salam~
hari ni hari Ahad. *ok, semua orang tahu fakta tu, pah.
jika hari ni hari Ahad bermakna esok hari Isnin dan bermakna juga esok akan mula kuliah macam biasa, *skema seyh pakai perkataan kuliah. ok2, lecture.
dalam status sebagai pelajar yang kena pergi kuliah setiap hari, haruslah baginya untuk pakai pakaian yang elok. ini kerana, pakaian yang tidak sesuai hanya akan mengganggu proses pembelajaran. *amende la yang kau mengarut ni.
straight to the point. dalam rule saya, satu baju tu hanya boleh dipakai sekali dalam masa dua minggu. kalau tiba2 katakanlah budak2 kelas pakat nak pakai baju warna sama ala2 boria di pagi raya, maka seboleh mungkin cadangan akan ditolak sebab mana boleh pakai baju yang sama dalam dua minggu tu! kalau ikut rule saya la. haha~
sebab tu satu warna tu paling koman pun ada dua pasang baju. tapi setakat ni saya ada banyak baju biru dan hijau je. usim punya pasallah ni. baju orientasi kan warna biru. tak memasal je koleksi baju biru dah bertambah.
jadi, tadi saya telah mengecheck loker sebab nak iron baju seminggu sekaligus *satu lagi sebab kenapa tak suka tiba2 pakat nak pakai baju sama. penat tahu mengiron baju ni.
loker memang dah penuh dengan baju. mana taknya, rupanya saya dah ada 14 pasang baju kurung. tapi yang betul2 dipakai cuma 11 pasang. belum campur lagi blaus yang 5 helai tu, kain batik tersusun rapi, tudung yang diborong dari Turkuaz yang dah menggunung tinggi.
sempit dah... |
disebabkan kesian dekat 3 baju yang tak pernah dipakai tu dan rasa boring sebab asyik pakai baju yang sama (sebab tu perempuan suka beli baju banyak), maka tergerak la hati nak test pakai baju yang selalu pakai masa Tamhidi dulu.
ada satu tu, warna biru. dulu rasa takut nak pakai sebab rasa macam dah tak muat. tapi try je dulu.
sarung ke badan, rasa cam ketat je. tak puas hati, ambik baju kurung hitam, padankan satu sama lain, nak tengok kelebaran dia sama tak. kalau sama atau lebih, pass.
ala, baju hitam lagi lebar la.
tak puas hati lagi ni. padankan dengan baju kurung corak abstrak-ntah-apekebenda-ntah yang dianggap ketat jugak mutakhir ini.
YEAY!! lagi lebar. lebar shinichi seinci je pun.
haha~
seronoknya. tapi penat sebab membuang masa sungguh. tadikan pergi padankan baju2 tadi, tak memasal dah kena lipat balik. sangat membazir waktu hokey..
kesimpulan: dah ada baju lain yang boleh dipakai ke kuliah. haha~
pengajaran: lain kali ukur baju bebetul ea. taklah sukar di kemudian hari.
nak cakap lagi sikit: ada satu baju lagi kat rumah. tapi sebab tudung dia purple yang lembik, terpaksa lupakan seketika. tudung yang lembik merosakkan imej, ok?
k, nak gi iron baju. pastu nak study.
persoalan: apahal tetiba update pasal baju nih? =,="
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment