Friday, April 29, 2011

kempen 'saya makin comel dan ayu bila menutup aurat dengan baik'


hehe~maaf kalau gambar ini tidak menepati ciri2 yang sepatutnya

Salam~hari ini telah membuktikan bahawa dalam sehari cik ‘afifah ini telah mengupdate blognya dengan menge ‘post’ dua entri sekaligus. Namun begitu, ini menunjukkan bahawa beliau sedang bosan dan akhirnya lahirlah idea untuk mengadakan kempen ini.

Sebenarnya, nama kempen tu panjang sangat. Hehe~kepada sesiapa yang punya idea untuk menamakannya dengan lebih pendek tetapi ringkas dan padat, amatlah dialu-alukan untuk menyatakannya baik melalui komen,facebook atau hubungi saya di talian 01********.Sekian, terima kasih.

Tujuan kempen ini ialah saya selaku Muslimah ingin mengajak saya dan semua Muslimah yang saya kenal dan saya sayang untuk menjadi lebih comel dengan membaiki lagi cara penutupan aurat kita. Bukanlah yang kita pakai selama ini itu tidak baik,.tetapi kalau boleh pakai yang lebih baikkan lagi bagus? Tentu ramai yang tak teragak-agak nak buat menantu. Hehe~melalut pula. Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat dengan lebih baik itu?

1) Melabuhkan tudung hingga menutupi dada

Ada macam2 jenis tudung sekarang ni kat pasaran, seperti yang dapat dilihat di jalan TAR, butik Aryani, Zulda Masri dan sebagainya. Namun begitu, tudung yang kita pakai mestilah memenuhi dan menutupi dada kita. Contoh, seandainya orang itu kecil sahaja dan tudung bawal 45 inci sahaja pun sudah mampu menutupi dadanya, maka sudah menutup auratlah orang itu,kan? =D Tetapi, sekiranya kita yakin bahawa dengan memakai tudung bawal itu memang jelas tidak menutupi dada kita, maka beralihlah kepada tudung yang lebih lebar dan labuh. Senangkan? Jangan risau, kalau xmahu tudung labuh, pakailah tudung bidang. Harganya pun sudah murah =D

2) Pakaian yang tidak jarang dan tidak ketat.

Tidak jarang = tidak menampakkan tubuh badan = tidak nampak bentuk badan = orang tidak boleh agak2 ukurlilit badan kita berapa inci

Tidak ketat = tidak mengikut bentuk badan sama ada pear, epal dan sebagainya. Maksudnya, pakaian yang dipakai tidak melekat pada tubuh. Persoalan: pakai jeans boleh tak? Boleh. Carilah design lelaki. Long straight cut..no ketat kat peha or what. Kan? Kan? Kan? =D

Saya harap kawan2 doakan saya supaya dapat membaiki cara menutup aurat saya dengan lebih baik. Kita baiki sama2 ea? Semoga kita juga istiqamah dengan perubahan baik kita, insya Allah.

Mari tambah ilmu

Aurat:cara berpakaian

E-Kad dari iluvislam



1 respons terhadap bicara saya:

'afifah azam said... [balas komen ini~]

nk btulkn ayat
tudung yg dipkai mestilah memenuhi syrat2 yg ditetepkn termasuk menutupi dada.

sori =D