Showing posts with label zaman belajarku. Show all posts
Showing posts with label zaman belajarku. Show all posts

Monday, September 19, 2016

'Afifah dan pengalaman bekerja pertamanya

Assalamu'alaikum =)

ghindu wehh nak blogging. alang-alang tengah ada kat kampus dengan wifi yang laju, ayuhlah kita manfaatkan sepenuhnya ;)

aku dah habis belajar secara rasminya bulan 7 dulu tapi sebabkan ada satu kes belum siap (insha Allah akan habis bulan 9 ni) maka aku masih bergelar pelajar cumanya aku kena settlekan kes tu jelah. bila kena extend gini of course le biasiswa mana dapat dah. so lepas seminggu raya gitu aku pun merayau kat pekan sungai besi tu cari kerja kosong. banyak tempat aku tanya dan tinggalkan nombor telefon tapi sampai bulan 8 aku nak masuk semester balik takde sape pun jawab. maka pasrahlah aku menyambung baki pengajian dengan duit raya. seb baik still dapat duit raya taww

ikutkan aku nak jadi DSA (dental surgeon assistant) atau mudahnya pembantu doktor gigi. tapi klinik gigi yang 6-7 biji kat area rumah aku tu takde vacancy. aku mohon jugak jawatan kat satu klinik ni tapi takde gak dipanggilnya aku untuk interview ke mungkin sebab aku terlalu berterus terang yang aku ni dental graduate kot. akhirnya penghujung bulan 8, mak aku selaku pelanggan setia sebuah farmasi kat rumah aku bagitahu yang farmasi tu cari pekerja part time.

teruja ok. aku saja-saja la pergi tanya memandangkan aku ada sebulan lagi sebab takut dia tak terima aku kalau tak datang kerja atas alasan kena masuk klinik untuk completekan requirement. tapi, tak sangka ok. pharmacist tu dengan senang hati terus bagitahu aku gaji berapa, jadual kerja takyah risau nanti boleh adjust, kalau ada kelas pergi je kelas tu gaji untuk hari tu dia bagi ikut jam. aku cam nak berjoget jam tu jugak punya happynya dapat kerja hahaha maafkan hamba yang naif ni. haruslah first time kerja kot. takde pengalaman tapi alhamdulillah syukur sangat dapat pengalaman ni.

sekarang dah masuk minggu ketiga aku kerja kat farmasi tu. a great experience i must say. pharmacist kat sini baik-baik, tak lokek ilmu, akak-akak staf pun baik gila okay aku silap dia tak marah pun, takpe...katanya lembut. aku suka sangat especially bab ubat-ubat yang biasa orang ambik. satu sebab aku bekerja jugak ialah nak kenalpasti ubat supaya bila patient datang nanti cakap saya makan ubat sekian sekian at least aku tahu. yelah ada orang dia tau jenama ubat je padahal setiap ubat tu ada generic name dia (nama rasmi dia yang satu-satunya) dan brand nama which is jenama, macam yang kita biasalah. selain nama, aku nak jugak korek tips dari pharmacist tu macam mana nak tau ubat sekian bentuk dia biasanya macam mana. sebabnya aku pernah dapat patient yang bila aku nak rekod medication history dia, dia bagi aku sebekas ubat yang dia dah siap-siap kelaskan ikut waktu makan. patient ada hypertension, sakit jantung dan kencing manis so kalau ikut agakan, bolehla  nak agak ubat jenis apa dia makan tapi takkanlah aku nak agak..agaklah weii kena viral kang doktor tak rekod patient's info betul-betul. silap info dah satu hal pastu silap manage naya laa..

anyway, entri ni takde gambar sebab aku takde masa nak berselfie ke apa sebab kerja banyak. customer lak kalau datang menderu tu kadang sampai tak terlayan. letih tapi aku puas hati dengan kerja aku. alhamdulillah, doakan aku terus ikhlas dalam bekerja tau. insha Allah. 

tengoklah kalau ada klinik gigi nak DSA nanti aku trylah apply, dapat pengalaman lain pulak =) yang penting tak duduk rumah terbaring je hehe


Saturday, February 20, 2016

mencabut gigi pesakit jantung

Assalamu'alaikum =)

antara salah satu salah faham yang terdapat dalam segelintir masyarakat ialah doktor gigi hanya merawat gigi dan nothing but teeth. sedangkan hakikatnya kami turut 'dibebani' dengan tanggungjawab menghafal nama ubat, menghafal nama penyakit, belum masuk ulser yang korang jumpa dalam mulut tu korang panggil ulser je tapi kami kena tahu at least lima differential diagnosis dia. ini semua kerana kami merawat seorang manusia, bukan sebatang gigi.

so untuk klinik cabutan hari tu aku telah bawak ayah aku datang klinik sebab time aku balik weekend hari tu, dia complain gigi dia sakit sampai kena makan painkiller. dia cakap nak cabut gigi tapi time tu aku ada patient untuk dibawak masa klinik cabutan nanti. tapi lepas aku dah refer patient tu kat kawan aku, berjayalah aku bawak ayah aku sebagai patient hari tu.

untuk pengetahuan, ayah aku telah disahkan menghidap penyakit jantung, iaitu myocardial infarction dengan sejarah serangan terakhir pada Julai tahun 2015 dan telah menerima rawatan angioplasty. ayah aku jugak kena makan dua jenis ubat cair darah demi mengelakkan serangan kedua berlaku, di samping menjaga pemakanan dan berhenti merokok. 

sebagai doktor gigi (dalam konteks aku pelajar pergigianlah), kitorang WAJIB tahu serba-serbi berkenaan latar belakang kesihatan setiap pesakit. sebab tu bila first time jumpa doktor gigi, korang akan disoal ' ada masalah kesihatan apa-apa tak?' serta pelbagai soalan tambahan seperti ada alergi tak, pernah menjalani apa-apa rawatan tak sebelum ni, pernah admitted tak sebelum ni dan macam-macam lagi. ini sesuatu yang sangat penting sebab masalah kesihatan badan boleh mempengaruhi gigi dan sebaliknya. so, kalau korang pergi jumpa dentist, janganlah jawab sambil lewa atau lebih teruk lagi berbohong mengatakan sihat walafiat sedangkan berpenyakit. buruk kesannya nanti kepada dentist yang merawat, pembantu dentist dan diri korang sendiri.

dalam kes ayah aku, aku kena tahu last attack bila, ada episodes of chest pain tak selepas2 tu, camne pattern chest pain tu, relieve on rest ke tak, pain on exertion atau on rest, dan jenis ubat yang diambil. ayah aku ambil dua jenis ubat cair darah, jadi di sini kita nampak bila patient ambik ubat cair darah datang untuk cabutan, kita boleh expect akan ada pendarahan yang berlaku lebih lama dari biasa dan kena tahu macam mana cara nak kawal pendarahan.

gigi ayah aku yang aku cabut tu tinggal akar je dan itu sesuatu yang sukar dijangka tahap kesusahannya. even gigi biasa yang masih lengkap tu pun kadang-kadang boleh berakhir dengan MOS, inikan lagi retained root. ditambah dengan faktor gigi tu terletak paling hujung belah atas, tahap kesukaran makin menjadi-jadi. ayah aku pulak bukak mulut dah habis luas dah tapi still aku susah nak masukkan forcep untuk cabut retained root tu. lebih kurang setengah jam jugaklah aku berusaha keluarkan gigi tu. mak aku yang datang teman ayah aku pun sempat cakap yang aku berpeluh-peluh masa tengah longgarkan gigi tu guna coupland.

alhamdulillah akhirnya gigi tu pun berjaya dibawa keluar. dah patah tiga dah pun so aku keluarkan satu demi satu. check dengan doktor, check balik socket ada sharp bony edges atau fractured fragment tak, ok takde syukur sangat. last sekali aku pun tekan tempat cabutan kuat-kuat, letak hemostatic agent dan pastikan pendarahan dah terkawal sebelum aku bagi ayah aku ubat dan benarkan balik.

tinggal serpih je wei
satu benda yang aku perasan. kebanyakan orang pandang ringan tentang kesihatan pergigian. ada yang berpendapat kalau gigi dah rosak, cabut jelah.takde gigi? gigi palsu kan hado. well, ladies and gentlemen, i'm sorry to say that it's not that easy sebab pemakaian gigi palsu tak sama langsung dengan gigi asli. walaupun dentist sedaya upaya buat gigi palsu yang cantik, selesa dipakai dan boleh berfungsi macam gigi asli. 

satu lagi ialah perihal kesihatan gigi dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit kronik yang boleh mempengaruhi rawatan pergigian macam sakit jantung, kanser dan sebagainya. satu nasihat akulah, apa jenis penyakit sekalipun hatta korang sihat walafiat sekalipun, silalah jaga gigi anda elok-elok. 

tambahan kepada sesiapa yang menjaga orang yang menghidap sakit kronik, tak kisahlah mak ayah ke, atuk nenek ke, selain daripada menjaga pemakanan diorang, korang kena dan wajib ambik berat pasal gigi diorang tau. gosokkan gigi diorang 2 kali sehari atau kalau yang pakai gigi palsu tu, bersihkan gigi palsu setiap kali lepas makan dan rendam dalamair sebelum tidur. walaupun sakit, diorang tetap kena pergi pemeriksaan gigi secara berkala supaya rawatan dan pencegahan awal boleh dibuat. tapi kalau tak check, kesianlah diorang nanti kalau tetiba sakit gigi, pastu ditambah pulak dengan penyakit yang diorang ada, lagilah sakitnya. 

contoh macam orang yang akan menerima rawatan radioterapi, sebelum pergi radioterapi tu diorang kena buat dental check up dulu supaya mana-mana gigi yang tak boleh diselamatkan boleh dicabut awal-awal dan mana gigi yang boleh diselamatkan ditampal dan dirawat. sebab utama ialah raioterapi memberi kesan sampingan pada diorang, contoh kalau cabut gigi dalam tempoh yang terdekat selepas radioterapi, boleh jadi penyembuhan kat tempat cabutan tu kurang sebab kurang aliran darah ke kawasan tu. akibatnya boleh jadi komplikasi yang lagi teruk macam jangkitan kuman dan sebagainya.

panjang lebar post aku kali ini. harap korang tak malaslah untuk scroll dan baca haha..alhamdulillah hari ni dah hari kedua lepas cabutan aku follow up ayah aku via phone dia kata dia ok je takde berdarah dah tempat cabutan tu. harapnya memang dah oklah sebab aku sangat risau. yelah ambik ubat cair darah kot. dahlah aku jugak yang mencabut gigi dia.

apapun, aku harap post aku ni bermanfaat =) terima kasih kerana membaca~

petang tu klinik kanak-kanak. very cute tau si putera yang jadi patient aku ni =D

Sunday, January 3, 2016

a short escape to PD

Assalamu'alaikum =)

awal-awal tahun begini biasanya aku akan bergelumang dengan buku dan nota-nota setinggi katil aku kat GV ni ha. tapi tahun ni aku telah membuat keputusan drastik dengan mengikut kawan-kawan aku pergi PD untuk melawat anak buah Adlina yang comel gila tahap rasa mahu geget-geget dan berjalan-jalan. asalnya memang dah lama nak pergi tengok anak buah Adlina dan akhirnya terlaksana jugak kali ni.


irsyad sangatlah comel, behave dan sedap dipeluk (haha). tak meragam pun masa kitorang aunties ni pass2 dia dari sorang ke sorang yang lain. dah last2 tu dia pun mengantuk agaknya time tulah dia macam merengek sikit tapi sebelum tu masa main-main dengan kitorang ok je. i wish i can have a baby like him. haha~celah mana nak cari gene putih melepak gitu? Adlina ni nama je Jawa tapi putih melepak2. aku Jawa gak tapi apsal tone tak sama? tetiba marah pahal? semua sebab kawad (kesimpulan).

kitorang sampai agak lambat so makan tengahari pun lambat. berbekalkan mobile data 50MB yang aku subscribe dengan harga RM 1, aku pun google ' tempat makan best di port dickson'. daripada beberapa blog yang aku baca, diorang suggest makan dekat Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place. sedap ayam dia cuma nasi dia sikit haha kitorang tak kenyang lagi makan kat situ. sebenarnya boleh je order nasi tambah tapi tah kenapa tah kitorang tak order.


gambar makanan takde sebab semua lapar so memang taklah nak tunggukan. makanan sampai terus ngap. harga pun okey berpatutan. lepas makan, kitorang cadang nak gi pantai sambil minum coconut shake. sebabnya teringat masa year 2 dulu pernah buat Family Day kat situ dan ada satu gerai tu jual coconut shake yang sangat sedap. so kemainlah google jalan nak ke Pantai Cermin sampai tersesat-sesat masuk lorong tah mana tah. 

tapi bila dah sampai tu kitorang kecewa sebab kedai yang jual coconut shake tu dah takde. hampa aku. bagi mengubat hati yang lara, aku dengan kawan-kawan aku pun belilah makanan kat gerai tepi2 pantai tu. aku beli burger dengan aiskrim. yelah lapar lagi ni mana cukup nasi semangkuk kecik tadi haha. bila dah beli makanan tu, satu masalah lain pulak. tak tahu nak lepak mana. waktu tu dalam pukul 4 lebih so bayangkanlah nak duduk tepi pantai tengah panas terik tu. mula2 duduk satu spot tu pastu pindah spot lain. pastu pindah ke lain pulak. gigihlah kitorang bergambar dengan makan tengah-tengah terik gitu.

tamak betul aku burger dengan aiskrim suap selang-seli haha


dah siap makan tu, kitorang decide nak pergi Galeri Seni 3D. menggoogle jalan ke situ pulak. ambik masa setengah jam jugaklah dari Pantai Cermin tu tapi kalau korang pernah pergi Golden Straits Villa, dekat je dengan galeri tu tak sampai setengah jam pun. kitorang sampai pukul 6 lebih. harga tiket bagi makcik-makcik macam kami ni yelah RM 20. kalau budak yang tingginya bawah 90cm dengan orang tua diorang free of charge. masuk sini takleh pakai kasut tau sebab dia tak nak bagi kotor segala lukisan 3D yang ada dalam tu. ada dalam 50 lukisan jugak kat sini so korang bergambarlah sampai rasa nak muntah.






sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak daya aku nak upload banyak-banyak ditambah dengan kemalasan yang tinggi. tapi memang bestlah dapat pergi sini. nanti aku nak bawak family aku datang sini. 

bila pergi PD ni mesti aku akan mengenang balik kenangan kecik-kecik dulu. dulukan aku duduk Seremban so kalau hujung minggu tu memang selalu je pergi PD. kalau tak bermalam kitorang akan berkelah je. pasang khemah pastu mandilah kau puas-puas sampai tengahari. dah lapar baru naik makan. kalau tidur mana-mana hotel pulak memang tak pernah lagilah duduk satu jenis hotel tu je setiap kali datang. boleh kata tiap kali datang mesti lain-lain hotel kitorang duduk. tapi yang aku recommendkan ialah Golden Straits Villa. sebab bilik dia best selesa dan seberang je dengan hotel tu ada pantai yang sangat cantik dan bersih. so kot2 lepas Subuh nak jenjalan ke boleh la.

insha Allah ada rezeki aku datang lagi PD =D terima kasih athirah, adlina, zahidah dan fafang!! seronok sangat. 

ok,sekarang nak exam dan ada presentation CDP minggu depan so wajib berhenti blogging sekarang.

terima kasih kerana membaca =) semoga 2016 aku bertemu jodoh. eh semoga tahun 2016 menjadi tahun yang baik untuk korang semua~




Thursday, December 31, 2015

" aaah!! tamau cabut gigi dengan you!"

