salam =D
alhamdulillah, hari ni masih hidup =) dapat bangun, solat Subuh, sarapan, update blog dan bagi anda, dapat baca blog saya =) hehe~asyik nak letak smiley je kan. almaklumlah, orang suka senyum. muehehe~
pagi tadi dalam bulatan-gembira-insha-Allah-sampai-syurga, saya dapat peringatan baru tentang syukur dan bahagia. dua benda yang sangat berkait-rapat kalau kita telitikan betul2 dengan mata hati. sebab kedua-dua benda tu subjektif, macam illness, wellness dan symptoms yang saya belajar dalam Behavioural Science tu.
cik anon cakap |
mari kita tengok pasal bahagia dulu. bahagia ni macam mana bagi kita? adakah bahagia sebab dapat siapkan cavity preparation Class 1 lebih pantas berbanding rakan2 sekelas yang lain sehingga dapat A? adakah bahagia sebab dapat keputusan Hubungan Etnik dalam test yang lalu A+? atau adakah bahagia sebab dapat maintain kurus walaupun baru lepas melantak kek Black Forest satu slice, pizza pepperoni 2 slice dan creamy cheesy dengan biskut marrie satu loyang (saya berangan tentang ini. hehe)?
kalau kita bahagia kerana sebab yang sementara, maka bahagia itu pun sementara juga. melainkan kalau kita bahagia kerana sebab yang kekal. ya, apakah yang kekal? Allah je yang kekal. sebab tu kita kena bahagia bersandarkan kepada Allah, bukan bersandarkan pada bantal empuk bersarung bantalkan Angry Bird Rio semata-mata.
source |
jadi, jalan untuk bahagia ialah dengan bersyukur. sebab bila kita bersyukur, kita ingat semuanya bersumberkan Allah dan semuanya berlaku dengan izin Allah selepas ikhtiar dan usaha yang termampu kita lakukan. kita bersyukur sebab kita diberi anugerah skill buat cavity preparation dengan baik, walaupun kita tahu kalau hari ni kita buat daebak sekalipun satu hari nanti kita akan terbuat kesilapan jugak. bersyukur sebab Allah bagi kita A+ dalam test HE selepas kita dah berserah sepenuh jiwa raga dan usaha macam nak mati (ko pernah rasa mati ke? ehehe) dan jugak bersyukur sebab kita dapat badan yang high metabolism sebab tu makan banyak2 pun kita masih dapat kurus. as a result, kita akan rasa bahagia =)
kesimpulannya, bersyukur akan melahirkan kebahagiaan. macam dalam lagu yang UNIC nyanyi Hakikat Bahagia tu, dia kata bahagia itu adalah suatu ketenangan. macam mana nak tenang kalau tak bersyukur, kan?
semoga kita semua bersyukur dan peroleh bahagia =) insha Allah~
source |
3 respons terhadap bicara saya:
rahimi r terer wt cavity prep....pkar restorative dia 2
perkongsian yang baik, padat berisi. bersyukur atas segala nikmat-Nya. salam maal hijrah
Assalamualaikum..
Bersyukur dapat baca artikel nie, kemudian terus rasa bahagia =)
Terima kasih untuk artikel nie, cukup beri peringatan.
-yaqut hulaif
Post a Comment