Friday, November 9, 2012

riang ria di bilik plaster

salam~

exam dah separa habis !! yahoo!!

sejak zaman bila tah jadi suka jerit. alhamdulillah sebab dah berjaya lepasi 4 paper n insha Allah ada lagi dua subjek akan disambung selepas cuti nanti. yay! cuti midsem yang amat2 dinantikan oleh semua student FPg yang dah kering air mata dan menahan hati dan perasaan daripada mencemburui budak fakulti lain yang cuti dah lepas dan lama pulak tu.

walaupun exam, aktiviti kuliah dan praktikal masih dijalankan seperti biasa. memang jadi sibuk yang amatlah sebab dengan nak mencuri masa untuk study examnya lagi, dengan kerja2nya lagi, dengan tidurnya lagi. eh? haha~disebabkan itu, masa praktikal Operative Technique tempoh hari, saya masih lagi menyambung menyiapkan cavity preparation Class 3 (bermaksud aktiviti menampal gigi bagi kes2 gigi  depan yang berlubang dengan composite, sejenis bahan yang kalernya putih). tapi sebabkan salah bancuh plaster (bila sebut ni rasa macam saya ni buruh lak. haha!), maka gigi2 yang dahulunya elok berdiri atas Frasaco tu tercabut lalu masuk ke tekak Dummy. jenuh weh menggapai gigi tu yang jauh ke dalam.

pastu, kenalah mount (macam ni ke sebut dia? hehe) balik gigi tu. sebab doktor pun cakap camni, 

" lepas cuti ni, saya tak nak tengok ada gigi yang extracted lagi dah!"

sebab bila lalu dari satu kubikel ke kubikel lain, ada je yang patientnya dah rongak gigi depan. tapi muka buat selamba je teruskan kerja. 

hailah, panjang sungguh intro. pastu saya dan kawan2 yang giginya dah luruh tu pun pergilah ke bilik plaster untuk mount balik gigi tu. masa hari yang sama dengan praktikal, saya pergi mount sensorang. pastu plaster tu habis dan kena refill. mujurlah ada 3 penyelamat donia yang gagah (tangan di bahu mata ke atas) datang membantu. kalau tak, tak larat weh nak angkat plaster yang nak refill tu. sama berat dengan saya kot !! tipu je kau. anyway, thanks a lot guys =)

mcm ni la rupanya plaster  tu. lebih kurang je tapi takde maruti2 tu. sumber: gugel


jadi, saya sambung mount dan habiskan praktikal hari tu dengan menyiapkan satu gigi je. lain tak sempat. tapi tahlah. sebab saya memang tak reti bancuh, jadi gigi tu luruh balik bila pakaikan rubber dam. arggh!! stress~sila baca dengan gaya Gary Running Man.

pastu esoknya pergi lagi dengan kawan2 lain. ketika inilah kami beriang-ria menghabiskan masa dalam bilik ni. hehe~dan macam2 telah terjadi. antaranya, bancuh sampai 3 kali lepastu POP tu keras, takleh nak pakai terpaksa buang. pastu ada sekali bancuh dah jadi tapi time tuang POP tu, tangan saya tertolak gigi tu menyebabkan diorang tenggelam dalam lautan POP, terpaksa buang dan pasang balik. habis lilin kat dalam fridge tu kitorang kerjakan. ha'ah, lupa lak yang fakulti tu abah saya punya.

ini antara momen menarik yang sempat kami rakam selepas bertungkus-lumus siapkan gigi tu.
baru nak datang menjoin

bergambar dengan mop~mop tu je yang menarik sbnanye
gaya bebas~haha..i heart this pic
dahlah tu~~

haha~sangat seronok dan rasa bahagia je. pastu gelak2 tengok gambar. kadang2 benda mengarut camnila yang buat kita rasa happy sangat dengan kawan2 kita. thanks for having good time with me =D

yang penting, dah siap mount gigi. dan tadi masa buat cavity preparation kat gigi baru, dia sudah tidak bergoyang lagi =D yay, sangat gembira. 

oklah. ini update cepat2 sebab kejap lagi nak siap2 balik rumah. cuti seminggu =D sebab kat rumah tak tau ada internet ke tak. 

till we meet again. salam =)


                                      

1 respons terhadap bicara saya:

kNoWRuLE_sUN said... [balas komen ini~]

aku rsa cm tau ja spa 3hero yg kuat 2...:P