Tuesday, August 30, 2011

raya tahun ini~

salam~

pagi2 lagi saya telah dikejutkan oleh anak saya yang berusia 5 tahun. semangat betul dia sebab dia tahu hari ni dah raya dan dia yang baru belajar berpuasa tahun ni seronok sebab bila raya tak payah puasa dah. ala, itupun dia baru belajar puasa separuh hari. takpe ye along, tahun depan belajar puasa sampai Asar pulak =)

tapi tahun ni saya dan suami telah bersepakat untuk tidak pulang ke kampung  kerana tak banyak cuti. yelah, kampung pun jauh. takpelah. insya Allah raya haji nanti kitorang apply cuti banyak2. dapat balik kampung lama2. jadi, selepas sesi memohon maaf sesama kami suami isteri, kami pun bergerak ke masjid yang berdekatan untuk solat sunat aidilfitri. oh, ya. tahun ni tema warna ialah biru. ada sesiapa nak tuju lagu 'sepasang kurung biru' kat saya? hehe~








































CUKUP!!!!!!





dahsyat betul angan2. haha~itu hanyalah mimpi dan berkemungkinan akan terjadi berbelas tahun akan datang (berharap tu). ala, lambatnya. haha~tahun ni saya dan keluarga raya kat KL je. tapi saya bersyukur sebab semua orang sihat dan  ada untuk beraya bersama. kecuali seorang adik saya. semalam dia demam tapi alhamdulillah, hari ni dah kebah. 

kat kampung nenek tak ada sebab nenek beraya kat rumah mak long kat johor. jadi, walaupun kami sembahyang raya dekat surau sebelah rumah nenek, still rasa macam "tak bestnya raya macam ni,". lepastu raya kat rumah kawan ayah. syukur walaupun dah besar (err..) diorang bagi jugak saya duit raya. isk3.terharunya. haha~ala,tahun ni saya dapat duit raya tahun akan datang saya dah kerja nanti insya Allah saya pulak menghulur duit =D

sekarang dah balik rumah. malam nanti insya Allah nak ziarah pakcik yang duduk kat kajang. ingatkan dia dan famili dah balik johor, rupanya tak balik lagi. yes, dapatlah jumpa sepupu dan harap2 dapat duit raya (haha~sempat lagi simpan hasrat)

selamat hari raya~maaf zahir batin~semoga bermulanya Syawal ini kita 'lahir' sebagai yang baru setelah berlalunya bulan latihan Ramadhan =)

2 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

Nak gelak lah baca introduction. tapi comel! hahaha

yelah, kampung pun jauh. --- jauh macam mana tu? hehehehe

kau dapat duit raya banyak ke? aku dapat 300 kot! hahaha tahun depan dah nak kena bagi duit raya pula sebab suami dah kerja kan. hohohoho --- CUKUP!!!!!! hehehe

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

haha!! ntah macam mana boleh terfikir...aku kan suke berangan =p

best gaban kot.....dapat 300. aku xsampai 100 pun. lepastu hari tu pegi langkawi ayah aku ckp kalau nk shopping pakai duit sendiri..habis duit raya aku yang berpuluh2 tu aku belanja.

haha!! eh, kampung mertua aku memang jauh. kau ni, bukan masa kenduri kahwin aku belah suami aku dulu kau pergi ke? kau kan jadi pengapit? CUKUP!!!!! ngahahaha =D