Saturday, July 22, 2017

The Mentality

Aku ada tulis beberapa bulan dulu yang aku mengalami anxiety yang lebih teruk dari biasa. Maksud aku kalau orang biasa risau dan boleh tenang balik. Tapi aku tak. Episod anxiety ni berlangsung berbulan-bulan sampaikan masa interview SPA pun aku datang dalam keadaan berdebar sepanjang masa, expecting the worst might happen after that. Dan aku nak bagitau, anxiety yang aku alami ni bukan ada trigger, tapi sepanjang masa. Aku selalu sangat terfikir yang aku mungkin akan mati tak lama lagi, kalau aku buat camni mesti mati, nak solat pun aku jadi takut nak sujud sebab takut tak bangun lagi. Ya, sampai tahap tu.

Bukan setakat tu, benda ni buatkan aku selalu kecut perut, sampai berulang kali pergi tandas. Selalu rasa nak tumbang, selalu rasa pusing. Facial muscles pun selalu twitching. Setiap masa tau. Ya Allah aku tak sanggup nak balik semula ke masa tu 😢

Waktu tu aku selalu google tanda² yang aku ada. Sebenarnya untuk orang yang ada anxiety ni, pantang terbesar ialah menggoogle sign and symptoms yang diorang ada. Tapi aku google juga cuma berkenaan cara nak sembuhkan diri. Aku tak nak pergi klinik, aku takut kalau kena makan ubat sebab aku takut kalau aku disahkan ada anxiety tu, karier aku terjejas =(

Aku ada terfikir juga, adakah aku jauh dengan Allah, maka aku diuji sebegini? Aku pun ambil langkah keagamaan. Aku cuba banyakkan baca al-Qur'an, aku cuba khusyuk dalam solat tapi benda tu bukan semudah yang disangka sebab fikiran orang anxiety lain dengan orang biasa. Sakit sebenarnya bila fikiran sentiasa dipenuhi dengan deadly thoughts. Sebab kau cuba nak sembuh tapi sentiasa ada yang bisikkan benda negatif.

Tapi alhamdulillah, sekarang anxiety yang aku alami dah berkurang. Sangat-sangat kurang aku boleh kata. Doakan aku dapat bebas sepenuhnya dari anxiety ni.

Aku menulis ni kerana terbaca banyak ulasan orang berkenaan kematian Chester Bennington, vokalis Linkin Park yang dikatakan menghidap depression. Well, mentaliti masyarakat Malaysia berkaitan benda ni masih di belakang. Kita fikir orang yang mengalami benda ni mengada-ngada, tak kuat, selalu fikir negatif dan paling selalu, tak kuat agama.

Sebelum korang lontarkan ayat begitu, pernah tak korang sendiri jadi support system yang baik untuk diorang? Kalau pernah, maka korang akan tahu yang diorang sedikit pun tak macam yang korang sebut. Sejak aku sendiri alami bagaimana seksanya fikiran dikuasai benda-benda negatif tu, aku faham sangat dan nampak jelas siapa yang faham keadaan kami dan siapa yang tak faham.

Aku sendiri cuba luahkan pada adik beradik aku dan mak aku pasal ni tapi respond yang aku dapat tidak begitu menyokong. Aku kuatkan diri untuk sembuh sebab kalau tak, siapa lagi yang boleh tolong aku? Aku terbaca di IIUM Confession berkenaan anxiety ni dan ada komen yang cadangkan untuk join group orang yang ada anxiety ni di Fb. Aku pun request untuk masuk dan alhamdulillah, berada di kalangan mereka yang memahami buatkan aku rasa lebih kuat dan mampu untuk hadapi semua ni.

Ramai yang kongsi tips untuk kurangkan anxiety dan semua saling menyokong. Ada yang kongsi kerisauan berkenaan pergigian dan sebagai seorang ahli bidang ni, aku ambil peluang untuk jelaskan pada mereka, betulkan salah faham jika ada dan terangkan rasional sekian rawatan yang diperlukan. Ada juga ahli yang dah sembuh yang tetap berada dalam group tu untuk bagi semangat. Alhamdulillah, dalam masa beberapa bulan anxiety aku berkurangan dan sekarang pun dah jarang sangat kena.

So, aku harap apa yang aku sampaikan ni jelas. Memang betul, ada orang belum dapat hidayah, jadi dia belum jumpa ketenangan yang dia harapkan. Tapi tak boleh pukul rata begitu. Kalau dah sampai tahap ada niat nak bunuh diri, ITS A CRY FOR HELP. In fact ini sepatutnya sebab mereka patut dapatkan bantuan pakar. Ingat Allah ilhamkan manusia untuk ada kepakaran psikiatri tu saja-saja ke? Mestilah tak ! Jadi, tolonglah, aku rayu, tolonglah kita sama-sama ubah mentaliti kita terhadap masalah mental. Cukuplah dengan hujah bunuh diri masuk neraka semua tu. Itu biarlah Allah tentukan. Kita manusia, buatlah tugas kita. Nak sokong orang depressed pun tak, ada hati pula nak tentukan syurga neraka seseorang.

Wednesday, July 19, 2017

Kerja Doktor

Di sebuah klinik yang damai,

" Ok gigi awak ni kena cuci, ada banyak sangat karang gigi."
" Saya tahu, karang tu plak gigi kan?"
" Dia berasal dari plak yang tertinggal lama kat situ, sebab tempat tu awak terlepas pandang masa berus gigi,"
" Jadi, tugas doktorlah untuk bersihkan karang gigi tu sebab saya tak boleh nak bersihkan,"

Errk?

" Haa memang kerja saya pun bersihkan karang gigi yang tak boleh nak tanggal dengan gosok gigi tu, tapi tugas awak ialah untuk gosok betul-betul, pastikan semua tempat kena, barulah karang gigi tak terbentuk. Faham?" Suaraku naik sedikit.

" Hmm saya rasa saya salah beli berus gigi la doktor,"

Ehhh?? Nampak, dah dua tanda soal tu.

" Kenapa pulak berus gigi yang salah?"
" Sebab dia punya tu macam keras,"

Ah sudah, salah berus gigi ke? Mujur pesakit tak ramai. Skrip dah mula terbayang di minda.

" Dik, berus gigi memang kita sarankan yang lembut, saiz yang sesuai, pemegang yang selesa. Tapi dik, karang gigi awak ni bukan salah berus tu. Tapi awak tertinggal bahagian tu masa berus gigi. Ataupun awak tak berus betul-betul bahagian tu."

Selesai scaling, aku demonstrasikan teknik memberus gigi yang berkesan kepada pesakit.

" Ok? Faham tak penjelasan saya?" Angguk.

" Saya cuma boleh bantu rawat dan didik awak je. Kunci untuk kesihatan gigi awak ni terletak pada awak sendiri, tau? Jadi, jagalah gigi awak elok-elok dan jangan banyak sangat dengar cakap orang ya?" Sempat aku nasihatkan sebelum dia tersengih dan berlalu pergi.

P/s: Tengahari ada patient puji aku lemah lembut haha~kalau dia tengok macam mana aku bebel mesti dia tarik balik pujian tu XD