Thursday, May 11, 2017

Apa Khabar 'Afifah?

Assalamu'alaikum~

Aku dah lupa bila kali terakhir aku update blog ni dengan memori terbaru (luahan hati takyah include la haha). Tapi boleh kata selalu juga ada niat tu nak update blog tapi biasalah amal itu yang membuktikan,kan. Eh apa la aku mengarut ni.

Anyway, beberapa peristiwa besar telah aku sambut semenjak aku last update tahun lepas. Memang ikutkan nak buat satu post special untuk setiap peristiwa tapi laptop pun takde takyah sembang la wey ganasnya bahasa kau haha~Ni pun aku tumpang laptop orang so lets make it short dan sweet, kay?

1) I Survived Dental School!! Yeayy!!




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tak ada perkataan yang dapat gambarkan betapa gembira dan bersyukurnya aku dapat tamatkan pengajian walaupun perjalanannya penuh liku, darah dan air mata. Darah sebab jari aku pernah tertikam oleh lecron masa buat denture, juga kena wire masa bending untuk removable orthodontic appliance. Haa significant kot bukan sesaja je tau sebut darah tu. Air mata of course la bila kena marah dengan lecturer dan masa dapat patient fussy dan juga sepanjang proses pembuatan dentuire dan crown yang penuh dengan perkara unexpected.

Juga aku ditakdirkan kena extend selama dua bulan untuk selesaikan kes yang berbaki. Dua bulan tu pun tak menjamin tau sebenarnya sebab apa-apa pun boleh jadi tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, juga aku percaya ini berkat doa mak ayah aku yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya ini. Ucapan grad aku dah buat dah kat facebook dengan instagram tahun lepas so kita skip la part ni ya hehe~

2) Alkisah Doktor Kolget

Ini pun aku consider sebagai satu pencapaian terbesar juga sebab ini merupakan impian aku sejak kecil. Aku sangat suka menulis dan pernah mencuba menghantar karya aku beberapa kali untuk disiarkan terutama sekali majalah sekolah (haha satu permulaan la tu kan) tapi boleh aku katakan tak ada yang tersiar. Pernah juga masuk pertandingan menulis kalau ada event di fakulti tapi tetap juga tak menang. Tapi aku tak berhenti menulis sebab menulis ialah cara untuk aku lari dari tekanan. Melalui watak yang aku cipta, aku dapat luahkan apa yang aku rasa dan sampaikan apa yang aku harapkan. So kebanyakan cerita yang aku tulis kalau aku yakin sikit, aku publish di blog sendiri. Itupun sekadar pameran dan tidaklah mendapat pengiktirafan atau kritikan daripada mana-mana pihak. 

Sehinggalah hujung September tahun lepas, KataPilar Books iklankan pencarian sesiapa yang mahu tulisan mereka dibukukan untuk projek baru mereka bertemakan pergigian, aku cuba hantar tiga cerpen aku yang selama ini pembacanya hanya aku (haha). Alhamdulillah, hujung Disember kalau tak silap aku terima jawapan yang menandakan karya aku terpilih =D Seronoknya waktu ni memang tak terkata dan hari-hari aku doa supaya buku ni akan diterbitkan juga satu hari nanti. Aku cuma khabarkan kepada adik beradik dan kawan baik aku je tentang perkara ini sebab aku nak juga berkongsi kegembiraan tapi dalam masa yang sama aku tak mahu terlalu excited, takut tak menjadi. Tambah lagi aku cumalah graduan pergigian yang tak punya apa-apa, mentah lagi kalau nak dibandingkan dengan penulis lain. Dalam bidang penulisan pun aku tak punya apa-apa melainkan minat dan bakat yang belum diiktiraf. Kursus penulisan pun tak pernah pergi jadi aku risau kalau aku tak memenuhi kehendak penerbit. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kita benda yang kita nak tepat pada masanya. Hence, the birth of Alkisah Doktor Kolget on last April 2017 =)

Motif letak sekali dengan novel Breathe sebab nak tumpang populariti *ampun Dr Beni*

Kakak sulung dan adik bongsu (diorang ni kawan baik) yang datang memeriahkan Meet & Greet

My BFF came all the way from Kedah to celebrate this~ thank you so much Adlina =)
Thanks a lot Ehsan, Ifa, Farah, Adlina & Lala =))


Team Alkisah Doktor Kolget. Kat belakang tu dari kiri Dr Firdaus Hariri & Dr Shafiq. Kat depan tu dari kiri: aku, Dr Zahrah (my senior hehe) & Dr Najibah.
Its an honor to be among them. Segan pun ada bila dapat jumpa Dr-Dr ni sebab semua berpengalaman sedangkan aku hanya berkisarkan pengalaman sebagai pelajar. Apa-apa pun aku berharap cebisan tulisan aku memberi manfaat kepada yang membaca. Seriously rasa nak wajibkan semua orang baca buku ni sebab apa yang kami kongsikan dengan masyarakat sebenarnya nampak simple tapi amat penting. 

Sekarang promosi pun masih berjalan sehingga 15 Mei yang mana sesiapa yang nak beli buku-buku terbitan Kata Pilar Books akan dapat harga promosi masa pesta buku hari tu. Jadi, jangan lepaskan peluang ni sebab once dah masuk kedai buku nanti, harga akan kembali ke asal. 

3) I am Waiting for the Call

Hari ni akhirnya keputusan temuduga SPA kami keluar dan alhamdulillah kami berjaya. Sekarang tengah kalut menunggu panggilan untuk PTM dan berebut isi penempatan. Aku harap aku dapatlah either Kuala Lumpur atau Selangor. Dan semoga pencarian kereta aku berhasillah. Cemane nak gi kerja ni takde kereta lagi haha~

Rasa macam nak tulis panjang lagi tapi hari ni je aku off day so aku nak rehat puas-puas. Kimi No Nawa pun tak habis tengok lagi sebenarnya. Bagi can laa nak rehat jap hehe~

Terima kasih kerana membaca sampai habis =) Next post insha Allah aku nak review buku-buku yang aku beli time Pesta Buku hari tu.

Friday, May 5, 2017

Jatuh

Hujan turun renyai-renyai menyuramkan lagi suasana yang serba dingin dan sayu. Kebetulan lagu yang berkumandang liriknya mengusik hati, lalu senyuman yang ditampal sejak permulaan hari perlahan-lahan pudar, tanda bibir tak mampu melawan graviti terhasil oleh pilu di hati.

Mujurlah waktu itu hujan, kalau tak pasti orang tahu air yang berlinang di wajah itu miliknya.