Assalamu'alaikum =)

hari Khamis bermakna hari cabutan. pagi tadi alhamdulillah aku dapat patient untuk cabut gigi. so, aku pun mulalah ambik history, tanya segala benda yang perlu. tiba-tiba aunty tu tanya,

" nanti ada doktor cabutkan gigikan?"

" taklah. sayalah yang cabut gigi aunty nanti,"

" hah? you cabut ke? bukan doktor ke?"

" doktor ada tapi doktor akan pantau saya buat cabutan tu nanti. aunty jangan risau, saya sudah cabut banyak gigi, aunty," how confident I am LOL.

" ohh itu macam ka..saya ingat doktor yang cabut,"

" hahaha aunty, aunty tak percaya sama saya ke?" 

lalu aku sambung buat examination kat aunty tu. sambil tu dia masih merasa aneh dengan fakta yang aku akan cabut gigi dia. aku pun terangkanlah yang doktor yang pantau aku pun doktor pakar jadi aunty tak perlu risau.

pastu aku pun present kat Dr. sungguh lega kerana Dr tidak garang hari ni. takut kena marah sebenarnya haha. kemudian aunty tu tanya Dr,

" Dr, dia ni yang cabut gigi ke?" kerisaunnya masih jelas ternyata.

" ha'ah aunty. aunty jangan risau, dia sudah final year, sudah mahu jadi doktor. dia pun sudah cabut banyak gigi. kalau jadi apa-apa saya ada," 

dan akhirnya aunty pun menarik nafas lega mendengar jaminan Dr itu. lepas Dr izinkan proceed, aku pun startlah bagi local anaesthesia dimulakan dengan bismillah. bila bius dah efektif, aku pun start longgarkan gigi tu. ada lubang yang quite deep kat buccal so aku sangat risau kalau salah grip boleh patah. 

alhamdulillah, selepas beberapa minit gigi tu berjaya aku keluarkan tanpa menyebabkan trauma pada gusi dan kawasan sekitar cabutan.

*lupa nak snap gambar gigi*

dan aunty pun merasa gembira kerana gigi yang sekian lama menyebabkan sakit sudah dibawa keluar. semoga aunty datang semula untuk buat denture pula (sebab aku dengan Dr both pujuk aunty untuk buat denture tapi setakat ni dia tak setuju lagi).

demikianlah kisah di hari terakhir semester ini dan tahun 2015 ini. 

anyway ayat ' sudah mahu jadi doktor' tu somehow buat aku makin cuak pulak. aamiin. insha Allah tahun 2017 nanti aku sudah bergelar Dr.

mohon doa semua ya. #prayfortheonlybatch

Friday, December 18, 2015

FoD's Student Colloquium & OMFS Posting at HUSM

Assalamu'alaikum =)

i've been quite lazy recently updating on my dental student's life though sometimes i get the chance to do so. usually i typed few words whenever i had time to write new entry but then it stops at the middle when i fell asleep beside my laptop.

so, please pray for me. i really want to make this one *insert emoji smiling brightly*

last Thursday i had my dental student's colloquium. finally the time to present my hardwork for the past 6 months arrived. i spent my final semester break at faculty in order to complete my research as my research is lab-based. it was still Raya mood at that moment plus i just came back from kampung where my dad was admitted due to MI. doing a lab-based research taught me many things. apart from all microbe thingy that i have to refresh, i also learnt that whatever you do, you must remember that things will never happen according to what you want, it is Allah who determine it. and i am very grateful for that because we human sometimes forget the concept of 'tawakkal'.

to all my juniors, if you choose to do a lab-based research, first thing you need to remember is be patient. then never give up. always remember that microorganisms are Allah's creation too and without His will, they will never grow though sometimes you may think that you've tried your best to provide the suitable condition for them. but trust me, lab-based research is very fun and i enjoyed doing it. although we didn't get the result like what we hope.

did my best and i love it =D
next i have to attend my oral and maxillofacial surgery posting at Hospital Universiti Sains Malaysia. it was my first time going to Kelantan and me and my group members were the second last group attended the posting. i've heard a lot of experiences from my friends who already went there and i was envied because they said when you've been there, you'll forget everything in USIM and will want to stay there. seriously it is. although this is my second day after the posting ended, i still cant get over it. i hope it will get better as soon as possible because the reality is my life is here, in USIM.

i went there last Saturday and we arrived around 4pm. Husna fetched us(me and Khalies) from the airport and brought us to her house. there she served us bread pudding and banana cakes that were very delicious. soon after the tea, she sent us to motel where we're gonna stay for the whole posting.

this is us when there is free time =)
overall, i can say that i enjoyed the posting so much because i was exposed to procedures as well as cases that i've never seen before. actually we usim students joined usm students who are attending omfs posting as well although our schedules are slightly different. they are so kind and friendly and i can see they are much better compared to us in terms of skill especially in this posting. plus the OMFS lecturers are very kind and helpful though everytime they asked us question i always answered quietly. huhu...fyi, one of my flaw is i am lack in confidence to answer even if i know the answer because i always feel scared to be embarrased. can someone fix me please huhu

few students were allowed to enter OT at certain amount of time so when we swapped with other students, here we are!! selfie =P
i also get to join oncall. we were already on our bed at that moment when we received a call from the oncall officer regarding the new case. as we reached the red zone, all the doctors on duty were trying their best to manage the patient and stabilize him. after his airway is secured and painkiller is administered intravenously, he was passed to us for management on his facial part that were involved in the accident. he was bleeding profusely especially from the mouth and i noticed it came from a through and through laceration wound on his lips as well as on his palate. he was also presented with fractures at several regions on his mandible and maxilla. i was shocked looking at his injuries and i wonder how much force he have received in and how much pain he must have been bearing with receiving such injuries.

i get to see the patient clearly because i get to assist Dr to fix archbar on his jaw in order to stabilise the fracture. when i touched the fractured segment, my hairs stand because it is very loose. it took three hours to suture all the laceration wounds and fixed the arch bar and finally we get to sleep around 4am. it was our last night in HUSM and when i remembered that i have to leave the next morning, i was kinda sad.

and i still feel it until this moment.

anyway, back to reality 'afifah. 

USM is awesome but so USIM. hehe i love them both, for all experiences that add colours to my life's canvas =D

cant wait to graduate!! please pray for me.. i am getting demotivated nowadays. tried my best to keep the spirit at its level and please pray that i'll never do something unusual haha~


Monday, March 9, 2015

ohana means family

" Ohana means family. Family means nobody cant stay behind or forgotten."

my beloved family


i'm proud being a member of #theonlybatch

terima kasih atas setiap saat yang kita kongsi bersama. pedulilah sedih, manis, pahit atau perit, selagi kita masih bersama dan tersenyum antara satu sama lain, selagi itu kekuatan itu akan terbina semula. be strong and have faith =)




Wednesday, February 18, 2015

lif dan patient

Assalamu'alaikum =)

semalam aku call mak dia bagitahu adik beradik aku semua dah ada kat rumah. ya, kecuali aku. mak siap tanya, tak boleh mintak cuti ke? orang nak raya cina kan? huhu...kalaulah mak tau betapa aku memerlukan hari bekerja sebanyak yang mungkin sebab requirement yang masih banyak tak terisi ni. nak cuti pun tak sanggup tau. sakit2 bengkak mulut lepas MOS hari tu dulu pun aku gigihkan jugak datang sebab setiap sesi sangatlah berharga #akutaknakextend

ya Allah spirit lamp tuuuu...
so hari ni sepatutnya aku buat try in denture. hari Rabu jadual kami ialah klinik Perio di sebelah pagi dan klinik Prostho di sebelah petang. perio bermaksud bidang berkaitan periodontium ( gusi, tulang alveolar, cementum dan periodontal ligament) manakala prostho bermaksud bidang gigi palsu yang merangkumi gigi palsu kekal dan gigi palsu boleh tanggal.

sebagai pelajar klinikal, aku diwajibkan untuk memenuhi requirement iaitu buat sepasang denture full/full, sepasang denture full/partial dan selebihnya partial/partial. mula sejak tahun 3 lagi aku dah patut buat F/F tapi ditakdirkan patient aku meninggal dunia sebelum sempat aku issue denture beliau. untuk kebaikan aku dan pesakit aku di masa akan datang, maka baiklah aku buat je patient F/F lagi sekali. dan alhamdulillah berkat pengajaran yang aku dapat sepanjang bersama patient lama dahulu, aku berjaya buat gigi palsu baru ni cepat sedikit berbanding pesakit lama. yalah dulu dah asyik kena repeat bagai silap sana sini sekarang dah tahu silap kat mana so alhamdulillah setakat ni berjaya buat sehabis baik dan mengelak dari tersilap.

balik kepada cerita tadi, sepatutnya hari ni sesi aku buat try in denture. try in denture ialah sesi di mana selepas ukuran rahang patient direkod, aku akan susun gigi palsu kat atas occlusal rim yang diperbuat dari lilin. lepastu patient akan cuba pakai gigi palsu tu dan kalau dah ok dari segi aesthetic, phonetic, occlusion dan MMRnya gigi tu akan aku proses jadi gigi palsu yang sebenar pulak.

tapi tapi tapi....

siapa yang pernah datang klinik gigi aku ni (eceh padahal fakulti punyakan) mesti tau krisis lif yang kami hadapi bertahun sudah ni tapi kian meruncing tahun ni. bangunan kami bangunan yang dah lama, so lif tu pun memang dah uzur. ada tiga tapi satu rosak dan satu lagi sedang ditukar. maka bergantunglah kami pada lif yang berbaki satu tu untuk angkut kitorang turun naik. tu baru kitorang, patient?

aku dah tak hairan sangat dah kalau kena naik tangga dari tingkat 8 sampai ke 17 pun sebab...dah tak larat nak complain. nak buat macam mana kau ingat lif tu boleh ditukar siap dalam masa sehari. dah beberapa bulan jugak aku rasa. so kena redha dan sabarlah. tapi sebagai orang yang memberi perkhidmatan kepada pesakit, aku rasa simpati dan kesian sangat kat patient. yalah klinik ni dahlah tinggi pastu patient semua bukan muda remaja. kena lif rosak time klinik gigi palsu macam aku ni? senget dibuatnya nak mendaki naik ke tingkat 17. hari tu adik aku datang sebagai patient paeds ( kanak-kanak) pun dia kena ikut naik tangga sekali. tapi kakak aku kata dia cergas lagi daripada kakak aku dengan kawan aku yang treat adik aku tu. haih budak tu memang tembam dan cergas pun =P

makanya itulah yang terjadi hari ni. lif rosak dan patient aku tak boleh naik. aku try pujuk dia naik lif bangunan sebelah sampai tingkat 8 lepastu naik pelan-pelan ke tingkat 17. tapi nak buat macam mana orang tua bukannya larat macam aku. aku pun mengah diorang apatah lagi kan. so takpelah aku lepaskan mereka pulang dengan hati yang berat. sob sob sob...burn klinik aku hari ni =( minggu depan turn partner aku. huhu...bukan aku sorang je la tapi, ramai je. boleh kata yang tinggal kat klinik ni tak sampai separuh kelas pun. adalah 6 ke 7 kubikel yang ada orang. takpe boleh doktor relaks sikit hari ni hahaha...

semoga ada harapan baru untuk kami esok. haha~ayat macam apa. harap2 urusan kami dipermudahkan selepas ni. dahlah nak balik rumah. cuti 4 hari jangan disia-siakan =D

singgah Murni kat Bandar Sri Permaisuri dulu sebelum balik. aku punya spaghetti benzema manakala Athirah punya nasi lemak ayam pandan. strongly recommended menu: garlic cheese naan. *menyimpan hasrat untuk dating bersama suami suatu hari nanti di sini haha*

Thursday, December 18, 2014

"encik,gigit."

Assalamu'alaikum =)

sungguh aku rindu nak mengarut dekat blog ni. bukanlah mengarut pun sebenarnya sebab aku cuma nak bercerita. tapi disebabkan skrin laptop aku dah berwarna warni sampai wajah kacak lee junho pun dicover sepenuhnya,terpaksalah aku redha menaip pelan2 kat handphone je. gigih ni tau tak?

anyway, aku nak bagitau yang aku rasa seronok bila dapat jumpa patient. patient aku ada macam macam ragam. patient paeds aku comel dan maknya pulak suka bagi encouragement. patient perio aku ada yang suka ajak berborak. arwah patient prostho aku pun suka bercerita. macam2lah senang kata. tapi semua ada satu persaman.

iaitu bila aku suruh gigit yakni menemukan gigi atas dengan gigi bawah mesti diorang akan tolak rahang bawah ke depan supaya gigi atas dengan gigi bawah jumpa edge to edge. dan sesungguhnya itu bukanlah gigitan yang aku maksudkan.

aku tahu bila kita jumpa dentist, kita tend to impress the dentist. of course, sebelum jumpa orthodontist aku pun aku akan berus gigi sungguh2 dan bila ditanya kenapa oral hygienr tak berapa bagus, aku akan mengelat dan cuba bagi alasan  yang sebenarnya aku jaga oral hygiene aku betul2.

namun begitu, suka untuk aku jelaskan di sini bahawasanya gigitan edge to edge tu bukanlah gigitan yang ideal. maksud aku, kalau bila korang gigit gigi depan atas korang duduk dan cover gigi depan bawah separuh, maka itu ialah average. bermakna korang normal. jadi bila doktor suruh gigit, gigit je macam biasa. dentist korang gigit macam tu jugak 😁

tapi tapi tapi, kalaulah sejak ada gigi lagi korang dah gigit macam tu, tidaklah bermakna korang abnormal. apa yang aku boleh sarankan ialah sila rujuk kepada mana2 doktor gigi yang bertauliah (yang tepi jalan dengan jual fake braces dengan ijazah BDS grad dari Google tu tidak bertauliahlah ye) untuk rawatan lanjut sekiranya indicated. manalah tahu ada masalah kurang keyakinan diri ke, kawan ejek jongang ke, insha Allah ada rawatan untuk betulkan susunan gigi.

last aku nak bebel. aku panas betul tengok orang yang jadi 'doktor gigi' jalanan ni. konon harga murah padahal infection control tah ke mana. kalau dia ada autoclave tepi gerai dia tu takpe jugak. korang kalau nak murah, mehlah buat treatment dengan kitorang. free pun free, kerja kami pun dipantau pensyarah pakar dan infection control pun insha Allah terjamin sebab dipantau jugak dengan ketat ye. tinggal nak kena rajin datang dan bagi komitmen je. kalau tak, apa lagi yang hang nak ha dalam dunia ni? lame pah tiru ayat matluthfi. ah biarlah *flip shawl*

oklah. aku ada consultation untuk elective sebenarnya ni. tengah tunggu turn. hehe..

Saturday, September 27, 2014

the weekend

Assalamu'alaikum =)

macam mana korang spend korang punya weekend? ofkos kebanyakan orang akan jalan2, shopping2 atau lepak je kat rumah.

aku pun. tapi ada musim. contoh awal sem tengah berduit sikit (aku dah asing siap2 berapa banyak untuk dienjoykan, disimpan dan dibelanja sehari-harian) so boleh la paling tidak pergi jalan TAR. ataupun pergi mana2 contoh AEON ke Tesco ke kalau nampak baju yang saiz aku (aku kan tinggi so susah tau dak nak cari baju lawa yang syariah compliance) aku akan terus grab maksimum 2. haha~perempuan. semua baju dah pernah pakai dan makin bertambah tapi still setiap pagi peruntukkan 1-2 menung depan almari fikir nak pakai baju apa hari tu sambil berazam nak pergi beli baju baru. LAGI.

tapi ada minggu aku akan balik rumah. hoii rumah selangkah je kot kalau tak nak kena sound dengan kawan2 yang duduk jauh sebab tak reti bersyukur rumah dah dekat tak reti nak balik baiklah aku angkat kaki siap2 lepas kelas OPOM setiap petang Jumaat tu. dan kalau balik rumah takdelah buat apa sangat. tengok cerita. layan Ain dengan Amin punya gurauan yang menyakitkan hati tapi buat aku rindu gila bila dah balik hostel. borak2 panjang2 especially dengan kakak dan adik perempuan aku yang bila borak macam gaduh sebab suara masing2 kuat sampai mak jenguk bilik sebab ayah suruh tanya diorang gaduh ke apa dalam tu. borak ni la best sebab kitorang 4 orang ni semua duduk asrama dan environment semua berbeza so bila share cerita tu best la. dapat kenal kawan2 diorang sekali. haih, rindu seh kat diorang.

tapi jugak ada minggu aku nak duduk je hostel. kadang aku rasa spend weekend aku kat bilik, sorang2, duduk atas katil sambil online atau buat apa jelah pun sesuatu yang menyeronokkan. yelah kalau kat rumah ke apa dah kena masak sarapan kat rumah (rule kat rumah kitorang 4 orang anak dara yang belum kahwin ni kena masak sejenis 1. kakak aku biasa goreng nasi, aku goreng mee/mihun pastu selalu mak aku topup jemput2 dan adik aku buat air). tapi kat hostel ikut kau la nak buat apa tanpa sebarang arahan. aku rajin memasak kalau aku lapar. aku rajin je turun pas Subuh defrost jap nugget ke sosej ke pastu hari dah terang sikit aku goreng dan makan sendiri. jugak time weekend ni la aku nak buat laundry baju yang bertimbun tu eheh. suka sangat buat banyak2 pastu lipat kain sambil tengok Running Man petang2 haha.

camtulah aku spend weekend aku. eh, bilanya aku study? haha~entah. adalah. yang penting aku kena ada masa untuk release tension dan bernafas.

anyway, aku makin suka spend weekend kat bilik aku sekarang. terang tapi bila malam tutup lampu rasa nyaman dan nyenyak je tidur. sejuk jugak sebab katil aku betul2 bawah kipas (part kaki la). pastu tingkap besar dan pandang luar pemandangannya sungguh indah. nampak KLCC haha. so rasa best dan sweet je. haha pahal dah ni?

oklah nak gi jemur baju =D

tahun ke-4. tengok dalam gambar memang tak cun.cuba diri depan tingkap. sejuk dan nyaman. lagi sweet kalau ada orang backhug *hahaha*

Tuesday, September 23, 2014

" good,"

Assalamualaikum,

Hari ni ada cerita baru.cerita yang menambah warna dalam kanvas kehidupan.

Of course bukan setiap hari dilalui dengan mudah. Ada hari rasa mahu menangis tapi tak nak orang tahu.ada hari rasa seronok tapi tak sampai hati nak happy lebih2 sebab takut terguris hati kawan yang mungkin diuji dengan kesukaran hari tu.

Anyway, kisahnya hanyalah doktor angkat thumbs up bila aku berjaya cabut gigi. Jujur aku cakap, benda ni kecik je bagi certain orang tapi aku memandang tinggi benda ni. Bukan aku buat kerja mengharapkan pujian, tapi itu satu benda yang buat aku rasa aku sebenarnya boleh buat dan aku jadi lagi bersemangat nak baiki lagi skill aku pada lagi baik.

Aku pernah luahkan benda yang sama pada mentor aku. Aku gembira dan bersyukur. Jujur aku cakap life sebagai clinical year punya student ni banyak kaler dia. Dan aku enjoy semua ni.

Ada junior pernah tanya aku, macam mana aku boleh survive sampai tahap ni. Aku takde tips ok sebab aku bukanlah student yang skema haha. Aku belajar ikut mood. Aku study bagai nak rak masa exam (haha). Aku cuma buat ikut flow, cuba yang terbaik dan tak lupa doa mak ayah,family dan cikgu2. Adik2,akak yakin korang boleh buat much better than me.

Dentistry is fun. Tapi ada side kesukarannya. Enjoy je buat apa yang kita suka dan dalam masa yang sama betulkan niat. Buat sebab Allah tau, jangan sebab nak femes atau title Dr sebab tu semua tak bermakna apa2. In fact, kita ada tanggungjawab yang sangat besar bila ada Dr tu.

Semoga urusan kalian juga dipermudahkan.

p/s: ini update dari blogger for android. Hehe happy tau. Boleh la update selalu dengan pantas lepas ni :-D

Saturday, September 6, 2014

al-Fatihah

Assalamu'alaikum,

petang tadi dapat berita salah seorang pesakit saya sudah kembali ke pangkuan Allah yang Maha Menyayangi. mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

arwah sangat baik. arwah merupakan pesakit pertama yang saya jumpa dan saya rawat. arwah sangat baik dan 'compliant' pada setiap temujanji yang saya tetapkan. beilau tidak pernah buat saya menunggu setiap kali sesi kami bertemu tetapi beliau yang selalu menunggu saya. bahkan bila saya yang terpaksa batalkan temujanji, beliau dengan lapang dada berkata 'tak apa'. semoga Allah rahmati kebaikan beliau.

kenangan saya dengan beliau hanyalah sepasang denture. terima kasih ya Allah kerana pinjamkan saya seorang pesakit yang baik. yang padanya saya belajar seluruh proses membuat full denture. yang padanya banyak perkara saya belajar dari kesilapan dalam membuat full denture. saya takkan sia-siakan pengalaman dan ilmu yang saya dapat daripada beliau.

takziah kepada keluarga arwah. semoga tabah dan redha dengan pemergian arwah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

p/s: dah plan nak ambik gambar masa issue denture. tapi bak kata mesej terakhir arwah kepada saya, " xapa, takdir dr Allah."

