Saturday, March 31, 2012

gila kuasa datang menyerang!!!!

salam~

update sekejap. sekarang teramatlah yang sangat busy. err...busy ke? haha~busy jugaklah sebab setakat ni dalam 24 jam masa kat kuliah je masa yang diperuntukkan untuk menghadap buku. sob3...

penat. teringat dulu masa jadi AJK Pameran EDI. sibuknya mula dari hari first dapat tanggungjawab dan sampai kemuncak bila esoknya tu dah nak pameran. tidur pukul 2, segala benda dalam hidup jadi kurang teratur. lepastu bila dah habis pameran, terus terlentang tidur atas katil. bangun untuk solat je pastu sambung tidur lagi lepas Asar (sila jangan jadikan amalan) dan akhirnya kena bangun jugak sebab nak tolong siapkan dewan untuk majlis penutup EDI malam nanti.

dan bila esoknya, ada daurah naqibah. sepanjang talk tidur. haha~takbolehbelah betul.

sekarang rasa macam benda sama jadi jugak. saya rasa sekarang ni saya macam sangat gila kuasa. ok, melebih la pulak. saya rasa diri saya kini gila kuasa. sebenarnya tak. sebenarnya sebab orang percaya kat kita dan tahu yang kita boleh buat yang terbaik.

ya Allah, jangan biarkan kesibukan urusan duniaku menyebabkan aku lupa padaMu dan keluargaku.

ini versi edit beberapa hari kemudian (Sabtu,31/3/12)

hari ni saya join debate English. alhamdulillah, menang 2 daripada 3 debat hari ni dan dapat jadi 'best speaker' walaupun saya tahu first timer macam saya sangat jauh dengan gelaran macam tu =)

esok lawan lagi 2. kalau dapat, masuk peringkat seterusnya which is minggu depan. alamatnya tak study lagi la saya minggu depan.

lepas ni banyak lagi tugasan menanti. tak larat nak listkan. 

surah Alam Nashrah banyak mengingatkan saya untuk jadi kuat dalam menghadapi semua tugasan ni. rela tak rela, kita kena buat sehabis baik jugak.

do the best!

*dulu selalu tertanya-tanya macam mana la senior kat Pandan Indah boleh study dan dalam masa sama involve dalam banyak program. sekarang saya dah mula rasa.

0 respons terhadap bicara saya: