Wednesday, July 19, 2017

Kerja Doktor

Di sebuah klinik yang damai,

" Ok gigi awak ni kena cuci, ada banyak sangat karang gigi."
" Saya tahu, karang tu plak gigi kan?"
" Dia berasal dari plak yang tertinggal lama kat situ, sebab tempat tu awak terlepas pandang masa berus gigi,"
" Jadi, tugas doktorlah untuk bersihkan karang gigi tu sebab saya tak boleh nak bersihkan,"

Errk?

" Haa memang kerja saya pun bersihkan karang gigi yang tak boleh nak tanggal dengan gosok gigi tu, tapi tugas awak ialah untuk gosok betul-betul, pastikan semua tempat kena, barulah karang gigi tak terbentuk. Faham?" Suaraku naik sedikit.

" Hmm saya rasa saya salah beli berus gigi la doktor,"

Ehhh?? Nampak, dah dua tanda soal tu.

" Kenapa pulak berus gigi yang salah?"
" Sebab dia punya tu macam keras,"

Ah sudah, salah berus gigi ke? Mujur pesakit tak ramai. Skrip dah mula terbayang di minda.

" Dik, berus gigi memang kita sarankan yang lembut, saiz yang sesuai, pemegang yang selesa. Tapi dik, karang gigi awak ni bukan salah berus tu. Tapi awak tertinggal bahagian tu masa berus gigi. Ataupun awak tak berus betul-betul bahagian tu."

Selesai scaling, aku demonstrasikan teknik memberus gigi yang berkesan kepada pesakit.

" Ok? Faham tak penjelasan saya?" Angguk.

" Saya cuma boleh bantu rawat dan didik awak je. Kunci untuk kesihatan gigi awak ni terletak pada awak sendiri, tau? Jadi, jagalah gigi awak elok-elok dan jangan banyak sangat dengar cakap orang ya?" Sempat aku nasihatkan sebelum dia tersengih dan berlalu pergi.

P/s: Tengahari ada patient puji aku lemah lembut haha~kalau dia tengok macam mana aku bebel mesti dia tarik balik pujian tu XD

0 respons terhadap bicara saya: