Saturday, March 24, 2012

tahniah budak2 SPM!! (edisi lambat wish sebab busy)

salam~

Rabu lepas result SPM dah selamat dikeluarkan. tahniah banyak2 kepada adik2 yang berjaya dapat keputusan seperti yang diharapkan. kepada yang tak dapat, jangan sedih. betul. tahniah jugak kepada korang apabila korang bersyukur. =)

so, dah fikir nak sambung mana? sambunglah dalam bidang apa2 pun. jangan sambung sebab nak ikut kawan, nak nampak hebat dengan course2 kritikal semata. tapi menuntut ilmu kerana Allah. nanti korang akan dapati yang bidang apa sekalipun yang korang ambik, ianya tetap menyumbang sesuatu kepada ummah. bukan doktor je yang boleh directly berdakwah kepada orang ramai. kalau korang jadi nurse ke, cikgu ke, engineer ke, apa2 la..insya Allah korang akan menyumbang sesuatu jugak kepada ummah.

adik saya ada sorang yang ambik SPM. alhamdulillah, she got 6A out of 9. sangat bersyukur sebab saya tahu dia dah berusaha lebih dari 9A untuk dapatkan yang terbaik. oh ya. dia ambik aliran akaun. syukur jugak sebab dia berpotensi untuk menjadi seorang Muslimah yang pakar dalam bidang akaun dan ekonomi.

jadi, akhir kata, tahniah kepada semua =) kalau rasa tak puas hati dengan result SPM hari ni, boleh tingkatkan kepada yang lebih baik bila sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi. saya ada banyak kenalan yang waktu SPMnya mereka dipandang sebelah mata oleh orang sekeliling hanya kerana bilangan A mereka tak ikut piawai 'bijak' yang digariskan orang sekeliling tetapi akhirnya jadi orang yang dikagumi selepas masuk institusi pengajian tinggi.

kepada yang dapat keputusan bagus jugak, jangan lupa diri. kenikmatan itu juga satu ujian. semoga tabah menghadapinya dan gunakanlah keputusan yang baik itu untuk sambung belajar ke tempat yang baik dan menyumbang sesuatu kepada ummah =)

jom masuk usim =)

0 respons terhadap bicara saya: