Friday, November 30, 2012

pertolongan Allah itu dekat =) memang dekat!! xcaye?

Assalamu'alaikum =D

mood: sedih sebab tak dapat balik rumah minggu ni tapi perancangan Allah itu pastinya baik. insha Allah ada hikmah menanti untuk dibongkar =)

pada suatu hari, saya merasa amat sedih. ya, sedih sungguh sampai saya menangis. masa tu saya hanya fikirkan, macam mana nak hilangkan sedih ni dan bila dah blank macam tu, saya ambik hard disk, pasang kat laptop dan tengok running man.

esoknya saya masih sedih. rasa macam ada benda serba tak kena. kepala pun dah mula sakit2, menunjukkan simptom saya kurang minum air dan tekanan darah mungkin sedang berada di paras bahaya. kesimpulannya, saya tidur dengan harapan sakit kepala hilang.

petang, balik dari kampus (eheh, kantoi tidur kat kampus), saya bergolek di atas katil sambil membelek novel Hero yang saya beli tahun lepas. dan tiba2 terjumpa ayat ni,

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" Al-Baqarah. ayat 214.

sentap. tengok balik ayat tu dengan pandangan tak percaya. rasa ianya sangat dekat dengan hati. sangat menyentuh. sangat.....

tetiba rasa nak nangis.

kita memang jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang terdahulu, baik dari segi pengorbanan dan ketulusan hati diorang dalam berkorban. sebab tu mereka deserve syurga yang indah, ada sungai susu (sangat suka susu!!) dan hidup senang-lenang di sana. sedangkan kita, entah macam mana nasib. 

terasa sangat sebab kita selalu mudah mengeluh. Allah tegur jugak yang kita ni manusia suka mengeluh. susah sikit, mengeluh. banyak kerja sikit, mengeluh. penat sikit, mengeluh. sampaikan satu tahap kita rasa macam, kenapa tak ada orang nak tolong aku? kenapa aku? apsal asyik aku je yang kena buat semua tu? pastu adakala rasa macam dah tak nak berdoa sebab kononnya rasa macam doa kita tak dimakbulkan. hakikatnya, Allah tu Maha Mendengar, Maha Memahami dan Dia akan makbulkan bila tiba waktunya, tak lambat, tak cepat walau sesaat.

jom refleks diri. syarat nak berdoa, kena bersangka baik dengan Allah dan yakin yang Dia akan makbulkan doa kita. jugak, syarat nak dapat pertolongan dari Allah, kenalah bersabar dan tetap teguh di atas jalan Allah.

kuasa Allah mengatasi segala-galanya, jadi kenapa nak ragu? kita dah mintak tolong kat Allah, insha Allah Dia akan tolong punyalah. dengan syarat, kita pun kenalah patuh dan taat dengan perintahnya. memang tak jalan kalau kita hanya tahu meminta lepastu apa yang orang suruh, kita abaikan.

Allah itu dekat, bahkan lebih dekat dari urat leher kita. Allah...

semoga terus tabah dan kuat di atas jalanNya =)

Saturday, November 24, 2012

random rant #5

Assalamu'alaikum =)

lamanya tak menulis. sebab sangat banyak halangan seperti masa dan idea. ada masa, kadang tu blur, tak tahu nak tulis apa. tapi bila dah ada idea, susah betul nak online. kebanyakan masa kalau dah tak sempat tu, online facebook pun dekat phone je.

oh, semalam batch pioneer FPg bergraduasi. alhamdulillah~penat lelah mereka selama 6 tahun terbayar dan bila tengok diorang sarung jubah konvo warna purple-maroon (rasanyalah), rasa macam 'bestnya'! xsabar nak habiskan pengajian saya lagi 7 semester aka 3 tahun setengah. tapi saya tahu, dalam nak menghabiskan 7 semester yang pejam-celik-pejam-celik tu, saya akan jumpa banyak sangat cabaran. bak kata Athirah setiap kali dalam kelas Optech, kita ni macam roda. kejap duduk atas kejap duduk bawah. haha~duduk atas bila dapat buat cavity preparation dengan baik, dapat buat filling lawa2 dan duduk bawah bila kena redo banyak kali dan filling pulak kalau tak underfilled, overfilled. takpe, semua ni pengajaran.

dulu sem lepas beria saya berharap tahun ni tak pegang apa2 jawatan tapi natijahnya, last2 ada jugak. tapi alhamdulillah tahun ni tak sedahsyat tahun lepas yang hectic tahap moksya tu. insha Allah tahun ni saya akan jalankan tugas dengan lebih baik, aamiin.

kisah Palestin. sebenarnya tak nak update pasal ni sebab takut nampak ianya secara bermusim. dan kalau nak diikutkan, sebenarnya isu ni patut semua orang dah tahu, lebih2 lagi Muslim. sebab Palestin tu tanah suci kita, bumi para Anbiya' dan jugak tempat terletaknya kiblat pertama kita bagi umat Islam. tapi memandangkan saya hidup dalam zaman di mana Islam ni bukan diagungkan oleh seluruh dunia, maka hakikatnya raaaaaaaaammmmaaaaaiiii yang amat kat luar sana yang masih belum faham isu Palestin ni.

macam hari tu, pasal boikot McD sebagai salah satu sumber kewangan terbesar Zionis dalam nak membersihkan umat Islam di Palestin, ramai je yang masih berpendirian untuk tidak boikot. entahlah, semuanya up kepada masing2 untuk boikot atau tak tapi bagi saya, isu ni bermula dari hati. kita memang tak mampu nak pergi sana angkat senjata, bantai Zionis tu sendiri habis2an sampai menang, memang saya mengaku belum masanya lagi. tapi, at least kita usahalah sikit2 untuk lumpuhkan diorang, biar diorang tak boleh buat keganasan melampau2 lagi. benda ni sangat panjang untuk dibincangkan dan semuanya terletak pada diri masing2. kalau hati kita tak nak tengok Zionis menang, usahalah sedaya-upaya untuk kalahkan diorang. at least nanti kalau Allah tanya kat akhirat, kita ada benda yang boleh dijawab.

insha Allah, sama2 kita bentuk diri kita jadi individu Muslim yang berjaya dan mana tahu satu hari nanti kita dapat capai peringkat Ustaziatul 'Alam di mana Islam masa tu yang paling tinggi. aamiin.

Tuesday, November 13, 2012

bersyukur dan berbahagia =)

salam =D

alhamdulillah, hari ni masih hidup =) dapat bangun, solat Subuh, sarapan, update blog dan bagi anda, dapat baca blog saya =) hehe~asyik nak letak smiley je kan. almaklumlah, orang suka senyum. muehehe~

pagi tadi dalam bulatan-gembira-insha-Allah-sampai-syurga, saya dapat peringatan baru tentang syukur dan bahagia. dua benda yang sangat berkait-rapat kalau kita telitikan betul2 dengan mata hati. sebab kedua-dua benda tu subjektif, macam illness, wellness dan symptoms yang saya belajar dalam Behavioural Science tu.

cik anon cakap
mari kita tengok pasal bahagia dulu. bahagia ni macam mana bagi kita? adakah bahagia sebab dapat siapkan cavity preparation Class 1 lebih pantas berbanding rakan2 sekelas yang lain sehingga dapat A? adakah bahagia sebab dapat keputusan Hubungan Etnik dalam test yang lalu A+? atau adakah bahagia sebab dapat maintain kurus walaupun baru lepas melantak kek Black Forest satu slice, pizza pepperoni 2 slice dan creamy cheesy dengan biskut marrie satu loyang (saya berangan tentang ini. hehe)?

kalau kita bahagia kerana sebab yang sementara, maka bahagia itu pun sementara juga. melainkan kalau kita bahagia kerana sebab yang kekal. ya, apakah yang kekal? Allah je yang kekal. sebab tu kita kena bahagia bersandarkan kepada Allah, bukan bersandarkan pada bantal empuk bersarung bantalkan Angry Bird Rio semata-mata.
source
jadi, jalan untuk bahagia ialah dengan bersyukur. sebab bila kita bersyukur, kita ingat semuanya bersumberkan Allah dan semuanya berlaku dengan izin Allah selepas ikhtiar dan usaha yang termampu kita lakukan. kita bersyukur sebab kita diberi anugerah skill buat cavity preparation dengan baik, walaupun kita tahu kalau hari ni kita buat daebak sekalipun satu hari nanti kita akan terbuat kesilapan jugak. bersyukur sebab Allah bagi kita A+ dalam test HE selepas kita dah berserah sepenuh jiwa raga dan usaha macam nak mati (ko pernah rasa mati ke? ehehe) dan jugak bersyukur sebab kita dapat badan yang high metabolism sebab tu makan banyak2 pun kita masih dapat kurus. as a result, kita akan rasa bahagia =)

kesimpulannya, bersyukur akan melahirkan kebahagiaan. macam dalam lagu yang UNIC nyanyi Hakikat Bahagia tu, dia kata bahagia itu adalah suatu ketenangan. macam mana nak tenang kalau tak bersyukur, kan?

semoga kita semua bersyukur dan peroleh bahagia =) insha Allah~

source


Friday, November 9, 2012

riang ria di bilik plaster

salam~

exam dah separa habis !! yahoo!!

sejak zaman bila tah jadi suka jerit. alhamdulillah sebab dah berjaya lepasi 4 paper n insha Allah ada lagi dua subjek akan disambung selepas cuti nanti. yay! cuti midsem yang amat2 dinantikan oleh semua student FPg yang dah kering air mata dan menahan hati dan perasaan daripada mencemburui budak fakulti lain yang cuti dah lepas dan lama pulak tu.

walaupun exam, aktiviti kuliah dan praktikal masih dijalankan seperti biasa. memang jadi sibuk yang amatlah sebab dengan nak mencuri masa untuk study examnya lagi, dengan kerja2nya lagi, dengan tidurnya lagi. eh? haha~disebabkan itu, masa praktikal Operative Technique tempoh hari, saya masih lagi menyambung menyiapkan cavity preparation Class 3 (bermaksud aktiviti menampal gigi bagi kes2 gigi  depan yang berlubang dengan composite, sejenis bahan yang kalernya putih). tapi sebabkan salah bancuh plaster (bila sebut ni rasa macam saya ni buruh lak. haha!), maka gigi2 yang dahulunya elok berdiri atas Frasaco tu tercabut lalu masuk ke tekak Dummy. jenuh weh menggapai gigi tu yang jauh ke dalam.

pastu, kenalah mount (macam ni ke sebut dia? hehe) balik gigi tu. sebab doktor pun cakap camni, 

" lepas cuti ni, saya tak nak tengok ada gigi yang extracted lagi dah!"

sebab bila lalu dari satu kubikel ke kubikel lain, ada je yang patientnya dah rongak gigi depan. tapi muka buat selamba je teruskan kerja. 

hailah, panjang sungguh intro. pastu saya dan kawan2 yang giginya dah luruh tu pun pergilah ke bilik plaster untuk mount balik gigi tu. masa hari yang sama dengan praktikal, saya pergi mount sensorang. pastu plaster tu habis dan kena refill. mujurlah ada 3 penyelamat donia yang gagah (tangan di bahu mata ke atas) datang membantu. kalau tak, tak larat weh nak angkat plaster yang nak refill tu. sama berat dengan saya kot !! tipu je kau. anyway, thanks a lot guys =)

mcm ni la rupanya plaster  tu. lebih kurang je tapi takde maruti2 tu. sumber: gugel


jadi, saya sambung mount dan habiskan praktikal hari tu dengan menyiapkan satu gigi je. lain tak sempat. tapi tahlah. sebab saya memang tak reti bancuh, jadi gigi tu luruh balik bila pakaikan rubber dam. arggh!! stress~sila baca dengan gaya Gary Running Man.

pastu esoknya pergi lagi dengan kawan2 lain. ketika inilah kami beriang-ria menghabiskan masa dalam bilik ni. hehe~dan macam2 telah terjadi. antaranya, bancuh sampai 3 kali lepastu POP tu keras, takleh nak pakai terpaksa buang. pastu ada sekali bancuh dah jadi tapi time tuang POP tu, tangan saya tertolak gigi tu menyebabkan diorang tenggelam dalam lautan POP, terpaksa buang dan pasang balik. habis lilin kat dalam fridge tu kitorang kerjakan. ha'ah, lupa lak yang fakulti tu abah saya punya.

