Wednesday, February 18, 2015

lif dan patient

Assalamu'alaikum =)

semalam aku call mak dia bagitahu adik beradik aku semua dah ada kat rumah. ya, kecuali aku. mak siap tanya, tak boleh mintak cuti ke? orang nak raya cina kan? huhu...kalaulah mak tau betapa aku memerlukan hari bekerja sebanyak yang mungkin sebab requirement yang masih banyak tak terisi ni. nak cuti pun tak sanggup tau. sakit2 bengkak mulut lepas MOS hari tu dulu pun aku gigihkan jugak datang sebab setiap sesi sangatlah berharga #akutaknakextend

ya Allah spirit lamp tuuuu...
so hari ni sepatutnya aku buat try in denture. hari Rabu jadual kami ialah klinik Perio di sebelah pagi dan klinik Prostho di sebelah petang. perio bermaksud bidang berkaitan periodontium ( gusi, tulang alveolar, cementum dan periodontal ligament) manakala prostho bermaksud bidang gigi palsu yang merangkumi gigi palsu kekal dan gigi palsu boleh tanggal.

sebagai pelajar klinikal, aku diwajibkan untuk memenuhi requirement iaitu buat sepasang denture full/full, sepasang denture full/partial dan selebihnya partial/partial. mula sejak tahun 3 lagi aku dah patut buat F/F tapi ditakdirkan patient aku meninggal dunia sebelum sempat aku issue denture beliau. untuk kebaikan aku dan pesakit aku di masa akan datang, maka baiklah aku buat je patient F/F lagi sekali. dan alhamdulillah berkat pengajaran yang aku dapat sepanjang bersama patient lama dahulu, aku berjaya buat gigi palsu baru ni cepat sedikit berbanding pesakit lama. yalah dulu dah asyik kena repeat bagai silap sana sini sekarang dah tahu silap kat mana so alhamdulillah setakat ni berjaya buat sehabis baik dan mengelak dari tersilap.

balik kepada cerita tadi, sepatutnya hari ni sesi aku buat try in denture. try in denture ialah sesi di mana selepas ukuran rahang patient direkod, aku akan susun gigi palsu kat atas occlusal rim yang diperbuat dari lilin. lepastu patient akan cuba pakai gigi palsu tu dan kalau dah ok dari segi aesthetic, phonetic, occlusion dan MMRnya gigi tu akan aku proses jadi gigi palsu yang sebenar pulak.

tapi tapi tapi....

siapa yang pernah datang klinik gigi aku ni (eceh padahal fakulti punyakan) mesti tau krisis lif yang kami hadapi bertahun sudah ni tapi kian meruncing tahun ni. bangunan kami bangunan yang dah lama, so lif tu pun memang dah uzur. ada tiga tapi satu rosak dan satu lagi sedang ditukar. maka bergantunglah kami pada lif yang berbaki satu tu untuk angkut kitorang turun naik. tu baru kitorang, patient?

aku dah tak hairan sangat dah kalau kena naik tangga dari tingkat 8 sampai ke 17 pun sebab...dah tak larat nak complain. nak buat macam mana kau ingat lif tu boleh ditukar siap dalam masa sehari. dah beberapa bulan jugak aku rasa. so kena redha dan sabarlah. tapi sebagai orang yang memberi perkhidmatan kepada pesakit, aku rasa simpati dan kesian sangat kat patient. yalah klinik ni dahlah tinggi pastu patient semua bukan muda remaja. kena lif rosak time klinik gigi palsu macam aku ni? senget dibuatnya nak mendaki naik ke tingkat 17. hari tu adik aku datang sebagai patient paeds ( kanak-kanak) pun dia kena ikut naik tangga sekali. tapi kakak aku kata dia cergas lagi daripada kakak aku dengan kawan aku yang treat adik aku tu. haih budak tu memang tembam dan cergas pun =P

makanya itulah yang terjadi hari ni. lif rosak dan patient aku tak boleh naik. aku try pujuk dia naik lif bangunan sebelah sampai tingkat 8 lepastu naik pelan-pelan ke tingkat 17. tapi nak buat macam mana orang tua bukannya larat macam aku. aku pun mengah diorang apatah lagi kan. so takpelah aku lepaskan mereka pulang dengan hati yang berat. sob sob sob...burn klinik aku hari ni =( minggu depan turn partner aku. huhu...bukan aku sorang je la tapi, ramai je. boleh kata yang tinggal kat klinik ni tak sampai separuh kelas pun. adalah 6 ke 7 kubikel yang ada orang. takpe boleh doktor relaks sikit hari ni hahaha...

semoga ada harapan baru untuk kami esok. haha~ayat macam apa. harap2 urusan kami dipermudahkan selepas ni. dahlah nak balik rumah. cuti 4 hari jangan disia-siakan =D

singgah Murni kat Bandar Sri Permaisuri dulu sebelum balik. aku punya spaghetti benzema manakala Athirah punya nasi lemak ayam pandan. strongly recommended menu: garlic cheese naan. *menyimpan hasrat untuk dating bersama suami suatu hari nanti di sini haha*

0 respons terhadap bicara saya: