Wednesday, March 9, 2016

Soalan-Soalan yang Selalu Ditanya Berkenaan Tamhidi

Assalamu'alaikum, adik-adik SPM 2015 sekalian =) terutama kepada yang sedang tercari-cari aliran apa yang patut diambil sesuai dengan keputusan yang baru korang terima minggu lepas. apapun tahniah akak ucapkan sebab dah berjaya menempuhi satu lagi ujian dalam hidup korang. semoga perjalanan seterusnya dimudahkan, aamiin.

selalu waktu-waktu camni memang blog ni dibanjiri pengunjung yang selalu tanya pasal Tamhidi. mungkin ada yang tak perasan yang post-post berkenaan Tamhidi yang ada at blog ni semuanya dah outdated sebab semua post tu ditulis sekitar tahun 2011-2012. sedangkan kita sekarang ni berada di tahun 2016 maka sudah tentu banyak perubahan yang berlaku dan post-post semuanya ditulis berdasarkan pengalaman akak sebagai student Tamhidi sesi 2010/2011. dan sekarang saya sudahpun final year (Tahun 5) :')

anyway, saya banyak dapat soalan tentang Tamhidi dan kebanyakannya sudah berulang kali ditanya. dari dulu lagi nak compilekan soalan-soalan ni dalam satu post baru tapi memang taklah sebab blogging pun dah tak selalu sekarang ni. tapi doakanlah malam ni dapat siap post ni ya!

so, berikut merupakan antara soalan yang kerap ditanya berkenaan Tamhidi.

1) masuk Tamhidi kena ada asas Arab ke?

- ya. itu salah satu syarat am untuk masuk Tamhidi. plus masa Tamhidi nanti ada subjek bahasa Arab.

2) Tamhidi ni berapa tahun?

- setahun. dua semester.

3) lepasan Tamhidi boleh sambung luar negara/degree universiti lain tak?

- tak pasti. tapi berat kepada tidak sebab Tamhidi ni pusat asasi bagi USIM. so, sijilnya emm dah tentulah secara logiknya sah di USIM sahaja kan?

4) saya dapat tamhidi Sains Teknologi. boleh mohon medic/dental tak masa degree nanti?

- boleh. kena score dan lulus interview ya dik. best of luck =D

5) saya dapat tamhidi Sains Teknologi. boleh tak kalau nak tukar kepada Tamhidi Medic/Dental?

- waktu saya dulu ( sesi 2010/2011), kekosongan sangat banyak jadi dia bagi peluang untuk tukar. bergantung kepada sesi mungkin.

6) saya ambil Arab masa PMR je masa SPM tak ambik. boleh ke saya mohon Tamhidi?

- kalau ikut logik, permohonan Tamhidi menggunakan keputusan SPM jadi jawapannya berat kepada tidak.

7) ada subjek saya tak memenuhi syarat, contoh Add Math saya C tapi dia nak B. boleh ke saya mohon?

- mohon je. pastu doa banyak-banyak mana tahu ada rezeki =)

8) subjek Arab dia level camne?

- macam Bahasa Arab Tinggi kat sekolah dulu. tapi tinggi sikit lagi kot.

9) saya dapat tamhidi Sains Teknologi. tapi nak mohon medic untuk degree. camne prosedurnya?

- kalau zaman akak dulu, lepas result final keluar (kalau tak silap) kitorang kena isi borang online ala2 UPU tapi yang USIM punya untuk pilih nak sambung course apa degree nanti. masa tu ada tiga pilihan so akak letak dental, medic dengan applied physics.

10) apa syarat-syarat untuk tukar course?

- tak pasti.

11) subjek apa yang belajar masa Tamhidi?

- untuk aliran Sains, ada subjek Bio, Fizik, Kimia, Maths, BI, BA, ICT dengan ada satu subjek pasal Al-Qur'an tapi dah lupa nama subjek tu *bitter*

ni antara soalan-soalan yang secara umum. ada jugak yang tanya straight berkenaan dental.

1) akak, dental susah tak?

- susah. (hahaha psycho sikit)

2) akak, belajar dental stress tak?

- stress *teringat denture patient tak masak lagi*

3) nyatakan sebab kenapa anda memilih dental.

- eh budak ni dah macam nak interview aku pulak haha. sebab utama ialah parents suruh.

4) akak, dah kahwin?

- belum #theonlybatch

obviously soalan last tu tipu  >.<

harapnya kompilasi soalan ni dapat menjawab sedikit sebanyak pertanyaan yang tercetus dalam minda adik-adik. walaupun ada post berkenaan ni, adalah lebih baik kalau adik-adik pergi jenguk sendiri laman web tamhidi yang boleh diakses melalui link ni tamhidi.usim.edu.my sebab kat situ sebenarnya ada lebih banyak jawapan yang pasti berkenaan soalan adik-adik berbanding blog picisan ini *nangis kat bucu bilik*

minta maaf sangat-sangat kalau tak membantu. semoga perjalanan korang dimudahkan =) kepada yang minat dentistry, mehlah mohon masuk dental. best =) haha~gaya macam tak convincing sangatkan =P

anyway, thanks for reading =)

gambar diambik masa practical bitemark untuk subjek Forensic Odontology. *takde kaitan*




18 respons terhadap bicara saya:

Anonymous said... [balas komen ini~]

Akak dh tahun ke berapa

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Anonymous

tahun 5.

Nur Nabihah said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum akak kalau dh habis tamhidi di usim, boleh ke ambil degree di uni lain? Thanks for the advance :)

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Nur Nabihah

waalaikumsalam, xpasti. tapi xnak sambung usim ke...kenapa nak sambung U lain =(

qurratuain nabila said... [balas komen ini~]

akak, saya dapat tahmidi sains dan teknologi tapi nak tukar tahmidi perakaunan dan muamalat tapi saya takde asas akaun

harap akak membantu

i Muiz said... [balas komen ini~]

Salam kak, klau dpt tamhidi pergigian, nnti degree apa bidang yg kita bole smbung? Or cuma bole pegi dental saja?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@qurratuain nabila

untuk ni akak cadangkan awak mohon/tanya pada pusat tamhidi sendiri.

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@i Muiz

wslm, boleh jugak kalau nak sambung medic atau course2 kat fakulti sains.

Ainur Amirah said... [balas komen ini~]

Salam kak. Bagi pelajar tamhidi thn ni tmpt kediaman masih di Nilam court ke ?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Ainur Amirah

wslm, maaf tak pasti. sila tanya pada pihak tamhidi sendiri. akak student degree je hehe

Fathiah Yaya said... [balas komen ini~]
This comment has been removed by the author.
Fathiah Yaya said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum kak. Kalau saya amik Tamhidi Perakaunan, tapi degree nanti saya nak amik course lain like doctor or pilot boleh ke kak?

Fathiah Yaya said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum kak. Kalau saya amik Tamhidi Perakaunan, tapi degree nanti saya nak amik course lain like doctor or pilot boleh ke kak?

Fathiah Yaya said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum kak. Kalau saya amik Tamhidi Perakaunan, tapi degree nanti saya nak amik course lain like doctor or pilot boleh ke kak?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Fathiah Yaya waalaikumsalam. err awak rasa dgn kelulusan tamhidi perakaunan tu memenuhi tak syarat utk ambik doktor or pilot nanti? huhu

Sophia Elyna said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum akak. Skrg ni syarat nk ke degree medik and dntist pointer brape ek? And muet band 3 ke 4? Thanks in advance :)

hujan kaktus said... [balas komen ini~]

akak, waktu tamhidi ni, betul ke kena hafal 8 juzuk al quran, baru boleh lepas tamhidi?

Azu said... [balas komen ini~]

Salam kak, boleh ke kita bayar yuran tamhidi lewat?