faham.

jadi, manusia sekalian, silalah compliant pada ubat yang doktor suruh makan. harga sebuah kehidupan bila korang ikut nasihat doktor tu jauh lagi mahal dari harga ubat yang korang bayar tu. dalam hal ni kita kena bersyukur, walaupun harga barang naik bagai tapi at least untuk ubat yang korang perlukan untuk survive tu harganya masih lagi 'murah'.

sekian mekasih.