Thursday, August 14, 2014

separuh perjalanan

Assalamu'alaikum =)

alhamdulillah thumma alhamdulillah =D

aku nak highlight kat lulus tu je muahaha
sebiji lagi batu kecil berjaya dialihkan. sedar tak sedar dah separuh perjalanan dalam nak jadi doktor gigi ni.

semalam, borak2 dengan famili pasal adik nak masuk degree. course dia 4 tahun. ayah kata, " ala pejam celik pejam celik habis la 4 tahun tu. ada orang tu sampai 5 tahun relax je, " sambil pandang aku. haha~

betullah. 3 tahun dah. kawan2 lain dah dok update masuk final year bagai tapi aku baru separuh. in fact bila aku fikir balik 3 tahun ni masih banyak benda yang aku kena belajar, kena ingat dan kena latih diri untuk asah skill bagi jadi lagi tajam. bila muhasabah balik macam mana aku lalui clinical year tahun lepas, aku kena baiki baaanyak sangat benda terutama dari segi time management. aku harap sem akan datang ni aku dapat partner yang boleh buat aku jadi laju dalam bekerja dan alert dengan semua perkara. benda yang silap masa tahun 3 harus diingati supaya tidak berulang lagi. 

oh, aku rasa lega dapat lepas tahun 3. yes sangat lega. aku pun tak tahu kenapa. yang penting aku sangat bersyukur. doakan kitorang satu batch untuk dapat lepas semua ni satu persatu.

terima kasih kepada semua yang mendoakan. terima kasih kepada semua yang jadi inspirasi. Allah sahaja yang dapt membalas jasa kalian =)

bismillahirrahmanirrahim, selamat datang tahun 4.

Tuesday, July 22, 2014

cerita lepas mengemas

Assalamu'alaikum =)

sekarang baru lepas habis kemas barang. kemas laju2 sebab petang karang dah nak balik. oh, pagi tadi pulak aku viva. memang aku tak nak kena dah viva lepas ni. tapi memang kena banyak usaha la kan kalau nak lepas viva eheh.

anyway aku tak boleh nak buat entri 'selamat tinggal tahun 3 selamat datang tahun 4' ke apa. sebab even exam dah habis pun, tak ada jaminan lagi yang aku akan naik tahun 4 sampailah result keluar. walaupun dengar2 macam semua lulus tapi tetap tak yakin sampailah result keluar. tawakal jelah, harap2 dapat lulus naik tahun 4. honestly aku dah tak sabar nak habis belajar sebenarnya walaupun 2 tahun (insha Allah) akan datang ni cabarannya lagi banyak dan hebat.

aku tak sangka dah habis tahun 3. cepat betul masa berlalu. cepat sangat rasanya. aku rasa macam aku baru lagi masuk degree, terkulat-kulat belajar benda baru yang banyak dan susah, diselang seli dengan segala kenangan indah dengan kawan-kawan. tau2 hari ni dah umur 22. insha Allah 2 tahun lagi. mohon doakan.

yang penting tahun 3 ni serius penat. entahlah. aku harap tahun depan aku diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghabiskan baki pengajian yang ada. ni pun tengah teringat-ingat requirement yang tak buat lagi. especially cons dengan prostho. aku harap sem depan aku dapat ramai patient yang compliant, yang banyak borak (haha tapi jangan banyak sangat tak buat kerja aku nanti) serta dapat improve skill aku yang masih sangat malap ni.

mohon doa kalian.

Thursday, May 1, 2014

the effect of sedentary lifestyle -> half-way hiking =P

Assalamu'alaikum =)

sebagai mengisi kekosongan cuti Hari Pekerja hari ni, aku pergi mendaki Bukit Saga. mendakilah sangatkan haha =P meh aku cerita dan orang macam aku patut ambik pengajaran dari pengalaman aku.

aku terjaga lewat. aku rush dan bila dah siap bagai2 kitorang gerak terus ke sana dan aku tak sarapan pun. awalnya aku dah terdetik dalam hati, boleh ke aku nak hiking ni kalau tak sarapan? tapi bila aku tengok kawan aku okey je, tak sarapan jugak macam aku semangat je nak pergi, then aku pun ikut je. ladies and gentlemen, this what we call 'ego'. hahah! ego yang memakan diri serta bajet ketahanan diri kuat.

tak berapa lama perjalanan akhirnya sampai jugak ke tempat yang dituju. actually diorang buat program ni untuk sesiapa yang akan pergi mendaki Gunung Ledang Sabtu depan sebagai persediaan. yelah dengan jadual padat (ek?) belum tentu yang nak pergi tu semuanya fit belaka kan? aku taklah ye aku tau tu. mula2 aku nak join dorang jugak tapi last2 aku cancel dan ganti dengan budak lain. dan aku rasa nilah keputusan terbaik aku pernah buat seumur hidup. cewahh

aku tak tau tinggi mana bukit ni tapi baru lepas berapa lama mendaki aku dah mengah. nilah kesannya mengamalkan gaya hidup 'sedentary' yang aku maksudkan. ditambah dengan aku tak makan lagi waktu tu, penatnya luar biasa betul. mula2 aku kuatkan jugak semangat sebab dah naik rugilah nak turun. pastu akukan semangat nak main air terjun sebab dah siap bawak baju ekstra lagi. so aku teruskan jugak walaupun dah banyak kali kena berhenti sebab tak larat. 

jalan dia bukanlah jalan yang mudah jugak. semput akak dibuatnya tahu. berapa kali jugak aku tergelincir waktu naik tu dan mendaki ni lebih kurang macam kau naik tangga tapi aku tak pasti ni berapa tingkat punya bangunan. tapi aku sendiri tak nafikan aku kadang2 naik tingkat 17 dari tingkat 15 je pun aku dah semput. adakah aku anemic tapi aku tak tau? nak kena pergi check ni.

dalam masa yang sama jugak kaki aku dah rasa tak sedap. macam kalau aku berhenti aku boleh rasa kaki menggigil dengan rasa macam semut2 nak datang. bukan semut 'ant' tu. jugak aku dah tak boleh nak pandang depan betul2 dan takut bila2 masa je mata aku boleh terpejam dan collapse. senget apa nak collapse tengah bukit? dalam masa yang sama jugak aku rasa irritated. kawan aku bagi semangat ' boleh pah,sikit lagi' tapi hati aku cakap, kau tak boleh ni. pastu ada orang cakap, ' boleh ni, kita tak sampai suku lagi ni' (aku rephrase ayat ni tapi maksud dia lebih kurang camni la). time ni lagi la aku rasa nak telan orang. and I know this is not a good sign since one sign of hypoglycemia is feel irritated. kepala pun dah tak boleh nak fikir apa.

tetiba ada senior aku turun sebab dia kata dia ada hal lepas ni so kena turun awal. dia tanya sesiapa yang tak larat boleh turun sekali dan dia hantar balik sekali. aku dilema waktu tu, kesian dengan kawan tapi kesian jugak kat diri sendiri yang buat kerja berat dengan tak makan langsung. last2 aku cakap aku give up je. serius aku tak boleh. sebelum jadi apa2 baik aku turun. malu sebab lembik pun malulah aku tak heran dah. daripada aku buat scene tergolek pengsan, baik aku turun.

namun perjalanan turun pun bukanlah seindah yang disangka. macam aku cakap tadi, ada certain part licin. dan nasib tak baik bila waktu aku turun ada sekali nak terjatuh dan aku tak perasan tangan aku terpaut pada pokok yang berduri tajam. macam kena electric shock, aku withdraw tangan aku sambil nak nangis bila tengok ada 3-4 duri tercacak kat tapak tangan aku. my hands is my asset as a future dentist (nangis). aku dah mula terfikir kot pokok ni secrete any poison dengan duri tu as their defense mechanism and racun tu masuk dalam badan aku ke atau paling teruk pun tangan aku bengkak2 sebagai respon immune system aku dan tangan aku kena balut. huuu..esok insha Allah kena cabut gigi guane aku nak cabut kalau tangan sebelah takleh pakai? banyak kali sambil turun tu aku belek tangan aku nak make sure takde pape jadi. alhamdulillah setakat petang ni takde pape beza pun kat tangan aku nih.

dan akhirnya aku sampai jugak ke bawah. tapi bila sampai rumah dugaan lain pulak datang menimpa bila kunci aku tertinggal dalam bilik. masa tu aku nampak rumah kawan aku je. apa lagi dengan kaki lenguh perut kosong kepala sakit aku pun menapak dengan lemah ke rumah dorang. sebabkan stay kat rumah dorang, sampai 2 movies habis aku layan sementara tunggu roommate balik.

sekarang aku nak sambung cari kunci. tak sanggup aku takde kunci ni. harap2 ada, aamiin.

anyway, esok aku nak cabut gigi, insha Allah. doakan esok dapat buat elok2 n tak kena marah dengan doktor. huhu..jugak urusan mencabut gigi tu dimudahkan.

so, anyone interested to extract their tooth for free, feel free to pm me. don't worry, i do my work under my lecturers (which they are specialist) supervision. insha Allah i'll do the best for you =)

Wednesday, April 2, 2014

depresi dan inspirasi

Assalamu'alaikum =)

aku menulis ni bukanlah sebab aku ada banyak masa terluang. tapi sebab kadang2 aku rasa bila aku dapat luahkan apa yang aku rasa, aku lega. so, nak tak nak sape yang klik blog ni kena baca la kan.*takde kaitan*

sekarang aku tengah down. bukanlah down sangat tapi aku rasa letih. ya adik2 yang nak masuk dental sekalian. menjadi pelajar klinikal ialah sangat memenatkan dan sampai sekarang aku sedang membiasakan diri dengan prosedur yang aku perlu buat setiap kali patient datang. secara rasminya aku masih belum mula treatment dengan banyak pun tapi ini pun dah buat aku penat.

ditambah dengan subjek yang memerlukan aku pergi hospital supaya gelaran Dr yang bakal aku pegang tiga tahun lagi (insha Allah, mohon doa kalian) tidak terhenti sekadar doktor pergigian, ini semua buat aku rasa tidur tu sesuatu yang paling aku suka sejak akhir2 ni. tapi bila bangun aku akan rasa bersalah dan buka buku Clinical Dentistry cepat2 supaya aku dapat gambaran apa yang patut aku buat untuk patient pada hari tu.

kesimpulannya aku letih. tapi aku sendiri tak bangkit menyelesaikan masalah yang buat aku letih. dan aku nak dengar orang pujuk aku. eh mengada kan. tak, aku nak dengar orang bagi semangat kat aku. di waktu macam ni, terima kasih kawan2. kerana masih setia tersenyum pada aku, dengar rungutan aku walau pada awal paginya aku berwajah masam sebab folder patient yang aku hantar tetiba boleh lesap (ini kisah benar). terima kasih kawan2 kerana masih sabar dengan aku yang selalu angin macam aku sorang je masuk klinik korang tak. terima kasih kawan2 *peluk sambil nangis terharu*

terima kasih juga doktor. kalau nak cakap pasal doktor dalam klinik memanglah garang. tapi aku sangat berterima kasih kepada semua doktor yang mengajar aku. dalam keletihan kalian yang tentunya berganda, masih sabar mendidik aku yang buat kesilapan yang kadang2 tak logik kalau aku buat kesilapan tu. ketahuilah doktor bahawa sepatah kata " Good," itu terlalu bermakna dalam menjadikan hari saya kerana menurut prinsip hubungan doktor gigi dan rakan sekerja (topik dalam subjek BHSC), salah satunya ialah 'recognition of good work'. saya jadi lebih bersemangat dan berkeyakinan bila doktor berkata sedemikian. dan saya mahu buat lebih baik lagi selepas itu. serius, dalam klinik boleh dikatakan setiap hari bertemu patient adalah pengalaman terbaru bagi aku. dan aku bersyukur bila aku dapat buat dengan baik. sungguh, kesedihan dan kekecewaan bila aku buat kesilapan kadang kala buat aku mahu putus asa hingga pernah persoalkan, kenapa aku pilih bidang ni. tapi dengan kata semangat dari doktor, aku dapat kekuatan untuk bangun semula dan mahu jadi seperti mereka.

sekarang, aku nak pergi baca buku sebab minggu depan aku exam. kawan2 readers sekalian, doakanlah aku dengan kawan2 satu batch aku ya. mana tau ada rezeki kami jadi doktor gigi nanti anda akan jadi salah seorang pesakit kami =)

terima kasih kerana membaca =D

Sunday, February 23, 2014

The Story

Assalamu'alaikum =D

yeah, akhirnya setelah seminggu lebih tertangguh entri baru yang dah kemain ber'pre-pre' minggu lepas tu, hari ni terbuka juga laptop dengan hati nak update cerita baru. anyway, this post gonna be soooo long and with few pictures. should i say takde pun sebenarnya? meh~ sedih tau minggu lepas dah transfer segala bagai gambar dari henfon ke laptop lepastu laptop kena bluescreen lalu dihantar ke klinik dan disahkan menghidap hard disk rosak. langsung kena tukar n hilanglah segala gambar dengan video, gambar, lagu 2PM kat dalam tu. ah, bukan setakat gambar, assignment lama2 dengan lecture note n ebook bagai semualah.

jadi semua orang dah fahamkan kenapa tak update minggu lepas? ceh, cerita ni saja dah habis satu perenggan. so, apa kata listkan cerita apa yang nak dicerita?

1) i'm a clinical student, yay!

- alhamdulillah dah start klinik dari tahun lepas lagi lepas mid-sem 1. untuk awal2 ni tengah dalam projek menyiapkan gigi palsu baru untuk pesakit saya yang terpaksa dirahsiakan namanya. insha Allah kalau takde aral, dalam semester ni boleh disiapkan. insha Allah tapi kita pun tak tau jugak apa yang jadi akan datang,kan? bercerita pasal klinik, nak kata susah sangat tu takdelah susah sangat sampai tak jalan apa-apa pun tapi nak kata senang tu memang tak senanglah. kena rajin baca la sebelum klinik tu tapi hakikatnya saya tak wuuu =( kadang2 je. tapi azam tahun 2014 ni ialah nak masuk klinik dengan yakin dan ada ilmu di dada. gituu..

tapi dah masuk klinik ni penat dia toksah cakaplah. malam memang collapsed. ni pun tak adapt2 lagi ni. sekarang mungkin dah ok kot tapi awal2 dulu memang penat. kadang2 kita pelik tau tengok orang boleh berdiri lama-lama. macam masa ward round la. kita berdiri baru sejam eh tak sampai sejam lagi pun dah dok jenguk2 jam sambil main-main kaki nak hilang lenguh. tapi doktor lepak je boleh diri lama-lama(ward round memang lama ok). lepastu bila balik klinik, baru perasan yang kita pun bila buat kerja tak perasan terberdiri lama-lama. rupanya bila dah fokus sangat buat kerja tu memang tak hirau dah dunia sekeliling. rupanya selama ni waktu ward round banyak mengelamun sebab tu cepat rasa penat. apapun, harapnya masa yang berlalu akan membiasakan diri saya dan jadi lebih kuat.

semua orang, doakan saya dan kawan2 ya =D insha Allah satu hari nanti mana tahu ada antara yang baca ni jadi patient kami.

2) makan-makan?

- saya bukanlah seorang yang rajin snap gambar makanan sebelum makan. haha~tak rajin plus lapar. alhamdulillah dapatlah merasa makan sesuatu semester lepas. yelah nak makan mewah selalu tu memang taklah. tapi dapat merasa tu pun dah cukup bersyukur. yang paling best makan kat Sweetree. masa pergi sangat teruja sebab nak merasa makan masakan Korea dengan jeles tengok kawan pakai hanbok (haha kejadah kau nak jeles pulak) jadi set date dengan housemates nak pergi makan kat Sweetree lepas kelas. pastu bila dah pergi sedihnya sebab masakan Korea yang saya makan tu tak kena dengan selera saya. semua order lain-lain tapi bila rasa sikit-sikit sorang semakin rasa ianya tak kena dengan selera masing2. 

apsal bila saya tengok Running Man tu diorang makan jajangmyun macam sedap sangat? dengan tengok We Got Married masa Khuntoria dengan JoKwon dengan Ga In beli tu, rasa macam sedapnya jajangmyun!! teringin nak rasa tapi bila rasa errr cara masakan dia lain daripada kita so rasa dia pun macam something. minta maaf kekanda Lee Junho, takde jodoh antara kita. oh, saya order ddukbokki cheese. kuah dia sedap macam karbonara tapi saya ni lupa yang saya bergigi besi jadi proses mengunyah ddukbokki memakan masa. lepasni nak try makan ddukbokki dengan ramyun yang dia masak macam pedas2 tu pulak sebab tengok Jun.K masak dalam 2PM Show macam sedap je n member lain kata tak pedas pun. insha Allah. so housemates, bila kita punya next date? 

3) 4 bulan 5 hari 

- sekarang dah masuk 4 bulan pakai braces. dan perasaannya ialah sangat teruja melihatkan ada gigi yang kembali ke posisi asal dan sedikit demi sedikit bibir dah mula competence. belum sepenuhnya lagi tapi ini pun dah cukup banyak memotivasikan saya untuk tahan sakit setiap kali follow up tu. serius memang sakit. bila diketatkan besi kat gigi tu rasa macam nak buang semua besi tu pun ada. makan masih kena memilih lagi-lagi lepas follow up. sakitnya lepas follow up ni membuatkan saya rasa nak tidur je sebab setiap masa rasa pressure kat gigi dan even slight touch pun boleh menjerit. gosok gigi apatah lagi. pagi2 kalau hari2 baru lepas follow up tu memang rasa nak jerit je dalam bilik air. pernah sekali tangan terlanggar gigi lepastu mata berair sebab sakit dia memang tak terkata. tapi tu untuk 2-3 hari lepas follow up je. hari-hari seterusnya sebelum follow up akan datang ok je. boleh melantak macam2 dah sebab selera orang pakai braces ni besar =P

4) posting di Temerloh

- bila dapat tau je kena posting kat Temerloh, perasaan yang wujud ialah teruja. teruja sebab nak jumpa nenek. haha~pasal posting tak heran pun sebab senior kata (senior katalah) nanti kat sana macam takde benda nak dibuat. mak pun bila tau je kena pergi posting kat Temerloh, terus dirogernya makcik kat sana. siap makcik bagitau lagi kat sana mana nak beli makanan semua2. pastu bila dah sampai sana, masa antara berjalan-jalan dengan belajar boleh dikatakan seimbang. haha!! sebab nak kata boring tu tak juga sebab doktor yang ditugaskan untuk mengajar kitorang bukan tak datang langsung dan kitorang pun bukannya takde kerja kena dibuat. tapi sambil2 tunggu doktor tu sempatlah pergi tengok wad pediatrik (comel sangat tapi kesian tengok budak2 sakit dalam tu) dan makan2 kat kafe hospital yang enak2 makanannnya tu especially creampuff yang kecil tapi bila suap dalam mulut n gigit, inti dia melimpah ruah dengan kemanisan dan penuh dengan unsur yang boleh menyebabkan karies. oh ya coconut shake depan hospital tu pun sedap jugak. serius kalau balik Temerloh nanti nak pergi hospital tu je rasa sebab dah rindu dengan makanan dia. ops, ada orang yang dirindu jugak (haha!! lempang nak?)

sambil tu sempat jugak jumpa nenek. makcik saya ambik kat rumah sewa (?) kitorang. tapi balik hari je =( dapatlah borak2 dengan nenek dan makcik dengan sepupu yang alhamdulillah masih tak melupakan saya. haha!!  yelah kitorang ni bukannya selalu balik Temerloh dan raya tahun lepas ialah raya pertama saya di Temerloh selepas berapa tahun dah tak balik. suasana raya dia amatlah lain dan itulah yang saya rindu sampai sekarang.

sambung cerita posting. posting ni menarik sebab kat sinilah saya belajar aplikasikan teori yang saya belajar kat kelas dulu. macam buat clinical examination tu. padahal sebelum ni mana pernah sentuh patient. pastu jugak masa hari last, saya dan kawan2 satu group dapat tengok macam mana doktor cuba selamatkan patient yang collapsed. macam tak percaya dan ada rasa berdebar bila tengok pesakit tu kaku je waktu doktor cuba resuscitate dia. lepas tu sorang kawan saya dapat peluang cuba buat CPR kat patient tapi sadly patient tak dapat survive. sebab kalau ikutkan dah hampir sejam doktor cuba tapi tekanan darah dengan nadi patient tak dapat dibaca. HO yang buat CPR tu pun dah exhausted. waktu kawan saya buat chest compression tu, ada bacaan naik tapi waktu compress je la. bila tak compress, reading dia 0. so, nurse pun bisik " laa ila haillallah" beberapa kali kat telinga patient dan pejamkan mata patient. 

sampai sekarang tak boleh lupa. terasa dekatnya saya dengan kematian waktu tu. bila dengar waris patient menangis, rasa macam nak menangis sekali. Allah, andainya saya hadapi saat kematian orang tersayang waktu tu, mohon kuatkan hati saya dan dilindungi dari bisikan syaitan. juga semoga kita semua dapat pengakhiran yang baik.

walaupun ada peristiwa yang mengejutkan tu, tapi boleh pulak petangnya terserempak dengan doktor-persis-LeeJunho kat wad tu (wad Kenanga 12). kawan saya kata namanya Roslan @ Ruslan (tak tau macam mana ejanya). terus rasa nak balik KL hilang. haha!! teruk tau. dahlah sepanjang duduk Temerloh jadi subscriber tegar Textsurf. haha!! sebab banyak masa dapat main twitter sambil tunggu doktor datang. ceh, bukan nak baca buku ke apa. sabar je la.

apapun, bila balik Hospital Ampang nanti suasananya tak sama dah. akan merindui Hospital Temerloh tapi dalam masa yang sama akan mempraktikkan ilmu yang saya dapat kat sana. insha Allah.

dahlah. kalau ikutkan banyak lagi nak cerita sebenarnya. tapi ni pun dah panjang sungguh dan ambik masa sejam nak menaip. kang panjang2 nanti kena pangkah lak. insha Allah kalau dah dapat masuk gambar yang hilang dulu, akan diupdate entri ni dengan gambar yang perlu.

anyway, ini update pertama dalam 2014. lepas ni tak tau bila boleh update. azam tahun 2014? sama je macam tahun lepas2, nak jadi lagi baik. insha Allah. doakanlah.

terima kasih sebab sudi membaca hingga ayat ini. may Allah bless you =)