salam~
panjang eh tajuk. saje nak cari populariti =) *takde kena mengena*
umum mengetahui bahawa saya seorang yang sangat liat nak makan sayur. hatta kalau makan mee goreng mamak yang banyak tauge pun takkan ada tauge yang lepas sampai ke perut saya seterusnya dihadamkan oleh usus. mesti semua sayur itu akan terpinggir secara sistematik.
tapi ada ketika saya makan sayur. kalau kena dengan selera. selalunya selera tu kena masa dekat rumah je sebab sayur yang mak masak dan saya masak (ceh, pandai masak sayur tapi tak suka makan sayur) akan dipastikan benar2 masak dan lembut terlebih dahulu sebelum dihidangkan. jadi, kalau kat asrama, kat kafe dan sebagainya saya takkan ambik sayur. mengerti kamu? saya takkan ambik sayur.
tapi ada satu hari ni, saya telah makan sayur dengan rela hati. eh, bukan setakat rela, kalau boleh nak tambah dua tiga kali sampai habis satu tray pun takpe. kisahnya macam ni.
pada satu tengahari, saya tengah beratur dengan kawan nak lunch kat kafe fakulti. kawan saya kat depan, saya kat belakang. mula2 terperasan, alamak belakang aku lelaki la. ni yang tak selesa ni. kena ambik lauk cepat2 pastu cabut. tapi dan2 la masa tu jugak line nak semput ala2 siput sedut yang tengah semput. so, kira saya dekat la dengan lelaki kat belakang tu. pastu, pakcik jaga kaunter tanya, "nak air apa?" macam tak terkeluar suara(control ayu punya pasal) "air kosong je," pastu pakcik tu tanya kat 'pakcik' belakang saya. dengar je, suara tu, terus otak register satu info penting.
"alamak!!orang yang aku suka la!!" entah macam mana masa tu pinggan dah penuh dengan nasi dan lauk ayam. kawan kat depan pulak dah gerak ke depan, kira dah ada ruang la untuk saya nak gerak gak. tetiba spontan tangan ambik senduk sayur kobis letak sesenduk dalam pinggan. dalam hati cakap, "kalau dia tahu aku tak makan sayur konfirm dia tak nak ambik aku jadi isteri," lepastu macam nak ambik lagi, konon2 sayur tak cukup la padahal dalam hati dah mula merungut, "alamak....tebal kot makcik ni potong kobis. potong nipis2 sudah. ni karang mesti pahit la..bla..bla..bla.." sempat membebel lagi tu dalam hati. tapi tak jadilah sebab keadaan saya yang seolah-olah berfikir panjang itu telah menyebabkan orang lain jadi lambat pulak. jadi, saya pun bayar makanan dan menuju ke meja makan untuk menikmati hidangan tengahari berlaukkan ayam dan sayur kobis keras (isk3...)
so, ini ialah kisah mustahil saya dan sayur. ayah saya pernah cakap, "ipah buat perangai asing2kan tauge masa makan mee atau mihun tu, berani buat camtu depan mak mertua bila dah kahwin nanti?" ngai...nehi...haruslah saya tak berani buat camtu. sebab tu saya berani pretend ambik sayur depan orang yang saya suka. ahaha~dibuatnya nanti kahwin dengan orang yang suka makan tauge, tak tahulah saya nak buat apa. antara saya belajar makan tauge sambil menangis (sebab terpaksa) atau saya akan pujuk suami saya itu supaya jangan makan tauge. tiba2 nampaknya pilihan kedua macam best je *tumbuh tanduk* dalam hati: mari kita tunjukkan kuasa wanita!!! hahahaha~
ini kisah benar tau. saya cerita dekat mak, saya yang gelak. mak senyum je. yalah, ada ke makan sayur sebab orang yang dia suka ada kat belakang? sabar je la. selama ni mak suruh makan bukan main susah lagi. nampaknya mak dah jumpa jalan terbaik untuk suruh saya makan sayur, kan? *kelip2 mata excited*
notakakitangankerajaan: baru balik langkawi. ingat nak update pasal jalan2 tapi ngantuk kot. esok je la, ea? =)
3 respons terhadap bicara saya:
macam2 la kisah menyayat hati kau ni :D
@fAraH_K
haha~ni bukan menyayat hati...ini namanye kisah hipokrit seorang aku~
ngeh3... =D
amboih kamu..
Post a Comment