Di sebalik sebuah tampalan,
Ada cavity preparation yang perlu difikir sesuai dengan jenis tampalan.
Ada aspek retention yang perlu diteliti supaya tampalan bertahan lama.
Ada aspek perlindungan pada akar gigi supaya tampalan tak menyebabkan tindak balas dan mengakibatkan sakit di kemudian hari.
Tampalan tak boleh tinggi, nanti gigitan jadi tak selesa, juga boleh sebabkan sisa makanan tersangkut, tak boleh juga terlalu rendah, nanti jadi ruang sisa makanan berkumpul, berus gigi tak efektif.
Contact point dengan gigi sebelah perlu ada, kalau floss lalu pun terasa longgar hatta sikit sekalipun boleh rasa tak selesa sebab sisa makanan boleh terselit.
Oral hygiene pesakit pun perlu diambil kira, kalau pada tahap yang tidak memuaskan, perlu bagi oral hygiene instruction dahulu, supaya tampalan boleh bertahan lama dalam keadaan mulut yang bersih.
Banyak lagi dan aku belajar banyak benda dari satu kes ke satu kes (pengalaman tak banyak lagi) tapi satu gigi yang perlukan tampalan tak sama dengan gigi yang lain. Sentiasa ada beza dan kami melihat pesakit secara menyeluruh, bukan dari sudut tampalan semata-mata. Kerana kami merawat manusia, bukan gigi sahaja.
Oleh itu wajarlah andai doktor-doktor gigi terkilan dan kesal apabila pesakit memilih untuk mendapatkan rawatan pergigian dari mereka yang tidak bertauliah, jauh sekali yang tidak mendapat pendidikan dalam bidang ini, sebaliknya sekadar hasil tontonan di Youtube. Kerana di sebalik satu tampalan, terlalu banyak yang kami fikirkan dalam masa beberapa minit membuat tampalan itu.
Cabang ilmu ini satu disiplin. Andai niat kau tulus, tempuhlah jalan yang betul, kerana itu akhlak sebenar seorang penuntut ilmu yang mahu ilmunya bermanfaat kepada orang lain.
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment