Friday, October 29, 2010

a special tribute to dentistry 2





budak skema bergambar..hehe :)
salam....hari baru habis exam bio sekaligus mengakhiri semester satu tamhidi pergigian aku dan tamhidi lain yang sama waktu dengannya.hm...sedih la pulak dah cuti sebenarnya walaupun happy dapat duduk rumah and jaga adik2. sebenarnya,sangat happy aku rasa sepanjang tahun ni walaupun kadang2 ade jugak warna2 duka dalam semester satu nih.ok,straight to the point i would like to thanks all my classmates, tamhidi of dentistry 2 because colouring my life with happiness and experience.ikhlas cakap,aku tak pernah ada classmate yang happy go lucky macam korang. even kita dari berbeza negeri,berbeza loghat dan sebagainya,tapi aku sangat happy bersahabat dengan korang. walaupun dulu awal2 aku tak faham sepatah apa pun kalau orang kelantan bercakap,tapi sekarang aku dah boleh faham sikit2 (hahaha)...tapi minta maaflah ye kalau ada certain word tu aku still tak faham...

korang jugak sangat baik sebab sudi share ilmu dengan aku..dulukan,aku tak suka sangat masuk tamhidi dentistry ni tau.aku bayangkan orang2 yang amik dentist medic ni nerd2 orangnya,suka study jer,xmain la gelak2 lebih 3 harakat.tapi aku silap.walaupun bawah nama tamhidi dentist,tapi korang sama macam orang lain.meaning,cita2 tetap cita2.tapi hidup jangan jadi nerd sangat.bak kata hlovate,skema tapi ikut skema Allah dan Rasul.heheh...lagi aku sangat suka setiap kali kita bergambar.aku dapat nampak semua orang ikhlas tersenyum n terus terang,masa potluck hari tu dengan madam azlina kan,aku rasa nak nangis je.sangat2 mahu menangis sebab aku tau lepas ni tunggu sebulan baru dapat jumpa korang.jujur cakap, aku sangat sayangkan korang lillahi ta'ala.korang dah banyak bagi semangat kat aku untuk capai cita2 nak jadi dentist walaupun ni bukan cita2 aku sebenarnya.tapi korang dah buat aku rasa,bestnya kalau kita semua betul2 grad sebagai dentist satu hari nanti n kita akan tetap berkawan sampai bila2...

aku ingat lagi,dulu kita semua malu2 je.ala,baru masuk tamhidi kan?semua buat gaya tak biasa cakap dengan lelaki,nak ambik gambar pun tak reti sangat bergaya2,buat peace2 camtu jer...tapi sekarang ni,nak berbaring2,lompat2 pun dah berani.hahaha...lawak la.actually, credits to madam azlina sebab dia suka ambik gambarlah,kitorang pun banyak merakam saat indah bersama. juga kepada cik farah alia atas kesudiannya menjadikan nokia express music touch screen miliknya sebagai kamera 'rasmi' dentistry 2.hahaha...juga credit banyak2 kepada members of d2 sebab bergambar dengan penuh gaya yang membuatkan semester satu aku sangat bermakna.

last but not least,jutaan terima kasih kepada semua kerana mencorakkan warna yang pelbagai atas kanvas hidup aku.kepada munirah,terima kasih banyak2 atas mesej2 kau yang sangat bermakna.aku sangat tersentuh dengan setiap ayat yang kau bagi. hari tu kau ajak aku pergi satu program tapi sebab aku nak balik,jadi aku tolak pelawaan kau.aku harap satu hari nanti kalau ada program macam tu lagi aku dapat join sekali.kepada farah k,hehe..sori ye.kadang2 karenah aku buat kau tension.aku kesian kat kau sebab kadang2 kelam kabut dengan tanggungjawab 'penolong' yang kau pegang.tapi jujur aku cakap,thanks sebab sudi kawan dengan aku. kepada hizmiyah (jiran sebelah rumah),nabilah,athirah and zahidah (ini barisan kawan2 di belakang aku kalau kat bts 2.9 tapi mereka di barisan depan aku kalau kat bts 1.6), terima kasih juga sebab banyak share ilmu dengan aku,tolong aku dalam banyak benda.aku sangat terhibur dengan gelagat korang.athirah,aku suka dengar kau gelak sebab kau gelak ikhlas.kau jujur.aku suka dengan macam tu.hizmiyah,walaupun kau nampak lembut tapi kadang2 kau boleh buat aku tergelak jugak.the same goes to zahidah and nabilah. terima kasih sebab sabar dengan karenah aku.korang memang happy bila bersama berempat.

to kak bie,hehe...seganla.akak panggil saya kak pah,tapi saya rasa selesa dengan panggilan tu.at least saya tak rasa tua n tak kekok kalau nak berborak n etc. to liyana,haha..kau kalau bab mengusik memang laju.best la lagi2 kalau study dengan kau sebab kau semangat kalau study (aku jer yang bila study cepat sangat lentok).minta maaf sebab kadang2 aku macam tak memahami kau padahal kau baik je dengan aku.thanks sebab befriend me.untuk huda,kau sangat cool.tapi kalau sekali kau buat lawak memang aku semangat gelak.hehe..nak buat camner, aku memang semangat kalau bab gelak2 nih...kepada empat gadis di hujung sana (kalau kat bts 2.9 la) izzati, farah alia,amirah n farah husna,walaupun aku tak rapat dengan korang tapi korang tetap baik dengan aku.thanks for everything...

kepada boys dentistry 2,aku nak cakap secara terus terang.aku tak pernah bercakap dengan lelaki sebelum ni.betul.aku sangat kekok dan cepat gelabah kalau lelaki tegur aku atau tanya apa2.tapi sejak lepas program kat pandan indah first time dulu, terus aku hilang kekok nak cakap dengan lelaki tu.hmm..bukan nak kata apalah,jangan perasan pulak ye encik faris,tapi start dari boleh cakap dengan kau la aku dapat bercakap dengan orang lain.tapi aku sangat geram bila kau panggil aku kak pah.aku heran la,mana kau dapat idea nak panggil aku kak pah eh?yang penting aku rasa sangat geram la.tambah2 bila encik afiq mazlan itu pun sibuk panggil aku kak pah juga.yang lagi dua orang tu aku tak tau la sebab aku pun biasa bercakap dengan korang berdua je.tapi apapun,aku agak (agak la) seronok la jugak bila dapat tau lelaki ni bukanlah seserius yang aku sangka.ke aku je yang salah sangka?takpelah.korang ni senang kata macam adik2 aku la.agak irritating bila di depan mata tapi once korang tak ada,aku terkenang balik perangai korang yang merepek,merapu dan mengaban tu...

lastly,aku sangat berterima kasih dengan semua great moments yang kita share bersama sepanjang semester satu ni.harap2 semester 2 nanti kita still sekelas,dapat belajar dengan cikgu yang sama and jugak dapat tingkatkan lagi usaha sungguh2 supaya kita semua dapat jejak ke pandan indah.amin.thanks a lot guys.and i really miss the moments we shared together. <3>

Saturday, October 9, 2010

it's a final countdown

salam..dah lama sangat rasenye tak update blog.maklumlah,wanita berkerjaya (ahahaha).sebenarnya nak cakap kat sini yang aku tengah sangat busy sekarang ni sebab final exam n muet tinggal lagi berapa minggu jer..huhu..harap dimudahkan semua urusan.

banyak benda nak cerita sebenarnya sebab banyak benda aku simpan sejak dua-tiga minggu ni.tapi,nampak gaya macam x dpt nk cerita sangat sebab hari ni walaupun aku balik rumah,still i have to attend a wedding ceremony kat taman permata (not sure tapi nearby situ la jugak).

by the way,keep your smile always! got to go now since my mom dah hambat adik2 pegi mandi tu. kejap lagi mesti si kakak besar ini kena juga. :D