ini antara momen menarik yang sempat kami rakam selepas bertungkus-lumus siapkan gigi tu.
baru nak datang menjoin

bergambar dengan mop~mop tu je yang menarik sbnanye
gaya bebas~haha..i heart this pic
dahlah tu~~

haha~sangat seronok dan rasa bahagia je. pastu gelak2 tengok gambar. kadang2 benda mengarut camnila yang buat kita rasa happy sangat dengan kawan2 kita. thanks for having good time with me =D

yang penting, dah siap mount gigi. dan tadi masa buat cavity preparation kat gigi baru, dia sudah tidak bergoyang lagi =D yay, sangat gembira. 

oklah. ini update cepat2 sebab kejap lagi nak siap2 balik rumah. cuti seminggu =D sebab kat rumah tak tau ada internet ke tak. 

till we meet again. salam =)


                                      

Sunday, November 4, 2012

benci prank

salam~

tadi saya baca balik post lama2 yang mengarut tu. haha~pastu terbaca post pasal orientasi masa first year hari tu. yang mana masa tu kena prank dan secara jujurnya, itulah pertama kali saya jadi takut dengan prank.

kau tak takut ke sebelum ni?

takutlah jugak. tapi takut sekadar tutup mata camtu je la. belum sampai tahap nangis2 jerit2 bagai ke apa. selalu je orang bagi game tic-tac-toe la, link dekat chat la tapi serius, tak sekronik apa yang jadi masa orientasi tu.

tapi sejak tu, saya jadi penakut. menyampah betul sebab senang2 je saya hilang keberanian yang saya dah bina sejak sekian lama tu. ingat senang ke nak bina benda2 mental cognitive bagai ni? 

tambah takut bila kena prank lagi hari tu. ni yang rasa macam nak saman je budak sekor yang menghantar benda tu. teruk betul. 

malam yang pekat gelap itu, saya masih belum tidur. baru pukul 12 camtu n normal la student camni menjalani hidup macam kelawar. berjaga sampai pukul 4-5 pagi pastu tidur balik sebelum bangun semula solat Subuh. nasib baik masa ni ada sorang lagi roomate yang belum tidur. kalau tak sape la yang nak jadi penyelamat saya malam tu.

masa tu tengah siapkan kerja organisasi unit. sambil2 tu jenguk Facebook nak bagi hilang mengantuk. tetiba ada sebentuk makhluk Allah ni tegur kat chat. takde salam ke apa, dia bagi satu link. disebabkan saya ni lurus, baik dan mudah percaya kat orang tanpa sebarang prasangka, maka saya pun tekan link tu yang membawa kepada terbukanya tab baru. disebabkan jugak internet slow, jadi saya sambung kerja2 tadi sementara dia loading.

kerja dah 90% siap. pastu teringat link tadi. bukak balik tab tu. bila tekan je, ko tau dia keluar apa?

gambar pocong!!! 

makkkk!!! bergema jeritan saya malam tu. gila2 punya jerit sebab gambar tu besar!!! mata dia bulat lak tu!! ! tengoklah betapa semangatnya saya bercerita sampai semua nak kena ada tanda seru. terus lari kat katil kawan yang tengah tidur. malang sungguh bila dia terkejut jugak tapi pastu dia tidur balik. nasib baik roomate yang tak tidur lagi tu terkejut gak dan terus tanya kenapa. dan dia jugak la yang kena paksa dengan saya untuk pangkah tab berhantu tu. kuang ajo betul siapa yang menghantar tu. habis saya terlanggar laptop kawan yang baik hati dah tolong tutupkan tab tu. 

dan pagi esoknya,

" kakpah, ko bukak tak facebook semalam?"

JELING. dalam hati dah prepare skrip dah nak bebel kat diorang yang memang disyaki menjadi dalang semua ni. diorang lak time tu dah sibuk berhujah membela diri. yang tak menahan dalang sebenar tu siap cakap lagi,

" aku tengok je gambar tu terus aku terjun glenview sebab takut sangat,"

" oh yeah? habis kalau kau terjun siapa yang prank aku malam tadi?" saya balas balik. nak membongak pun biar la bertempat. 

kalau ikut hati memang saya nak drill je tangan yang gatal2 hantar link tu. sakit hati!!

lepas ni jangan mengada nak hantar benda bukan2 kat saya. tak kira la nak main2 ke, bukan setakat unfriend, saya block je terus manusia yang menggendut hantar benda2 camtu.

oklah. minggu ni exam mid-sem. doakan kitorang ea =D